Laman Webantu KM2A1: 5008 File Size: 7.2 Kb * |
TAG SP 212: CNN: Mahathir Dihantui Cabaran Ekonomi Yang Membesar By Geoff Hisc0ck 19/7/2001 7:01 pm Thu |
[Orang Umno dan mereka yang bebal mungkin akan terus menyokong
Mahathir tetapi jika ekonomi terus ranap mereka akan hilang sabar
juga akhirnya. Sekarang hanya Mahathir sendiri yang menentukan
halatuju ekonomi setelah Daim pergi. Oleh itu dia tidak mahu
Malaysia nampak meleset kerana itu akan mencederakan lagi imejnya.
Perhatikan banyak pengumuman angka untung dan jumlah dana diumumkan
akhir-akhir ini sedangkan itu bukan ukuran kekuatan ekonomi. Pakar
ekonomi tidak menggunakan angka seperti itu untuk menilai prestasi
kerana itu bukan gambaran sebenar kehidupan rakyat negara ini.
Banyak pihak telah menjadi mangsa polisi ekonomi Mahathir sekarang
terpaksa membuang pekerja untuk terus hidup. Jika keadaan berterusan
mereka tidak akan mampu bertahan lagi dan akan memarahi Mahathir.
Nampaknya Mahathir semakin menambah musuh lagi....
- Editor] Terjemahan: SPAR-03-036
(Mahathir Faces Increasing Economic Challenges)
http://asia.cnn.com/2001/BUSINESS/asia/07/15/malaysia.economy/index.html
Malaysia telah memperolehi kemajuan ekonomi sepanjang pemerintahan Mahathir
Mohamad menjadi perdana menteri sejak 20 tahun yang lalu. Namun, cabaran
yang dihadapinya tidak akan menjadi lebih mudah untuk ditangani pemimpin
veteran itu. Insan yang tidak mudah mengikut cakap orang lain kini melihat ekonomi
Malaysia menjadi sasaran kegawatan ekonomi sejagat dalam bidang barangan
teknologi maklumat. Walaupun henyakan kegawatan kali ini tidak seteruk krisis kewangan 1997 dulu,
di mana Mahathir naik berang dan menuduh konspirasi kapitalis barat yang
sengaja mahu menghancurkan ekonomi Malaysia, kegawatan di bidang IT kini
yang sudahpun lembap sejak 12 bulan yang lalu, sedang menghenyak Malaysia
dengan teruknya. Sejak 1999 hingga 2000, lonjakan permintaan barangan semikonduktor dan
peralatan komponen elektronik telah meransang pertumbuhan eksport negara.
Akan tetapi keadaan industri IT di Amerika dan Jepun telah menjadi mendatar
ataupun mengecut sejak pertengahan tahun 2000, sehingga menjejaskan ekonomi
Malaysia pada tahun ini. Pada suku-tahun pertama 2001, menunjukkan
penguncupan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 1998,
ketika negara merasakan bahana kesan krisis kewangan Asia yang melanda pada
1997. Berasaskan suku-tahun ke suku-tahun, KKN jatuh 3.8 peratus pada tiga bulan
pertama tahun 2001. Ekonomi Malaysia yang banyak bergantung kepada pengeksportan akan merasakan
turun naik kelakonan itu disebabkan mudahnya ia dirasuk tekanan prestasi
globalnya yang mampu menjejaskannya. Mahathir yang kini sudah pun memikul tanggungjawab menteri kewangan sejak
pengunduran Tun Daim, telah mengakui betapa Belanjawan 2002 yang akan
dibentangkannya bulan Oktober nanti akan menganjurkan perbelanjaan tempatan
dan pelaburannya, daripada memberi penekanan kepada pelaburan asing.
Mahathir memang telah lama mahukan perjalanan ekonomi Malaysia itu mengikut
rentak ragam acuannya dan tidak ditentukan oleh orang asing seperti IMF
ataupun pengurus dana tabung pencen Amerika Syarikat.
Dinafikan Beperanan di Malaysia
Ketika krisis kewangan 1997 menghenyak Malaysia, Mahathir telah berdegil
menidakkan peranan IMF di Malaysia. Dia naik berang apabila tercetusnya
pengaliran tunai daripada ekonomi Malaysia dan menuduh para spekulator Barat
telah menghancurkan ekonomi negaranya.
Akan tetapi, keadaan bursa saham Kuala Lumpur jatuh terperusuk - kehilangan
65 peratus nilainya antara Julai 1997 hingga Januari 1998 (dalam masa enam
bulan sahaja - penterjemah) bukanlah disebabkan oleh pengunduran pelaburan
asing sahaja. Sekitar 70 peratus penjualan itu adalah oleh pelabur tempatan
yang rungsing akan keadaan negara untuk jangka masa yang panjang.
Salah satu cara tindak balas Mahathir terjadi pada September 1998 dengan
cara mengenakan kawalan pengaliran modal. Tindakan ini menyebabkan ramai
pengurus dana berinstitusi yang menjadi gusar untuk kembali ke pasaran
Malaysia. Apatahlagi setelah ditetapkan kadar tukaran matawang pada tahap
RM3.8 bagi setiap dollar Amerika. Strategi ini memang kena pada masanya sekitar 1999 hingga 2000 apabila
ringgit diturunkan nilainya berbanding matawang serantau. Lagipun ia
membantu menampan negara daripada tekanan inflasi.
Akan tetapi, kejatuhan matawang negara lain seperti di Singapura (dollar)
dan Filipina (Peso) sudahpun menjejaskan usaha pengeksportan Malaysia,
menyebabkan para pengeksport Malaysia mendesak agar dilaksanakan perubahan
terhadap pencapaian penurunan matawang yang dapat bersaing. Walaupun
Mahathir masih bertegas tidak akan dilakukannya anjakan kepada kadar tukaran
matawang itu. Namun kemungkinan adanya satu perubahan pada September nanti
sudahpun diambil kira dalam ramalan para pengamat.
George Washington, ketua pakar ekonomi Asia Pasifik untuk syarikat pengamat
IFR ada membuat catatan terbarunya: 'Apabila tanggapan ekonomi itu menjadi
buruk dan tapak langkah kegawatan ekonomi itu semakin lantang bunyinya untuk
mengiringi usaha terbaik Mahathir melindungi negaranya daripada pengaruh
asing, wawasan Mahathir akan semakin terhakis dan tercemar sehinggakan para
penyokongnya pun akan naik bengis dan kehilangan sabar.'
Salah satu bahagian warisan itu ialah latar-langit Kuala Lumpur yang amat
mempesonakan tetapi tidak menjanjikan sebarang keuntungan. Yang lagi satu
ialah lonjakan KDNK daripada 27 billion dollar ketika Mahathir menaiki
takhta pada Julai 1981, naik empat kali ganda kepada $100 billion pada hari
ini, dan pendapatan per kapita kurang sedikit daripada $2000 pada 1981
menjadi sekitar $4500 sekarang ini. Mahathir telah menyanggah para kritik dan pesaing sepanjang dua dekad yang
sungguh mencabar itu. Ekonomi negara diserang senggugut, kini. Mampukah dia
menanganinya sekali lagi? Tamat Terjemahan: SPAR-03-036 Asal: http://asia.cnn.com/2001/BUSINESS/asia/ 07/15/malaysia.economy/index.html
atau KM2 5004: Mahathir Faces Increasing Economic Challenges
|