Laman Webantu KM2A1: 4998 File Size: 13.8 Kb * |
TAG SP 209: Kini Terdedah Konspirasi Bedebah [Mesti Baca] By Harun Rashid 18/7/2001 12:41 pm Wed |
[Semakin lama semakin terserlah satu konspirasi di peringkat tertinggi
untuk memusnahkan Anwar. Ini dapat dibaca dengan kerajaan tidak berani
menapak kerana bimbang kisah benar semakin ternampak. Sampai sekarang Anwar
tidak didakwa dalam kes keracunan arsenik kerana itu memang benar - jika
tidak takkan gugur rambutnya dan menghitam kukunya kerana racun itu sudah
jauh menular. Kini sakit tidak terperi Anwar yang terbiar menunjukkan pihak
berkuasa seperti sengaja berniat mahu menyakiti dan membunuh Anwar.
Kisah benar kes Anwar amat mengoncangkan Mahathir sebab itulah dia semakin
berang sekarang ini sehingga menangkap pembangkang, mencengkam akhbar dan
kini menangkap pelajar pula. Malangnya itu semua akan membuat rakyat semakin
pandai belajar untuk menilai siapa di pihak yang benar. Ini termasuk pihak
polis dan ahli Umno sendiri kerana mereka pun takut terjerat sama. Patutlah
Mahathir belajar terbang sendiri kerana semua tidak boleh dipercayai lagi.
Lagipun, bukankah orang Umno memang kuat berpura asalkan dapat habuannya?
Pihak polis pun begitu jua.... kerana mereka pun cari makan juga. Itulah
yang berlaku di Serbia yang kurang lebih serupa.
- Editor] (The Conspiracy Unravels) Jul 17, 2001. Rakyat Malaysia terkejut dengan berita itu. Tidak siapa yang menjangkakan
bahawa rayuan peguam Anwar, Zainur Zakaria boleh mencetuskan satu peraturan
yang sungguh berkuasa dan begitu terbuka. Penghakiman itu dikeluarkan dengan
satu tenaga yang kuat, sehinggakan tidak ada yang bersedia dengan
kemunculannya. Para hakim di bangku Mahkamah Persekutuan telah menyatakan
betapa mereka tidak serasi dengan keputusan penghakiman dua perbicaraan yang
mereka kaji itu. Mereka berpendapat bahawa setiap satu penghakiman yang
dibuat secara berasingan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim adalah satu hasil
persekongkolan yang dilaksanakan oleh para pendakwaraya secara bersubahat
dengan mantan Ketua Hakim Negara.
Walaupun namanya belum disebut lagi, mantan Ketua Hakim Negara adalah Tok
Dalang yang sentiasa hadir, mengarahkan setiap peristiwa dari sebalik tabir.
Konspirasi yang didalangi daripada tahap yang paling tinggi itu memang jelas
terdedah, dan ia menunjukkan segala kebenaran yang pernah ditegaskan oleh
Anwar Ibrahim dalam dua perbicaraan ke atasnya. Salahguna keadilan oleh
hakim Augustine Paul dalam usahanya bersubahat dalam konspirasi itu telah
dikutuk, dan perilakunya itu telah dikritik dengan pedas sekali sehinggakan
dia tidak boleh lagi berkhidmat atas nama keadilan. Dia seharusnya
meletakkan jawatan, dan adalah satu tekateki sahaja apakah dia akan terlepas
dari pendakwaan. Para pendakwa yang bertindak mengikut arahan orang atasan yang kini
menikmati habuan sebagai seorang hakim di Mahkamah Persekutuan kini
dihantui keaiban dan perasaan betapa kelakuan mereka dulu adalah mencemari
batasan kelakuan di luar sempadan tugas kehakiman yang dapat diterima oleh
akal yang waras. Sudah tentu mereka turut sedar betapa mereka diberikan
perhatian yang keras untuk satu tempoh yang pantas. Pada waktu ini mereka
masih berkhidmat sebagai pegawai di mahkamah, tetapi perkara ini tentu tidak
akan berlanjutan tanpa mereka merasa resah dan gelisah. Perkhidmatan mereka
dulu tidak boleh diambil kira lagi, kerana berlakunya satu pencabulan kepada
segala janji-janji. Malahan gelagat mereka itu adalah satu tamparan yang
menghina masyarakat perundangan yang sepatutnya mengekalkan tradisi
ketelusan dan keadilan mengikut amalan hukum-hakam perundangan Inggeris.
Demikianlah kejutan yang diterima oleh rakyat Malaysia sehingga mereka masih
belum berupaya untuk menyesuaikan diri menerimanya. Penghakiman yang dibuat
secara sebulat suara oleh mahkamah menolak dakwaan adanya perilaku menghina
mahkamah terhadap Zainur Zakaria adalah amat jelas tercatat sehinggakan
negara naik malu dan marah melihatkan nama para penyangak yang terbabit.
Dalam banyak hal, di mana perihal kejahatan itu tidakpun disebut secara
terperinci, kesan gelagat bedebah itu memang mudah difahami.
Kini kerajaan turut dikelabuti satu keaiban.yang bermula daripada perdana
menteri, yang kalau dicatat kata-katanya 'mengetahui segala-galanya',
hinggalah para pemimpin tertinggi di jabatannya dan para sekongkolan di
Kementerian Kewangan. Inilah satu konspirasi yang besar bikinannya, dengan
satu seranai nama yang bukan kepalang panjangnya. Mereka yang memang tahu
dan memang mempunyai bukti tetapi enggan maju ke hadapan menjadi saksi,
adalah merupakan mereka yang turut bersubahat dengan memeram kenyataan.
Kalau diambil kira semua itu sudah tentu negara ini akan kelam-kabut
sehingga mencelaru. Pada waktu ini, Anwar masih berada dalam penjara, kesakitan yang tidak
terkata daripada kecederaan yang ditanggung berkaitan dengan penangkapannya
dulu dan cara dia ditangani ketika itu. Cara penangkapannya diatur dulu dan
melihatkan keadaannya sekarang memang menunjukkan ada niat pembunuhan yang
rasmi yang telah dirancang. Penderaan yang berunsur kebinatangan yang
dilaksanakan oleh Rahim Nor secara kejam dan garang setelah tumpasnya
rancangan membunuh itu memanglah menjurus ke arah menyokong teori haprak
ini. Begitu juga dengan pendedahan terdapatnya kandungan arsenik yang tinggi
dalam air kencing Anwar, adalah satu bukti betapa Anwar memang dijadualkan
akan dibunuh ketika dalam penjara.
Kerajaan telah menafikan keracunan ini dan Karpal Singh peguam yang telah
menyebut perkara ini di mahkamah kini sedang menanti satu tuduhan mahkamah
kerana membuat tuduhan yang dianggap tidak relevan. Kesan keracunan arsenik
adalah termasuk keguguran rambut dan perubahan warna kulit dan diikuti
perasaan tidak cergas dan lesu menunjukkan tahap serangan bisa racun itu.
Sampel air kencing yang diperolehi beberapa ketika lamanya selepas racun itu
diberikan, dan keputusan kajian mencatatkan keputusan yang lebih rendah
daripada yang sepatutnya kalaulah sampel air kencing itu diperolehi sejurus
selepas racun itu 'dimakan'. Namun, catatan yang direkodkan itu masih
menunjukkan tahap tinggi yang menakutkan kerana ia berpunca daripada hasil
sumber makanan penjara yang telah dihidangkan.
Demikianlah angkuhnya para konspirator sehinggkan mereka tidak menafikan
wujudnya racun arsenik itu, malahan mereka mempertikaikan bahawa tahap
kandungan arsenik itu adalah sesuatu yang mereka anggap sebagai perkara
biasa sekarang, kerana ia boleh berpunca daripada bekalan makanan yang biasa
seperti udang. Hidangan udang yang besar-besar bukannya merupakan hidangan
di penjara, namun kenyataan haprak itu telah dipergunakan oleh para
pendakwaraya, dan disokong pula oleh para menteri dalam parti yang berkuasa.
Keracunan arsenik adalah satu amalan zaman silam dan purba dan amat sesuai
dengan cara amalan dan stail pemerintahan seorang perdana menteri yang kejam
dan tua. Pada 30 Jun lalu, muncul satu laporan baru yang membabitkan seorang pegawai
bank bernama Murad, yang membuat satu kenyataan akhbar di Singapura. Dia
telah membuat perakuan akan penglibatannya memberi kenyataan berbohong dan
mengelirukan serta memohon maaf kepada Azmin Ali. Dia telah menyebut dan
memberikan nama mereka yang terlibat mengugut beliau membaca satu kenyataan
palsu yang mereka sediakan di mana dia 'mengaku' Anwar mempunyai satu akaun
di luar negara yang sungguh besar simpanannya. Dia telah memberikan nama
mereka yang terlibat dan turut menyebut betapa dia sendiri telah menghadiri
satu pertemuan dengan perdana menteri secara peribadi. Inilah pertama
kalinya seorang saksi telah membuat kenyataan betapa perdana menteri
terlibat secara peribadi dan secara terus dalam konspirasi menghenyak Anwar.
Nama perdana menteri disebut juga dalam satu hal yang dikemukakan dalam satu
perbicaraan. Dalam hal itu ada disebut kisah menghalang proses pengadilan
ketika perdana menteri mengarahkan BPR menghentikan siasatan melibatkan
longgokan wangtunai yang dijumpai dalam laci meja seorang pegawai tinggi di
kementeriannya. Sudah wujud satu situasi kini di mana para hakim sudah memberi ingatan
betapa konspirasi ini akan disiasat dengan penuh keyakinan. Tetapi, oleh
kerana kuasa kepolisian terletak di bawah bidang Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri, peluang perkara itu dilaksanakan dengan segera adalah bertaraf serba
mungkin sahaja. Ketua Hakim Negara sebenarnya adalah seseorang yang
dilantik oleh Majlis Raja-Raja, dan tidak tertakluk kepada perdana menteri.
Terpulanglah kepada raja dan sultan bertindak menggunakan khidmat Ketua
Hakim Negara agar semua tuduhan yang diperlukan itu dikemukakan. Mampukah
Ketua hakim Negara bertindak seperti itu? Rakyat Malaysia tidak pernah
menuntut sesuatu yang besar daripada raja-raja mereka dan dalam hal ini
sebarang tekanan agar dilaksanakan tindakan itu adalah sesuatu yang dianggap
kecil sahaja. Kini, majlis raja-raja seolah-olah beristirehat dengan selesa dan Ketua
Hakim Negara seolah-olah menyorokkan muka. Siapakah di kalangan rakyat
Malaysia yang akan bertindak untuk menjadikan perkara ini satu kenyataan?
Rakyat tidak mampu bergantung harap kepada parlimen, walaupun para
pembangkang yang menganggotainya boleh membuat keributan di dewan itu.
Inilah satu cabaran kepada setiap rakyat Malaysia apakah sebenarnya satu
demokrasi itu untuk menyanggah apa yang dianggap kuasa diktator yang kejam.
Inilah cabaran demokrasi di mana ia menjadi lumpuh menghadapi segala
kekejaman itu sehingga membisu dan terus terdiam.
Perdana menteri yang semakin berusia tetapi masih angkuh gelagatnya, memang
berani memperlekehkan dan mengenepikan sebarang cabaran yang cuba mengengsot
kuasa diktatornya. Pada waktu yang sama, Anwar menunggu, begitu juga seluruh
rakyat Malaysia yang menyedari akan sikapnya itu. Rakyat terus menunggu dan
tertungu-tunggu sambil semakin ramai golongan bapa dan golongan anak muda
yang ditangkap dengan lahap untuk diperangkap. Penangkapan itu berterusan,
sambil kes perbicaraan mahkamah menjadi semakin panjang, semua itu adalah
satu lakonan untjuk menutup segala kecurian dan konspirasi yang bertujuan
mengekalkan perdana menteri terus di puncak jawatan yang maha tinggi.
Kalaulah semua kenyataan itu didedahkan seperti yang pernah terdedah di
dalam perbicaraan di Likas, akan terdedah juga kisah beliau memegang
jawatannya secara haram, diselamatkan oleh penipuan ketika pilihanraya yang
sungguh menyeluruh pendekatannya; sehinggakan kisah itu sahaja sudah
mencukupi untuk dijadikan satu contoh konspirasi dan penipuan yang
melibatkan SPR dan perdana menteri.
Ketua Polis Negara yang mahu melindungi Raja Beruknya telah mengeluarkan
arahan betapa sesiapapun tidak akan dikecualikan .... tidak kira wanita,
lelaki sudah berusia, kumpulan mahasiswa, orang asing, dan sesiapa sahaja.
Mereka yang tidak ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan akan terus
merana dalam pelbagai cara, daripada penyingkiran dan dinafikan hak untuk
menyambung pelajaran kepada segala tuduhan yang penuh kepalsuan yang
dihadapkan di muka pengadilan. Semua tindakan ini dilaksanakan secara
bersungguh-sungguh untuk menutup jenayah besar mereka terhadap Anwar
Ibrahim, seorang insan yang telus yang kesalahannya hanya kerana enggan
membiarkan korupsi berleluasa terus. Segala rahsianya, kedudukannya yang sungguh berkuasa, caranya naik meniti
tangga menghampiri ambang pejabat perdana menteri menjadikannya seorang
insan yang amat berbahaya kepada para konspirator. Mereka telah merancang
penyingkirannya secara keaiban, dan telah menggembleng keseluruhan sumber
dan tenaga di negara ini untuk menutup segala kebaikan yang baru ataupun
yang lama dengan melaksanakan pelbagai dosa. Segala usaha mereka untuk
menutup segala kerja jijik yang besar dosanya, mereka terpaksa membuat dosa
lagi terhadap rakyat yang tidak berdosa. Sampai bilakah perkara ini akan
berterusan? Pihak polis sudah semakin takut kalau-kalau hari penentuan akan muncul juga,
menjadikan mereka terus terdesak seolah-olah semakin diasak. Apabila
konspirasi itu semakin membuka segala balutan pekungnya, semakin ramai orang
yang didapati terlibat. Bahagian kehakiman sudah pun menjadi sandat dengan
segala kes untuk pengadilan dan sudah semakin meloya menanganinya. Hari
pengadilan sudah semakin tiba. Hari yang gemilang itu sudah semakin
menjelma. Perdana menteri kini sudah mula belajar memandu pesawat Canadian
Bombadier, sebuah jet yang terbaru khas untuknya. Dia sedang berlatih
bagaimana caranya untuk cabut lari dalam kegelapan malam melalui terowong
panjang yang terletak di bahagian bawah 'Mahligai Arimata Rakyat' di
Putrajaya. Sudah tentu iserinya akan turut berada di sampingnya untuk
bergegas menuju pintu jet yang sudah sedia menunggu dan sudah terisi
minyaknya untuk meluncur terbang. Apakah akan dilakukannya seandainya enjin
pesawat itu gagal dihidupkan? Harun Rashid Terjemahan oleh SPAR-05-016
Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Conspiracy Unravels |