Laman Webantu KM2A1: 5015 File Size: 16.5 Kb * |
TDPWN 10: B15 - B16 Satu Ikut Fung Shui, Satu Ikut Tuhan? By Khalid Jafri 19/7/2001 9:56 pm Thu |
[Asnida kelihatan mempunyai falsafah hidup yang bersandar
kepada tuhan dan tidak mengharapkan bantuan bapanya untuk berjaya
tetapi Daim nampaknya bersandar kepada bomoh dan fung shui pula.
Yang peliknya mengapa Daim tidak mengikut jejak Asnida? Mungkin
dia tidak akan dihempap malang seperti sekarang. Kalau tenggelam
pun tiada siapa yang mengecam. Kejayaan Asnida menyebabkan banyak pihak tertanya-tanya apakah
beliau memang berbakat atau kerana semuanya sudah dibuka oleh
bapanya untuk didakap erat. Kalau diimbau kembali kes Datuk Harun,
Asnida tidak sepatutnya terlibat dalam Syarikat Maluri jika beliau
betul-betul mempunyai falsafah hidup... Mengapa Khalid Jafri tidak
menulis mengenai kes Datuk Harun? Nampak sangat beliau tidak ingin
Mahathir dan seluruh kepimpinan Umno dilibatkan.
- Editor] Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara Projek Garam Bankrapkan Daim Beliau meninggalkan syarikat guamannya dan menceburkan diri dalam
perniagaan garam. Dari syarikat peguam bertukar berniaga garam
adalah bidang yang amat berbeza antara bumi dengan langit. Ini
berpunca dari pandangan pelanggan guamannya, Low Kok Boo
(mendiang) yang mengatakan berniaga garam boleh cepat kaya
daripada guaman. Menurut Low dari segi 'Fung Shui' perniagaan yang sesuai untuk
Daim ialah menceburi dalam perniagaan ada hubungkait dengan air.
Nasihat Low itu diberi kepada Daim selepas beliau menemui 'Fung
Shui Master'. Low memberi pendapatnya bahawa perniagaan garam
adalah baik untuk Daim kerana semua orang makan garam. Ianya juga
adalah merupakan barangan perlu. Daim yang bercita-cita besar untuk jadi orang kaya percaya dan
begitu yakin dengan nasihat Low. Beliau berbincang dengan
beberapa orang rakan dalam syarikat guamannya. Untuk tujuan itu
beliau mesti buat kajian dan melihat bagaimana orang membuat
garam. Setelah semua persetujuan dicapai antara rakan-rakan
kongsinya maka Daim berlepas ke Taiwan, Thailand dan Jepun untuk
mempelajarai secara lebih dekat dengan pihak-pihak kilang garam
di negara tersebut bagaimana cara-cara pengeluarannya, kedudukan
tanah dan tempat yang sesuai untuk mendiri kilang.
Daim dapati ketiga-tiga negara yang dikunjunginya itu amat
menarik perhatiannya di mana orang Thailand memproses garam
dengan menakung air laut ke dalam petak-petak untuk beberapa hari
sebelum ianya bertukar menjadi garam. Sementara di Taiwan
prosesnya tidak jauh beza seperti yang dilakukan oleh orang-orang
Thailand. Tetapi di Jepun caranya agak berlainan kerana prosesnya
sedikit rumit kerana mereka terpaksa mengguna mesin mengepam dan
mengeringkan air laut. Kajian mendalam diteruskan dengan mengambil kira tentang jumlah
garam yang diimport negara dari luar, harga import dan harga
runcit. Semuanya ditelitinya betul-betul kerana tidak mahu ada
silapnya. Apabila Daim memohon untuk mendapatkan lesen kilang garam
daripada pihak MIDA (Malaysian Industrial Development Authority)
permohonannya ditolak kerana diberitahu sudah ada permohonan
daripada syarikat lain dan tidak mahu memberikan lesen kepada
syarikat Daim. Oleh kerana perasaannya ketika itu begitu membara untuk berjaya
dalam perniagaan maka beliau berjaya menemui Menteri Kewangan,
iaitu Tun Tan Siew Sin (mendiang). Dalam pertemuan itu Tun Tan
meminta seorang pegawai Melayu turut sama hadir dalam pertemuan
itu. Setelah mendengar penjelasan Daim dengan penuh teliti maka Tan
Siew Sin menasihati Daim bahawa dalam dunia perniagaan kita mesti
bersedia dan sanggup bersaing. Menurut Tan Siew Sin kerajaan
tidak boleh menolong mana-mana pihak kerana ini adalah pasaran
bebas. Mendengar penjelasan dan pandangan Tan Siew Sin, Daim
terus juga 'argue' dengan pendapat-pendapatnya yang belum begitu
arif dalam dunia perniagaan sebenarnya.
Akhirnya Tan dengan senyum melihat wajah Daim dan berkata: 'Don't
fight with the big boys. You will lose. Go for small things.
Learn as you go along. I am sorry I can't help you.'
Untuk meneruskan juga hasratnya, Daim bertemu orang kedua iaitu
Robert Kuok. Kuok memberi masa hanya setengah jam untuk Daim.
Dalam pertemuan itu Robert Kuok juga mendengar segala percakapan
Daim dengan teliti kemudian memberi nasihat kepadanya. "Don't go
and take on the big boys. You are not ready. Buat cara
kecil-kecil dahulu. Gain experience and go from there.'
Mendengar percakapan Kuok terasa benar frustnya Daim.
Oleh kerana orang kedua yang ditemui juga mengecewakan beliau
maka Daim menemui Tan Sri Senu Abdul Rahman (Allahyarham) supaya
dapat membantunya menemui Tan Sri Khir Johari yang ketika itu
menjadi Menteri Perdagangan. Daim menyerahkan urusan untuk mendapat kelulusan lesen kepada
Senu. Senu agak begitu prihatin terhadap nasib Daim dan sedia
membantunya kerana Daim adalah kenalan lamanya. Daim juga
menawarkan jawatan Pengerusi kepada Senu untuk kilang garam itu.
Bagaimanapun, dalam pertemuan itu Tan Sri Khir Johari juga agak
kelihatan negatif kerana sudah tahu bahawa lesen perniagaan yang
dipohon itu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputra dan
seorang usahawan yang berjaya. Namun Daim tidak putus asa dan
menyerahkan soal mendapat lesen bulat-bulat kepada Senu.
Dengan pertolongan Senu yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung
UMNO berjaya memperolehi lesen tersebut dan dalam jangka masa
yang agak cepat. Urusan lain juga dilakukan agak lebih mudah dan
cepat. Tanah juga berjaya diperolehi daripada Kerajaan Selangor.
Hanya Daim memerlukan modal tambahan yang memeningkan kepala
Daim. Daim akhirnya berjaya meyakinkan PERNAS, dan Raja Perlis
(Almarhum) menjadi pemegang saham dan Daim sendiri melaburkan
wangnya sendiri sebanyak RM100,000. Wang yang dilaburkan itu
ialah daripada isteri pertamanya, Puan Noraini Rafei yang banyak
membantu Daim. Dengan segala perancangan rapi dan tersusun dengan tiga orang
pakar dari luar negara di bawahnya untuk membantu pengendalian
kilang garam itu, Daim dan rakan-rakan kongsi niaga memulalah
perusahaannya denga rasa begitu bangga dan amat seronok. Apa
tidaknya, kerana segala cita-cita dan usaha serta hajatnya
tercapai dengan kelulusan sebidang tanah seluas 600 ekar
menjalankan perusahaan kilang garam. Lesen dan modal cukup untuk
perniagaan garam. Perniagaan Daim untuk berjaya mesti berkaitan dengan air
sepertimana diberitahu Low menurut 'Fung Shui' rupa-rupanya
menjadi pemusnah kepada Daim. Ketika kilang perusahaan garam
rancak dengan proses air laut untuk dijadikan garam tiba-tiba
Allah terbalikkan ramalan Fung Shui yang dipercayai Daim. Air
yang dikatakan baik untuknya, menghancurkan perniagaannnya. Hujan
yang turun tidak teramal oleh peramal kaji cuaca. Hujan yang
turun adalah luar dari kuasa manusia. Kelam-kabut Daim, dan ada
yang memberi nasihat kepadanya supaya minta bomoh hujan ikhtiar
supaya hujan berhenti. Dalam keadaan panik dan tak tentu hala
itu. Daim meminta pengurusnya menghubungi bomoh hujan tetapi,
ikhtiar bomoh itu hanya dapat menahan sekadar untuk satu ketika
pendek sahaja iaitu kira-kira satu hari dan selepas itu hujan
turun lagi dan terus banjir besar. Daim terus berikhtiar dan meminta pihak Kementerian Perdangangan
memberhentikan pengimpotan garam tanpa lesen dan permohonannya
dilulus dengan 50% kuota import sementara 50% lagi dibeikan
kepada pengimport lain yang telah sedaa ada. Perniagaan Garam
yang dirintis oleh Daim terpaksa memikirkan cara untuk membayar
hutang pinjaman dan Daim sendiri sudah terasa bahang siksa
kegagalan dan menanggung hutang. Beliau jatuh bankrap.
Oleh kerana Daim adalah orang yang sentiasa membantu syarikat Low
Kiok Boo menyelesaikan kes-kes yang dibawa ke mahkamah kerana
tindakan undang-undang yang diambil daripada pihak kerajaan
terhadap syarikatnya di atas kesalahan mengelak daripada cukai
kastam maka, beliau mengajak Daim sama-sama mencebur diri dalam
hartanah bersama dengan rakan kongsinya Datuk Tamby Chik.
Low dan Tamby Chk sememangnya sudah kaya dan banyak pengalaman
dan berjaya dalam projek-projek perumahan mereka dalam Syarikat
Sim Nam Housing Development Co. Ltd. Kedua-dua ahli perniagaan
dan jutawan hartanah ini banyak membangunkan projek-projek
perumahan di Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur. Kesemua projek
perumahan yang dilaksanakan sejak awal tahun 60-an berjaya. Bagi
Daim tiada tapak tangan nyiru ditadahkannya, bila mereka
mempelawanya kerana Daim hanya ada sehelai sepinggang sahaja.
(Mukasurat 111 - 125) Asnida Daim Dan Puluhan Syarikatnya
Kebenaran pepatah itu tidak dinafikan Pengarah Urusan Syarikat
Maluri Sdn. Bhd, Asnida Daim Rashid, anak sulung Tun Daim
Zainuddin dengan isteri pertamanya Noraini Rafei. Pada masa sama,
dia tidak menyengkal dakwaan manusia tidak boleh hidup tanpa
meninggalkan NAMA. Bagaimanapun ibu berusia awal 30-an ini tidak mengambil jalan
pintas untuk menerajui Kumpulan Syarikat Maluri yang diasaskan
Daim. Ayahnya yang ketika itu menjawat Menteri Kewangan dan tokoh
korporat terkemuka tempatan, tidak memberi galakan, jauh sekali
menjadi penghubung atau pembuka jalan bagi memudahkan dia bekerja
di syarikat milik keluarganya itu. 'Saya diterima bekerja seperti kakitangan biasa. Saya memohon
untuk jawatan pelatih,' kata Asnida, yang kini mempunyai dua
cahaya mata perempuan lima tahun dan tujuh bulan.
Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan
Pemasaran selama empat tahun di Northern Illinois University,
Amerika, dia kembali untuk mencari kerja. Dia menuntut di Garden
School, Kuala Lumpur pada awal 60-an sebelum melanjutkan
pengajian peringkat A Level di United Kingdom, selama tujuh tahun
mulai awal 70-an. 'Ayah tidak pernah menawar, bertanya, mahupun memberi galakan,
jauh sekali memperkenalkan saya kepada teman korporatnya. Dia
membiarkan saya membuat keputusan sendiri,' ujar Asnida sambil
tersenyhum sebelum menyambung, 'bukan mudah menjadi anak orang
ternama.' Asnida mengamalkan sifat sederhana dalam hidup, berpakaian
ringkas Baju Kedah ungu ketika ditemuramah. Mukanya gebu tanpa
solekan. Hanya seutas rantai emas halus menghiasi lehernya.
Pengalaman Bekerja Sifatnya yang sederhana malah terlalu 'simple' tidak mencerminkan
dia generasi baru wanita korporat negara, yang disegani dan
berjaya menugasi bidang lelaki. Sebelum memohon menjadi pelatih dengan syarikat Maluri, Asnida
menghabiskan lebih satu setengah tahun dengan Radio dan
Television Pendidikan dan menerbitkan rancangan kanak-kanak untuk
mencari pengalaman kerja. Dia kemudian mencuba nasibnya memohon kerja dengan Sistem
Televisyen Malaysia bhd (TV3) dan hotel terkemuka. Malangnya dia
gagal dalam kedua-dua permohonan itu.
'Jika benar saya menggunakan kesempatan dan nama ayah saya, saya
pasti mudah mendapat kerja,' jelasnya.
Ketika itu Daim ialah Pengerusi Kumpulan Fleet, konglomerat
pelaburan UMNO. Selain menerajui kumpulan akhbar The New Straits
Times (M) Bhd, kumpulan berkenaan turut memiliki kumpulan hotel
Faber Merlin dan TV3. Daim juga pengasas dan pengerusi Peremba
iaitu syarikat pembinaan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).
Asnida tiada pilihan lain kecuali memohon jawatan pelatih dengan
Syarikat Maluri setelah kedua-dua permohonannya ditolak.
Bagaimanapun, untuk mengambil hatinya, Daim mencadangkan supaya
dia bekerja dengan bank. Cadangan itu bagaimanapun ditolak kerana
dia tidak berminat perangkaan dan kerjaya yang dianggap kurang
mencabar bermula 'jam 9 padi dan berakhir 5 petang.'
Selepas dua setengah tahun mencari pengalaman dan mencari
menganalisis pelan, perancangan bandar, kerja membabitkan
pembinaan dan kejuruteraan mekanikal serta 'berhujan dan
berpanas' di tapak pembinaan, dia dinaikkan pangkat sebagai
Pengurus Pentadbiran, pada 1985. Jawatan itu dipegangnya tiga
tahun. Dia kemudian dilantik sebagai pengurus besar tiga tahun sebelum
dipilih lembaga pengarah untuk menerajui syarikat berkenaan.
Ketika menerajui kumpulan Syarikat Maluri, dia bekerja dengan
Samsudin Abu Hassan, kini naib Pengerusi Ekskutif Aokam Perdana
Bhd. (Kini, Kumpulan Maluri memiliki lebih 20 anak syarikat, modal
berbayar RM13 juta dan aset terkumpul RM55 juta)
'Dakwaan masyarakat, khasnya golongan korporat, yang mengatakan
saya dilantik sebagai pengarah urusan kerana pengaruh ayah adalah
tidak benar. Memang benar saya anak Daim ketika di rumah tetapi
di segi perniagaan saya dianggap seperti kakitangan lain. Justeru
saya mengambil masa 10 tahun untuk membuktikan keupayaan dan
kemampuan diri,' jelasnya. Syarikat Maluri yang diasaskan keluarga K B Low (kini Lembaga
Pengarah Sedap Food & Confectionary Bhd. dan Daibochi Plastics &
Packaging Industries Bhd) diambil-alih oleh Asnida pada awal
90-an. Pada permulaan, keluarga Asnida hanya memiliki 20 peratus
ekuiti dalam Syarikat Maluri. Bagaimanapun, keluarganya kini
memiliki ekuiti majoriti syarikat berkenaan.
'Memandangkan ayah tiada pilihan lain kerana pembabitan cergasnya
dalam politik, saya diarah untuk terus menerajui syarikat
berkenaan. Keputusan itu saya terima bukan kerana saya tiada
pilihan tetapi sekadar menurut ayah,' kata Asnida, kini, menuntut
di luar negara. Berikutan pengambilan itu, struktur ekuiti, kewangan, arah aliran
masa depan syarikat dan cara pengurusan ala keluarga Cina dalam
syarikat Maluri terpaksa disusun semula mengikut keadaan semasa.
Ketika itu, tanggungjawabnya yang terutama dan penting ialah
memulihkan imej dan mengukuhkan kewangan syarikat.
'Berdasarkan pengalaman terhad, saya dipertanggungjawabkan untuk
memulihkan syarikat yang sudah sekian lama mencatat kerugian.
Saya nekad untuk tenggelam atau timbul bersama syarikat tanpa
bantuan ayah,' katanya. Ketika itu juga dia mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa
tidak benar anggapan orang ramai yang mengatakan berayah atau
berkeluarga masyhur dapat mendorong kejayaan masa depan
seseorang. Selepas dia dilantik, ayahnya tidak mahu terbabit langsung dalam
perniagaan itu, jauh sekali mahu membantu mendapatkan tender atau
projek. Bagaimanapun, kejayaan ayahnya menjadi pendorong utama
yang membuatnya terus berazam membuktikan kemampuan dan
kewibawaannya. Falsafah Hidup Falsafah hidupnya mudah sahaja: 'Jangan sesekali menganiayai
orang kerana kita mungkin memerlukan bantuan orang yang kita
pernah aniaya suatu hari nanti.' Hanya mereka yang insaf asal-usul diri sentiasa bersifat merendah
diri dan sanggup memberi kerana setiap pemberian ikhlas pasti ada
'PULANGANNYA' daripada Tuhan. Nasihat Berguna Asnida yang bercita-cita menyenaraikan salah sebuah anak Syarikat
Maluri di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dalam tempoh lima tahun
mendatang, berkata sifat tidak jemu untuk terus belajar adalah
pengalaman dan pengajaran yang tidak boleh diukur ganjarannya.
Dia yang berminat membaca (tiada bidang khusus) bagaimanapun
menasihati wanita supaya tidak menggunakan kedudukan dan tarikan
seks untuk meningkat dalam bidang korporat.
'Biarlah pencapaian itu diperolehi atas daya usaha sendiri kerana
selain lebih bermakna, ia tidak boleh dirampas oleh sesiapa.
Wanita juga perlu bersedia berkorban sehingga syarikat bertapak
dan menunjukkan daya amaju, ada teman bertukar pendapat serta
kekecewaan (jika ada) dan selepas berusaha, bertawakkal kepada
Tuhan kerana hanya Tuhan akan mengizinkan hala tuju syarikat dan
insan di dunia,' katanya. |