Laman Webantu KM2A1: 4997 File Size: 19.5 Kb * |
TJ SP MGG: Dr. Mahathir Dan Durian Tua By M.G.G. Pillai 18/7/2001 10:13 am Wed |
MGG 1381 [Sesudah 20 tahun Mahathir ditampuk kuasa dia semakin
nyata telah menyebabkan pelbagai masalah menghempap negara.
Sebagai doktor dia sepatutnya merawat semua penyakit
masyarakat tetapi dia telah membiakkan gejala korupsi, seks
dan pilih-kasih sehingga musnah institusi keluarga sekarang
ini. Bayangkan begitu banyak pembunuhan ngeri berlaku mutakhir
ini akibat runtuhnya rohani kerana ceramah ugama telah digam
dan mufti yang baik dibuang serta pegawai pencegah maksiat
asyik dikecam. Walaupun Mahathir begitu teruk menjahanamkan Malaysia dan
menghina orang melayu, mereka tetap bersabar dan menyimpan
semua benci itu untuk diledakkan secara bijaksana satu ketika
nanti. Tidak perlu rakyat mengangkat senjata kerana Mahathir
akan dihempap oleh masalah yang kronik akibat sentuhan dirinya
jua. Dia semakin menambahkan kebencian terhadap dirinya dan
itu bukan isu Anwar sahaja. Lama kelamaan dia tidak akan cukup
tangan sehingga terbabas sendirian tanpa perlu pembangkang
teruk menyerangnya. Isu rezab negara sekarang pun sudah pening
kepala dia memikirkannya kerana apa yang ditelah tidak menjadi
juga. Sekarang dia menambah musuh dengan kaum pelajar pula
sedangkan di situlah bersarang peluru maut yang mungkin akan
menumbangkannya sebagaimana yang berlaku di banyak negara......
- Editor] Terjemahan SPAR-01-030
Malaysiakini Chiaroscuro: (Dr. M And The Durian Drop) Oleh: MGG Pillai Pada hari ini genap dua dekad lamanya Dr. Mahathir Mohamad
memegang jawatannya. Namun ia merupakan satu jangkauan masa
yang dia sendiri sanggup melupakannya. Dia telah gagal
segagal-gagalnya mencapai apa yang dihasratkannya, untuk
menukarkan Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani oleh
dunia yang semakin ditelan globalisasi yang berunsurkan
perindustrian. Dia memang diberikan markah yang tinggi dalam usaha menukarkan
rupabentuk kotaraya persis wilakota Barat, dan dengan
transformasi itu dia mengharapkan pelancung Barat akan menjadi
selesa menikmati persekitarannya, sedangkan itulah impian yang
tidak mampu dikekalkannya. Berbilion-bilion ringgit telah dihamburkannya di Malaysia
untuk menggoncangkan pentadbiran negara, menswastakan harta
kekayaan negara dengan alasan bahawa kerajaan harus memegang
prinsip untuk tidak terlibat dengan mengendalikan perkhidmatan
yang mampu dilaksanakan dengan baik oleh syarikat swasta, yang
semuanya naik manja dengan segala rencananya. Pagi ini dia
bangun dari tidurnya dengan satu kesedaran betapa negara
pimpinannya sudah semakin lemas dalam samudera hutang-piutang
yang begitu dalam seandainya semua itu ada di tangan pihak
swasta, sudah menjerumuskan semua pihak dalam jurang
kemuflisan. Sambil dia merenung kembali dua dekad yang sudah berlalu,
Mahathir sebenarnya sedang dihimbit kesepian. Hampir semua
yang dirancangnya sejak mengangkat sumpah sebagai seorang
perdana menteri pada 1981 dulu, tidak merupakan satu bahan
kenangan yang menceriakannya. Dia telah menukarkan wajah Kuala
Lumpur sehinggakan ia mirip sebuah kota Barat, dengan harga
yang sungguh tinggi yang menjejaskan perbendaharaan, budaya
dan unsur-unsur sosial bangsanya yang masih lagi belum selesai
dinilaikan keaibannya. Inilah bahana apabila beliau lebih
berminat kepada rupa bentuk dan wajah daripada semangat dan
intipati idealismenya. Yang lebih penting lagi, dia telah kehilangan arah kepentingan
dan pandangan dunia orang Melayu yang diwakilinya dalam
kerajaan. Dia telah memperlekehkan mereka sebagai haprak,
bangang, dan terlalu berpaut kepada sejarah silam, dan banyak
nama dan panggilan yang mengaibkan lagi - semua itu
disuarakannya dengan lantang dan jelas pada persidangan
tahunan UMNO. Akan tetapi orang Melayu sudah semakin mual
dengan segala cemuhan itu, dan mengikut tradisi dan budaya
Melayu, orang Melayu bangkit membantah untuk menarik sokongan
mereka terhadapnya sambil bersabar menunggu saat beliau akan
mengundurkan diri. Mereka menunggu dengan sabar itu persis
kesabaran seorang tuanpunya kebun yang menunggu dengan penuh
sabar akan jatuhnya durian yang ranum mencium bumi.
Perkataan ketua yang dihormati dalam istilah Melayu ialah
'pemimpin'. Perkataan ini mempunyai konotasi yang amat
mendalam dan lebih bermakna kalau dibandingkan dengan konotasi
perkataan tafsirannya dalam istilah Inggeris. 'pemimpin'
membawa erti memimpin dengan berpegangan tangan. Kepimpinan
mengikut takrif budaya Melayu bererti mengetuai masyarakat
seseorang dengan memegang tangan mereka; seandainya ada yang
terjatuh, masih ada tangan yang memimpin untuk mereka bangkit
semula. Seandainya si pemimpin itu terjatuh, para pengikut itu
pula akan menghulurkan tangan untuk membantu. Inilah caranya
tiga perdana menteri Malaysia sebelum ini mengendalikan
tugasan mereka. Sogokan Paksa Mahathir menunjukkan betapa beliau tidak sabar untuk memahami
itu semua kerana berpendapat semua itu adalah kolot dan
membuang masa. Laksana Rajiv Ghandi di India, yang naik
memegang jawatannya dengan kebijaksanaan dan komputernya,
Mahathir telah mencuba menyuap rakyat Malaysia untuk melangkah
ke gerbang abad ke-21, tanpa menyedari bahawa orang Melayu
lebih selesa dengan keadaan hidup mereka yang ada, dan tidak
bersedia melepaskan pegangan hidup itu untuk mendapatkan
kesenangan yang masih samar dan belum dianggap selesa lagi.
Seperti juga Rajiv Ghandi, Mahathir tidak faham akan selok
budaya Melayu yang penting ini. Mereka berdua telah menongkah
arus budaya bangsa mereka yang menonjol dan dianggap keramat
itu. Mereka cuba menyogok secara paksa bangsa mereka untuk
melangkah ke alam baru. Bilionaier dan Pelbagai Slogan
Mahathir beranggapan dia mampu mencipta satu masyarakat Melayu
yang bertaraf bilionaire, yang kemudiannya diharapkan untuk
menyemai kembali bakti mereka untuk menyokong negara agar
lebih maju. Sebaliknya inilah kumpulan musibat yang bertukaran
isteri, gundik, kereta mewah, mahligai purba di Scotland,
simpanan karya lukisan yang mahal-mahal, dan hutang bertapuk
yang menggunung tingginya. Dua puluh tahun kemudiannya, hampir
setiap manusia haprak ini adalah secara teknikalnya sudah
muflis berkudis buta. Kerajaan terpaksa mewujudkan agensi khas
untuk mengambil alih hutang mereka, jika tidak sistem
perbankan negara akan merudum dan bersepai laksana kaca.
Ketika mula-mula memegang jawatannya, pada 1981, dia telah
menunjukkan ketokohannya dengan pelbagai slogan - 'Pandang Ke
Timur' adalah contohnya. 'Kepimpinan Melalui Teladan' adalah
satu lagi contoh itu, dan begitulah seterusnya apabila dia
memperkasakan kerajaannya dengan lebih banyak slogan lagi.
Wawasan Mahathir sebenarnya jauh menyimpang dan berbeza dengan
pengharapan rakyat negaranya. Hanya segelintir mereka di tahap
atasan, dan yang memang membalun banyak keuntungan daripada
pelbagai dasarnya, yang sanggup melaung lantang akan sokongan
mereka, tetapi mudah cabut lari sebaik sahaja air bah yang
menyebabkan pantai berubah. Ketika Tengku Razaleigh Hamzah mencabarnya untuk jawatan
presiden UMNO, mahkamah telah bersidang dan membuat keputusan
menyebabkan parti itu dibubarkan. Mahathir telah mewujudkan
UMNO Baru (kini disebut UMNO Barua - penterjemah), merampas
semua harta dan aset parti itu, dan menyingkirkan Razaleigh
sehinggakan beliau beralih menjadi Pembangkang. Razaleigh
akhirnya rujuk semula, tetapi UMNO yang dimasukkinya itu
bukannya pergerakan politik yang diasaskan pada 1946 dulu.
Cuma sebuah parti politik yang lahir daripada bahana
perpecahan disebabkan yang asal sudah mati tanpa pusaranya.
Politik dan bukannya ekonomi Mahathir tidak mahu menerimanya ataupun memang tidak memahami
betapa setiap pergerakan politik yang mencetuskan kemerdekaan
negaranya memunyai jangka-hayat sekitar tiga abad sahaja.
Itupun mengikut penghitungan yang paling tinggi sekali.
Kongres Parti di India telah diasaskan pada 1885 dan berjaya
merangkul kemerdekaan pada 1947, tetapi berpecah kepada
beberapa fraksi pada 1967, dan kini menduduki bangku
pembangkang di Parlimen. UMNO telah menerajui kemerdekaan
negara pada 1957, dan berpecah tiga abad kemudiannya.
UMNO pada hari ini tidak serupa UMNO pada 1957 dulu. Parti
politik yang memerintah sekarang adalah sama dengan pergerakan
pada 1957 dulu. Unsur ini sengaja dilupakan. Perpecahan
masyarakat Melayu disebabkan tindakan Mahathir menubuhkan UMNO
Baru telah menjadi lebih teruk lagi apabila dia mengaibkan
timbalan perdana menterinya yang nombor tiga, Anwar Ibrahim.
Dengan itu terhumbanlah segala kejayaan yang dicapainya
sebelum itu. Sejak itu juga dia terpaksa bertungkus lumus
menggapai nama dan ketokohan yang pernah dinikmatinya sebelum
kejatuhan timbalannya yang setia itu.
Inilah dia bahana politik dan bukannya unsur ekonomi, yang
menentukan bagaimana sejarah akan menghakiminya. Seseorang
tidak memerlukan demokrasi untuk memahaminya. Setiap kali
sokongan padu di akar umbi menghilang pergi dan menyepikan
sokongan terhadap pemimpinnya, dia tidak akan mampu bergerak
jauh lagi. Inilah tragedi yang akan mengusungi watak Mahathir bin
Mohamad. Sememangnya banyak yang telah dilakukan untuk
menaikkan taraf orang Melayu daripada sikap sambil lewa mereka
itu, dan membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara moden.
Akan tetapi segala kaedahnya memang tidak mampu bertahan lama.
Dia mengugut, mendesak dan menghina orang Melayu agar
menyokongnya, dan inilah membuatkan orang Melayu
membencinya. Contoh yang Menggagalkan Memang terdapat pelbagai dalil yang menunjukkan Mahathir telah
meniru cara Lee Kuan Yew mentadbir Singapura sehingga berjaya
menukarnya menjadi satu metropolis yang rancak denyutannya.
Pendekatan yang digunakan oleh Lee memang berkesan di
Singapura sahaja kerana tradisi ajaran Konfusi yang menjadi
amalan sebilangan majoriti penduduk Cina yang membenarkan
penggunaan kaedah yang keras untuk mentadbir mereka.
Masyarakat Cina bersedia menerima pendekatan itu. Tetapi
pemimpin Melayu seharusnya menggunakan pendekatan yang
berbeza. Mahathir kini merasakan bahana pendekatan yang silap itu.
Mulalah dia menggunakan kaedah lama untuk menunjukkan
keberangannya. Dia mula menekan pihak yang sanggup
membantahnya, tetapi apabila pembantahan itu datang daripada
masyarakat Melayu, kaedah yang digunakannya itu tidak akan
mendatangkan apa-apa hasilnya. Mahathir sememangnya menguasai
semua. Tetapi dia semakin dipulaukan. Yang lebih teruk lagi,
orang Melayu sudah beralih kepada parti politik yang lain
selain UMNO yang mampu menjaga kepentingan orang Melayu.
Penyata perakaunan selama dua puluh tahun panjangnya itu kini
menunjukkan warna dakwat merah yang lebih mengatasi warna yang
biru. Rakyat Malaysia sedang dihantui taraf kehidupan yang
lebih jijik daripada tahap 1981 dulu. Segala-galanya yang
dirujukkan kepada nilai matawang sudah menunjukkan betapa
sukarnya untuk hidup selesa kerana sukarnya membuat bayaran;
baik untuk rawatan hospital mahupun harga tol jalanan. Keadaan
hidup semakin menekan lagi apabila kerajaan dibebani hutang
yang lebih menekan disebabkan kegagalan projek penswastaan.
Pengunduran Daim sebagai menteri kewangan dan juga bendahari
UMNO, menggambarkan kepincangan dan kegagalan kepimpinan
Mahathir. Dia sudah mengaibkan persidangan tahunan UMNO
menjadi satu dewan tepuk-tepuk ciptaan sendiri untuk memuaskan
nafsu-nafsi. Dewan akan bersidang tanpa membincangkan isu
menonjol yang sepatutnya dibincangkan secara terbuka.
Orang Melayu semakin sabar menunggu kejatuhan Mahathir (dan
keruntuhan dinastinya). Inilah kepastian orang Melayu itu
seperti pastinya mereka dengan kejatuhan durian yang pasti
akan gugur juga. MGG Pillai Terjemahkan SPAR-01-030 Asal: Dr M and the durian's drop CHIAROSCURO 1:55pm, Mon: The Prime Minister Dr Mahathir Mohamad, completes
two decades in office today, but it is a milestone not one he would like
remembered. He failed in what he set out to do: to turn Malaysia into
an important digit of the globalised and industrialised world.
He gained marks for how he transformed the cities into images of
Western cities, and with it a modernity that the visiting Western
tourist could come to terms with. But he could not sustain it.
The billions of ringgit he committed Malaysia to shake up the
administration, privatise government assets on the spurious
governing principle that government should stay out of services best
done by private enterprise, all come home to roost. He wakes up this
morning to a country in debt so voluminous that, in private hands,
would hasten bankruptcy. Mahathir on the morning of his completing two decades in office is in
isolation. Almost everything he planned for when he took office in
1981 is not one he would like to be reminded about. He changed the
face of Kuala Lumpur so that it now looks like a seedy Western city,
but at a cost - monetary, cultural and social - yet to be calculated. He
was more interested in the form, not substance, of his ideals.
Force-feeding And, more important, he lost sight of the essential world view of the
Malay he represented in government. He called them uncouth,
unintelligent, living in the past, and other names - which he recounted
yet again at the Umno general assembly. But the Malay has heard
enough of it and, in the Malay tradition, rebels by not backing him and
waits patiently for him to leave, in the manner of the farmer for his
ripe durians to drop. Leader in Malay is pemimpin and means more than its English
rendering. It means to lead by holding hands. Leadership in the Malay
tradition is to lead one's folk by holding their hands so that if they
stumble one is there to right them and if one does, they, too. This is
how the three Malaysian prime ministers before Mahathir conducted
their affairs. An impatient Mahathir thought all this old-fashioned, and, in a sense,
like Rajiv Gandhi in India, came to office with his intellect and his
computers to force-feed Malaysia into the 21st century, little realising
that the Malay was comfortable in his current existence and not about
to give up his known creature comforts for something unknown.
Mahathir, like Rajiv Gandhi, did not understand this important cultural
trait. Both went against the predominant culture of their people, to
force-feed their countries into the modern age.
Billionaires, slogans Mahathir thought he could do this best by creating Malay billionaires
who would then do their bit to buck the country up. They, instead,
acquired wives, mistresses, expensive cars, country castles in
Scotland, works of arts, debt beyond the needs of Croesus. Twenty
years later, every one of them is technically bankrupt. The government
had to set up special agencies to take care of their debt; otherwise the
banking system would have crumbled.
When he came to office in 1981, he put his mark on the country by a
series of slogans - 'Look East' was one, 'Leadership by Example'
another - and he strengthened his rule with more slogans.
But his vision was out of touch with the country he led, with only a
veneer at the top, those who benefitted from his policies, who
proudly proclaimed their support, and who quickly fled, when the tide
turned. When Tengku Razaleigh Hamzah challenged him for the Umno
presidency, a court case arising out of it led to Umno's disbandment.
He formed Umno Baru, took over the assets, and forced the
Razaleigh into the Opposition. Razaleigh eventually came back into
Umno, but the Umno was not the political movement founded in 1946
but the political party that arose out of its disbandment.
Politics, not economics Mahathir did not accept, or understand, that the political movement
that brings a country independence, has a shelf life of three decades,
at most. The Congress Party of India, founded in 1885, brought
independence in 1947, but split into several factions in 1967, and
now sits in the Opposition benches of Parliament. Umno led the
country to independence in 1957, but was split three decades later.
The Umno today is not the Umno of 1957; the political party rules
now as the movement did then. But this is ignored. The split in the
Malay community Mahathir caused by forming Umno Baru worsened
when he humiliated his third deputy prime minister, Anwar Ibrahim.
Whatever he had achieved in office took a back seat. And he struggles
to return to the stature he had before Anwar's fall.
It is politics, not economics, which dictate how history would judge
him. Without a stable political society, economic growth is not
possible. One does not need a democracy for that. When the
undercurrents are not in a leader's favour, he cannot move forward.
That eventually is the tragedy of Mahathir Mohamad. He did much to
lift the Malays out of their complacency, turn Malaysia into a modern
nation. But his methods were not what would have worked. He
hectored, cajoled, shouted at the Malay to follow him; and the Malay
wrote him off. Role model failed There is some reason to believe he took as a model how Lee Kuan Yew
turned a sleepy entrepot into the bustling metropolis Singapore is. But
Lee's methods worked in Singapore because the Confucian tradition
of the majority of its Chinese population allowed the harsh methods
he employed. The Chinese accepted it. The Malay pemimpin must use a
different approach. And Mahathir pays the price for it. He returns to the harsh methods
of his anger. He cracks down hard on dissent, but since the dissent
comes from the Malay community, his method is counter-productive.
He is in control. He is isolated. Worse, the Malay looks for a political
party other than Umno to look after Malay needs.
The balance sheet of 20 years has more red ink than black. The
Malaysian is worse off today than in 1981. Everything is reduced to a
monetary value beyond one's capacity to pay, be it hospital treatment
or tolls. He is further inconvenienced when the government is put
into more debt by the failure of privatisation.
The quitting of Daim Zainuddin as Finance minister and as treasurer of
Umno, reflects a failure of his governance. For he has reduced the
Umno general assembly to one of his creation, that it would not raise
issues it should. The Malay now waits patiently for Mahathir to fall. He
is sure of that as he is of his durian.
|