Laman Webantu KM2A1: 5000 File Size: 11.5 Kb * |
TAG SP 210: Tidak Ada Petanda Mahathir Akan Bersara By Ian Stewart 18/7/2001 6:54 pm Wed |
[Mahathir berjaya menundukkan semua timbalannya dengan keaiban
yang berbagai cara, tetapi Anwarlah yang paling teruk sekali dicemuhnya
namun Anwar tidak juga terpadam walaupun sudah sekian lama. Sebaliknya
Umno dan Mahathir sendiri yang teraib apabila sedikit demi sedikit 'kisah
benar' menjelma. Mulalah Mahathir mencapai polis bertopeng belaannya dan
akta ISA untuk menangkap sesiapa sahaja kerana bimbang semakin merebak
'kisah benar' sehingga menggugat dirinya. Tetapi dia terlalu gopoh sehingga
mengundang lebih bencana buat Umno dan dirinya. Akibatnya, sekarang bukan
isu Anwar sahaja yang telah menjerutnya dan semua isu itu kritikal belaka.
Mahathir sudah kehilangan tumpuan sehingga dia meradang tidak tentu hala
yang tentunya semakin mencederakan Umno dan dirinya jua. Sekarang hanya
golongan haprak sahaja yang menyokongnya. Itupun ramai yang berpura untuk
mendapatkan sesuatu darinya. Apabila rakyat menang nanti mereka akan lari
juga meninggalkannya sebagaimana yang terserlah di Serbia. Mereka itu
kaki tumpang yang oportunis kebanyakannya.
- Editor] (Mahathir Shows No Sign of Going) Ian Stewart The South China Morning Post HK 16 Julai, 2001. Dua puluh tahun dulu, dia telah ditabalkan sebagai perdana menteri. Kini,
Mahathir Mohamad masih tegap menguasai kerajaannya dan bebas membuat
keputusan bila dia akan bersara. Tidak ada sesiapa dalam pucuk kepimpinan partinya UMNO, ataupun di kalangan
gagasan parti BN yang mendesak beliau berundur. Lagipun dia masih belum
menunjukkan sebarang tanda untuk bersara.
Sambil memerintah negaranya yang dihuni oleh penduduk pelbagai kaum itu,
Mahathir menunjukkan kesungguhan dan amalan pragmatiknya, sambil
mengumpulkan sebanyak seteru mengikut sebanyak bilangan sahabat yang ada.
Walaupun ramai rakan seperjuangan di pucuk pimpinan parti tidak nampak
adanya saingan kepada peranannya sebagai orang kuat parti, semakin ramai
yang runsing, lagi lama dia mencengkam kuasa lagi berat bebanan yang akan
ditanggungi oleh parti. Sebagai perdana menteri Malaysia yang keempat pada Julai 16, 1981, Mahathir
merupakan pemimpin yang paling lama khidmatnya dan mencengkam kuasanya lebih
ketat lagi berbanding orang-orang yang mendahuluinya. Kuasa dan pengaruhnya
menyeluruhi segenap lapisan pentadbiran dan segala dasar pentadbiran
membayangkan citarasanya sebagai seorang perdana menteri.
Wajah Kuala Lumpur yang dihiasai menara kembar Petronas, yang merupakan
bangunan tertinggi dunia ketika dirasmikan pada 1998, dan Putrajaya yang
merupakan pusat pentadbiran baru kerajaaannya, menggambarkan wawasan
kemodenan yang mahu disogokkan kepada bangsanya.
Hanya gangguan kesihatan yang mampu menumpulkan minat Mahathir untuk terus
mengetuai kerajaan untuk beberapa tahun lagi. Oleh kerana dia kelihatan
segar bugar walaupun usia sudah melewati 75 tahun, ramai rakyat Malaysia
yang menjangkakan beliau mampu terus mencengkam kuasa melepasi usia 80 tahun
pada 2005. Akan tetapi, alangkah baiknya kalaulah Mahathir sudah berundur pada 1996
ataupun 1997 dulu, sebelum rantau ini dilanda krisis kewangan yang turut
menyebabkan Malaysia diasak kegawatan ekonominya. Sehinggalah 1997, Malaysia
telah menikmati ketumbuhan ekonomi yang mencanak selama 10 tahun. Pada 1995
UMNO dan rakan gagasannya telah mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya
umum. Seandainya Mahathir telah bertindak memberi peluang kepada Anwar Ibrahim,
yang ketika itu merupakan timbalan dan calon penggantinya, sebelum Malaysia
dilanda krisis kewangan yang teruk itu, tentu sekali Mahathir sudah dikenang
sebagai insan yang berjaya menerajui satu ekonomi negara yang berjaya yang
mencetuskan suasana politik yang aman damai.
Akan tetapi, hubungannya dengan Anwar menjadi masam apabila mantan timbalan
perdana menteri itu mencuba walaupun gagal untuk mengengsotkannya keluar
daripada jawatan dengan cara mengulangi tekanan politik yang berjaya
menjatuhkan presiden Suharto di Indonesia. Pada waktu yang sama, sebagai
seorang Menteri Kewangan, Anwar sedang melaksanakan dasar ekonomi yang
bertentangan dengan selera Mahathir. Pada September 1998, Mahathir menggugurkan Anwar daripada kabinetnya sambil
membuat kenyataan betapa Anwar tidak layak menjadi pemimpin negara. Anwar
akhirnya ditangkap (dan dihenyak serta dilebamkan mata ketika tangannya
bergari di bahagian belakang - penterjemah). Setelah dihadapkan kepada satu
proses penghakiman yang menyebelahi pihak Mahathir, Anwar dijatuhkan hukuman
penjara selama 15 tahun. Tuntutan Anwar betapa dia menjadi mangsa satu
konspirasi telah dipercayai oleh para pengikutnya yang tidak percaya betapa
tuduhan salah laku boleh difitnah ke atas seorang yang alim.
Pada Jun 1999, Dr. Mahahir berkata, bahawa episod Anwar akan hanya
'merupakan satu peristiwa sejarah yang mudah dilupakan'. Namun, Anwar masih
menjadi tumpuan masyarakat melalui aktiviti mereka yang menyokongnya, dan
tuntutan pembangkang yang berterusan mahukan beliau dibebaskan. Pada waktu
yang sama para peguam Anwar terus berusaha meminta kebenaran beliau
dibenarkan pergi keluar negara untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit
belakangnya. Kemelut Anwar telah menghantui kemuafakatan masyarakat Melayu, menyebabkan
ramai pengikut setia UMNO beralih kepada PAS yang sudahpun semakin perkasa
mengembangkan pengaruhnya pada pemilu 1999 dulu, dan parti Keadilan pimpinan
isteri Anwar Wan Azizah Ismail. UMNO memang sedang menanggung aib cemuhan umum terhadap para pemimpinnya
yang korup dan dirasuk wang. Dr. Mahathir telah berusaha memperbaiki imej
parti tetapi oleh kerana beliau merupakan presiden UMNO dan juga Perdana
Menteri sepanjang tempoh kereputan itu, ramai rakyat Malaysia menuduhnya
turut terlibat dengan segala kejijikan itu.
Ramai juga pemimpin UMNO yang bersetuju dengan pendapat Lim Kit Siang,
Pengerusi DAP, bahawa Mahathir tidak mampu memulihkan kereputan UMNO kerana
dialah yang merupakan masalah besar UMNO.
Namun demikian, kesungguhan Mahathir nampaknya mengatasi unsur pragmatiknya
sambil beliau cuba sedaya upaya menahan gelonsoran sokongan terhadap UMNO.
Terjemahan SPAR-03-035 Asal: The South China Morning Post, HK Mahathir shows no sign of going
Country's longest-serving leader is struggling to repair his party's
battered image IAN STEWART in Kuala Lumpur Mahathir Mohamad: pragmatist Twenty years after he was installed as prime minister, Mahathir
Mohamad remains firmly in control of the Government and free to decide
on his own terms when he will retire.
Nobody in the senior leadership of his party, the United Malays
National Organisation (Umno), or its coalition partners, is pressing
him to go and he is showing no signs of making an early exit.
Ruling his multi-racial nation with a combination of passion and
pragmatism, he has made as many enemies as friends, and while his top
Umno associates see no immediate alternative to his strongman role,
many worry that the longer he stays the more of a liability he will
become. Dr Mahathir, who became Malaysia's fourth prime minister on July 16,
1981, is already the country's longest-serving leader and keeps a
tighter hold on the levers of power than his predecessors. His
authority or influence extends throughout the administration, and
policy almost invariably reflects the personal preference of the Prime
Minister. Even the skyline of Kuala Lumpur, with its Petronas Twin Towers, the
world's tallest buildings when they opened in 1998, and Putrajaya, the
fancy new centre of Government, mirror Dr Mahathir's modernist vision
of how his country should look. Only failing health can prevent him from continuing to head the
Government for several more years if he chooses. Since he appears to
be in excellent condition for a man of 75, many Malaysians expect him
to be still in the job when he reaches his 80th birthday in 2005.
But it might have been better for Dr Mahathir to have stepped down in
1996 or 1997 before the region was swept by the financial crisis that
plunged Malaysia into recession. Up until 1997, Malaysia had experienced 10 years of dynamic growth. In
1995 Umno and its partners achieved their biggest win in a general
election. If Dr Mahathir had stood aside for Anwar Ibrahim, who was then his
deputy and anointed successor, before Malaysia felt the full impact of
the financial crisis, he would have been remembered for presiding over
a long period of economic boom and political stability.
But his relations with Anwar turned sour when the former deputy prime
minister sought unsuccessfully to ease him out of office by trying to
duplicate in Malaysia the pressure for political change that had led
to the downfall of Indonesia's president Suharto. At the same time
Anwar, in his role as finance minister, was pursuing economic policies
that Dr Mahathir opposed. In September 1998, Dr Mahathir sacked Anwar, declaring he was unfit to
be the nation's leader. Anwar was later arrested, and at successive
trials convicted of corruption and s###my and jailed for a total of 15
years. His claim that he was a victim of a high-level political
conspiracy was believed by many Malays who did not accept that a man
of his reputed piety could be guilty of the sexual charges preferred
against him. In June, 1999, Dr Mahathir said the Anwar affair had become "an
historical event which over time would be forgotten". But Anwar has
continued to remain in the public eye through the activities of his
followers, the opposition's periodic calls for his release and his
lawyers' efforts to secure him the right to go abroad for treatment of
a back problem. The Anwar affair split the Malay community, driving many former Umno
voters to the opposition fundamentalist Parti Islam-se Malaysia, which
made solid gains in the 1999 election at the dominant government
party's expense, and to the new National Justice Party headed by
Anwar's wife, Wan Azizah Ismail. Umno has also suffered from a public perception that its leaders are
corrupt and money-driven. Dr Mahathir has set himself the task of
changing this unfavourable image but since he has been Umno president
as long as he has been Prime Minister, many Malaysians associate him
with the party's faults. Some Umno leaders agree with Lim Kit Siang, chairman of the opposition
Democratic Action Party, that Dr Mahathir cannot provide the solution
to Umno's decline, as he is "a major part of the problem".
But Dr Mahathir's passion seems to have overruled his pragmatism as he
doggedly pursues his efforts to stop the erosion of support for Umno.
http://www.scmp.com |