Laman Webantu KM2A1: 4985 File Size: 11.5 Kb * |
TKite: Mahathir Bakar DTC Untuk Ubah AUKU? By Tarabulsi 17/7/2001 1:53 am Tue |
http://tranungkite.tripod.com/julai/tarabulsi79.htm
Sejak 3 Julai lagi saya katakan Mahathir
bakar DTC untuk pinda Akta Universiti.
Assalamualaikum, Kenyataan Dr Mahathir tersebut secara tidak langsung dan secara
implikasinya ('by inference') mengesahkan maklumat yang telah saya
terima pada 1hb Julai, 2001 yang menyatakan bahawa orang-orang Dr
Mahathir terlibat dalam kebakaran DTC yang berlaku pada 29 Jun, 2001.
Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikal saya yang bertajuk,
'Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir' (yang disiarkan
oleh Tranung Kite pada 3 Julai, 2001) antara sebab DTC dibakar adalah
untuk menambah sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar dibawah Akta
Universiti dan Kolej. Kini Dr Mahathir secara tidak sedar mengesahkan
bahawa DTC dibakar untuk menjustifikasikan diketatkan lagi
sekatan-sekatan ke atas pelajar-pelajar dibawah akta berkenaan.
Dengan yang demikian pihak polis adalah digesa supaya memulakan
penyiasatan ke atas Dr Mahathir dan konco-konconya dengan segera.
Dalam artikal saya 'Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir'
yang dirujuk kembali itu, saya telah berani menuduh bahawa
orang-orang Dr Mahathir bertanggungjawab membakar DTC kerana
maklumat yang saya terima pada 1 Julai, 2001, iaitu dua hari selepas
kebakaran itu berlaku, adalah dari 'orang dalam'.
Dalam artikal saya yang dirujuk itu, saya telah menulis dalam perenggan 6
seperti berikut: Quote - 'Memang ada alasan untuk mensyakki DTC telah dibakar oleh
'orang-orang Dr Mahathir' dengan kerjasama SB dan UTK. Kebakaran
tersebut merencatkan rancangan pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi
bagi membantah kedatangan Dr Mahathir ke kampus mereka. Kebakaran
itu juga merencatkan hasrat pelajar-pelajar untuk menuntut pemansuhan
Akta Universiti dan Kolej' - unquote.
Saya seterusnya menegaskan di perenggan 9 artikal saya itu seperti
berikut: Quote - 'Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini punyai justifikasi
untuk mengetatkan kawalan keatas pelajar-pelajar. Tidak akan
memeranjatkan kalau sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar dibawah
Akta Universiti dan Kolej akan ditambah' - unquote.
Lihat bagaimana saya telah menyatakan dengan secara tegasnya di
perenggan 9: ia-itu; 'Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini punyai justifikasi untuk
mengetatkan kawalan keatas pelajar-pelajar'
Saya harap artikal saya ini akan dicetak dan disebarkan dengan
meluasnya. Diharap pihak polis yang memantau laman-laman web
reformasi akan juga menagmbil perhatian dan akan memulakan siasatan.
Mintak-mintaknya, jangan saya pulak disiasat oleh pihak polis (seperti
yang berlaku kepada saudara Ezam yang diheret ke balai polis kerana
membuat laporan berhubung salahlaku rasuah si Rafidah Aziz). Saya
tidak perlu disiasat. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang rakyat yang setia kepada negara ini yang ingin membantu polis
dalam siasatan mereka. Yang perlu disiasat oleh pihak polis adalah
kemungkinan bahawa DTC dibakar oleh orang-orang Dr Mahathir untuk
menjustifikasikan pindaan kepada Akta Universiti dan Universiti Kolej. Ini
yang perlu disiasat dan dipastikan samada benar atau disebaliknya. Dan
kalau hasil penyiasatan menunjukkan Dr Mahathir dan konco-konconya
terlibat maka mereka hendaklah ditangkap dan dihadapkan di mahkamah.
(Artikal saya 'Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir' yang
telah disiarkan oleh Tranung Kite pada 3 Julai itu diperturunkan semula
dibawah untuk memudahkan rujukan pembaca)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi [Tulisan awal Tarabulsi di Tranungkite - Editor]
Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir
Assalamualaikum Tanyalah mereka yang pernah terlibat dalam mengatur kunjungan
Perdana Menteri ke sesuatu tempat dan mereka akan menegaskan
bahawa adalah menjadi 'standard procedure' bagi pihak polis (Special
Branch) untuk melakukan 'security sweep' keatas kawasan yang akan
dikunjungi oleh PM itu.'Security sweep' dibuat sekurang-kurangnya
sehari sebelum kunjungan PM, dan selepas 'security sweep' tersebut,
tempat berkenaan akan diawasi dengan rapi oleh SB dan Unit Tindakan
Khas (yang berpakaian preman) secara 'round the clock' sehinggalah
ketibaan dan kepulangan PM di hari keesokannya. Langkah-langkah
keselamatan ini diambil untuk mencegah berlakunya sebarang
kemungkinan buruk, terutamanya sabotaj. Malah dalam dua tiga tahun
kebelakangan ini langkah-langkah keselamatan untuk Dr Mahathir telah
ditingkatkan. Memang susah bagi pelajar-pelajar yang bukan
professional dalam kerja sabotaj untuk menembusi kawalan keselamatan
tersebut. Sepatutnya pihak SB dan UTK meningkatkan pengawasan DTC di
tahap 'high alert' memandangkan bahawa risalah-risalah telah
diedarkan di kampus Universiti Malaya yang menyeru siswa-siswi
supaya memboikot simposium tersebut. Lazimnya dalam tempoh 24 jam
sebelum kunjungan PM itu, toksah kata yang memasukki DTC, tetapi
sesiapa sahaja yang menghampiri DTC akan diawasi, dan yang
mencurigakan akan diekori oleh SB yang berpakaian sebagai juruteknik,
tukang cuci dan lain-lain pakaian menyamar. Malah pegawai-pegawai
SB akan juga menyamar sebagai pelajar-pelajar dan menyelit dikalangan
pelajar-pelajar untuk merisek maklumat. Maka timbul persoalan
bagaimana pelajar-pelajar boleh menembusi pengawasan rapi oleh polis
yang terlatih dan berpakaian preman itu.
Mereka yang berpengalaman dalam mengatur kunjungan PM akan
ketawakan dakwaan Dr Mahathir. Tidak menasabah langsung untuk
menuduh kebakaran DTC berpunca dari sabotaj oleh pelajar-pelajar
kerana hanya mereka yang terlatih dan pakar dalam kerja sabotaj (highly
trained professionals) sahaja yang boleh menembusi langkah-langkah
keselamatan yang sangat rapi yang dikenakan oleh pihak polis sebelum
dan semasa kunjungan PM ke sesuatu tempat itu.
Ramai dikalangan orang Melayu juga menolak dakwaan kononnya
kebakaran DTC berpunca dari sabotaj pelajar militant (yang tidak pun
ujud) atau dari pendawaian letrik yang 'faulty'. Pendapat umum
dikalangan orang Melayu adalah kebakaran tersebut merupakan
tindakan khianat oleh 'orang-orang Dr Mahathir' sendiri (dengan
kerjasama SB dan UTK) untuk mencapai tujuan-tujuan politik tertentu.
Ha..ha. Orang Melayu tidak mudah lupa kepada sandiwara Sauk, dan
orang Melayu rata-rata menganggap kebakaran DTC sebagai satu lagi
peristiwa yang dirancangkan oleh Dr Mahathir.
Memang ada alasan untuk mensyakki DTC telah dibakar oleh
'orang-orang Dr Mahathir" dengan kerjasama SB dan UTK. Kebakaran
tersebut merencatkan rancangan pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi
bagi membantah kedatangan Dr Mahathir ke kampus mereka.
Kebakaran itu juga merencatkan hasrat pelajar-pelajar untuk menuntut
pemansuhan Akta Universiti dan Kolej.
Kebakaran DTC tersebut ada hubungkait yang rapat dengan
hujah-hujah yang disampaikan Dr Mahathir dalam ucapannya di
simposium tersebut. Dr Mahathir telah menyeru pelajar-pelajar supaya
jangan bertindak secara yang boleh memusnahkan ekonomi dan
keamanan negara yang bakal mereka warisi. DTC dibakar untuk
memastikan apa yang disampaikan oleh Dr Mahathir kepada
siswa-siswi akan mempunyai kesan yang diiginkan ("the desired
impact"). Kebakaran DTC tersebut juga memberi Dr Mahathir ruang untuk
menuduh pihak pembangkang sebagai telah menghasut pelajar-pelajar
untuk membakar dewan tersebut. Setelah membakar DTC, Dr Mahathir
kini punyai justifikasi untuk menghalang pihak pembangkang dari
memasukki kampus. Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini punyai justifikasi untuk
mengetatkan kawalan keatas pelajar-pelajar. Tidak akan memeranjatkan
kalau sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar dibawah Akta Universiti
dan Kolej akan ditambah. Sememangnya kebakaran DTC adalah selaras dengan niat busuk Dr
Mahathir untuk menghapuskan semua 'landmark' negara yang
bersejarah yang dikaitkan pembinaannya dengan jasa Allahyarham
Tunku Abdul Rahman. Kita sudah melihat Subang Airport yang dibina di
zaman Tunku sudah pun dirobohkan. Keputusan sudah lama dibuat
untuk meruntuhkan Stadium Merdeka. Beberapa tahun yang lalu ada
cadangan supaya Masjid Negara dirobohkan dan tapak masjid tersebut
diberi kepada Sukom Bhd dan Berjaya Group untuk dibangunkan.
Ha..ha..jangan ingat Melayu mudah lupa dengan cadangan Dr Mahathir
untuk merobohkan Masjid Negara dan memberi kawasan itu kepada ipar
beliau, General (Menangis) Tan Sri Hashim Ali.
Jangan hairan kalau Dr Mahathir ada rancangan untuk mengalihkan
kampus UM ke kawasan yang lain sebab kampus sekarang ini di Lembah
Pantai juga dikaitkan dengan jasa Allahyarham Tunku. Dan sudah tentu
Dr Mahathir akan merasmikan kampus baru tersebut seperti yang beliau
lakukan di kampus baru UIA. Malah ada kedengaran khabar-khabar
angin seketika waktu dahulu kononnya kroni-kroni Dr Mahathir telah
mencadangkan supaya UM dialih ke kawasan Putra Jaya atau
berhampiran Sepang yang akan memberi mereka keuntungan yang
besar dalam pembinaan kampus baru tersebut.
Kalau pun kampus UM tidak dialaih, kebakaran DTC bermakna ianya
perlu dibina semula. Sebenarnya sudah lama kroni-kroni Dr Mahathir
mencadangkan supaya DTC diroboh dan dibina semula.
Jelas dari huraian diatas bahawa Dr Mahathir punyai berbagai motif
untuk membakar DTC. Malangnya bagi Dr Mahathir segala 'political
mileage' yang diperolehi dari kebakaran tersebut telah dimusnahkan
(was shortlived) oleh ketua Puteri UMNO, Azlina yang telah secara
melulu dan tidak kena pada tempat mendesak Naib Canselor UM
meletakkan jawatan. Tuntutan Azlina tersebut dianggap keterlaluan oleh
ramai pihak. Sesama kita tunggu hasil penyiasatan ke atas punca kebakaran DTC
tersebut. Dicadangkan supaya pihak polis terlebih dahulu menyiasat Dr
Mahathir dan Rahim Thamby Chik (penaja simposium). Mungkin
kedua-dua pemimpin UMNO haprak ini boleh membantu pihak polis
dalam sisatan mencari punca kebakaran tersebut.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Tarabulsi
|