Laman Webantu KM2A1: 4954 File Size: 16.9 Kb * |
TJ SP MGG: Memahami Perdebatan Mengenai UTAR By M.G.G. Pillai 13/7/2001 6:30 pm Fri |
[Membina universiti memerlukan banyak modal dalam bentuk wang,
ilmu dan ketokohan. Itu semua sudah sukar dikutip sekarang kerana
kebanyakkan pendidik dan cendiakawan Cina mengutuk Ling kerana tidak
memihak kepada mereka dalam isu sekolah wawasan dan SRJKC. Lagipun derma
oleh Chang Min Thien pun langsung tidak digunakan untuk membantu
pendidikkan pelajar Cina. Kalaulah isu pendidikkan yang kecil-kecil
pun gagal dijuarai oleh MCA apakah ia akan berjaya dalam isu yang
lebih besar lagi? Kaum Cina tentu masih belum lupa nasib koperasi mereka dikerjakan oleh
pemimpin MCA. Tidak ada jaminan universiti pun akan selamat kerana Ling
lebih berminat untuk menyelamatkan dirinya sahaja - jika tidak dia akan
menyebelahi golongan cendiakawan Cina dalam isu Nanyang dan sekolah Cina.
- Editor] Terjemahan: SPAR-01-028
Memahami Perdebatan Mengenai UTAR
(Looking at UTAR in the mouth - The President's University)
Oleh: MGG Pillai Presiden MCA, Ling Liong Sik, telah menerima tepukan gemuruh pada
hari Ahad yang lalu. Demikianlah hebatnya sambutan yang diberikan
ketika mesyuarat MCA Perak dilangsungkan. Dia mengumumkan kebenaran
kerajaan terhadap penubuhan sebuah universiti. Dia menerima lebih
dari apa yang diharapkannya: menaikkan taraf Kolej Tunku Abdul
Rahman (TAR) menjadi sebuah universiti (UTAR).
Apakah benar laporan The Star bahawa itu merupakan satu 'peristiwa
bersejarah'?. Tiga orang pegawai tertinggi parti, timbalan presiden
Lim Ah Lek, naib presiden Chua Jui Meng dan Chan Kong Choy, yang
merupakan seteru ketat Ling, terus duduk di kerusi mereka sedangkan
yang lain berdiri bertepuk tangan. Mereka ini lebih memahami mud
(mood) masyarakat Cina daripada apa yang Ling tahu. Mereka sedar apa
sebenarnya makna penubuhan universiti itu walaupun ia merupakan satu
realiti kepada penantian 32 tahun yang sudah laksana sebuah mimpi.
Mereka sedar kalau tersalah langkah meneruskan impian itu akan
membawa banyak padah. Soalnya mereka sudah lama tahu apa yang para perwakilan belum tahu
lagi ketika itu. Ling menerima surat mengenai penubuhan UTAR itu
SATU TAHUN yang lalu, tanpa memberitahu majlis tertinggi parti dan
sengaja memeramnya untuk tujuan politik dan keuntungan kewangan.
Terpulanglah kepadanya, mengumumkan cerita itu pada ketika yang
bersesuaian pada dirinya. Tetapi, itulah yang tidak dapat
dipenuhinya kerana sokongan yang semakin menghilang daripadanya.
Ada cerita bahawa dia bercadang membuat pengumuman itu pada
pemilihan majlis tertinggi parti pada tahun yang akan datang. Episod
Nanyang Press dan kemelut Sekolah Wawasan dan keangkuhannya selama
ini telah membuatkan perancangan itu kucar-kacir jadinya. Kumpulan
Lapan mahukan jawapan yang dia tidak rela berikan. Akar umbi Cina
sudah semakin memperlekehkannya seperti yang sedang dihadapinya
dalam MCA sendiri. Itu sebabnya dia keluarkan kenyataan yang
dramatik itu dengan harapan surat rasmi kerajaan dapat
menyelamatkannya. Soalan Teka-teki Kerelaannya membuat pengumuman itu pada satu mesyuarat di peringkat
negeri dan tidak menunggu ketika berlangsungnya persidangan nasional
bulan depan, mencetuskan keraguan dan ketakutan. Tercetus kini
soalan berbentuk teka-teki. Bilakah kabinet memberikan kelulusan
itu? Benarkah kelulusan itu dibuat oleh kabinet? Apakah kelulusan
itu satu bentuk persetujuan setelah Ling bersetuju dengan
pengurangan sekolah Cina untuk mendapatkan kelulusan sebuah
universiti? Kenapakah Parlimen tidak pun diberitahu? Menteri
Pendidikan mesti bersuara memberikan penjelasannya. Ling tidak
menjangkakan masalah Sekolah Wawasan boleh timbul dalam masa yang
singkat sehinggakan dia turut terjerat.
Kini, Ling tidak sanggup menanggung beban itu semua dan memberitahu
perwakilan di Ipoh akan cerita UTAR itu. Dia telah merancangnya
sebelum jawatankuasa pusat mengetahuinya. Dialah orangnya dan
bukannya MCA yang berkuasa dalam hal ini. Dialah insannya dan
bukannya MCA yang akan berbincang dengan kerajaan akan serba serbi
mengenainya. Ling beranggapan bahawa UTAR adalah satu dalil yang
padu untuk dia terus berkarat sebagai presiden parti selagi dia
mahu. Ada satu desas-desus yang telah dinafikan oleh Ling, betapa
dia inginkan seorang naib presiden dan kroninya dalam kabinet, Ong
Ka Ting, menjadi timbalannya. Berita angin itu tidak pula kosong
semata-mata. Ling tidak selesa kalau Kumpulan Lapan (Geng Lapan)
ataupun sesiapa sahaja yang tidak merestui cadangannya cuba masuk
campur untuk membetulkan keadaan. Inilah caranya Ling mencemarkan MCA. Para pendidik Cina yang diketuai
oleh Sim Mow Yee yang kini berusia sekitar 80-an, satu ketika dulu
memperjuangkan penubuhan Universiti Merdeka. Inilah cadangan yang
dijadikan tuntutan besar dalam pemilu 1969. Tunku Abdul Rahman yang
menjadi perdana menteri ketika itu, bijak memujuk dan membenarkan
MCA menubuhkan TAR College. Maktab itu terus membesar dengan bantuan
kerajaan secara sumbangan setara jumlah ringgit yang diterima oleh
Maktab itu melalui kutipan derma. UTAR akan menerima sebahagian dan tidak semesti semua insentif yang
pernah diterima oleh TARC. MCA tidak mampu menguruskannya secara
sendirian, dan terpaksa bergantung kepada masyarakat Cina yang
ditentanginya. Apabila Ling cuba memperlekehkan mereka dan juga
partinya mengenai universiti ini, ia akan menyulitkan kedudukan
parti dalam perkara ini. Sebuah universiti yang dikendalikan oleh
masyarakat Cina sudah tentu merupakan satu bahan kutukan kepada alam
politik Melayu selari dengan kutukan terhadap pendidikan bahasa Cina
satu ketika dulu. Kalaulah MCA mahukan sokongan masyarakat Cina
sepenuhnya, terpaksalah parti itu berfikiran waras untuk menerima
kemasukan semula para pejuang pendidikan Cina dulu.
Pendidikan Cina Yang pasti, UTAR akan dikecualikan daripada membayar harga lesen
yang tinggi untuk penubuhan universiti swasta, yang dikatakan
sekitar RM75 juta. Kalau TARC menjadi satu pedomannya, sudah tentu
UTAR berkemungkinan menerima jaminan kerajaan, bantuan grant dan
pelbagai sokongan untuk memancing semula pengundi Cina menyokong
kerajaan. Melihatkan pergolakan semasa, pendidikan Cina akan
menjerut penglibatan kerajaan bersimpul mati, apabila generasi baru
Cina yang ada yang merupakan cucu-cicit generasi peneroka mereka
dulu kala, memperkasakan kewujudan mereka melalui kerakyatan yang
ada di tangan mereka. MCA berada di luar tanggapan baru ini, seperti juga UMNO yang sudah
tertinggal jauh daripada memahami tanggapan generasi baru masyarakat
Melayu. Rekod penglibatan MCA dalam kemajuan pendidikan terlalu
compang-camping. TARC merupakan pengecualiannya, kerana wujudnya
bantuan kerajaan dan geran, dan lahir ketika pencarian untuk
mendapatkan ijazah luar negara merupakan fesyen dunia pendidikan
ketika itu. Sehingga kini masih ada sumbangan kerajaan yang semakin
berkurangan dan sudah tentu akan berkurangan lagi apabila UTAR mula
melangkah ke hadapan. Bukannya mudah mencontohi sesuatu yang asli. Pada satu masa dulu,
MCA menyumbang besar kepada pendidikan Cina; para menterinya
menyanyi di khalayak ramai untuk mengutip derma. Majlis semacam itu
sudah berkurangan kerana MCA bergiat mencari derma untuk sekolah
Cina swasta sahaja. Itulah sebabnya Ling memerapkan berita penubuhan
universiti itu sebagai satu rahsia. Banyak belanja yang diperlukan
(ataupun dibuat) untuk menubuhkan UTAR itu.
MCA tidak seharusnya menguruskan UTAR, eloklah masyarakat Cina yang
memainkan peranannya. UMNO pun tidak mengendalikan sebarang
universiti. MIC cuma terbabit dengan sebuah fakulti perubatan, dan
kini MCA pula mahu terlibat terus dengan sebuah universiti. Ia
menganggapnya sebagai satu dalil akan kecekalannya. Ia memikirkan
usahanya itu akan memberi kebanggaan kepada masyarakatnya.
Sebaliknya akan terjadi. Sepatutnya semua itu harus diserahkan
kepada satu jawatankuasa tertinggi di kalangan pemimpin
masyarakatnya. Kejayaan dan Kegagalan Kita harus mengimbau bagaimana masyarakat Cina bangkit bersatu padu
sekitar 1950-an hingga 1960-an dulu, untuk menubuhkan Nanyang
Universiti di Singapura. Mereka berjaya membangkitkan kesedaran
setiap lapisan masyarakat Cina, baik daripada kalangan pengemis
jalanan sehinggalah kalangan jutawan, menyumbang terhadap satu
kebangkitan gotong-royong orang Cina yang menyumbang sehingga
terkumpul beratus juta (kalau mengikut nilai sekarang bertaraf
puluhan bilion) dollar. Nanyang universiti telah dibina bukan untuk
memuaskan nafsu-nafsi para kroni tetapi terhadap pencapaian
idealisme yang lebih besar ke arah pendidikan.
Kegagalan idealisme itu bermula apabila kerajaan mengambil-alih
pentadbirannya. Tindakan kerajaan itu berpunca daripada tercetusnya
aktiviti anti kerajaan di kampus. Para pengasas masyarakat sudah pun
mati dan lama pergi, yang baru tidak pula berminat menyokongnya
dengan iltizam yang sama ditunjukkan generasi yang terdahulu.
Pembiayaan menjadi satu masalah yang menghambat kemajuan, dan ini
mencetuskan muslihat politik sehinggakan ia tidak mampu bergerak
bebas lagi. Satu ketika dulu seorang hartawan, Chang Min Thien, telah menderma
RM10 juta kepada sebuah agensi milik MCA untuk penubuhan sebuah
yayasan pendidikan. Tidak ada satu pun derma itu yang diagihkan
sehingga terpaksa dipulangkan semula wang yang didermakan. Pada
1970-an beberapa pemimpin MCA dipenjarakan, dan diaibkan kerana dana
yang terkumpul dalam Kojadi - sebuah syarikat koperasi untuk
membantu pelajar dengan memberikan wang biasiswa dan dermasiswa,
telah lesap begitu sahaja. Kini, UTAR akan terbina, tetapi mampukah ia dibina berasaskan tapak
yang goyah seperti yang menyanggah MCA sekarang ini?
MGG Pillai Terjemahan: SPAR-01-028 Asal: www.malaysiakini.com Wednesday, 11 July 01 MGG Pillai Was it, as the Star reported, a "historic moment"? Three
men -- deputy president Lim Ah Lek, vice-presidents Chua Jui Meng
and Chan Kong Choy, intractible political foes of Ling --
remained seated, did not join in. They read the Chinese mood
better than Ling, knew what it meant to the Chinese, a
32-year-old dream come true. A misstep would cause them plenty.
But they knew what the delegates did not: Ling got the
letter about Universiti Tunku Abdul Rahman College a year ago,
did not inform the central committee, kept it to himself and his
cronies for political and financial gain. It was left to him to
announce it at his propitious convenience. He could not; he had
to shore up his flagging support.
Word is he was to announce it during the MCA party elections
next year. The Nanyang Press and the Vision School fiascos
combined with his arrogance threw his plans out of gear. The
Gang of Eight wanted answers he would not give. The Chinese
ground is dismissive of him, as the MCA now. He had to make a
dramatic statement. So, he fished out the letter.
Niggling questions That he did at a state party meeting now and not at the MCA
convention next month reflects both worry and fright. Niggling
questions remain. When did the cabinet approve it? Did it at
all? Did Ling agree to few Chinese language schools in return
for a university? Why was Parliament not apprised of it? The
education ministry must clear the air. Ling did not expect the
Vision School problem to surface so soon, and got caught.
He wants no more, so he told the MCA delegates in Ipoh, than
make UTAR come true. He plans for it, even before his central
committee knows of it. It is he, not MCA, in charge. He, not
MCA, shall discuss the details with the government. UTAR is yet
one more reason, in his view, to let him remain in office as long
as he likes. The rumour, which Ling has denied, that he wants
his vice-presidential and cabinet crony, Ong Ka Ting, as his
deputy, cannot be far wrong. He does not want the Gang of Eight
or any other who does not share his flawed vision to correct it.
But Ling helps MCA stumble. Chinese educationists, led by
the redoubtable (and now octogenarian) Sim Mow Yee, wanted a
Chinese-run Merdeka University, and an important demand in the
1969 general elections. The then prime minister, Tunku Abdul
Rahman, deflected it by allowing MCA to run TAR College, and it
survives with little mentioned government grants and
ringgit-for-ringgit contributions. UTAR would get some, but not all, incentives TARC got. MCA
cannot run it on its own and needs the very groups in the Chinese
community it opposes. So, when Ling plays hide-and-seek with
them, and his party, over it, it faces more problems than it
bargained for. A Chinese-run university is anathema to the Malay
political community as Chinese-language education is. If MCA
wants Chinese community support, it must let go and bring the
Chinese educationists in. Chinese education UTAR would no doubt be exempted from the high licence fees
for private universities, said to be RM75 million. If TARC is
any guide, it would get government guarantees, grants-in-aid, and
any other help to bring Chinese support back to the government.
As events proved, Chinese education will tie the government in
knots, as the newer generation of Chinese, the grandchildren of
the founding fathers, strengthen their citizenship in their
cultural confidence. The MCA does not fit into this worldview, as UMNO does not
to the Malay grandchildren's. Its record in education is patchy.
TARC is an exception, with government grants and aid, and was
there when the explosion of tutorial classes for foreign degrees
was the vogue. It still gets sizeable donations annually, which
would trickle when UTAR claims are more pressing.
It cannot be replicated. MCA did, in the early days, do
much for Chinese education; ministers sang for their supper, but
that is now rare as MCA raising funds for Chinese independent
schools. So, Ling, in keeping news of the university secret, is
true to form: billions or ringgit would be spent (and made?) in
establishing UTAR. It should not be MCA which should run UTAR, but the Chinese
community. UMNO does not run any universities, MIC dabbles in a
medical faculty, and MCA now in a university. It is seen as
proof of its commitment. It thinks it does the community proud.
It does not. It should instead leave it to a high-level
committee of community leaders. Success and failure Look at how the Chinese community rose in unison, in the
1950s and 1960s, to establish Nanyang University in Singapore:
millionaires to beggars, in what is best described as a Chinese
gotong royong, contributed their mite to collect hundreds of
millions (read billions, in today's devalued currency) of
dollars. It was built not to favour cronies, but to the larger
ideal of education. But its failure -- it was eventually taken over by the
government -- came when it was seen as a hotbed of
anti-government activity. The old stalwarts in the community
died, and the newer ones did not support it as their parents did.
Funding became a problem, and with its political complications,
it could not survive independently. When the business man Chang Min Thien offered an MCA agency
RM10 million to set up a foundation for education, none of it was
distributed, before it was forced to return it. In the 1980s,
several MCA leaders went to jail, was disgraced, when funds in
the Kojadi deposit-taking co-operative, meant to help students
with their fees, vanished into thin air. UTAR would be built,
but could it last if it is built on shaky foundations as MCA is
in? M.G.G. Pillai
|