Laman Webantu KM2A1: 5032 File Size: 11.0 Kb * |
TAG SP 217: Apakah Sumbangan Mahathir Kepada Malaysia? By SK Wong 21/7/2001 4:00 am Sat |
[Kita tidak menilai keunggulan seseorang itu dengan membilang
apa yang tampak secara lahiriah sahaja. Pemimpin yang unggul akan
disukai oleh semua rakyatnya. Tetapi Mahathir semakin dibenci termasuk
oleh ahli partinya sendiri. Sebab itulah mereka tidak memperdulikannya
ketika majlis ulangtahunnya. Ramai meyokong Mahathir kerana inginkan
sesuatu untuk diri mereka walaupun itu menjejaskan orang lain yang
sepatutnya menerimanya. Beginilah cara Mahathir bekerja.... Mereka
tiada pilihan kerana sudah diikat agar terlalu bergantung kepada
Mahathir untuk hidup. Mereka menjadi oportunis kerana sikap dan polisi
Mahathir jua. Tindak tanduk Mahathir kebanyakannya lebih menguntungkan dirinya dan
kroninya dari semua rakyat yang ada. Sebab itulah mereka cepat kaya
tanpa banyak berusaha dan cepat pula muflis bila musibah melanda.
Sekarang inipun mereka dulu yang dipulihkan semula. Itupun dengan
menggunakan dana milik rakyat dengan Mahathir membiarkannya sahaja.
Bila rakyat dan ahli parti sendiri mula bising (BBM, MTUC) atau tragedi
menimpa (Kg Medan) barulah dia datang menjenguknya - jika tidak jangan
haraplah dia sudi mendengar kritik pembangkang sebagaimana yang berlaku
dalam kes Perwaja. Malaysiakini (What did Mahathir do for Malaysia) SK Wong - US. Beberapa artikel terbaru oleh Dr. Farish A Noor dan Prof. Ramasamy mengenai
Mahathir dan Mahathirism merupakan perdebatan yang menjelekkan (boring
discourse). Apa yang lebih saya minati ialah bukannya bagaimanakah Mahathir
sampai setakat ini, tetapi apakah yang sudah dilakukannya kepada negara kita
ini? Ini yang seharusnya menjadi ukuran kita ataupun 'the bottom line'.
Apakah sumbangan Mahathir terhadap para petani, para nelayan, guru-guru,
anggota polis, para pelajar, pembayar cukai, pribumi, masyarakat India,
pemilik kereta dan lain lain lagi?
Tukang apologis Mahathir memang cepat menonjolkan segala projek mega yang
berjuta harga pembikinannya sebagai sumbangan manusia ini.
Dia mungkin merupakan pengkritik berbisa terhadap Barat, tetapi bukankan dia
juga orangnya yang mudah berpusing balik dan merapati pihak yang dikutuknya?
Dia mudah menuduh orang lain sebagai pelaku 'jenayah' yang dia sendiri gemar
melakukannya (seperti mencetuskan budaya benci, menuduh Suqui sebagai
komunis, sedangkan satu tahun kemudiannya dia juga yang berdakapan dengan
Fidel Castro) Semua peraturan dan undang-undang mesti dikuat-kuasakan
terhadap orang lain kecuali dirinya dan para kroni. Dengan kata mudah si
bedebah ini adalah seorang hipokrit.
Ramai dari kalangan penyokong kuatnya yang sudahpun kurang yakin terhadap
pentabdirannya sejak empat tahun yang lalu masih lagi menabur benih harapan
agar Mahathir rujuk ke pangkal jalan dan memimpin negara ini ke jalan yang
benar. Mereka masih beranggapan dia masih mampu memimpin negara ini. Setiap
berlakunya kepincangan mereka akan perjelaskan dengan rayuan bahawa dia
manusia biasa juga. Inilah yang menghibakan. Setiap kali tindakannya itu
menjadi lebih menjijikkan dan tidak lagi mampu dipertahankan, akan ada
manusia yang meminta maaf di belakangnya dan berkata: 'biasalah...dia
manusia juga... sedangkan lidah lagi tergigit...!!!'
Pernahkah Mahathir mencuba selesaikan masalah banjir negara? Apakah cara
mengagihkan khazanah negara untuk dibalun oleh para kroninya itu satu idea
terbaik untuk mewujudkan satu masyarakat kapitalis Melayu yang boleh
diharapkan dan berkeyakinan tinggi? Dialah perdana menteri 'PM', setiap kali
dia membuat khilaf, kita yang menerima padahnya.
Kalau benarlah dia yang terbaik untuk kita, membuatkan saya menggigil
memikirkan apalagi yang akan kita hadapi. Berapa banyak lagi gajah putih
(projek) ? Berapa banyak lagi ampangan Bakun? Betapa pula banyaknya
'bailout' para kroni? Bagaimana pula dengan harga tol yang akan dinaikkan
lagi? Apa pula kisah warga pelajar yang tidak berkelulusan? Apakah semakin
banyak penangkapan ISA? Bagaimana pula dengan kebanjiran yang semakin kerap?
Apa kisah wang royalti yang disamun itu? Banyakkah lagi pembelian ala
Nanyang? Bagaimana pula nasib Melayu yang tidak tahu bersyukur dan haprak?
Ya Allah selamatkan kami..... Kalau adapun sumbangan yang saya nampak daripada pentadbiran Mahathir ialah
dasar pintu terbuka kepada pelaburan asing untuk kemudahan pembuatan. Akan
tetapi kita tidak lagi mempunyai keunggulan dalam bidang itu berbanding
negara membangun yang lain kerana China sudah pun membuka luas pasarannya dan
tenaga buruhnya yang murah itu. Begitu juga dengan India yang mempunya
bekalan tenaga jurutera perisian komputer yang melambak untuk menyeluruhi
dunia sedangkan kita masih mengharapkan teknologi kelas dua yang telah
dihumbankan oleh negara maju. Setelah mengharungi taufan politik selama dua puluh tahun dan masih lagi
bertenaga walaupun wujudnya bersepah masalah yang menghantuinya, menunjukkan
Mahathir adalah seorang ahli politik yang pintar. Tetapi apakah begitu juga
kepintarannya sebagai seorang pemimpin? Ini memerlukan penilaian mengikut
kriteria yang berbeza. Ghandi tidak pernah menjadi perdana menteri India
walaupun untuk satu hari, tetapi dia adalah seorang pemimpin yang tulen.
Ghandi disanjungi dan diabadikan kerana dia mendahulukan India daripada
kepentingan dirinya sendiri baik dari segi keuntungan peribadi mahupun
kepentingan nama. Kalaulah Dr. Mahathir benar-benar mahu dikenang oleh rakyat negara ini,
beliau hanya perlu mengembalikan keluhuran undang-undang itu ke pangkuan
badan kehakiman negara. Letakkan Perlembagaan negara itu di mercu
kehormatannya. Dia harus memimpin melalui teladan, bukannya melalui dikri
ataupun mandat. Kalau ini membawa erti yang dia pun mesti ditakluki oleh
undang-undang, relakanlah. Sekarang ini dia tidak dipertanggungjawabkan
kepada sesiapa melainkan dirinya. Kita tidakpun memerlukan kewujudan Menara Kembar Peteronas untuk
mengingatinya? Kita dipaksanya dihantui oleh ISA, AUKU, pemenjaraan Anwar
Ibrahim, Akta Percetakan dan Penerbitan, antara lainnya.
Alahai.....dia sudah pun mencecah 76 tahun. Mungkin kini dia sudah terfikir
tidak mempunyai peluang lagi dikenang oleh sejarah sebagai pemimpin
terunggul di negara ini, tetapi dia masih boleh dikenang sebagai manusia
yang banyak buat kerja haprak. Monumen yang hebat-hebat adalah pembikinan rakyat untuk pemimpin mereka,
bukannya pembikinan pemimpin untuk diri mereka sendiri.
Tamat Terjemahan SPAR-03-040 Asal: Thursday July 19 What did Mahathir do for Malaysia?
SK Wong - US 5:26pm, Thu: Recent articles by Dr Farish A Noor and Prof Ramasamy
on Dr Mahathir Mohamad and Mahathirism to me is a boring discourse.
What I am interested in is not how he got to be the way he is, but what
he has done to our country - the bottom line. What has he done for
the farmers, fishermen, teachers, policemen, students, taxpayers,
indigenous people, Indian Malaysians, car owners, labourers, etc.?
Mahathir's apologists are always quick to attribute the various high
profile mega projects to his name. He may have been a stern critic of the West, but often he does an
about-face turn and court the very elements he scorns so. He often
accuses others of 'crimes' he himself commits (like inciting hatred,
likening Suqiu to communists, then one year later hugs Fidel Castro).
All the rules and laws only seem to apply to others except for him and
his cronies. In short, he is a hypocrite.
Many of his long-time supporters who may not be very sanguine about
his governance in the past four years still hold out hope that he may
turn over a new leaf and steer the country back to the right path. They
still think he is the best person to lead our country. Any shortcoming is
explained away with the appeal that he is only human. This is pathetic.
When his actions become more and more indefensible and difficult to
justify, they fall back on 'to err is human'.
Did he even attempt to solve our annual flood problem? Is handing the
nation's resources to a handful of cronies his idea of creating a more
self-reliant and confident Malay capitalist class? He is the PM - when
he errs, we pay the price. If he is the best we have, I shudder to ask what more is installed for us.
More white elephants? More Bakun dams? More crony bailouts? More
toll rises? More underqualified students? More ISA arrests? More
uncompetitive national cars? More Petaling Jaya Selatan incidents?
More annual floods? More reneging on oil royalties? More Nanyang
takeovers? More castigating the Malays as ingrates and haprak? God
help us. The only true contribution I see from his administration is opening our
doors to foreign investments to set up manufacturing facilities. But the
lead we have over other developing countries is eroding fast as China
opens up her vast market and cheap labour and India with her largest
pool of software engineers in the world while we continue to rely on
second-hand technologies discarded by developed countries.
Having weathered political turmoil for 20 years and still going strong
despite the litter of problems prove that he is an astute politician, but a
leader? That requires another set of criteria. Gandhi wasn't the PM of
India even for a single day, but he was a true leader. Gandhi is
immortalised because he put India before his personal gains or fame.
If Dr Mahathir wants to be remembered, the only thing he needs to do
is to put the laws back into the hands of judiciary. Put the Constitution
back on the pedestal. Lead by example, not by decree or mandate. If
that means he is subjected to the same laws, then so be it. At present,
he is accountable to no one but himself.
We don't need the Petronas Twin Towers to remember him by. We
have the ISA, Universities and Colleges University Act, Anwar
Ibrahim's incarceration and Printing Presses and Publications Act,
among others. Alas, he is already 76. Perhaps he thinks it doesn't stand much chance
for him to go down in history as the most enlightened leader, at least
he will be remembered as the one who has built most stuff.
The greatest monuments are those that the people build for their leaders, not those that the leaders build for themselves. |