Laman Webantu KM2A1: 5024 File Size: 4.6 Kb * |
PM, Phileo Allied dan Pos Malaysia By Posmen Tua 20/7/2001 10:03 am Fri |
[Sekali sekala kita siarkan suara rakyat marhain
dalam bentuk yang asli kerana ia lebih menggambarkan
penat jerih kehidupan ini akibat dikerjakan oleh sang
kroni. Alam reformasi siber melayu memang kaya dengan
khazanah ilmu yang menggoncangkan kerajaan yang ada
sehingga Rais Yatim terpaksa merangka peluru kedua
setelah peluru yang lalu tidak mengena. Kita dengar
apa kata posmen tua yang jauh mengembara dalam bahasa
pasar pula.... Bila kita dengar PM ada cakap pasal Pos Malaysia, ada
rasa caya tak caya pasal anaknya tu terlibat dengan
Pos yang sudah swasta tu. Semaklah dekat pendaftar
perniagaan, ahli lembaga pengarah, memang nama anaknya
tak de. Tapi dulu-dulu kita dah dengar anaknya ada
libatkan diri di belakang Pos Malaysia. Ada orang kata
anaknya pegang pos laju. Ada pula orang kata anaknya
belakang Odasaja. Ada pula orang kata anaknya ambil
Sistem Maklumat Posnet dan macam-macam lagi. Apa
bendanya ni. Kalau tak ada orang tak cakap. Masakan
daun bergoyang jika angin tak de.
Kita yang tak pandai ni pun tahu jugak Phileo Alied
yang beli Pos 800 juta tu kepunyaan seorang Cina. Tapi
orang kata tu proksilah tu. Proksi sapa lagi, kalu tak
Mokhzani atau Mirzan. Bukan main kelentong lagi PM nak
tipu kita semua. Boleh blah lah. Satu Malaysia dah
tahu anak PM ada libatkan diri dengan berniaga dengan
kerajaan. Tentulah macam tu sebab bapak dia pegang
semua. Bapak dia pegang kewangan, bapak dia jadi PM
pegang Malaysia lagi. Apa nak tipu-tipu. Kata saja
belakang Phileo Alied tu anak dia. Memang PM ni haprak
sungguh? Ada juga kita dengar baru ni pegawai-pegawai pos habih
naik pangkat. Semua pengurus negara jadi Timbalan
Pengurus Besar. Apanak jadi tak tahu lah. Kalu gitu
ada lebih 20 orang T.P.Besar. Buat apa ramai-ramai
macam tu. Entahlah. Pangkat besar-besar. Gaji
besar-besar. Kerja belum tahu. Kawan dengar T.P.Besar
gaji 10,000 sebulan. Belum lagi campur elaun. Kereta pun
besar. Perdana. Percuma. Servis pun percuma. Ingat harta
Pos harta dia orang ka. Orang bawah kerja teruk-teruk
siang malam. Angkat karung mel sampai patah
pinggang. Berpeluh tengah panas. Tambah lagi ada yang
accident, meninggal pulak tu. Tiba-tiba depa hentam
duit pos. Ingat Pos kepala bapak depa punya. Kalau
orang bawah mogok tahulah dia orang. Satu hari pun
cukuplah. Ribut satu Malaysia. Ingatkan Phileo Alied
ambil alih adalah ubah sikit. Pi mai pi mai tang tu
jugak. Macam Tan Sri Zainol dulu. Memang dia kroni
mamak tu. Apa nak buat. Tapi bila swasta sepenuh
kononnya mudah terbit saham ikut pintu belakang, auta
mamak tu. Walhal anak dia kenyang. Bedebah.
Pegawai-pegawai depa pun sama. Itu macam juga. Gaji
besar-besar. Kereta besar-besar. Sekali dapat bonus
boleh beli kancil seorang sebiji. Inilah keadilan?
Pulak tu yang naik pangkat yang bawah-bawah pun kena
jadi kawan depa. Kalau tak kawan jangan haraplah.
Kroni kata orang sekarang. Kalau tak ada kroni, sampai
tualah lu jadi kerani, jadi posmen. Tapi kalau ada
kroni, ikut bontot pegawai, kerani ada SPM pun boleh
jadi pegawai kumpulan A. Boleh jadi pengurus. Pengurus
Negeri (Timbalan Pengurus Besar). Hebat, hebat sungguh
orang Pos. Bila buat laporan prestasi, kalu bukan kroni, markah
rendah. Kalau kroni boleh bagi 101 par 100. Ini macam
ka. Apa ni adil ka. Ini pegawai mahu terap Islam ka,
mahu tiarap Islam. Konon mahu ISO 9000 dalam
pengurusan Islam. Tapi cakap tak serupa bikin?
Balik-balik posmenlah yang cari wang tengah paneh,
tongah hari. Lepas tu pegawai habis lantak. Elok benar
kalu BPR siasat pasal Pos ni. Banyak sangat buat tak
betul. Dulu masa Tan Sri macam-macam cerita. Masa
Dato' Annuar pun macam-macam cerita. Memang dasar
swasta tu tak guna. Orang banyak juga susah. Yang
kenyang Mahathir dan anak beranaknya. Tapi kenapa
orang Melayu ni tak sedar. Kena tipu mamak. Dah dua
puluh tahun. Masih tak sedar? Kesian. Kesian
Baiklah tahun 2004 kita undi B.Alternatif. Mungkin hal
begini akan berubah. Kawan pun tak pasti. Tapi kita
harap gitulah. Posmen Tua |