Laman Webantu KM2A1: 4971 File Size: 4.1 Kb * |
TDPWN 5: B5 - B6 Siapa Josephine, Siapa Kawal SPK dan KL City Corp? By Khalid Jafri 15/7/2001 10:56 pm Sun |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
[Khalid Jafri menggunakan perkataan 'semua orang tahu' di sini
mengenai Josephine - sekaligus menunjukkan PM pun tahu tetapi tidak
pula berbuat apa-apa dalam hal itu walaupun asyik merayu dihapuskan
korupsi. Sekarang Mahathir sendiri memegang potfolio menteri kewangan
dan 'bendahari Umno' tetapi sedikit pun dia tidak memberi lapuran
semua kegiatan Daim sedangkan Khalid mengatakan 'semua orang tahu'....
Tidakkah ini membayangkan Mahathir memegang untuk menyapu beberapa
debu agar dia tidak dapat dikaitkan.... Setelah selesai barulah
polis datang.... tetapi semuanya sudah hilang.
- Editor] Siapakah Josephine Premla Suvaretnam?
Josephine merupakan 'TOP HONCO' bagi pihak Naimah bte. Abd.
Khalid dalam beberapa kepentingan yang diperolehi melalui
pengaruh Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan.
Josephine dan Naimah jika digabungkan adalah perempuan yang
berpengaruh dalam dunia business di Malaysia.
Kalangan ahli perniagaan mendapati Josephine adalah pengarah
dalam beberapa syarikat di mana Naimah mempunyai kepentingan.
Sekiranya beliau bukan pengarah dalam syarikat tertentu,
perempuan ini akan mengarah CEO syarikat berkenaan untuk
menjaga kepentingan-kepentingan Naimah dan Daim.
Semua orang tahu CEO Alliance Banking Group (dahulu
Multi-Purpose Bank) ambil arahan daripada Josephine. Pendek
kata dia adalah CEO de facto yang tidak rasmi bagi Alliance
Banking Group. Akbar Khan adalah CEO de facto yang tidak rasmi
semasa di bawah nama Multi-Purpose Banking Group.
Josephine juga mengarah dan mentadbir pelbagai pelaburan luar
negara bagi pihak Daim terutama bank-bank kepunyaan Daim sendiri
di luar negara seperti di Switzerland, Poland, Hungary,
Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Cambodia.
Syarikat-syarikat di bawah pentadbiran Josephine telah diberi
kontrak berbilion ringgit yang ditawarkan oleh Kementerian
Kewangan. Sekiranya kita membuat satu audit keseluruhannya di
bahagian kontrak Kementerian Kewangan, kita akan dapat
menghuraikan dengan teliti kontrak-kontrak itu.
SPK - Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd.
Kementerian Kewangan melalui Daim sebagai menterinya telah
memberikan kontrak kepada SPK sehingga berjumlah RM2.2 billion
sejak beberapa tahun lalu. Persoalannya adakah Daim mengisytiharkan kepentingan dalam
membuat keputusan rasmi? Kalau sudah diisytihar, tentu orang tertanya-tanya mengapa
beri kontrak kepada syarikat yang isterinya sebagai pemegang
saham utama? Kalau Daim tidak isytihar tentang penanugerahan projek kepada
SPK, mengapa tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap
Daim? Kedua-dua faktor ini, sama ada isytihar atau tidak, Daim boleh
dikenakan tindakan berdasarkan Akta Kanun Keseksaan (pindaan)
1993 yang membolehkan hukuman sebatan mandatori dan penjara ke
atas penjenayah kolar putih. Naimah Abd. Khalid juga boleh dihukum sebat mandatori dan penjara
kerana bersubahat dengan suaminya sebagai Menteri Kewangan jika
sabit kesalahannya. KL City Corp. adalah dipunyai oleh Naimah binti Abde. Khalid
melalui beberapa nomineenya yang terdiri daripada adiknya
Khadijah binti Abd. Khalid, Syed Rozaidi Wafa bibn Syed Hussein
Wafa, Mohd. Nasir bin Ali, Zabidah bt. Ismail, Sheliza Luis bt.
Abdullah dan lain-lain. KL City Corp. adalah dipunyai oleh City Securities Sdn Bhd.
Syarikat Broker Universal.
|