Laman Webantu KM2A1: 4994 File Size: 13.6 Kb * |
TAG SP 208: Hilangnya Kepercayaan Terhadap MCA By Harun Rashid 17/7/2001 10:48 pm Tue |
[Ling ternyata memperjudikan Star dan semua wang ahli MCA
dengan membeli Nanyang yang kini sudah tidak bersinar lagi itu.
Tanpa sokongan masyarakat Cina bukan sahaja Nanyang akan gulung
tikar malah Star juga akan tersadai dan MCA semakin miskin.
Sepatutnya Ling bertanya dahulu sebelum bertindak tetapi dia
telah terjun tergopoh-gopoh sedangkan itu melibatkan dana MCA
yang bukan sedikit banyaknya. Dengan mengambil alih Nanyang minda anak bangsa akan semakin
rusak dan binasa seperti yang berlaku kepada orang melayu.
Setelah 20 tahun Mahathir berkuasa orang melayu masih teralpa
kerana akhbar melayu memang tidak berguna. Itu mungkin berlaku
terhadap masyarakat Cina juga sebab itulah sebegitu banyak
cendiakawan mereka menentang pengambil-alihan Nanyang.
Sakit badan boleh diubat sehari dua tetapi minda yang rusak amat
lama tempoh untuk membaikinya. UTAR pun mungkin tidak mampu
merawatnya. Sebab itulah Said Zahari lebih rela ke penjara
- demi membela minda dari dijajah pihak yang berkuasa. Malangnya
tidak ramai yang menyelongkarnya walaupun sudah berkali membacanya.
- Editor] Hilangnya Kepercayaan Terhadap MCA
(Worldview: MCA's Loss Of Public Trust)
Oleh: Harun Rashid Urusan jualbeli Nanyang Press oleh MCA adalah satu gambaran betapa
aibnya keadaan yang menghantui Malaysia. Tidak ada langsung
sebarang kewarasan terhadap urusan jualbeli itu ataupun pembiayaan
urusannya. Apabila sebuah parti politik sanggup melabur RM230 juta
semata-mata untuk menguasai sebuah perniagaan yang memberikan
pulangan keuntungan tiap tahun sekitar RM5 juta sahaja, pasti
mengundang banyak tandatanya tentang kewarasannya.
Urusan itu diperkasakan dengan dalil bahawa 'ianya satu pelaburan
politik yang strategik.' Apabila diberikan tafsiran bahasa mudah,
bererti sudah wujud satu kepastian betapa para pembaca akhbar
Malaysia dalam Bahasa Cina adalah terdedah kepada propaganda untuk
mendorong mereka mengundi MCA dan BN di masa hadapan. Ini adalah
satu percaturan niaga yang tinggi risikonya dan sudah pasti tidak
akan diambil oleh seorang peniaga yang memang unggul wibawanya.
Harga pasaran saham The Star, sudah lama diasak oleh tekanan.
Selama berbulan saham itu telah tergantung pada tahap RM8.50 dan
sedikit meninggi dari paras ini dengan wujudnya sokongan pembeli
setiap hari. Kini, harga itu sudah menurun ke paras RM8.10,
menggelonsor dan mencecah paras RM7.95 pada catatan pasaran Jumaat
lalu dan berkemungkinan menggelonsor lagi ke tahap bawahan yang
lagi satu. Setiap kejatuhan sebanyak 0.50 sen yang terjadi kepada
harga saham The Star itu, membawa erti betapa kolateral MCA akan
turut jatuh sekitar RM33 juta. Nilai harga saham The Star yang
dipegang oleh MCA dan dicagarkan untuk pembelian Nanyang Press
adalah ditaksirkan ketika itu sekitar RM560 juta. Ini bererti nilai
tersebut sudah pun terkena senggugut untuk mereput sekitar RM530
juta. Masyarakat Cina sudahpun menyerlahkan ketidak-senangan mereka
terhadap tindakan MCA, yang turut dirangsang oleh pembuangan secara
melulu para editor Nanyang Press itu. Ini telah disusuli oleh
panarikan sokongan para peniaga Cina untuk menarik pengiklanan
mereka dan diikuti pula oleh beberapa kumpulan penulis popular Cina
yang menghentikan sumbangan karya mereka. Apabila dicampurkan dalil
semua ini dengan penolakan para pembaca yang dulunya setia membeli,
tentunya menggugat kewarasan urusniaga belian itu tadi; baik dari
segi kewangan mahupun daripada pandangan politik yang matang.
Kalau diketepikan dulu unjuran politik buat sementara waktu, tentu
kita pening memikirkan tanggungan baru MCA itu. Dari manakah
datangnya dana untuk membayar balik hutang itu nanti, termasuk
faedah tahunannya sekali? Bukannya banyak sangat pendapatan tahunan
Nanyang, sedangkan hutang tahunan MCA pada kadar yang minimanya,
sekitar RM15 juta akan terus bergoyang? Malahan, kalau diambil
kira syarat urusan hutang yang sebenarnya, harga tanggungannya
tentu menjadi lebih tinggi lagi.
Kemungkinan besar, pelunasan hutang itu nanti akan diusahakan
melalui kutipan derma ahli MCA. Kalau diandaikan terdapat setengah
juta ahli MCA, sumbangan tahunan mereka ialah sekitar RM30 ataupun
lebih kurang begitu; yang dianggap satu sumbangan yang tidak
membebankan. Akan tetapi, ramai ahli MCA menentang urusniaga itu,
dan tidak pula sanggup menyumbang terhadap tabung sukarela ini.
Sudah dianggarkan hanya sekitar 25 persen ataupun sedikit kurang
dari itu yang akur dengan pembelian Nanyang. Jika demikian, jumlah
ahli yang bersetuju itu terpaksa menyumbang sekitar RM150 setiap
seorang untuk menyokong tindakan Dr. Ling. Kepada sebahagian besar
kumpulan ahli itu, wang sebanyak itu adalah bersamaan dengan gaji
mereka untuk satu minggu. Sudah timbul kini soal penting yang mempertikaikan penggunaan
saham Star sebagai kolateral. Ketidak-senangan ini nampaknya sudah
menjalar kepada para pembaca, penulis dan pengiklan The Star,
setelah mereka menyedari betapa Ling dan MCA cuba menggunakannya
sebagai propaganda politik mereka. Semakin kuat pula kini kejijikan
terhadap pemberitaan MCA yang dianggap berbisa itu. Seandainya
tahap keuntungan The Star menurun juga, sehingga tidak mampu
menyokong harga pasaran sahamnya yang sengaja dilonjakkan itu,
kemerosotan harga yang berterusan sudah tentu boleh dijangkakan,
apalagi dengan berkurangannya kutipan hasil pengiklanan yang memang
merudum selari dengan trenda global disebabkan keadaan ekonomi yang
merosot. Ada pihak yang menyebut wujudnya hartanah kepunyaan Nanyang, yang
tidak siapapun tahu nilaian harga tekanan pasarannya. Aset itu
berkemungkinan terpaksa dijual untuk menanggung sebahagian bebanan
harga belian. Soalnya sekarang, apakah sokongan ahli MCA terhadap
pembelian itu dulu boleh digunapakai seandainya kolateral yang
dipajakkan itu didapati tidak mencukupi untuk menyokong hutang yang
belum langsai? Seandainya nilai saham The Star menjunam ke paras
RM4, nilai kolateral yang dicagarkan itu akan merudum setakat RM265
juta sahaja, yang bersamaan dengan kadar 100 peratus harga
pembelian Nanyang. Seandainya pendapatan The Star menjunam disebabkan kerungsingan
pelabur dan suasana pelaburan yang semakin kabur, nilai saham
akhbar itu akan melalui satu tempoh kepahitan seiras pengalaman
sebuah akhbar bahasa Inggeris yang paling popular di Malaysia, The
New Straits Times, yang sudah merudum daripada ketinggian harga
RM19 kepada tahap tahunan RM2.4, walaupun pada pasaran Jumaat lalu
ia ditutup pada kadar RM3.30 sahaja.
Liabiliti ataupun tanggungan MCA boleh mencecah RM330 juta,
seandainya diambil kira syarat membeli juga baki 28 persen saham
yang masih ada itu dikuatkuasakan. Ini bererti nilai saham The Star
seharusnya berada di atas paras RM5 untuk memberikannya lindungan
yang mencukupi tanpa keperluan menjual sebahagian hartanah
kepunyaan Nanyang. The Star telah memperolehi keuntungan 50 sen
bagi setiap saham dan membayarnya dalam bentuk dividen. MCA pernah
memiliki 66 juta saham The Star dan memperolehi pendapatan antara
RM25-30 juta daripada pelaburannya. Sekarang, keseluruhan
keuntungan yang diperolehi itu terpaksa digunakan utnuk membiyai
urusan pembelian Nanyang. Dengan pembelian itu, MCA sudah mencorakkan masa depannya terhadap
kejayaan Nanyang Press sebagai pembelian yang berunsur satu
'pelaburan politik yang strategik.' Hanya seorang peniaga yang
sesak dan terdesak mampu membuat percaturan sebegitu tinggi
risikonya, terutama sekali apabila bergantung harap kepada sokongan
orang lain yang diharap akan menjayakan rencana pembelian itu.
Seorang pemain judipun akan faham betapa rencana itu adalah satu
kerja haprak. Seorang penganalis mudah terfikir menanyakan, 'Siapa
sebenarnya yang merencanakan semua itu?'
MCA baru sahaja membuat pengumuman penubuhan sebuah universiti yang
akan dibiayai melalui sumbangan derma orang awam. Masyarakat Cina
sudah pun diminta menyumbang terhadap projek yang dianggap berguna
itu. Presiden universiti itu dan juga MCA ialah Dr. Ling, yang juga
merupakan perancang utama urusan membeli Nanyang Press. Sejarah
pembabitan Dr. Ling dalam mengendalikan tabung dana kutipan MCA,
memang begitu berserabut dengan kesangsian umum terhadap salahguna
kuasa. MCA pernah diamanahkan mengurus derma yang dikhaskan untuk
membantu para penternak khinzir yang digugat serangan wabak JE
Nipah satu ketika dulu. Sebahagian dana yang terkumpul itu masih tidak jelas pengagihannya,
walalupun MCA pernah berjanji mendapatkan khidmat Price Waterhouse
sebagai firma perakaunan untuk menyelia buku kira-kira. Penyata
akaun itu tidak juga muncul dan ada dana yang telah dikesan telah
disalurkan kepada penyokong MCA dan petugas parti yang tidak ada
kena mengena dengan industri babi. Price Waterhouse tidak pula
diketahui pernah membuat kenyataan untuk mempertahankan
reputasinya. Para pemimpin MCA telah diamanahkan dengan RM10 juta untuk
diagihkan kepada pelajar yang memerlukannya. Dana itu tidak pernah
dikeluarkan untuk menepati tujuan asalnya. Sehingga hari ini MCA
masih belum menyerahkan dana itu ataupun faedah simpanannya.
Seolah-olah wang itu telah ghaib entah ke mana, walaupun sudah ada
arahan mahkamah mengarahkan peratuan itu.
Ketika berlangsungnya pilihanraya kecil Teluk Kemang yang berpusat
di kawasan perindustrian ternakan khinzir, Ling telah menyerahkan
surat perletakan jawatannya (sebagai presiden parti), setelah
tersibar desas-desua betapa perdana menteri mengarahkannya
mengosongkan pejabatnya kerana gagal mengagihkan wang kutipan
tabung dana yang terkumpul. Dua minggu kemudian dia tetap kekal jua, dan tentunya dengan adanya
satu janji yang dapat diterima-pakai oleh perdana menteri. Namun,
apakah orang awam puashati dengan gelagatnya itu? Pilihanraya kecil
di Lunas telah membuktikan pengundi Cina tidak memberikan undi
mereka kepada MCA. Dengan hal yang demikian, apabila Ling merayu agar masyarakatnya
menderma terhadap universiti itu, masyarakat umum pantas membuat
pemikiran apakah sumbangan mereka akan digunakan untuk tujuan yang
disebutnya ataupun digunakan untuk projek percaturan politiknya
lagi? Selaku pengasas urusniaga pembelian Nanyang, apakah ini juga
bererti Ling akan dipertanggungjawabkan, sehinggakan muncul satu
desakan dia terpaksa dinyahkan kerana sikap berurusniaga laksana
seorang pemain judi sahaja? Seandainya harga pasaran The Star merudum ke paras empat ringgit
dan tidak ada pula tambahan nilai kolateral untuk dicagarkan
sebagai menutupi pembelian Nanyang dulu, pihak pemiutang mempunyai
hak mendapatkan tambahan cagaran, ataupun merampas kesemua saham
itu sebagai memenuhi tuntutan perjanjian mengeluarkan pinjaman.
Sekiranya pendapatan The Star merudum, situasi yang sama akan
menjelma juga. MCA sebenarnya telah mengambil satu langkah
berbentuk satu perjudian dalam pelaburan utamanya.
Akan tetapi, Ling merupakan seorang kaki judi yang matang, dan
berkemungkinan dia ada muslihat yang tersorok di lengan bajunya.
Berkemungkinan besar dia mahu menggembeling bakat semua peniaga
Cina yang masih memegang kontrak dengan kerajaan untuk membantu
beliau membiayai penubuhan universiti itu. Dalam politik, adalah
mudah menggunakan tekanan untuk mencetuskan sokongan kewangan.
Dengan demikian, dana untuk penubuhan universiti boleh dilencongkan
dengan mudahnya untuk membiayai Nanyang Press. Siapakah yang lebih
cerdik dalam perkara ini? Jikalau inilah rencananya, Ling mungkin
telah memberikan jaminan kepada pemiutang, rakan seperjuangan
politiknya dan para penyokongnya betapa pembelian Nanyang itu
adalah satu permainan mudah sahaja. Apakah rencana itu akan
tercapai, adalah satu tekateki juga.
Ada satu pengumuman sebelum dilangsungkan Mesyuarat Agung Luarbiasa
parti untuk mendapatkan pengundian para perwakilan, bahawa Huaren
Holdings yang dikatakan cabang pelaburan MCA, sebenarnya bukanlah
menyumbangkan asetnya kepada MCA. Dengan itu, perlembagaan MCA
tidak boleh dikaitkan kepada Kemelut Nanyang. Masalah perlembagaan
sudah dianggap satu peraturan mengikut tafsiran dan mainan kata
presiden parti dan pucuk kepimpinannya seiras dengan hukum-hakam
UMNO Baru(A) yang menentukan bahawa jawatan presiden dan
timbalannya tidak boleh dipertandingkan pada pemilihan kepimpinan
parti, sehinggakan jawatan itu terpaksa diberahminkan.
Pemegang jawatan yang ada, perdana menteri yang juga merupakan
presiden sebuah parti telah membuat penentuan itu, seperti cara
seorang diktator memusnahkan sistem demokrasi dengan menghentikan
proses pilihanraya. Inilah partinya dan inilah juga gagasan
kepartian (BN) yang telah didapati bersalah melakukan pemalsuan
dalam pilihanraya dulu sehingga mencetuskan satu pilihanraya kecil
di Likas, di mana ia sekali lagi berharap untuk memenangi
pertandingan semula itu. -Harun Rashid- Terjemahan SPAR-05-015
Link Reference : Harun Rashid Worldview: MCA's Loss of Public Trust |