Laman Webantu KM2A1: 5016 File Size: 8.1 Kb * |
TDPWN 11: B17 - B18 Bukan Soal Denda Tetapi Soal Tindakan Sebenarnya By Khalid Jafri 19/7/2001 10:23 pm Thu |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
[Pelik dan anih takkan Khalid Jafri tidak tahu Mahathirlah
yang menguasai polis selama ini tetapi tidak berbuat apa-apa
pun terhadap Daim. Mengapa Daim tidak dituduh sahaja seperti
Anwar? Tidakkah Umno sebenarnya amat sayangkan kerusi Merbok
itu dari membersihkan negara sebersihnya?
Malaysia sebenarnya tidak mempunyai badan BEBAS yang memantau
dan menegur kepincangan dalam negara kerana semuanya sudah diikat
oleh Mahathir juga. Tidak guna undang-undang yang lebih dahsyat
jika yang menyiasat diikat belaka. Sudah ada banyak skandal dalam
negara dan itu semua banyak berlaku dalam era Mahathir tetapi
semuanya tidak dikejar dan tiada sesiapa didenda. Kalaulah mereka
itu semua diburu nescaya Daim tidak akan berani menyauk sebegitu
banyak harta. Semuanya salah Mahathir juga. Mengapa Khalid Jafri
tidak berfikir seperti itu pula? BAB 17 Sebat mandatori dan Penjara Dewan telah meluluskan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan 1993) yang
membolehkan hukuman mandatori sebatan dan penjara ke atas
penjenayah kolar putih agar lebih setimpal dengan jumlah nilai
harta yang diselewengkan serta kesannya kepada orang awam dan
ekonomi negara. Mandatori sebatan dan penjara wajar dikenakan ke atas penjenayah
kolar putih kerana denda wang sahaja tidak memadai sebagai
hukuman pencegahan. Apa yang jelas pindaan tersebut bukan hanya sekadar memperlihatkan
sikap tegas Kerajaan dalam memerangi jenayah kolar putih, tetapi
langkah tersebut dibuat adalah selaras dengan usaha kerajaan mahu
menyemai nilai moral dan etika yang lebih tinggi kepada rakyat.
Pertambahan jumlah kes jenayah kolar putih sejak kebelakangan ini
seperti pecah amanah, pelesapan harta dan penipuan jelas
menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan dari segi bilangan
dan nilai harta yang terlibat. Berikutan kelonggaran undang-undang yang ada, kebanyakan penjenayah
yang terbabit sukar untuk dibawa ke muka pengadilan kerana
disebabkan cara mereka melakukan kesalahan adalah agak sofistikated
dan memerlukan kepakaran tertentu untuk mengesannya.
Selain itu, penjenayah kolar putih yang dihadapkan ke mahkamah
kerap berjaya mendapatkan pelepasan disebabkan kelonggaran
peruntukian perundangan yang telah dipergunakan dengan
sebaik-baiknya oleh peguambela-peguambela yang terlibat.
Manakala pengamatan tentang hukuman yang dijatuhkan ke atas
mereka yang disabitkan dengan kesalahan pula memperlihatkan
bahawa ianya tidak setimpal kerana sekadar denda sahaja.
Hukuman denda juga didapati tidak mencukupi sebagai satu hukuman
deteren. Dalam mengenakan hukuman, adalah difikirkan wajar agar
kepentingan mangsa turut diambilkira, terutamanya bila ia
menjejaskan sebahagian besar orang awam, misalnya
pemegang-pemegang saham dalam syarikat yang mana tertuduh telah
melakukan jenayah pecah amanah. Setakat ini, tertuduh di dalam kes-kes yang dihadapkan ke
mahkamah didapati terdiri dari golongan professional dan
mempunyai kedudukan berpengaruh dalam syarikat umpamanya pengarah
syarikat, akauntan, juruaudit dan peguam. Mereka telah
menggunakan pengaruh dan peralatan terkini bagi melakukan
kesalahan dan mengaburkan segala kesan kesalahan supaya sukar
dikesan. Berdasarkan kepada latar belakang tersebut, Kerajaan terpaksa
membuat pindaan ke atas peruntukan Kanun Keseksaan agar ianya
akan dapat mencerminkan pelaksanaan keadilan yang lebih saksama
sesuai dengan kehendak semasa. Pindaan yang dibuat merangkumi definisi ke atas kesalahn yang
sedia ada seperti yang diperuntukkan di Fasal 2,3 dan 4 dalam
Rang Undang-Undang. Pindaan juga dibuat bagi memasukkan definisi
baru seperti yang disebut melalui Fasal 5. Pindaan-pindaan
tafsiran berkenaan terknikal yang menjadi asas pelepasan mereka
yang telah dituduh di mahkamah di samping melengkapkan peruntukan
yang sedia ada agar kelonggaran peruntukan perundangan tidak
dipergunakan sebagai asas pelepasan mereka yang terlibat.
Peningkatan kesalahan-kesalahan jenayah kolar putih sejak
akhir-akhir ini amat membimbangkan dan dikhuatiri akan
mengganggu-gugat kepentingan awam dan sekaligus pertumbuhan
ekonomi negara. Dengan itu, sewajarnya hukuman yang lebih deteren
diadakan bagi menghukum mereka yang terlibat serta menjadi
teladan kepada mereka yang mungkin teringin melakukannya.
Menerusi pindaan tersebut, adalah menjadi harapan semua pihak
agar usaha membanteras dan membendung jenayah kolar putih akan
tercapai demi menjaga kepentingan awam dan ekonomi negara.
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara Mukasurat 132-137 BAB 18 Tindakan Bersepadu Perangi Lanun Ekonomi
Peningkatan kadar kes-kes jenayah kolar putih serta perkembangan
semasa yang kian membimbangkan merupakan faktor terpenting yang
mendorong Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan (CSJP), Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman mengambil pendekatan penyiasatan dan
tindakan yang proaktif. Menerusi pendekatan ini, CSJP dengan kerjasama Pendaftar
Syarikat, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil tindakan yang lebih
bersepadu bagi mencegah dan mengekang sebarang penyelewengan yang
dilakukan oleh 'lanun-lanun ekonomi' sebelum ianya menggugat
sistem dan iklim ekonomi negara. Dalam soal ini, CSJP telah meningkatkan keupayaannya berasaskan
kepada professionalisme yang mana pegawai-pegawai yang terbabit
merupakan golongan yang terpilih, dedikasi serta mempunyai
kelayakan akademik/professional yang bertepatan dengan kehendak
penyiasatan serta pembanterasan jenayah tersebut.
Selain itu, keutamaan juga turut diberikan kepada aspek latihan
kemahiran/kepakaran untuk memberikan keupayaan professionalisme
yang diharapkan. Ini termasuk latihan-latihan khusus/teknikal
dalam bidang-bidang relevan yang diadakan di dalam dan luar
negeri, termasuk institusi pengajian tinggi.
Dalam hal ini, CSJP juga turut menjalin hubungan rapat dengan
Bank Negara, Bursa Saham Kuala Lumpur, Bursa Komoditi Kuala
Lumpur dan firma-firma swasta bagi meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam bidang perdagangan. Hasil dari peningkatan dan kepakaran ini, CSJP telah berjaya
membentuk beberapa unti khas seperti Unit Perakaunan, Panel
Undang-Undang, Unit Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa serta
Unit Risikan untuk membantu penyiasatan di samping memberi
khidmat nasihat. Usaha-usaha untuk meningkatkan lagi mutu penyiasatan serta
memendekkan tempoh penyiasatan juga turut diberi perhatian oleh
CSJP melalui penubuhan unit siasatan ala 'pasukan petugas.'
Keanggotaan unit ini bukan hanya terdiri dari pegawai penyiasat
yang berpengalaman tetapi juga terdiri dari golongan professional
dalam bidang perakaunan, undang-undang, psikologi korporat,
kriminologi, ekonomi dan bidang-bidang lain tertakluk kepada
keperluan siasatan. Pegawai-pegawai yang terbabit akan mempraktikan pengetahuan
mereka dengan kaedah dan teknik mutakhir dalam usaha membendung
dan membanteras jenayah kolar putih pada keseluruhan.
Oleh kerana kes-kes jenayah kolar putih lebih bersifat
'trans-boundary', CSJP turut mengemaskinikan rangkaian
hubungannya dengan pihak polis antarabangsa. CSJP mendapat
kerjasama dari INTERPOL bagi mendapatkan kemudahan bantuan
risikan serta tindakan eksekutif dengan negara-negara anggota
Interpol. Selain itu, CSJP juga mempunyai pertalian dengan
Commonwealth Secretariat for Commercial Crime yang beribu pejabat
di United Kingdom di samping hubungan dua hala yang rapat dengan
Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan Fillipina mengenai
pertukaran maklumat, keanggotaan dan tindakan eksekutif menerusi
ASEANAPOL.
|