Laman Webantu KM2A1: 5001 File Size: 12.2 Kb * |
TAG SP 211: Perjuangan Populis Menghakiskan Kuasa Mahathir [FT ] By Douglas Wong 18/7/2001 7:16 pm Wed |
[Kerana siapa pembangkang mungkin menang jika tidak kerana
sikap dan tindak-tanduk Mahathir juga. Akibatnya negara dilanda
krisis demi krisis yang tidak kunjung reda. Ekonomi sebenarnya
rapuh kerana tunjangnya tiada. Kekayaan dan ekonomi memusat
kepada kroni yang tidak pandai pun berniaga sehingga mereka
runtuh bila ribut ekonomi melanda sedangkan syarikat yang
tidak berkroni masih mampu hidup tanpa dibantu apa-apa. Dengan
menyelamatkan kroni kepincangan Mahathir terbogel dengan
sendirinya. Anwar kini sudah menjadi ikon perjuangan reformasi yang sukar
dibendung lagi walaupun beliau sudah tidak muncul untuk ditatapi.
Rakyat sudah menghayati pengorbanannya untuk menempuh risiko
yang amat dahsyat demi menyelamatkan negara. Itu satu sumbangan
yang mahalnya tidak terkira sehingga menyentuh perasaan sesiapa
tanpa perlu banyak berkata-kata. Financial Times UK (Populist causes sap Mahathir's power base)
Oleh: Douglas Wong 16 Julai, 2001. Apabila Mahathir Mohamad mula-mula memegang jawatannya sebagai perdana
menteri kira-kira 20 tahun yang lalu, tentera Soviet masih bertahan di
Afghanistan. Ronald Reagan dan Margaret Thatcher masih lagi selesa di
pejabat mereka sedangkan perjuangan revolusi Iran berada di kemuncaknya.
'Saya sudah bertemu bemacam jenis orang politik, saya sudah membaca pelbagai
teori dan teologi. Saya fikir tempoh 20 tahun berada di jawatan itu, sudah
tentu ada sesuatu yang telah dipelajari,' demikian katanya bulan lalu.
Sebagai pemimpin negara yang paling lama perkhidmatannya di Asia,
Dr. Mahathir telah berjaya memimpin gagasan parti politik BN memenangi lima
pilihanraya umum dan sedang mencuba membawa negaranya daripada tahap dunia
ketiga kepada ambang dunia pertama. Akan tetapi, kemenangan pemilu 1999 dulu telah didampingi oleh satu hayunan
yang menyanggah parti peneraju gagasan itu, UMNO, dan inilah hayunan yang
sehingga kini masih tidak mampu diperbetulkan oleh Mahathir.
Untuk pertama kalinya bulan lalu, dia memberi amaran bahawa kemenangan pihak
pembangkang dalam pemilu yang dijangkakan pada 2004, 'adalah serba mungkin'
dengan munculnya pengundi baru dalam daftar pengundi.
Ekonomi Malaysia, yang telah berjaya pulih daripada krisis kewangan yang
melanda Asia, dan kawalan matawang yang diperkenalkan sebagai langkah
tindakannya, kini dihantui kegawatan ekonomi sejagat, yang sudahpun memukul
negara jirannya Singapura untuk menangani pukulan kegawatan itu.
Sungguhpun Mahathir akan berusia 76 tahun pada tahun ini, dan pernah
menjalani operasi injap jantungnya pada 1989 dulu, Dr. Mahathir masih tidak
menunjukkan sebarang tanda dia bersedia mundur daripada jawatannya.
'Takkan saya boleh mengundurkan diri dan membiarkan negara ini dalam keadaan
tidak bersedia meneruskan kemajuan negara,' kata beliau tahun lalu.
Pada tahap awalannya Mahathir muncul sebagai seorang juara kepada masyarakat
Melayu yang merupakan lebih 60 peratus penduduk Malaysia yang berjumlah 23
juta. Namun, dia pernah berkata bahawa kejayaannya yang paling mengembirakan
ialah menyatupadukan orang Melayu itu kepada masyarakat Cina dan India untuk
hidup bersama. Malahan ada satu bancian rasmi tahun lalu yang menunjukkan betapa tidak
wujud sebarang interaksi antara pelajar pelbagai kaum di Universiti Malaya.
Para penganalis berkata salah satu sebab terjadinya perkara ini adalah
kerana terhakisnya sokongan Melayu terhadap kerajaan, dan penonjolan imej
tarikan ajaran Islam di kalangan masyarakat Melayu.
Parti pembangkang PAS, telah memenangi dua kerajaan negeri dan
mengambil-alih peranan DAP sebagai parti pembangkang yang utama pada 1999
itu dan kini semakin yakin bahawa ia mampu menubuhkan kerajaan pusat yang
akan datang. Di sebalik usahanya menubuhkan sebuah negara Islam, PAS telah menganjurkan
beberapa isu yang popular, seperti kebebasan badan kehakiman dan usana
memerangi korupsi dan kronisma, untuk menarik sokongan yang lebih luas dan
membolehkan satu jalinan hubungan baik dengan parti pembangkang yang lain
seperti DAP. Kerajaan pusat bertindak balas. Abdullah Badawi, yang merupakan timbalan
Mahathir, telah membuat perakuan bulan lalu bahawa UMNO akan memberikan
perhatian yang lebih luas terhadap hak asasi manusia, kebebasan bersuara,
pengawasan korporat dan kebebasan badan kehakiman yang dianggap penting oleh
generasi muda. UMNO sudahpun bertindak terhadap 15 ahli parti yang terbabit dengan politik
wang. Secara berasingan pula, anak lelaki kedua mahathir, Mokhzani, telah
melepaskan perniagaannya dan juga politik. Daim Zainuddin pula telah
melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan dan bendahari UMNO setelah
dia menjadi sasaran kecaman kerana salahguna kuasa menggunakan dana kerajaan
dan juga parti. Dr. Mahathir telah memilih pendekatan Islam yang menyanggah PAS sebagai
mengamalkan ajaran modenis. Di waktu yang sama dia telah melantik wanita ke
dalam kabinetnya dan beberapa jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti
menjadi Gabenor Bank Negara. Sepanjang pemerintahannya selama dua dekad itu dia telah menonjolkan
kemajuan sains dan teknologi sambil menekan kumpulan Islamis yang meniru
aliran revolusi Iran. Untuk menentukan keamanan dalam sebuah negara yang pelbagai kaum dan agama
itu, Mahathir telah mengekalkan pelbagai undang-undang yang keras-keras
seperti pengawalan terhadap media dan penahanan tanpa perbicaraan.
Dalam satu episod 1985, pasukan keselamatan (yang mabuk kerana dimabukkan)
telah membunuh 15 pengikut seorang pengajar agama Islam (dengan kerajaan
menuduh mereka cuba menegakkan sebuah negara Islam secara tindakan militan)
Mengikut Farish Noor, seorang ahli sains politik, kerajaan Mahathir berjaya
menangani kritikan kumpulan agama dalam hal ini dan juga dalam banyak
peristiwa yang lain disebabkan wibawa Anwar Ibrahim, yang mula menganggotai
UMNO pada 1982. Anwar naik melonjak sehinga menjadi calon pengganti jawatan yang dipegang
oleh Mahathir. Akan tetapi, pada 1998, Anwar terhumban setelah mereka gagal
menyetujui cara menangani krisis kewangan yang melanda negara (disebabkan
Mahathir mahukan negara menyelamatkan semua syarikat anak-anaknya yang sudah
terhenyak longlai). Mahathir telah menjatuhkan tuduhan terhadap Anwar kerana korupsi dan
kelakuan di luar tabii. Semua tuduhan itu ditolak oleh Anwar, namun dia
akhirnya dikenakan hukuman yang kini sedang dirayukannya.
Apakah dua orang pemimpin ini dapat bermaaf-maafan semula ataupun Mahathir
berjaya mencari jalan untuk memintas cabaran yang dimajukan oleh PAS dan
perjuangan populis yang dianjurkannya, akan berkemungkinan merupakan episod
terakhir dalam pemerintahannya.
Douglas Wong Terjemahan SPAR-03-036 Asal: http://www.ft.com The Financial Times, UK Populist causes sap Mahathir's power base
By Douglas Wong When Mahathir Mohamad became Malaysia's prime minister 20 years ago,
Soviet troops were in Afghanistan, Ronald Reagan and Margaret Thatcher
were still settling into office and the Iranian revolution was at its
height. "I have seen all kinds of politicians, I have seen various theories
and theologies, I think that being 20 years in the office, you must
have learned something," he said last month. As Asia's longest serving
leader, Dr Mahathir has led his multiracial coalition to five election
victories and his country from third world to within sight of the
first. But the last election victory in 1999 was accompanied by a swing
against the coalition's anchor party, the United Malays National
Organisation (Umno), which Dr Mahathir has so far been unable to
reverse. For the first time last month, he warned that an opposition victory in
elections, due by 2004 when over 1m new young voters will be on the
rolls, "is no longer that difficult".
Malaysia's economy, having survived the Asian financial crisis and the
capital control measures which Dr Mahathir instituted in response, now
faces a global slowdown, which has already tipped neighbouring
Singapore into recession. But while he will be 76 this year, and had a heart bypass operation in
1989, Dr Mahathir has shown no signs that he is ready to step down.
"I just cannot walk out and leave everything in a state of not being
prepared for continuing the progress of this country," he said last
year. Although he entered office as a champion of his Malay community, which
accounts for over 60 per cent of Malaysia's 23m population, Dr
Mahathir once said that his proudest achievement in office was
bringing them closer to Malaysia's Chinese and Indian communities.
In fact, an official survey last year showed that there was almost no
social interaction between students of different races at University
Malaya. Analysts say that one reason for this, and the erosion of Malay
support for the government, has been the rising appeal of traditional
Islam to the Malay community. Pas, the Islamic opposition party, won two state governments and
overtook the Chinese-based Democratic Action party (Dap) as the main
parliamentary opposition in 1999 and is now confident that it can form
the next federal government. While its stated objective is to create an Islamic state, Pas has
espoused popular issues, such as judicial independence and fighting
corruption and cronyism, to attract broader support and has formed an
uneasy alliance with other opposition parties, such as the Dap.
The government is responding. Abdullah Badawi, Dr Mahathir's deputy,
pledged last month that Umno would pay greater attention to issues
such as human rights, freedom of speech, corporate governance and
judicial independence, which are important to the younger generation.
Umno has cracked down on 15 party members found to have breached rules
against money politics. Separately, Dr Mahathir's second son,
Mokhzani, quit business and politics and Daim Zainuddin, who as
finance minister and Umno treasurer had been the target of criticism
for improper use of government and party funds, quit all his posts.
Dr Mahathir's brand of Islam with which he confronts the Pas is a
modernist one. He has appointed women to his cabinet and key
government positions, such as the governor of the central bank.
A consistent thread in his two decades of rule has been the embrace of
science and technology and opposition to Islamist groups following the
example of Iran's revolution. Keeping the peace in multiracial and multireligious Malaysia has been
the justification for many of the country's restrictive practices,
such as control of the media and detention without trial.
In a 1985 showdown, security forces killed 15 Islamists who had called
for the need to create an Islamic state through revolutionary means.
According to Farish Noor, a political scientist, Dr Mahathir's
government was able to withstand Muslim critics in this and other
cases because of the strong Islamic credentials of Anwar Ibrahim, who
had joined Umno in 1982. Mr Anwar rose rapidly to become Mahathir's designated successor but in
1998 was sacked after they fell out over how to respond to the
financial crisis. Dr Mahathir also accused Mr Anwar of corruption and s###my, charges
which Mr Anwar denied but was later convicted of in judgments he is
appealing. Whether the two leaders can be reconciled, or Dr Mahathir can find
another way to address the challenge posed by Pas and the populist
causes it espouses, is likely to be the last episode of his rule.
|