Laman Webantu KM2A1: 4940 File Size: 7.4 Kb * |
TAG SP 205: Musuh Ekonomi Mahathir Yg Paling Dahsyat Adalah Dirinya .. By Mark L. Clifford 12/7/2001 12:23 am Thu |
[Pelabur luar lebih rela melabur di Singapura walaupun sedikit
mahal kosnya kerana kerajaan di sana lebih adil dan mesra pelabur -
tidak seperti Malaysia kerana Mahathir asyik mempersalahkan orang
asing sahaja. Yang peliknya hanya Mahathir seorang sahaja di rantau
ini yang menyalahkan orang asing. Tidak ada pakar ekonomi yang
berpendapat sedemikian. Kalaulah benar orang asing mahu menjahanamkan
ekonomi sesuatu negara mereka tidak akan memilih untuk menyerang
Malaysia kerana Mahathir sendiri akan memusnahkan ekonomi Malaysia.....
- Editor] (Mahathir's Worst Economic Enemy Is Himself)
Oleh: Mark L. Clifford Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad merayakan 20 tahun beliau
memegang jawatan itu pada bulan ini, menjadikannya pemimpin politik Asia
yang paling lama memerintah. Beliau layak untuk mendapat pujian yang
melangit kerana berjaya mengubah Malaysia dari sebuah negara yang
bergantung kepada bijih timah dan perladangan kelapa sawit dari segi
ekonomi kepada pengeksport peralatan elektronik yang utama.
Namun daripada memperkatakan tentang kejayaannya, doktor
perubatan-kini-politikus itu berasa marah dan kecewa. Empat tahun selepas
krisis kewangan Asia, beliau masih mengecam musuh-musuhnya, yang nyata
mahupun khayalan, di dalam mahupun di luar negara. Kebanyakan
negara-negara di Asia berusaha untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan
pada ekonomi dan kerajaan masing-masing. Tetapi Mahathir memainkan politik
kebencian. Itu mendatangkan keburukan kepada Malaysia. Sekiranya ini
dibiarkan merebak, ia juga boleh mendatangkan keburukan kepada Asia
Tenggara, yang menghadapi risiko kehilangan pelabur-pelabur yang lari ke
China seandainya iklim perniagaan masih tidak berubah. Berdasarkan
kenyataan yang berbisa dari Mahathir, kuasa-kuasa besar globalisasi sedang
bergerak untuk memusnahkan negara-negara sederhana seperti Malaysia.
'Terdapat banyak korporat gergasi yang sedang menunggu masa untuk membaham
kita dengan gelojohnya,' beliau memberitahu ahli-ahli perniagaan asing di
dalam satu ucapannya pada 27 Jun. 'Penjajahan besar-besaran Asia yang
kedua sedang menanti kita.' SENGATAN DARI SINGAPURA : Malaysia mendapat permintaan yang hanya bernilai $1.5 bilion dalam
pelaburan terus asing pada lima bulan pertama tahun ini, jauh ketinggalan
berbanding dengan tahun 2000 apabila ia memperolehi $8 bilion. Setakat ini
pada tahun ini, Pulau Pinang, yang merupakan pusat pengeluaran peralatan
elektronik negara, telah memberhentikan sebanyak 8000 pekerjaan. Malaysia
tidak boleh menyalahkan semuanya kepada kegagalan teknologi US. Dari tahun
1997 hingga 1999, ahli-ahli Persatuan Industri Elektronik
Malaysia-Amerika, termasuk Intel, Seagate, dan Motorola, menetapkan
bilangan pekerjaan pada 60,000 dan mengurangkan pelaburan mereka kepada
setengah. Sementara itu, negara jiran Singapura berjaya merebut projek-projek besar
- walaupun kadar gaji di sana lebih tinggi. Dalam bulan Disember, United
Microelectronics Corp. dari Taiwan mengumumkan akan membina sebuah loji
semikonduktor yang bernilai $3.6 bilion. Toshiba Corp dan Matsushita
Electronic Industrial Co. pula merancang untuk membina sebuah kilang
membuat paparan liquid kristal yang bernilai $1 bilion. Mengapa Singapura?
'Ia adalah berkaitan dengan kestabilan politik,' Richard Gabrys berkata,
yang merupakan naib pengerusi Deloitte & Touche. 'Kami mendapat tahu
perkara ini di mana-mana sahaja dari syarikat-syarikat kebelakangan ini.'
Syarikat-syarikat lain terus menjauhi Asia Tenggara dan membina
kilang-kilang mereka di negeri China.
Dalam ucapannya pada 27 Jun, Mahathir terus meluahkan kekesalannya bahawa
'Pada hari ini tidak ada lagi harimau ekonomi di Asia.' Itu adalah kerana
'mereka telah dimusnahkan' oleh pedagang-pedagang matawang asing.
Benarkah? Sepertimana yang ditunjukkan oleh perangkaan pengaliran-modal,
pemiutang-pemiutang asing dan pelabur-pelabur saham dan bon telah lama
menghilang diri. Keputusan Mahathir untuk mengenakan kawalan modal dan
menetapkan nilai pada RM3.80 :1 Dollar US tiga tahun lalu itu boleh
dipuji. Langkah tersebut dengan segera dapat menghindarkan krisis. Namun
Mahathir tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal kroni yang
menguasai korporat dan sistem kewangan, lantas menyebabkan para pelabur
asing melihat bahawa tiada sebab untuk mereka kembali semula.
Dengan meningkatnya kebimbangan terhadap keadaan politik, ahli-ahli
perniagaan Malaysia sendiri yang sebenarnya menyebabkan
masalah-imbangan-bayaran --dengan menyimpan wang mereka di luar negara
dari menukarkannya kepada matawang ringgit. Dengan kawalan modal yang
hampir gagal, rizab asing telah menyusut dari $32 bilion setahun yang lalu
kepada $26 bilion pada pertengahan Mei. Dan ini berlaku sekalipun terdapat
lebihan (surplus) dagangan yang besar. Ahli ekonomi Merrill Lynch & Co.
Vincent Low telah mengurangkan ramalan pertumbuhan 2001 yang dibuatnya
dari 4% kepada 2.5%. PENERBANGAN YANG BERKURANGAN :
Satu tanda yang menunjukkan penguncupan perdagangan adalah perjalanan
udara. Empat syarikat penerbangan, termasuk British Airways PLC, telah
membatalkan perkhidmatan ke Kuala Lumpur disebabkan oleh kurangnya
permintaan. Sementara itu, Malaysia, dalam keghairahan utuk mempertahankan
industri-industri tempatan seperti syarikat automobil Proton, berpatah
balik ke arah dasar perlindungan. Apa yang benar-benar membimbangkan adalah bahawa Thailand dan Indonesia
juga mula memikirkan untuk memencilkan diri. Itu adalah sesuatu yang
tragis. Asia Tenggara masih mempunyai tenaga pekerja muda,
usahawan-usahawan yang bertenaga, dan kaya dengan sumber semulajadinya.
Tetapi ia boleh tertinggal dari peta pelaburan memandangkan China membuka
peluang-peluang pelaburan yang meluas. Filipina, di bawah Presiden
reformis Gloria Arroyo-Macapagal, masih dapat memahami hakikat ini dan
mahu mengekalkan pasaran terbuka. Pada hari yang sama Mahathir membuat
kecaman, bekas Presiden Filipina Fidel V.Ramos juga berucap di Kuala
Lumpur. 'Krisis ekonomi,' katanya, 'menunjukkan dengan jelas kepada semua
negara kita akan bahaya yang terdapat di dalam sistem kewangan kita,
ketiadaan kemampuan yang sama di dalam ekonomi kita, ciri-ciri pecah
amanah yang melanda politik kita.' Ramos tidak boleh mendakwa negaranya
sendiri sebagai pusat perdagangan bebas yang tulin. Namun, tidak seperti
Mahathir, beliau menyedari isu-isu yang sebenar.
Asal: KM2 4930: Mahathir's Worst Economic Enemy Is Himself Link Reference : Mahathir's Worst Economic Enemy Is Himself |