Laman Webantu KM2A1: 4974 File Size: 4.3 Kb * |
TDPWN 8: B11 - B12 Banyaknya Nominee Daim By Khalid Jafri 15/7/2001 11:27 pm Sun |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
[Sekali lagi perkataan 'semua orang tahu' digunakan oleh Khalid Jafri.
Setiap kali perkataan ini keluar dia sebenarnya telah mengaibkan Mahathir
tanpa dia sedari. Itulah tahap minda Khalid Jafri yang mungkin menyebabkan
dia tidak diterima untuk menjadi penulis hadapan akhbar kerajaan sendiri.
Kalau sudah tahu mengapa sekian lama membisu? Mengapa ditunggu sehingga
Daim berundur baru mahu menulisnya? Bukankah laman pro-reformasi seperti
free malaysia sudah lama memaparkan siapakah Daim sebelum ini?
- Editor] Sembilan Nominee Daim 1. ROBERT TAN HUA CHOO Memegang syarkat Spanco Sdn Bhd. Bagi pihak Daim. Spanco
menjalankan perniagaan penswastaan, pemilikan dan penyelenggaran
kenderaan kerajaan, satu operasi yang sungguh beruntung sebab
Kementerian Kewangan dikenakan caj berlebihan. Pemegang asal KL
City Corp bagi pihak Daim sehingga nominee Naimah mengambilalih.
2. DATUK AMIN SHAH Memegang poenswastaan Pelabuhan Lumut dan kontrak pembinaan kapal
tentera laut bernilai RM6.0 juta bagi pihak Daim. Juga sebagai nominee
di beberapa syarikat lain. 3. Tan Sri WAN AZMI WAN HAMZAH Memegang banyak kepentingan bagi pihak Dajm. Yang paling baru adalah
kepentingan dalam SPLASH - penswastaan air di Selangor.
4. MOHD. RAZALI MOHAMAD RAHMAN & HUSSAIN BIN CHIK ABAS
Menguasai bagi pihak Daim, Landmarks Bhd. Peremba Bhd. Dan Kumpulan
Syarikat Saujana. 5. MOHD. AMIR MOHD SENAWI & MOHD. ANNUAR MOHD SENAWI
Kedua-dua mereka adalah anak saudara Daim di mana mereka memegang
kepentingan yang luas bagi pihak Daim. Annuar yang menguasai Idris
Hydraulic tengah berusaha untuk bergabung beberapa syarikat
insuran untuk dibentuk sebagai satu syarikat insuran gergasi.
6. TAN SRI LIM YAN HAI Memegang saham bagi pihak Daim dalam Bolton dan Malaysian
Plantations Bhd. si mana ianya juga menguasai Alliance Banking
Group. Juga merupakan Pengerusi Malaysian Plantations dan
Alliance Banking Group. 7. LIM CHEE WAH Anaklelaki Tan Sri Lim Goh Tong, Tauke Genting Bhd. Juga seorang
kenalan business yang rapat dan seorang nominee Daim. Terlibat
dalam perolehan beberapa kontrak dari Kementerian Kewangan
melalui nominee lain. Juga ditawarkan projek multi-billion dalam
pembinaan landasan keretapi tanpa tawaran terbuka.
RM Untuk Selamatkan RENONG Oleh kerana Kumpulan Renong sedang menuju ke paras bankrapsi,
maka Daim terpaksa cari jalan untuk menyelamatkan syarikat
gergasi itu. Kementerian Kewangan mencadangkan untuk mengambilalih Putra dan
LRT dengan harga keseluruhannya sebanyak RM 6 bilion. Putra
sebanyak RM4.5 bilion manakala LRT RM1.5 bilion.
Untuk menyelamatkan Putra, Daim terpaksa melibatkan LRT untuk
memberi gambaran yang molek-molek kononnya terpaksa menyelamatkan
pengangkutan awam di Lembah Kelang. Nampak sangat 'cover-up' ini. Pelabur-pelabur dan agensi kewangan
agak terkejut dengan 'rescue' yang di luar jangkaan ini. Adalah
dalam pengetahuan ahli-ahli korporat bahawa Putra dibangunkan
dengan jumlah RM3.5 bilion maksima dan RM1.5 billion telahpun
disedut keluar..... Kenapakah menggunakan dana Pencen Pegawai Kerajaan, KWSP dan
sistem bank untuk menyelamat Time Dotcom? Institusi ini
mengalamai kerugian berjuta-juta ringgit. Senang saja, Kos
Infrastruktur Time Dotcom dinaikkan berkali ganda untuk disedut
keluar juga... Tak kesian ke rakyat jelata. Duit pencen dan KWSP adalah duit
titik peluh rakyat. Kalau orang Cina mereka kata 'Blood and Sweat
Money'... Kalau salahguna parah akibatnya. Takut disumpah orang.
|