Laman Webantu KM2A1: 4992 File Size: 11.4 Kb * |
TJ SP MGG: Mula-mula UTAR, Kemudian PUTAR By M.G.G. Pillai 17/7/2001 11:34 pm Tue |
MGG 1371 [Dengan UTAR diputar ketika isu Likas dan Nanyang berlegar
nampak jelas ia menjadi gula-gula politik Ling setelah tercedera
teruk di mata masyarakat Cina. Lesen itu sudah lama diberi mengapa
dia membisu seribu bahasa ketika meletup isu kuota? Tidakkah itu
kerana dia bimbang diserang oleh Nanyang yang ketika itu sedang
mempersoalkan masalah kekurangan tempat untuk pelajar Cina. Tentunya
Nanyang akan mempersoalkan kenapa diperap lesen itu sebegitu lama
tatkala kurangnya tempat untuk pelajar Cina.
Ling sedang terjerut dan terpaksa berbaik semula dengan masyarakat
Cina yang telah ditekannya acap kali itu untuk menjayakan UTAR.
Tanpa mereka UTAR akan berputar di awang-awangan tanpa menjelma di
alam realiti. Itulah yang berlaku kepada tabung Chang Min Thien dulu.
Universiti memerlukan bukan sekadar lesen atau derma wang sahaja.
Tetapi masyarakat yang lebih penting dari segala-galanya tetapi Ling
asyik meminggirkan pandangan mereka sahaja.
- Editor] Terjemahan SPAR-01-029
(First UTAR, Then The Spin) Oleh: MGG Pillai Setelah diberikan lesen penubuhan UTAR (Universiti Tunku Abdul
Rahman) apakah gerangannya tindakan MCA seterusnya? Ia tidakpun
tahu, kerana belum membincangkan perkara itu. Perkara ini belum
dibincangkan lagi kerana sedikit sangat manusia yang tidak
sangsi. Adalah menjadi satu amalan dalam parti Barisan Nasional
membincangkan secara terbuka sesuatu perkara, asalkan
perbincangan tertumpu kepada perihal memuji-muja dan mendewakan
wawasan ketuanya. Presiden Dato' Seri Ling Liong Sik berpendapat universiti itu
akan menonjolkan Malaysia sebagai satu pusat pengajian tinggi
yang berwibawa. Bukan begitu pula pendapat setiausaha agung
parti, Dato Seri Ting Chew Peh. Dia yakin universiti itu
bertujuan untuk menyatu padukan parti. Kita boleh jangkakan
betapa MCA mampu menonjolkan keadaan yang mencelaru dalam usaha
cuba memutar minda apa yang boleh dilakukannya. Sepatutnya para
pemimpin parti hentikan semua cerita dongeng ini dan tumpukan
usaha terhadap usaha menubuhkan universiti itu.
Tapak bangunan universiti belum diketahui lagi, namun Dr. Ling
sudah sibuk mahu menarik pelajar luar negara pula. Masyarakat
Cina mahukan sebuah universiti menampung pelajar Cina yang tidak
dapat memasuki universiti tempatan. Sememangnya Ling pintar
dalam kerja putar-memutar. Kerana itu dia yakin UTAR akan
menjadi universiti yang diminati. Kalau kita ikut cakap dia UTAR
akan merancakkan kemajuan ekonomi, pelancongan, perumahan dan
bisnes eceran negara. Yang pasti, UTAR tidak akan bergantung
harap kepada masyarakat Cina sahaja. Tetapi, setiausaha agung
parti mempunyai pendapat yang berbeza.
Dr. Ling telah mencemuh orang lain, seperti PAS, yang
mempertikaikan kewujudan universti seperti UTAR, yang akan
diuruskan oleh parti politik. Mereka cemburu, katanya, sambil
memperlekehkan institusi pendidikan tajaan PAS. Seperti
biasalah, kepala ikan yang mereput memang tidak mampu berfikiran
waras. Dia tidak tahu nilai apa yang dicakapkannya itu.
MCA sudah menjadi rakan parti yang memerintah negara sejak 1952,
dan menjadikan yang penting dalam komposisi barisan nasional
sejak penubuhan Universiti Merdeka dikemukakan sekitar 1969.
Kenapakah lama sangat baru lesen penubuhan universiti itu
diluluskan? Jawapannya adalah disebabkan UMNO yang menentang
permohonan itu. Kerana itu tidak ada menteri kanan yang
mengendos penubuhan universiti MCA itu. Menteri Pendidikan, yang
mengepalai kementerian yang mengeluarkan lesen tersebutpun
bersikap membisu sahaja. Ini menunjukkan betapa MCA semakin
dipulaukan dalam Barisan Nasional.
Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Lesen itu telah
dikeluarkan satu tahun dulu lagi untuk membolehkan Dr. Ling
mengumumkannya mengikut masa yang dipilihnya. Apabila tercetus
kemelut Nanyang Press dan kisah tekanan masyarakat Cina yang
menyusulnya, Dr. Ling umumkan kisah lesen universiti itu
sedangkan dia bercadang melakukannya tahun hadapan untuk
menjamin kemenangan pemilihannya semula. Kerana himpitan majlis
tertinggi parti yang diketuai oleh timbalan presiden MCA, Dato'
Lim Ah Lek, yang menyanggah setiap gerak gerinya, UTARpun
menjadi bahan perbalahan yang diserabuti oleh segala tekanan
dalaman itu. Majlis tertinggi mengalukan UTAR seperti juga DAP memuji MCA
kerana mendapatkan lesen sebuah universiti. Tetapi, kerajaan
sudahpun menyatakan pendiriannya mengenai sokongan selanjutnya.
Masyarakat Cina perlu menanggung beban penubuhan universiti.
Tetapi, apabila Dr. Ting berpendapat bahawa universiti itu akan
merapatkan MCA, rancangan penubuhan universiti akan menjadi satu
kerja yang sukar. Keadaan dulu ketika UTAR ditubuhkan, memang
amat berbeza sekarang. Ketika itu banyak bantuan kerajaan yang
telah diterima. Tetapi, layanan semacam ini tidak akan diberikan
kepada UTAR. Terpaksalah dianjurkan pengutipan derma, dan
masyarakat Cina perlu dilibatkan sama. Satu ketika dulu, MCA
mampu mengawal dan mempengaruhi masyarakat Cina persis gaya UMNO
mempengaruhi orang Melayu. Perkara semacam itu sudahpun lama
berlalu. Kalaulah Dr.Ling mempunyai niat yang tidak berbau politik, dia
sudah mampu menubuhkan beberapa jawatan kuasa trertinggi yang
dianggotai oleh beberapa insan daripada masyarakat Cina yang
dipilih kerana ketokohan mereka dan bukan kerana pembabitan
politik mereka. Setakat ini, Ling hanya memiliki sehelai keratas
memberikan keizinan kepada MCA untuk menubuhkan sebuah
unversiti. Sepatutnya dia menggembleng tenaga masyarakatnya untuk
berunding dengan kerajaan. Selagi ini tidak direncana, UTAR akan menjadi satu kertas
keramat sahaja. Para pemimpin MCA, bermula daripada presidennya
harus hentikan perdebatan mereka dan mula hubungkan jambatan
menghubungkan mereka dengan akar umbi, yang telah lama mereka
musuhi. Memang boleh dijangka masalah yang akan muncul pula.
Mula-mula MCA mesti tunaikan janjinya untuk menjual kebanyakan
saham Nanyang Press itu. Dr. Ling telah meracau untuk menunjukkan
siapa ketua dalam organisasinya. Tindakannya itu memudaratkan
masyarakat yang diwakilinya. Masa depan UTAR amat bergantung
kepada kemampuan MCA mempunyai kuasa mengawal Nanyang Press. MCA
terpaksa bertanggungjawab dengan masalah itu dan bukan
masyarakat yang diwakilinya. Terjemahan SPAR-01-029 Asal: First UTAR, Then The Spin Now that MCA has its Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), what
does it plan to do? It does not know. It has not discussed it.
It cannot discuss it because there are few who have grave doubts
about it. A free flow of discussion is allowed, as in all
National Front political parties, if it is only to praise the
leader's vision. Its president, Dato' Seri Ling Liong Sik, knows it would
promote Malaysia as a centre of academic excellence. Not so,
says its secretary-general, Dato' Seri Ting Chew Peh. It is to
enforce party unity, above all. The MCA can be expected to prove
itself without doubt how it could mess up what it sets out to do.
Its leaders should shut up and work at its setting up, instead of
casual words of hope and intent off the cuff.
The site plans are not yet even drawn, but Dr Ling already
wants to attract students from overseas. The Chinese community
had wanted a university for Chinese who could not enter local
universities. He is good at spinning a tale: he is sure UTAR
would be the most sought out to study. It would, he tells us
with a straight face, spur economic growth, tourism, housing and
retailing businesses. Of course, UTAR is not to curry favour
with the Chinese community. But his secretary-general has other
designs. Dr Ling hits out at those, like PAS, which questions
political party-run universities, as UTAR, would be. It is sour
grapes, he says, pointing to the educational institutions PAS
runs. As usual, the Rotting Fish Head cannot think straight.
He does not understand the import of what he says.
Since MCA has been in the governing coalition since 1952, an
important partner in the National Front coalition since the
demand for Merdeka University was made circa 1969, why did it
take MCA this long to get a licence to run a university? UMNO
was against it. Interestingly, no senior Malaysian minister has
endorsed it. The education minister, whose ministry issued the
licence is strangely silent. If anything, it shows how isolated
MCA is in the National Front. This means something went awry. The licence itself was
issued a year earlier for Dr Ling to announce it at a propritous
time. In the light of the Nanyang Press blunder, and the
corresponding pressures from the Chinese community, he brought
out the letter which he had intended to release it to ensure his
re-election next year. Because this is clouded in an MCA central
committee rump led by the deputy president, Dato' Lim Ah Lek,
challenging his every move, UTAR is right in the thick of
internal MCA pressures. The community welcomed UTAR, as did the DAP, for having got
the university. But the government is sanguine of further
support. The community would have to bear the burden. If as Dr
Ting says UTAR is to strengthen MCA, it would face an uphill
task. TAR College is different: it gets considerable government
aid. That option is not on, as far as is known, for UTAR. So,
fundraising is important to sustain it, and the community must be
involved. Once MCA could, like UMNO, represent the community.
It does not now. What Dr Ling should have done, if his intention was not
political, was to appoint high ranking committees, drawn from the
Chinese community and chosen for their standing not their
political orientation, and involve them in the effort. So far,
all he has is a piece of paper allowing the MCA to set up a
university. He should involve the community in the detailed
negotiations with the government.
Until then, UTAR must be no more than the piece of paper it
now is. MCA leaders from the president down should shut up and
start building bridges with the community they deliberately
destroyed. There is a problem, of course. MCA must first
fulfill its promise to sell off most of its shares in Nanyang
Press. He has made too many moves to show he is boss, and not
for the benefit of the community he claims to represent. The
future of UTAR is inextricably linked to MCA's continued control
of Nanyang Press. And MCA must take the blame for that. Not the
community. M.G.G. Pillai |