Laman Webantu KM2A1: 4958 File Size: 5.3 Kb * |
TDPWN 4: B3 - B4 Sapu Menyapu CLOB - SIapa Naiman? By Khalid Jafri 13/7/2001 6:53 pm Fri |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
[Soalnya disini siapakah yang memberi penyapu kepada Daim dan
kroninya jika tidak Mahathir juga? Khalid Jafri asyik mengatakan
'semua orang tahu'. Tidakkah ini bermkna Mahathir pun tahu????
Malah polis dan BPR pun tahu...... Nampak sangat Khalid Jafri teramat dungu!!
- Editor] Sapu Menyapu Pelaburan CLOB (Tajuk asal: Daim Sapu 80% Akbar Khan 20%)
Tetapi bagi kebanyakan orang Malaysia mengetahui Daim seorang
Menteri Kewangan yang paling korup dan beliau mengatasi segala
prosedur dan peraturan kerajaan bagi mendapatkan kekayaan
menerusi keluarga dan kroni-kroni yang menjadi nominee.
Sedikit masa lalu, heboh pasal pelaburan dalam CLOB di Singapura.
Daim sebagai Menteri Kewangan telah mengambil insiatif
menyelesaikan masalah tersebut tetapi bermotifkan kepentingan
peribadi. Kerajaan Malaysia telah membayar RM300 juta kepada CLOB melalui
sebuah syarikat tempatan bernama Effective Capital Sdn. Bhd.
Syarikat tersebut adalah kepunyaan Akbar Khan, seorang ahli
perniagaan Singapura. Persoalannya kenapa Kementerian Kewangan
membayar kepada Akbar Khan? Daim sepatutnya melantik syarikat-syarikat kepentingan kerajaan
Malaysia seperti KLSE dan membereskan urusan pelaburan dalam CLOB.
Daim sebagai Menteri Kewangan telah ketepikan hak kewangan negara.
Dengan membayar terus kepada Effective Capital, Daim boleh dapat
80 peratus sementara 20 peratus lagi ke Akbar Khan sebagai servis
menjadi nominee. Untuk merapatkan perhubungan kroni-kroni dan nominee Daim, maka
Tan Sri Halim Saadpun ditemukan jodoh dengan anak saudara Akbar
Khan. Jadilah 'Marriage For Convenience'.
Sementara itu terdapat ramai ahli perniagaan Malaysia dan taikun
yang berurus-niaga dengan Daim terpaksa membayar kepadanya
berjuta-juta ringgit mendapatkan lesen-lesen dan konsesi.
Mereka yang tersenarai adalah seperti, Ananda Krishnan - diberi
lesen loteri dan konsesi lumba kuda. Vincent Tan - diberi
penswastaan Sports Toto dan juga konsesi lain yang diluluskan
oleh Daim. Francis Yeo - lesen IPP dan beberapa projek pembinaan
yang besar. TK Lim bekas tuanpunya Multi-Purpose Group
mengeluarkan 30% SAHAM Bumiputra dalam Magnum kepada nominee Daim
dengan harga yang rendah bagi dapat untung, dekat RM500 juta
apabila saham-saham ini diniagakan. Maklumat ini sekarang senang
dapat disahkan. Tan Sri Lim Goh Tong mengeluarkan 30% saham
Bumiputra dalam Resort World Bhd kepada nominee Daim apabila
lesen kasino Genting pindahkan kepada Resort World Bhd. Tan Sri
Wan Azmi Wan Hamzah adalah nominee utama dalam urusniaga itu.
Ali Kadir Terperangkap Ramai yang bertanya-tanya, mengapa Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti
(SC) Ali Abdul Kadir tidak berupaya menjalankan penyiasataan dan
mengambil tindakan ke atas kesalahan yagn banyak dilakukan oleh
Tun Daim Zainuddin dan kroni-kroninya dalam banyak hal?
Ada yang mengatakan bahawa Ali Abdul Kadir adalah orang kuat Daim
dalam Suruhanjaya Sekuriti sehingga terpaksa menutup 'pekung'
Daim yang sudah berbau busuk. Sampai bila Ali mahu tutup dan
melindungi Daim dan kroni-kroninya? Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara Siapakah Naimah Binti Abdul Khalid?
Siapa Naimah? Perempuan ini adalah isteri ketiga Tun Daim. Kalau
Daim berkuasa sebagai menteri Kewangan dengan mengagihkan wang
negara kepada keluarga dan kroni-kroni yang menjadi nomineenya,
maka Naimah merupakan perempuan yang paling berkuasa dalam dunia
business Malaysia. Berikut adalah penglibatan dua laki bini itu
dalam business negara. MUHIBBAH ENGINEERING (M) Bhd. Akhbar The Edge keluaran 23 April 2001 menyiarkan satu artikel
yang mempersoalkan MUHIBBAH sering diberi anugerah projek-projek
yang mewah. Akhbar itu mendedahkan strong connections serta
kerjasama antara MUHIBBAH dan HCM Engineering Sdn. Bhd. HCM
Engineering juga mempunyai hubungan yang kuat berkaitan dengan
politik Pada awal tahun ini MUHIBBAH telah dianugerahkan kontrak berjumlah
RM422 juta untuk membina sebuah kem tentera bagi pihak Kementerian
Pertahanan. Baru-baru ini MUHIBBAH juga mendapat satu lagi kontrak
bernilai RM366 juta untuk membina sebuah Pusat Tentera Laut di Kota
Kinabalu, Sabah. Tahun lalu, MUHIBBAH melalui syarikat joint venturenya (JV)
bernama ROADCARE (M) Sdn Bhd. telah memperolehi projek
penyelenggaraan jalan persekutuan di Kelantan, Terengganu, Pahang
dan Selangor dengan kontrak berniali RM850 juta untuk selama 15
tahun. Keuntungan bersih mereka dalam kontrak ini berjumlah
RM297.750 juta. Pemegang-pemegang saham dalam syarikat MUHIBBAH ialah Mac Ngan
Boon dan Naimah Abd. Khalid sebagai pemegang saham utamanya.
|