Laman Webantu KM2A1: 4972 File Size: 4.6 Kb * |
TDPWN 6: B7 - B8 Selamatkan MAS, Lenyapkan BBMB By Khalid Jafri 15/7/2001 10:49 pm Sun |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
[Kalau Mahathir betul-betul cekap dan bersih semua ini tidak
akan terjadi. Kes rasuah Datuk Harun sudah cukup untuk menilai
siapakah Daim tetapi mengapa Mahathir buat-buat tidak tahu sahaja
sedangkan polis dan BPR berada dalam cengkamannya?
Apa yang menarik banyak kes songlapan berjuta-juta berlaku pada
era Mahathir tetapi ia hanyut dibuai masa tanpa tindakkan apa-apa.
Kalaulah pencuri Perwaja boleh lari begitu sahaja jangan harap
pencuri lain yang serupa akan didenda. Kes balak Khalil Yakob
sekarang pun sudah senyap begitu sahaja. Bukankah kawan pencuri
itu selalunya pencuri juga? (Muka surat 48 - 53) Menyelamatkan MAS Demi Poket Sendiri
Tun Daim beria-ia berkata 'kita mesti selamatkan MAS demi maruah
Malaysia.' Tiba-tiba yang diselamatkan oleh Daim ialah Tan Sri
Tajuddin Ramli bukannya MAS. Tajuddin mempunyai 29 peratus pegangan saham dalam MAS menjadikan
ia pemegang individu terbesar. Daim melalui Kementerian Kewangan telah menawarkan RM8.00 bagi
satu saham untuk membeli kesemua 29 peratus saham milik Tajuddin
yang bernilai RM 1.8 billion. Sedangkan harga pasaran MAS waktu
itu ialah RM4.00 bagi satu saham. Bagi Daim inilah kesempatan yang harus diambil kerana beliau
sendirian adalah pemilik sebenar saham individu MAS. Tajuddin
hanya nomineenya saja. Kalau Daim kata untuk menyelamatkan MAS demi maruah Malaysia,
kenapa tidak masukkan RM1.8 bilion wang tunai ke dalam MAS terus
dan mengeluarkan saham baru kepada Kementerian Kewangan,
memandangkan MAS sudah overgeared? Barangkali Daim rasa lebih
menguntungkan masuk poket sendiri dari menjaga maruah Malaysia.
Ini bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan wang begitu banyak
untuk menyelamatkan Tajuddin bukan menyelamatkan MAS.
MAS mengalami kegawatan akibat sikap boros Tajuddin sendiri yang
menempah 25 pesawat baru yang bernilai berpuluh billion ringgit.
Tajuddin juga menempah sebuah pesawat mewah tahun lalu hanya
untuk disewa khas dengan bayaran RM32,300 setiap satu jam. Boeing
737-700 itu hanya menyediakan 16 tempat duduk saja dengan
peralatan yang serba canggih. Bukankah ini satu pembaziran?
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara (Muka surat 54 - 58) Bank Bumiputra Menghilang Lagi Bank of Commerce (BOC) dimiliki oleh nominee Daim mempunyai lebih
kurang 50 cawangan dan Bank Bumiputra ada 200 cawangan menjadikan
ia sebagai bank yang kedua terbesar di Malaysia selepas Maybank.
Melalui nominee Daim, Bank Bumiputra telah diambil-alih dengan
pembelian saham yang paling rendah iaitu 62 sen sesaham sedangkan
harga pasaran ialah RM3.00. Nilai pasaran saham sebenarnya ditentukan oleh Daim. Kalau
pihaknya hendak menguasai satu-satu syarikat dia akan beli dengan
harga paling rendah tetapi mengaut keuntungan berlebihan seperti
saham MAS yang dibeli oleh Kementerian Kewangan dengan harga
belipat ganda daripada RM4.00 kepada RM8.00, keuntungan berjumlah
RM1.8 billion. Bank Bumiputra telah dibeli oleh Daim melalui nominee dengan
alasan mahu konsep penggabungan bank dilaksanakan maka berlakulah
penggabungan antara Bank of Commerce (BOC) dengan bank Bumiputra
(BBMB) pada 18 September 1998 sedangkan BBMB tidak perlu
bergabung kerana kira-kira untung ruginya masih memperlihatkan
BBMB untung sebanyak RM750 juta sedangkan Bank of Commerce (BOC)
rugi sebanyak RM317 juta. Penggabungan ini bukan sahaja merugikan orang Melayu tetapi
melenyapkan Bank Bumiputra sebagai hak anak watan di
tanahairnya. (gambar Dato Md. Nor Yusuf Pengarah Urusan Kumpulan MAS yang baru
menggantikan Tajuddin Ramli) Beliau merupakan kroni dan nominee Daim yang bertanggungjawab
memberikan pinjaman 'extremely friendly loan' sebanyak RM380 juta
kepada Quantum Aspects. Daim telah beri promotion kepada Md. Nor Md. Yusuf dengan
meletakkannya sebagai CEO MAS menggantikan Tajuddin. Tidakkah
pinjaman 'Extremely Friendly Loan' yang diberi kepada Quantum
Aspects telah melanggar semua syarat-syarat kredit.
|