Laman Webantu KM2A1: 4935 File Size: 8.1 Kb * |
TAG SP 203: Erti Sebuah Keadilan By Jane Manning 11/7/2001 7:51 pm Wed |
[Rais Yatim dan Mahathir tidak seharusnya terkilan jika sesuatu
pengadilan hakim itu tidak memihak kepada kerajaan. Jika kerajaan
tidak senang, ia sepatutnya mencabar keputusan itu di mahkamah kerana
di situlah tersedianya ruang - bukan di akhbar harian. Sebagai
pemimpin, mereka berdua harus sedar dalam mahkamah keadilan yang
mesti menang biarpun ia menghenyak kerajaan.
Sejarah Islam merakam Sayyidina Ali akur kepada keputusan hakim
tidak memulangkan satu barang yang memang miliknya kepada seorang
pencuri kerana beliau ketiadaan bukti dan saksi yang mencukupi
walaupun beliau seorang sahabat Nabi yang kebenarannya tidak boleh
diragui. Ini menunjukkan syarat dan keadilan hukum Islam itu lebih
penting walaupun beliau dijamin tidak berbohong sendiri oleh Nabi.
Yang peliknya Mahathir yang dikatakan 'wali' oleh segelintir ahli
Umno itu tidak pula mempamirkan sikap sebegini...
- Editor] FAC Erti Sebuah Keadilan (The Meaning of Justice) Oleh: Jane Manning, London Adalah merupakan satu prinsip yang asas bagi perlembagaan mana-mana
negara yang mengamalkan demokrasi di mana konsep Pengasingan Kuasa
adalah asas untuk memastikan proses yang lancar dalam mengekalkan
keamanan dan kestabilan di dalam negara. Teori Pengasingan Kuasa
menyebut bahawa kewujudan badan kehakiman mestilah benar-benar bebas
dari sebarang proses kerajaan. Hakim-hakim bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan. Mereka tidak
berfungsi untuk 'membuktikan sesuatu perkara kepada kerajaan'.
Terlalu banyak keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah pada
masa-masa yang lalu yang tidak demokrasi tetapi kondusif
(bersesuaian) kepada kerajaan. Tidak keterlaluan untuk mengatakan
bahawa mahkamah-mahkamah telah digunakan untuk kepentingan politik
secara agak terang-terangan. Apabila keadilan yang sebenar
dilaksanakan juga akhirnya, ia telah dilihat sebagai satu penghinaan
terhadap kerajaan. Di sini satu persamaan (equation) yang nampaknya
telah digunakan adalah 'keadilan=sesuatu yang sama dengan
penderhakaan'. Kerajaan yang dipilih boleh disingkirkan sekiranya para pengundi
memutuskan yang kerajaan tersebut tidak wajar diberikan kuasa
pemerintahan untuk sepenggal lagi. Walau bagaimanapun, para pengundi
perlu didedahkan dengan maklumat melalui perdebatan-perdebatan,
perbincangan-perbincangan yang terbuka dan bebas dan media yang
bebas bagi membolehkan mereka menyedari hakikat bahawa kerajaan
telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada mereka. Apabila
suara pembangkang dibendung, rakyat diugut untuk dipenjarakan hanya
kerana mereka menuntut hak-hak untuk bebas bersuara dan berhimpun
secara aman dan akhbar-akhbar dikongkong maka dengan itu badan
kehakiman perlulah, pada dasarnya, kekal menjadi benteng untuk
memutuskan mana yang benar dan yang salah. Masyarakat perlu
mempunyai jalan keluar (untuk mendapatkan pertolongan) pada satu
badan yang tidak berat sebelah. Badan kehakiman yang tercemar hanya
layak bekerja seiring dengan jentera rasmi kerajaan sebuah
masyarakat yang korup. Jika anda membaca rencana ini dan tidak bersetuju dengan analisa
saya maka lupakanlah segala peraturan falsafah perundangan dan
pertimbangkan pula kisah yang ringkas ini.
Dr. Wan Azizah menceritakan kisah bagaimana anak-anaknya
berebut-rebut untuk melihat Anwar di dalam penjara semasa sesi
lawatan mereka. Pembahagi cermin berkabut memisahkan mereka darinya.
Kesemua anak-anaknya akan menjerit pada masa yang sama dengan
cerita-cerita terpendam mereka untuk mendapatkan perhatiannya. Salah
seorang menjerit mengatakan 'gigi saya sudah luruh'.
Ia adalah saat yang memilukan kerana beribu-ribu bapa di Malaysia
mungkin diberitahu akan cerita seperti ini oleh anak-anak mereka
setiap hari. Tetapi anak ini terpaksa menunggu saat yang
jarang-jarang sekali bersama bapanya untuk meluahkan berita yang
seringkas ini. Mengapa? Kerana para hakim di suatu tempat bekerja untuk satu agenda yang
berbeza. Kepada hakim-hakim sebegini persamaan (equation) yang
digunakan adalah 'keadilan=siapa peduli'?.
Asal: http://www.freeanwar.com/letters/janemanning070701.htm
The Meaning of Justice I refer to the article published on 1 July 2001 titled "Judges must not go
oberboard to prove a point", a quote attributed to Malaysia's Deputy Prime
Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
It is a sad indictment of the sorry state of affairs that the Malaysian judiciary is
in and it lends credence to the allegations that the Malaysian judiciary is not
independent when a prominent member of the government feels justified in
speaking out against judges who have simply done their duty to the courts and
the country by striking out injustice.
It is a basic tenet of the constitution of any democratic country that the
concept of the Separation of Powers is a cornerstone of ensuring the smooth
process of maintaining peace and stability in a country. The theory of
Separation of Powers dictates that the judiciary should exist independently of
the process of government. Judges dispense justice. They do not 'prove a point to the government'. So
many decisions passed by the courts in the past have been undemocratic but
conducive to the government. It is fair to say that the courts were used to
further political aims quite blatantly. When true justice was finally dispensed, it
was seen as a slight against the government. The equation seems to stand as
being 'fairness=something akin to treason'.
Elected governments can be voted out if voters decide that the government
does not merit another term in office. However, voters have to be fed
information via debates, frank and free discussions and a free press so as to
enable them to realise that the government has failed them. When the
opposition's voice is stiffled, people threatened with imprisonment for
asserting their rights of free speech and to demonstrate peacefully and the
press is a muzzled Alsatian then the judiciary must, essentially, remain a bastion
for deciding between right and wrong. Society has to have recourse to an
unbiased body. A tainted judiciary will only serve to work in cohorts with the
official machinery of a corrupt society.
If you who are reading this do not agree with my analysis then forget the
formalities of legal philosophy and consider this simple tale.
Dr. Wan Azizah tells the tale of how her children rush up see Anwar in jail
during their visits. A murky glass partition separates them from him. The
children all shouted at once with pent up stories to get his attention. One
shouts 'my tooth has fallen out'. It is a poignant moment because thousands of fathers in Malaysia are probably
being told this tale by their children every day. But this child had to wait for a
rare moment with his father to reveal this simple news. Why?
Because judges somewhere were working to a different agenda. To these
judges the equation was 'justice=who cares?'.
Jane Manning |