Laman Webantu KM2A1: 5009 File Size: 11.0 Kb * |
TAG SP 213: AWSJ: Kerajaan Rancang Ambilalih Renong By Leslie Lopez 19/7/2001 6:54 pm Thu |
[Kerajaan sebenarnya tidak memulihkan ekonomi. Ia cuma
mengengsotkan sahaja kesannya melalui pertukaran orang yang
menerajui atau melalui tampungan dana milik rakyat seperti
KWAP dan KWSP. Kroni yang membuat hal terlepas langsung
tetapi rakyat pula yang terpaksa menanggung.
Hutang Renong yang bertimbun-timbun dan berlapuk itu telah
membebankan institusi perbankan negara ini sehingga mereka
pun sudah tidak sanggup lagi. Sebab itulah dana KWSP dan KWAP
terpaksa 'dicuri' untukmu kroni. Halim dan Renong sudah tidak berwang jika tidak ia akan membayar
semua hutang-hutang itu dari poket sendiri. Bon-bon yang
dikeluarkan itu akan menjadi bom jangka ekonomi yang akan
memusnahkan negara jika tiada wang yang mencukupi bila sampai
tempohnya nanti. Sila juga membaca catatan dan komen penterjemah di akhir
terjemahan ini. 18 Julai 2001. (Malaysian Government Plans To Wrest Control of Renong)
Kerajaan Malaysia sedang merancang untuk mengambil alih Kumpulan Renong
daripada pemegang saham utamanya - dan ini dilihat sebagai satu isyarat
stail baru menyelesaikan hutang bertapuk negara.
Sebagai salah satu konglomerat terbesar Malaysia, Renong mempunyai
perniagaan menguruskan bank dan tol jalanraya, memiliki konsessi
penggerudian minyak dan gas dan memajukan hartanah. Pada waktu yang sama
konglomerat ini adalah syarikat korporat yang terlalu banyak berhutang.
Sebagai bekas sebuah cabang pelaburan UMNO, Renong ternyata lembab
melaksanakan penstrukturan hutang bertapuknya sebanyak 13 bilion ringgit
(US$3.42 billion) sehingga mendesak kerajaan bertindak.
Mengikut cerita beberapa pegawai tinggi kewangan dan juga pegawai kerajaan,
sebuah agensi kerajaan akan mengumumkan rencana pengambil-alihan United
Engineers Malaysia Berhad, yang mempunyai pegangan saham Renong sebanyak
32.6%, seawal minggu hadapan. Disebabkan berkecamuknya skim penstrukturan
Renong yang semakin bergelembung itu, usaha kerajaan mengambil-alih itu akan
menyebabkan Halim Saad yang kini merupakan pemegang saham terbesar dan juga
pengerusi ekskutif Renong kehilangan kuasa dalam empayar niaganya.
Perubahan hakmilik dalam Kumpulan Renong akan merupakan gegaran susulan yang
sungguh besar ekoran peletakan jawatan mantan menteri kewangan Daim
Zainuddin pada bulan Jun yang lalu.
Beberapa pegawai kanan kerajaan yang terlibat dengan pengambil-alihan UEM
ini berkata, usaha tersebut akan melibatkan hampir dua bilion ringgit (wang
rakyat Malaysia) yang dikendalikan sendiri oleh perdana menteri minggu lalu.
Azman Yahaya, pengarah urusan Danaharta, dikatakan akan menyelia segala
usaha pengambil-alihan itu, mengikut laporan beberapa pegawai kewangan.
Seandainya berjaya, Dato Azman dijangka akan menggantikan Tan Sri Halim
sebagai ketua pasukan pengurusan yang terbaru di Kumpulan Renong.
Renong Bhd dan UEM adalah merupakan syarikat yang tersenarai. UEM memegang
saham terbitan Renong, pada waktu yang sama Renong menguasai 37.1% saham
UEM. Melalui satu rangkaian strutktur yang mengelirukan, dua syarikat
gergasi ini menguasai pula sembilan lagi syarikat yang tersenarai di bursa
saham, yang pada satu ketika dulu merupakan tumpuan pelaburan niaga UMNO.
Tan Sri Halim memegang sekitar 16.5% ekuiti Renong dan secara teknikalnya
menguasai keseluruhan kumpulan syarikat itu.
Ketika Tun Daim menjadi menteri kewangan, beberapa syarikat yang berhutang
besar-besar yang mempunyai hubung-kait yang rapat dengan tuan-besar politik
mereka telah menerima bantuan kerajaan untuk bernafas lega sehinggakan
menjadi fokus cerca rakyat marhaen. Usaha kerajaan untuk mengambilalih UEM akan dilihat sebagai bukan satu usaha
menyelamatkan syarikat itu oleh kerajaan 'ala-bailout'. Kerajaan
menjangkakan rencana ini akan diterima dengan baiknya oleh warga perbankan
yang menyimpan saham-saham UEM sebagai cagaran pinjaman ataupun kolateral
kepada pinjaman Kumpulan Renong dulu dan juga daripada pemegang saham eceran
syarikat itu. Tambahan lagi, menghumbankan Halim Saad sebagai ketua Renong boleh dianggap
sebagai satu isyarat betapa syarikat niaga yang mempunyai hubungan yang erat
dan intim dengan kerajaan tidak lagi diberikan muka oleh kerajaan, dan
barisan pucuk pengurusan atasan syarikat tersebut akan dikenakan tindakan
kerana salahurus mereka yang sudah-sudah. Demikian laporan beberapa pegawai
tinggi kerajaan. Adalah dijangkakan kerajaan akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 45% saham
UEM melalui usaha ini dengan harga tawaran kerajaan itu dijangka sedikit
tinggi daripada harga pasaran. Spekulasi ini menyebabkan kegiatan luar
biasa dalam urusan jualbeli saham UEM, yang ditutup tinggi sekitar 16% pada
hari Selasa dengan harga penutup pada paras 3.56, naik 0.50 sen berbanding
harga Isnin. Bebanan Hutang Bertapuk Pada pertengahan 1997, ketika Asia dihantui krisis kewangan, Renong dihenyak
hutang yang berjumlah 26 bilion ringgit, bersamaan dengan 5% hutang yang ada
dalam sistem perbankan di Malaysia. Sejak itu Renong dan juga UEM telah
menjalini penstrukturan hutangnya yang disatukan sebanyak 8.4 bilion
ringgit, melalui terbitan bon yang mempunyai jangka hayat selama tujuh
tahun bermula awal 1999. Renong telah membayar keseluruhan hutang yang
berjumlah empat bilion ringgit yang dihutang oleh salah sebuah anak
syarikatnya, Time Engineering Bhd pada awal tahun ini, daripada hasil
kutipan penyenaraian salah sebuah anak syarikatnya yang bergiat dalam bidang
telekomunikasi. Masalah hutang Renong ini dicemarkan lagi oleh masalah hutang peribadi Tan
Sri Halim Saad yang berhutang besar dengan UEM. Hutang Halim terhadap UEM
adalah berupa 'put option' yang dipersetujuinya pada awal 1998 yang
memestikannya membeli pegangan UEM dalam Renong sekitar 32%. Sebahagian
pembayaran yang berjadual berjumlah 100juta ringgit sepatutnya dilunaskan
selaras dengan perjanjian 'put option' itu pada Sabtu yang lalu. Tetapi,
Halim Saad diberikan sambungan masa untuk menarik nafas dan ngapnya, untuk
selama 60 hari lagi. Ini merupakan sambungan manja untuk menarik ngap lagi
untuk kali kedua sejak Februari dulu oleh lembaga pengarah UEM.
Seorang pegawai kerajaan yang terlibat dengan pengambil-alihan UEM itu
memberitahu: seandainya rencana itu berjaya, Renong kelolaan Danaharta yang
dipimpin oleh Datuk Azman bercadang menjual sebahagian aset kumpulan itu
untuk merehatkan hutang lapuk. Apa yang lebih menyulitkan ialah cara mana
menyelesaikan hutang Renung yang dibuatnya melalui terbitan bon, kerana
menyelesaikan masalah ini adalah satu 'pening kepala' yang amat besar
sekali. Beberapa pegawai kewangan yang terlibat dengan rencana kerajaan ini
memberitahu: Dr. Mahathir bertindak mendapatkan penglibatan Danaharta kerana
pengalaman dan 'track record' Datuk Azman yang baru berusia 37 tahun, sudah
mempunyai rekod kerja yang cemerlang dalam memperbaiki sistem perbankan
negara ini. Datuk Azman enggan membuat sebarang komen.
Catatan penterjemah: Mengikut Qalam Kencana, semua ini adalah sebahagian skrip lakonan
pengunduran Daim sebagai menteri kewangan. 'Manakan mudah 'isi' berenggang
daripada 'kulitnya' ' kata beliau. Lagipun Malaysia sejak Daim menjadi
Menteri Kewangan dulu lagi telah bergiat cergas dengan terbitan bon yang
diklassifikasikan sebagai 'hybrid bond' yang menjadi amalan negara yang
bebas pergerakan sistem perbankannya.
Apabila Malaysia mengamalkan konsep 'hybrid bond' ia sebenarnya
memperlekehkan status negara itu sebagai negara yang bebas dalam pergerakan
kewangannya, sedangkan keluar masuk dana dikawal dan bank yang muflis
dibiarkan terus hidup kerana yang membuatnya muflis adalah para menteri
kabinet dan pemimpin UMNOBN. Salah satu musibah penggunaan 'hybrid bond' ini pernah dituliskan oleh Harun
Rashid. Di Malaysia, syarikat yang amat pintar dan suka menggunakan hybrid
bond adalah syarikat yang berstatus, pak-pacak, dan kroni sahaja kerana
putar belit mereka mendapat restu Raja Penyangak.
Oleh kerana sebahagian besar pemimpin UMNO adalah lepasan sekolah menengah
sahaja ataupun diploma tempatan yang diperolehi secara skim engsotan markah
kelayakannya, berapa ramaikan antara pemimpin UMNO itu yang faham
selok-belok kewangan global? Kemudian, lihat pula kepada kelayakan dan taraf pemikiran penulis 'unggulan'
bertaraf upahan UMNO BN? Kita bukan mencaci mereka tetapi apabila mereka
memperbodohkan orang Melayu yang sebangsa dengan mereka walaupun ada antara
mereka yang tidakpun mempunyai setitik darah Melayu, kita berhak
mempertahankan diri kita. Siapakah Zam Senator yang pernah menjadi Ketua
Pengarang U.Melayu? Beliau adalah lulusan darjah lima Sekolah Melayu.
Bagaimana pula dengan Pak Habib bekas tukang kebun dan penjual ensiklopedia
yang sudah menjual hampir 40 buku? Apakah kepintarannya selain menulis
mengikut sistem 'cut and paste'? Oleh kerana penulis semacam ini yang
mengabui pemikiran orang Melayu di tahap tertinggi, orang bawahanpun terikut
sama. Laksana perjalanan keretapi, Apabila kepala masuk selekoh, gerabak di
belakangpun ikut mengiring sama.....!!
Selagi konsep 'hybrid bond' ini tidak dimansuhkan, sebarang usaha Raja
Penyangak untuk apa yang dikatakannya memperbaiki sistem kewangan negara ini
adalah tidak jauh sasarannya daripada apa yang disebut sebagai 'Tikus
Memperbaiki Labu.' Apabila tikus besar terkencing merata, sesiapa yang
mendekatinya akan dijangkiti 'hawar tikus' juga... Haahaahaaa.... memang
'Melayu' haprak dibuat oleh Mahathir...!!!!
Asal: http://interactive.wsj.com/ atau KM2 5005: AWSJ: Malaysian Government Plans
To Wrest Control of Renong
|