Laman Webantu KM2A1: 4948 File Size: 5.4 Kb * |
TDPWN 3: B1 - B2 Halim Saad Pinjam, Halim Ali (KWSP) Diam By Khalid Jafri 13/7/2001 2:29 am Fri |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
BAB 1 Etika dan Moral Positif Untuk Memerangi Jenayah Ekonomi
Oleh: Mahathir Mohamad :27 April 1993 [Tidak perlu dipaparkan kerana ia lebih untuk mempertebalkan buku
agar lebih laku. Namun begitu Khalid Jafri telah melakukan satu
kesilapan yang sedikit dungu di sini kerana dengan mengepilkan
ucapkata Mahathir dia sudah menonjolkan dengan siapa dia bekerja
sebenarnya. Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara [Bukan sahaja Halim Ali yang diam tetapi Mahathir sendiri
berdiam diri. Mengapa Khalid tidak menulis lanjut akan hal
ini? Mengapa Puteri Umno tidak pula mengirim satu memorandum
kepada perdana menteri agar meletak jawatan kerana anak-buahnya
telah mengusik dana KWSP. KWSP perlu memberi tunjuk sebab kenapa
ia memberi wang kepada Halim Saad, Apakah ada akta yang mengizinkan
sedemikian? Kalau adapun apakah ia dibincangkan oleh panel
pelaburan? Kalaulah bank sendiri pun tidak berani memberi pinjaman
kepada Halim (kerana tidak layak dan amat berisiko tinggi) mengapa
KWSP sanggup pula memperjudikan dana rakyat sehingga berjuta-juta
diberi begitu sahaja? Mahathir seorang yang kuat membaca - tidak mungkin beliau tidak
mengetahui ini semua. Lagipun institusi polis berada dalam
genggamannya. Malah apa yang terpapar di laman web pun
turut dibacanya - jika tidak dia tidak akan mengutuk internet
sekeras-kerasnya dalam perutusan merdeka dan Rais tidak akan
merangka sesuatu untuk menyerang nanti. Kerana banyak membaca
itulah antara punca Mahathir kekal berkuasa sampai hari ini.
Malah apa yang berlaku di Aceh itu pun turut dibaca oleh
Mahathir sehingga dia meniru beberapa perkara.
- Editor] (Mukasurat 29-35) BAB 2 Halim Saad Pinjam, Halim Ali (KWSP) Diam
(Tajuk asal: Halim Saad Pinjam RM78 juta Dari KWSP)
Pengerusi RENONG ini tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan
pinjaman dari KWSP kerana KWSP bukannya institusi bank, melainkan
arahan pinjaman itu dibuat oleh Menteri Kewangan, Tun Daim
Zainuddin. Halim Saad bukan sahaja kroni Daim tetapi nominee beliau dalam
urusan bisnes. Dari seorang akauntan di PEREMBA BHD. Anak
syarikat UDA, Halim melonjak naik melalui Daim.
Berita mengenai orang korporat meminjam wang KWSP telah heboh
baru-baru ini apabila pendedahan tersebut dibuat oleh Presiden
MTUC Senator Datuk Zainal Rampak. Beliau tidak pula mengumumkan
siapa orang korporat itu. Menurut beliau, pinjaman tersebut
dipercayai telah diluluskan setelah tokoh korporat berkenaan
menjadikan saham syarikat mereka sebagai cagaran.
Kita difahamkan juga ada beberapa tokoh korporat sedang mengguna
pendekatan yang sama untuk mendapatkan pinjaman dari KWSP ini
tidak sepatutnya berlaku. Zainal yang juga Ahli Lembaga Pengarah KWSP mendakwa, langkah
KWSP meluluskan pinjaman tersebut telah menyebabkan para pekerja
merasa bimbang terhadap simpanan mereka selepas timbul pelbagai
kontroversi sebelum ini. Keraguan Zainal mempunyai alasan yang kukuh bahawa tokoh korporat
tersebut dikenal-pasti sebagai kaya dan ada antaranya mempunyai
simpanan sehingga RM1 billion. Sehubungan itu, MTUC akan
menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat bagaimana pinjaman
tersebut boleh diluluskan serta nilai wang yang terlibat.
Saya tahu ada orang korporat yang menggunakan duit KWSP bagi
menyelamatkan syarikat-syarikat mereka. Saya tidak akan minta
maaf daripada golongan ini. 'Ada di antara mereka yang mempunyai duit sendiri berjumlah RM 1
bilion, kenapa tidak gunakan 10 peratus daripada aset peribadi
itu untuk menyelamatkan syarikat mereka, kenapa harus pinjam duit
dari KWSP,' katanya. Zainal memberitahu, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada
PM tanpa menyebut identiti mereka yang terlibat.
'Dalam suratnya (Dr. Mahathir) kepada MTUC, PM menulis dengan
sejelas-jelasnya bahawa duit KWSP tidak boleh digunakan sama
sekali untuk menyelamatkan syarikat yang tenat' ujarnya.
Zainal berkata, KWSP perlu lebih telus, bertanggungjawab dan
mengamalkan pentadbiran yang baik dalam mengendalikan simpanan
wang pekerja-pekerja. Menurut beliau, apabila MTUC merancang
piket besar-besaran, ia bukan bererti pihaknya menentang kerajaan
tetapi untuk menunjukkan bahawa kaum pekerja tidak suka wang KWSP
disalahgunakan. Beliau memberitahu, MTUC akan menjemput
pakar-pakar ekonomi tempatan untuk menganggotai jawatankuasa yang
ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah membabitkan
KWSP. 'Kami belum memilih anggota jawatankuasa ini, tetapi kajian yang
akan dijalankan itu memakan masa kira-kira tiga bulan untuk
diselesaikan. 'Kita akan berusaha mengkaji cara-cara pelaburan KWSP supaya kaum
pekerja kelak akan mendapat pulangan dividen yang lebih baik,
sekurang-kurangnya lapan perastus seiap tahun,' katanya.
|