Laman Webantu KM2A1: 5022 File Size: 11.7 Kb * |
TAG SP 215: STS - Cara Politik Malaysia Yang Saling Bertindak By P. Ramasamy 20/7/2001 9:43 am Fri |
[BN terpaksa menukar strateginya kearah mewujudkan parti
multi kaum kerana fahaman sempitnya itu sudah tidak relevan
lagi sekarang ini. Inilah kesan kewujudan BA yang dianggotai
oleh parti multi kaum belaka dan tidak mengenakan syarat kaum
dalam tubuh parti mereka. Jika BN tidak tergugat ia tidak akan
terdesak untuk merubah. Kewujudan BA telah memanfaatkan negara
ini jika tidak BN akan terus menanam fahaman perkauman sempit
sehingga sebati dalam masyarakat sehingga sukar dihakis lagi.
BA telah memanfaatkan negara ini walaupun masih belum berkuasa
penuh lagi. Malah BA lebih kedepan dalam banyak segi sehingga
BN mencuri idea bernasnya beberapa kali. Tetapi BN kerap terbabas
sehingga mencederakan diri sendiri seperti kes AKAR dan Puteri
Umno yang memalukan sahaja. Parti dalam BN sebenarnya tidak mampu
bergerak kerana telah terkunci oleh perlembagaan sendiri yang sudah
kolot dan basi. Pengundi Likas perlu menitip perkara ini.
- Editor] STS: Straits Times Singapore http://straitstimes.asia1.com.sg/analysis/story/0,1870,56906,00.html
13.07.2001 (Interactive nature of Malaysian politics)
Oleh: R. Ramasamy Persidangan BN yang terbaru, telah membawa kesedaran antara
lainnya, betapa parti gagasan itu harus merobah halatujunya ke arah
penyatuan menjadi satu parti untuk semua rakyat Malaysia di masa
hadapan. Pemikiran ini yang dicetuskan oleh para pemimpin parti komponen
pada amnya dan oleh Perdana Menteri Malaysia secara khasnya,
menunjukkan betapa prinsip penyatuan semua kaum dalam gagasan
parti BN itu sudah hilang relevannya.
Gagasan ini telah memerintah negara untuk hampir tiga dekad lamanya
tanpa banyak masalah politik yang besar-besar. Namun, ia terus
dihantui masalah politik secara berurutan tanpa hentinya.
Antara masalah itu ialah penyingkiran mantan timbalan perdana
menteri Anwar Ibrahim dan tercetusnya kebangkitan reformasi yang
melahirkan Parti Keadilan. Peristiwa demikian telah menyebabkan
lunturnya sokongan orang Melayu terhadap UMNO, dan kebangkitan
PAS sebagai fokus utama untuk meraih undi orang Melayu.
Penubuhan satu koalisi alternatif yang dinamakan Barisan Alternatif
(BA) yang membabitkan banyak parti lain, telah mencetuskan
tandatanya mengenai cara barisan gagasan parti yang memerintah
yang berasaskan unsur-unsur etnik dan perkauman.
Yang peliknya, UMNO yang selama itu sengaja memperlekehkan
penubuhan gagasan itu sejak kewujudannya melainkan untuk tujuan
pilihanraya dan ketika munculnya keperluan menentukan perkongsian
kuasa, kini menjadi semacam teransang untuk memperkasakan
idealisma gagasan besar itu. Terlalu jelas, betapa pemerhatian ini tidak
mungkin tercetus seandainya UMNO tidak kehilangan sokongan akar
umbinya sejak beberapa tahun yang berlalu.
Dengan lain perkataan, terdesaknya UMNO untuk memperkasakan
koalisi itu bukan sebenarnya disebabkan motivasi tulen yang
benar-benar ikhlas, cuma ia merupakan satu usah meneguhkan
wibawa dengan adanya sokongan 13 parti politik yang lainnya.
Malahan, sudah ada desas-desus di kalangan warga politik Malysia
betapa gagasan itu berkemungkinan mengupas kulit etniknya untuk
menyerlahkan ideologi multikaum dalam usaha untuk mengekalkan
kuasa dan menentukan dalil kewujudannya.
Lantas, terserlah kini satu corak pemikiran di kalangan koalisi yang
masih berkuasa ini akan perlunya dilaksanakan perubahan yang
sekaligus menunjukkan munculnya trenda perubahan dalam sinario
politik Malaysia. Pertama, sejak beberapa tahun yang lalu lagi, sudah ada petanda
betapa pendekatan BN dalam penonjolan perwakilan etniknya semakin
tergugat. Kedua, Kemunculan BA memberikan hak kepada rakyat Malaysia
memilih politik alternatif selain BN.
Ketiga, UMNO, sebagai rakan terulung gagasan itu sudah semakin
nazak kerana ketandusan sokongan orang Melayu. Kunci rahsia kepada perubahan di kalangan gagasan yang memerintah
ini, dan halatuju masa depan yang perlu disasarkannya, amat
bergantung kepada keupayaan UMNO meraih kembali sokongan
Melayu yang sudah lama berlalu. Seandainya sasaran itu dapat diharunginya dalam masa dua tahun di
hadapan, maka tidak banyak perubahan yang dijangkakan. Akan tetapi,
seandainya syarat yang tidak bertulis ini hanya tergapai sahaja,
perubahan yang besar akan berlaku dalam rupabentuk BN itu dan juga
fungsinya yang baru. Apabila dihenyak situasi ini, besar kemungkinannya BN bertukar
menjadi satu parti yang berasaskan idoelogi multikaum, satu
pembaharuan yang mungkin menjejas pihak pembangkang. Malahan,
ada kepercayaan yang menyatakan sekiranya BN bergerak ke arah itu,
pihak pembangkang akan menjadi lemah.
Selain hilangnya sokongan orang Melayu terhadap UMNO, kejayaan
pihak pembangkang dalam pemilu yang berlalu, dan kemungkinan
besar BN akan kalah pada pemilu yang akan datang, mungkin sudah
menyedarkan pemimpin BN untuk merelakan satu strategi yang lebih
liberal. Perdana Menteri sudah pun mencadangkan pada persidangan yang
baru selesai itu betapa perlunya diperkasakan segala strategi dan
taktik untuk meraih kembali sokongan yang sudah lama menghilang.
Semakin nyata kini, kalaulah tidak kerana wujudnya pembangkang yang
berwibawa, minat untuk memulihkan konsep BN tidak akan diberikan
keutamaan. Apatahlagi memandangkan semakin hampirnya pemilu
2004, sudah wujud perasaan untuk menentukan kemenangan BN
sekali lagi. Apa juga olahan terbaru BN itu, moleklah dirakamkan di sini betapa
kehadiran pembangkang yang semakin kuat sudah pun mendesak
kewujudan sinario politik Malaysia yang lebih sihat. Ia sudah pun
melunturkan keangkuhan BN terhadap unsur-unsur perkauman dan
melancarkan permulaan untuk memilih pendekatan ke arah politik
multikaum. Semakin jelas mulai sekarang, halatuju politik Malaysia tidak akan
ditentukan oleh sebuah parti politik semata-mata, tetapi oleh dialektik
(analisa yang kritis mengenai proses-proses mental) antara mereka
yang mengungguli kuasa dengan mereka yang menjadi
pembangkangnya. Kegiatan politik yang saling bertindak ini akan menjadi satu
sumbangan penting terhadap demokrasi, amalan hak asasi manusia
dan usaha menjaga persekitaran alam dan sebagainya.
Tamat. Terjemahan: SPAR-03-038 Asal: Straits Times Interactive Interactive nature of Malaysian politics
by P. Ramasamy THE recent convention of Malaysia's ruling Barisan Nasional (BN)
highlighted, among other things, that the coalition should move
in the direction of forging a single party for all Malaysians in
future. Such thinking by the coalition leadership in general, and
Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad in particular,
indicates that the present racial organising principle of BN
might have lost its relevance. The coalition has governed the country for nearly three decades
without any major political hitch. But, it seems to be facing one
political problem after another. These include the ouster of former deputy prime minister Anwar
Ibrahim and the start of the reformasi movement, leading to the
formation of Parti Keadilan. These events have led to the loss of crucial Malay support for
Umno, and the rise of Parti Islam SeMalaysia (PAS) as the leading
contender for Malay votes. The formation of an alternative coalition called Barisan
Alternatif (BA), and others, has raised questions about the
ruling coalition's mode of political governance, which is based
on ethnic and racial considerations. Interestingly, Umno, which never gave much credence to the
coalition from the time of its formation except for electoral and
power-sharing arrangements, now seems to be more committed to the
ideals of a grand coalition. It is obvious that this concern
would not have come about had Umno not lost support among Malays
over the past few years. In other words, the need for Umno to strengthen the coalition as
a whole seems not to be motivated by any altruistic
considerations, but is a means to strengthen itself with the
support of the other 13 parties. In fact, there is talk in Malaysian political circles that the
coalition might discard its ethnic card to adopt a more
multi-racial ideology, to maintain and perpetuate its political
relevance. Thus, the thinking within the ruling coalition and talk of some
intended changes are indicative of significant trends emerging in
Malaysian politics. Firstly, the past few years have more than indicated that BN's
preoccupation with ethnic representation is in for serious
trouble. Secondly, the rise of BA has given Malaysians a political
alternative to BN. Thirdly, Umno, the superordinate partner in BN, is finding it
difficult to garner the support of the Malays.
The key to changes within the ruling coalition, and the future
direction it might assume, will depend very much on whether Umno
can win back Malay support. If it does so in the next one to two years, then there will be
few changes to the ruling coalition's modus operandi. But if it
finds it difficult, then significant changes can be expected in
BN's nature and function. Under such a situation, there is a realistic possibility that BN
might become a single party based on a multi-racial ideology, a
development that might affect the opposition. In fact, there are
grounds to believe that if BN moves in this direction, the
opposition might be weakened. Apart from the lack of Malay support for Umno, the political
inroads made by the opposition coalition in the last General
Election, and the possibility that BN might lose in the next
General Election, might have awakened the BN leaders to adopt a
more liberal strategy. The Prime Minister himself suggested at the recent convention
that the coalition as a whole should take a higher profile in
perfecting strategies and tactics to win back support that had
been lost. So it is rather obvious that without the presence of a credible
opposition, the interest in reviving the BN concept would not
have gained importance. More specifically, in view of the next
General Election in 2004, there is a feeling that every possible
step must be taken to ensure BN's victory.
Whatever BN's electoral politics, it must be acknowledged that
the strong presence of the opposition coalition has brought about
some healthy developments in Malaysian politics. It has diluted
BN's preoccupation with ethnicity and set the stage for it to
take a more multi-racial approach. It looks like from now on, the future direction of Malaysian
politics will not be determined by one party alone, but by the
dialectic between those in power and those in opposition.
It is this interactive aspect of Malaysian politics that will
have an important significance for democracy, the practice of
human rights, the protection of the environment and others.
The writer is a political science professor at Universiti
Kebangsaan Malaysia. He contributed this article to The Straits
Times. |