[Pendedahan penggunaan pengundi hantu yang begitu halus
di Sabah oleh Hakim Md Kamil telah menggusarkan BN kerana
itu akan menimbulkan masalah kepada BN untuk menang mudah
secara menipu. Dengan Rais meminda perlembagaan, sesiapa pun
tidak lagi berhak mempertikaikan daftar SPR - sekaligus
menyelamatkan beribu-ribu pengundi hantu. Ini juga bermakna hakim
tidak boleh lagi mengadili kes seperti itu agar BN dan SPR
tidak termalu.
Nampak sangat kerajaan BN begitu terdesak dan mahu melindungi
SPR (dari dikutuk), pengundi hantu (dari dikaji) dan dirinya sendiri
(dari termalu) dengan pindaan ini. Bayangkan tidak ada LANGSUNG
pemimpin BN memuji Hakim Kamil yang membuktikan kes pengundi hantu.
Ini bermakna mereka memang menggunakan pengundi hantu selama ini
dan amat tidak senang jika pengundi penipu ini dinyahkan dari daftar
SPR itu. Pengundi Sabah di Likas patut menghumban BN kerana tidak
serik-serik mahu menipu. Sabah adalah penting buat BN kerana ia
menyumbang banyak kerusi parlimen untuk menjajah terus negara ini.
Patutlah ia begitu memerlukan pengundi hantu dan mengunci pintu
agar keadilan tidak dapat lalu.
- Editor]
Terjemahan SPAR-08-006
Satu Rayuan Khas Kepada Para Pengundi di Likas:
Pindaan Perlembagaan Untuk Menghalalkan Pengundi Hantu
(Constitutional Amendment To Legalise Phantom Voters)
19.07.2001.
Satu lagi usaha terdesak untuk meminda Perlembagaan untuk
tujuan memperkasa dan memanjangkan cengkaman kuasa
UMNO. Kali ini, ia merupakan pemindaan perlembagaan untuk
menghalalkan pengundi hantu yang ramai di Sabah.
Menteri yang bertanggungjawab dengan undang-undang, Rais
Yatim, telah pun membuat pengumuman bahawa BN akan
membentangkan satu pindaan kapada Perlembagaan Persekutuan
di Parlimen pada minggu depan: apabila daftar pengundi
digazetkan, ia seharusnya diterima sebagai sahih dan tidak boleh
dipertikaikan lagi. Akhbar 'The Sun' telah memetik Rais sebagai
berkata:
.. 'Daftar pengundi tidak boleh dipertikaikan lagi di sebarang
mahkamah sebaik sahaja senarai pendaftaran itu diumumkan
dengan rasminya. Secara tidak langsung ini mengenepikan
masalah pengundi hantu.'
Apabila disoal apakah Kerajaan akan meneruskan rencananya
meminda Akta Kesalahan Pilihanraya (EOC: Election Offences
Act) untuk membolehkan rayuan terhadap keputusan mahkamah
pilihanraya, Rais menjawab perkara itu tidak diperlukan lagi. Dia
menambah: 'Kita menyelam sambil minum air, dengan pindaan
perlembagaan ini'.
Jelas kini tujuan sebenar dilaksanakan pindaan kepada
perlembagaan itu ialah untuk menghalalkan ratusan ribu pengundi
hantu di Sabah. Ini adalah satu kerja gampang untuk menutup
buat selamanya kotak Pandora yang telah dibuka oleh Hakim
Muhammad Kamil bin Awang ketika beliau mendedahkan
wujudnya penipuan besar-besaan dalam pilihanraya Sabah.
Penipuan jijik itu dilaksanakan melalui penggunaan puluhan ribu
pendatang Filipina dan Indonesia yang dilaksanakan secara
haram untuk membolehkan nama mereka mewarnai daftar
pengundi Sabah.
Penghakiman Muhammad telah memansuhkan keputusan pemilu
Likas dengan mendedahkan beberapa kisah berikut:
- Ratusan ribu nama bukan warga Malaysia telah digunakan dari
kalangan pendatang tanpa izin Filipina dan Indonesia untuk
dimasukkan dalam daftar pengundi di Sabah.
- Semua pengundi hantu ini dikategorikan sebagai:
- Pemegang kad pengenalan biru yang diagihkan secara haram;
- Pemegang IC (kad pengenalan) palsu dan IC sementara
- Para pengundi yang diberikan nombor IC berpendua
- Pengundi yang tidak diiktiraf melalui hukuman mahkamah
- Kempen yang berleluasa telah dilancarkan untuk mengagihkan
IC biru yang tidak sah kepada pendatang haram, dan seterunya
mendaftarkan nama mereka sebagai pengundi. Kempen ini
dilancarkan oleh UMNO dan dibantu oleh pegawai-pegawai
daripada jabatan Pendaftaran Kebangsaan (untuk IC) dan
pegawai Suruhanjaya Pilihanraya.
- Pemimpin pembangkang telah membuat beberapa aduan rasmi
mengenai pengundi hantu ini dengan memberikan butiran lengkap
identiti mereka, namun setakat ini belum lagi menerima jawapan
Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihanraya dan juga
pihak polis. Dalam hal ini. Pegawai-pegawai tinggi daripada
Ibupejabat Suruhanjaya Pilihanraya di Kuala Lumpur telah
mengeluarkan arahan tegas kepada pegawai pilihanraya di Sabah
supaya tidak melayan sebarang bantahan rasmi terhadap
pengundi hantu ini. Akibatnya, tidak ada pun sebarang
perbincangan terbuka mengenai bantahan rasmi ini, yang sudah
tentu merupakan satu kesalahan terhadap Peraturan Pilihanraya
Sabah (Registration of Elections - Sabah) 1971.
- Hakim Yang Arif Muhammad pernah menerima panggilan
telefon daripada mantan Ketua Hakim Negara, Eusoff Chin, agar
mengenepikan peisyen pilihanraya tanpa mendengarnya, namun
bekas hakim itu enggan mematuhi arahan itu. Muhammad juga
mendedahkan betapa hakim-hakim lain yang terbabit dengan
petisyen pilihanraya pun telah menerima gangguan telefon seperti
itu daripada Ketua Hakim Negara yang sama dengan arahan yang
serupa.
Seandainya Kerajaan BN memang betul-betul ikhlas dan
menghormati undang-undang, sudah tentu kerajaan telah
mengambil tindakan pantas untuk membetulkan kepincangan
undang-undang ini seperti yang dijelaskan oleh Hakim
Muhammad seperti berikut:
- Melancarkan siasatan jenayah terhadap Ketua Hakim Negara
itu kerana kemungkinan mencemar proses keadilan.
- Membuat kajian semula semua petisen pilihanraya di Sabah
yang telah diketepikan oleh para hakim, kerana sebahagian
mereka ataupun keseluruhannya dikatakan telah menerima arahan
melalui telefon daripada mantan Ketua Hakim Negara untuk
mengenepikan kes-kes itu.
- Mengenalpasti dan membatalkan semua IC biru yang diagihkan
secara haram.
- Membersihkan daftar pengundi Sabah daripada nama
pengundi hantu;
- Bertindak terhadap para pemimpin politik dan pegawai kerajaan
ke muka pengadilan kerana terlibat dalam mengagihkan secara
haram IC biru kepada penerima yang kemudiannya didafar
sebagai pengundi hantu.
Akan tetapi, apakah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan?
Tindakan yang songsang telah menjadi pilihan mereka. Tindakan
itu ialah:
- Perdana Menteri dan menteri de facto kehakiman telah
melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Hakim Muhammad
dengan tuduhan palsu bahawa beliau mempunyai dendam kesumat
terhadap kerajaan, cuba campur-tangan dengan urusan
pentadbiran kerajaan, dan melibatkan dirinya dengan politik
anti-kerajaan.
- Rais mengugut bahawa dia akan memperkenalkan peraturan
baru menerusi Ketua Hakim Negara yang baru untuk mengetatkan
disiplin di kalangan para hakim, supaya peristiwa Likas tidak akan
berulang (seolah-olah membuat satu ugutan terhadap badan
kehakiman);
- Pada asalnya, BN bercadang meminda undang-undang
pilihanraya untuk membenarkan rayuan dibuat terhadap keputusan
setiap mahkamah pilihanraya (kerana undang-undang yang ada
tidak memberi peluang membuat rayuan) Tindakan ini jelas
bertujuan memudahkan wakil BN yang ada, Yong Teck Lee, untuk
bertanding semula sebagai calon pada pilihanraya kecil Likas,
di samping menggunakan perundangan itu untuk menolak
penghakiman yang dibuat oleh Hakim Muhammad.
- Setelah memikirkannya semula, BN menggugurkan idea
meminda perundangan untuk mengizinkan rayuan itu, kerana
pindaan itu akan membuka semua petisen yang telah diketepikan
oleh mahkamah daripada dirujukkan semula untuk
dipertimbangkan kembali. Sebaliknya, BN memilih cadangan yang
ada untuk meminda Perlembagaan, yang sudah pasti
menghalalkan semua pengundi hantu, kerana daftar pengundi
Sabah itu, (yang sudah pun digazetkan/diwartakan) tidak boleh
dikenakan kajian penghakiman lagi. Dengan demikian pemilihan
cadangan ini memberikan dua kesan yang membolehkan
pencalonan Yong dengan mengenepikan penghakiman Hakim
Mohammad, dan di waktu yang sama menyelaraskan masalah
undi hantu itu dengan cara yang dikira sah. Inilah makud Rais
apabila menyebut 'sambil menyelam sambil meminum air', lagipun
pensahihan pengundi hantu itu telah dibayangkan oleh Rais
secara berbahasa halus dengan tujuan yang haprak sebagai
'menghapuskan sama sekali masalah pengundi hantu.'
- Segala tindakan pembetulan untuk memperbetulkan
kepincangan undang-undang seperti yang dinyatakan tadi, tidak
ada satu pun yang dilaksanakan. Dengan lain perkataan, tidak
ada sebarang tindakan terhadap mantan Ketua Hakim Negara
Eusoff Chin, ataupun mengkaji semula semua petisen yang
diketepikan oleh mahkamah berasaskan dalil yang mencurigakan,
ataupun untuk memansuhkan semua IC yang diagihkan secara
haram, ataupun menghapuskan semua nama pengundi hantu
daripada daftar pengundi rasmi, ataupun menghukum semua
penyangak yang menyebabkan segala penipuan besar ini.
Pendek kata, Kerajaan BN tidak sanggup melaksanakan sesuatu
untuk menjamin keluhuran Perlembagaan dan mengembalikan
martabat hak berpolitik rakyat Sabah untuk melantik wakil mereka
tanpa sebarang pencemaran (yang memihak kepada UMNO)
daripada gangguan para pendatang haram yang berlakon sebagai
pengundi yang sah. Sebaliknya, Kerajaan BN bergantung harap
kepada kekuasaan bilangannya yang besar di Parlimen untuk
memutar-belit hak-hak rakyat Sabah, dan juga rakyat Malaysia
seluruhnya.
Apabila hari mengundi di pilihanraya kecil Likas bermula pada 21
Julai nanti, setiap rakyat yang berhak mengundi seharusnya
menggunakan hak keemasan untuk mengundi dengan
mennujukkan kejijikannya terhadap salahlaku BN yang derhaka
dan curang kepada negara ini.
Kim Quek.
Terjemahan SPAR-08-006
Asal:
CONSTITUTIONAL AMENDMENT TO LEGALISE PHANTOM VOTERS
An Urgent Appeal toVoters in Likas By-election
19.01.2001
Another wanton attempt to amend the Constitution for political expediency to
perpetuate UMNO's hold to power! This time, it is a constitutional
amendment to legalise massive phantom voters in Sabah.
De facto Law Minister Rais Yatim has just announced that the ruling
coalition Barisan Nasional (BN) will propose an amendment to the Federal
Constitution in Parliament next week, such that once the electoral roll is
gazetted, it is deemed true and non-disputable. The Sun quoted Rais as
saying:
'It (the electoral roll) cannot be disputed any more in any court of law
once the registration of new voters is gazetted. This will indirectly help
eliminate the problem of phantom voters'.
Asked if the Government will pursue its earlier proposal to amend the
Election Offences Act to allow for appeals against election court decisions,
Rais said it was no longer necessary. He added: 'we are killing two birds
with one stone with this constitutional amendment'.
It is clear that the purpose of this proposed constitutional amendment is to
legalise the many tens of thousands of phantom voters in Sabah. It is a
crude attempt to shut forever, the Pandora's box opened by Justice Muhammad
Kamil bin Aawang when he revealed the existence of massive electoral frauds
in Sabah through illegally injecting tens of thousands of illegal Philippine
and Indonesian immigrants to the Sabah electoral roll.
Muhammad's Judgment annulling the Likas election contains the following
stunning revelations:
- Tens of thousands of non-citizens consisting of illegal immigrants from
Philippines and Indonesia have been registered in the electoral roll in
Sabah.
- These phantom voters are categorized as:
- Holders of blue (for citizens only) identity cards illegally issued.
- Holders of fake IC and temporary IC.
- Electors with duplicate IC numbers.
- Electors disqualified through court convictions.
- There have been massive campaigns to illegally issue blue IC to illegal
immigrants, and subsequently to register them as voters, these campaigns
being spearheaded by UMNO and collaborated by officials from the National
Registration Department (for IC) and the Election Commission.
- Opposition leaders have repeatedly lodged official complaints of phantom
voters with details of names and dubious IC numbers, but have not received
any reply from the National Registration Department, the Election Commission
and the police. In this respect, top officials from the Head Office of the
Election Commission in Kuala Lumpur had issued strict instructions to the
election officials in Sabah not to entertain these official objections of
phantom voters. As a result, no Public Hearing on these objections has been
held, which is in contravention of the Election (Registration of Electors)
Regulations (Sabah) 1971.
- Justice Muhammad received a telephone instruction from the then Chief
Justice Eusoff Chin to strike off the election petition without hearing, but
the former refused to comply. Muhammad also disclosed that judges hearing
other similar election petitions in Sabah had also received telephone
instructions from the same Chief Justice to dismiss their cases.
If the BN Government has been honest and law-abiding, it would have
immediately taken a series of measures to rectify the serious breach of law
as outlined by Justice Muhammad, which should include:
- Crimininal investigations on the former Chief Justice for possible
tampering of justice.
- Review of all the election petitions in Sabah that had been dismissed by
the judges, some or all of whom had allegedly received telephone
instructions from the former Chief Justice to dismiss their cases.
- Ascertain and cancel all blue IC illegally issued.
- Cleanse the Sabah electoral roll of phantom voters.
- Bring the politicians and government officials to justice for having been
involved in illegally issuing blue IC and registering phantom voters.
But what has our BN Government done? It has done the exact opposite, which
are:
- The Prime Minister and the De facto Law Minister have launched concerted
attacks on Justice Muhammad for what they allege as bearing personal grudges
against the Government, interfering with government administration, and
indulging in anti-government politics.
- Rais intimated that he would be introducing measures through the current
Chief Justice to tighten discipline among judges, so that the Likas case
would not be repeated. (Couched threats on the Judiciary).
- Initially, BN proposed to amend the election law to allow appeals against
decisions of an election court (present law does not allow for any appeal).
This move was obviously intended to allow the incumbent BN representative
Yong Teck Lee to stand as a candidate again in the coming Likas by-election,
as well as to have the chance to overthrow Muhammad's Judgment.
- On second thought, BN abandoned the idea of amending the law to allow for
appeal, as this amendment may open up the previously dismissed election
petitions for future appeals. Instead, BN favours the present proposal to
amend the Constitution, which will have the effect of legalizing the
phantoms voters, as the Sabah electoral roll (which has already been
gazetted) will not be subject to judicial review. So, it will have the dual
effect of legalizing Yong's candidacy through overthrowing Muhammad's
Judgment, and at the same time burying the phantom voters menace for good.
This is what Rais meant by 'killing two birds with one stone'. And also,
the legalizing of phantom voters was euphemistically described by Rais as
'eliminating the problem of phantom voters'.
- As for the various remedial actions to rectify the breach of law as
described above, none has been carried out. That is to say, no action has
been taken on former CJ Eusoff, or to review election petitions dismissed
under dubious circumstances, or to cancel IC illegally issued, or to cleanse
the electoral roll of phantom voters, or to nail the culprits for causing
this massive scam.
In short, the BN Government has done nothing to uphold the Constitution and
to restore the political rights of Sabahans to elect their representatives
without massive distortion (in favour of UMNO) from the illegal immigrants
posing as voters. Instead, it relies on its numerical superiority in
Parliament to twist and turn the Constitution to cover up its gross
violation of the democratic rights of Sabahans, and indeed, of all
Malaysians.
Come polling day of the Likas by-election on 21st July, every citizen
eligible to vote in that Constituency must treasure this golden opportunity
to cast his vote to express his condemnation of this BN betrayal of this
Country.
Kim Quek.
|