Laman Webantu KM2A1: 4973 File Size: 4.3 Kb * |
TDPWN 7: B9 - B10 Skandal MPHB dan Tender Sekolah By Khalid Jafri 15/7/2001 11:58 pm Sun |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
[Perkataan 'tahu' begitu banyak digunakan oleh Khalid Jafri.
Ini mengingatkan kita satu ketika dulu bila Mahathir begitu
yakin atau 'tahu' Anwar terlibat dalam salah-laku seks kerana
beliau 'menyiasat sendiri'. Tetapi Mahathir tidak pula berani
datang ke mahkamah walaupun sekadar untuk menjadi saksi pembela.
Hmmmm... Nampaknya ada banyak persamaan 'tahu'. Soalnya mengapa
tidak tampil dengan bukti dan sumber atau sengaja menunggu semua
fail yang mensabitkan Mahathir hilang dulu.....
- Editor] MPHB: Multi-Purpose Holdings Bhd. Kalangan ahli-ahli korporat mengetahui bahawa T.K. Lim
menyerahkan pegangan Multi-Purpose kepada Tun Daim, dengan syarat
segala kesalahan yang dilakukan T.K. Lim dalam kumpulan MPHB di
selesaikan oleh Daim. Bagi T K Lim ini tidak merugikannya kerana beliau telahpun
mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dari MPHB. Beliau telah
menyerahkan 30 peratus saham ke syarikat Quantum Aspects Sdn. Bhd
dengan percuma. Dr. Chan Chin Cheng adalah nominee utama Daim dalam Quantum
Aspects dengan Akhbar Khan (Effective Capital) menonjolkan diri
dalam MPHB sebagai 'top honcho'. Untuk menguruskan kumpulan MPHB
bagi pihak Daim. Sekarang barulah semua orang faham kenapa Bank Multi-Purpose yang
begitu lemah diurus, diberi status anchor bank (bank peneraju)
iaitu daripada cadangan asas 6 anchor bank. Apabila bank-bank lain
yang lebih matang, berwibawa dan berupaya seperti RHB,
Arab-Malaysian dan Hong Leong terkeluar pada mulanya.
Terry Tham Ka Hon, kawan rapat Tan Sri Wan Azmi Hamzah (satu-satunya
nominee Daim yang kuat) dengan beberapa rakan kongsi telah
mengambil-alih Quantum Aspects sekitar RM 500 juta degnan kelulusan
(Extremely Friendly Loan) dari Bumiputra Commerce sebanyak RM380 juta.
Banyak orang tahu bahawa Akbar Khan telah mengeluarkan RM600 juta
dari Magnum Corp atas alasan pinjaman kepada seorang nominee.
Magnum Corp telah melaporkan bahawa pinjaman ini tidak dapat
dikutip balik dan sudahpun dibatalkan dalam list kutipan. Dengan
RM 600 juta ini ditambah dengan RM500 juta yang dibayar oleh
Terry Tham dan pengarah-pengarah untuk Quantum Aspects, Daim
membolot RM1.1 bilion dari Multi-Purpose mungkin beberapa juta
dibayar sebagai bayaran servis kepada nominee-nominee tertentu.
Datuk Dr. Mohammad Abdus Salim Cassim mempunyai 26.45 peratus
atau 295 juta saham dalam Southern Bank. Dr. Salim juga memberitahu
kroni-kroninya bahawa dia tidak suka berhutang dengan bank. Jika
begitu, macam mana dia dapat duit untuk membayar 295 juta saham
sekaligus, lebih satu billion ringgit? Durian runtuh kut... Saham
dia sekarang bernilai lebih kurang RM450 juta. Sebenarnya saham
itu bukan kepunyaan dia, dia cuma nominee untuk Daim. Semuanya
ahli korporat tahu. Itulah sebabnya Southern bank yang begitu
kecil adalah antara satu anchor bank daripada asas enam buah
anchor bank. (Muka surat 54 - 58) RM4 Bilion Kos Membina Sekolah 1. Kinta Samudra Sdn. Bhd. 2. Worldworth Sdn. Bhd. 3. Ambangan Height Sdn Bhd. 4. Umi-Ross Project Management Sdn.Bhd.
Keempat-empat syarikat tersebut adalah kepunyaan Daim melalui
nominee. Datin Umi Kalsum bt. Mohd. Noh adalah pemegang saham majoriti
yang rasmi dalam Umi-Ross Project Management Sdn. Bhd. Syarikat
ini telah diberi kontrak sebanyak RM2 bilion ringgit.
Umi Kalsum adalah bekas pegawai Kementerian Kewangan.
Persoalannya pernahkah beliau berpengalaman sebagai seorang
kontraktor sehingga dapat penganugerahan berbilion-bilion
ringgit? Manakala tiga Syarikat lagi juga diberi kontrak RM2 billion
ringgit. |