Laman Webantu KM2A1: 5038 File Size: 17.6 Kb * |
TAG SP 218: LIKAS SEGERA - Pindaan Berahsia Untuk Menghalalkan Pengundi Hantu? By Kim Quek 21/7/2001 7:33 pm Sat |
[Jika BN parti yang bermaruah ia tidak sepatutnya mencalunkan Yong lagi
di Likas. Sepatutnya Yong dikambing-hitamkan sahaja kerana dia telah menang
disebabkan pengundi hantu. BN nampaknya tidak mahu pemilihan semula parlimen
di kawasan itu yang mengakibatkan ia merebak ke seluruh negeri Sabah nanti.
Inilah antara lain tujuan pindaan itu. Rakyat dan Mahkamah tidak boleh
mempertikaikan lagi senarai daftar SPR itu WALAUPUN MEMANG UJUDNYA PENGUNDI
HANTU. Kerajaan telah memberikan immunititi kepada SPR yang kemudiannya telah
memberi imuniti kepada pengundi hantu. Sikap sebegini akan menyebabkan
kebanjiran pendatang asing sehingga menggugat keselamatan negara jika tidak
masalah sosio budaya dan ekonomi. SPR nampaknya sudah menjadi seperti polis
yang tidak boleh dipertikai sesiapa kejujurannya. Padahal mereka manusia yang
boleh silap juga. BN sebenarnya telah menodai kesucian demokrasi negara ini.
- Editor] Terjemahan: SPAR-08-007
Oleh: Kim Quek 20.07.2001. The Sun keluaran semalam (19 Julai) merupakan hanya satu akhbar yang
menerbitkan kisah ini. Ia telah mendedahkan usaha meminda Perlembagaan
Persekutuan (Artikel 119) yang menjamin setiap daftar pengundi yang
diwartakan tidak boleh lagi dicabar di mahkamah. Sayangnya tidak ada lagi
sebarang tulisan mengenai perkara ini di mana-mana mediapun pada hari ini.
Namun pada hari ini, beberapa akhbar yang menyentuh fasal pindaan kepada
perlembagaan yang menyangkuti pendaftaran pengundi telah memengapkan sama
sekali bahagian yang paling utama kepada pindaan itu: sesuatu daftar
pengundi, apabila diwartakan, adalah di luar bidang kuasa mahkamah.
Sebaliknya, akhbar-akhbar ini sengaja menyiarkan beberapa kenyataan yang
mengelirukan daripada Mahathir, yang bertujuan untuk menyungkup kenyataan
yang sebenar daripada pengetahuan umum. Mahathir telah disebut sebagai
berkata: 'Pindaan itu adalah perkara biasa dan tidak ada apa-apa yang radikal.
Sekarang ini terlalu banyak soalan dan ketidak-tentuan. Pindaan itu nanti
akan menjadikan pendaftaran pengundi itu menjadi lebih jelas lagi.'
Mahathir juga manyatakan betapa tujuan utama pindaan itu ialah untuk
membolehkan pendaftaran pengundi dilaksanakan sepanjang tahun.
Dengan hal demikian, dengan memberikan fokus kepada peraturan baru yang
membolehkan pendaftaran itu, dan dengan adanya persekongkolan media untuk
mengalihkan perhatian kepada tujuan sebenar dilakukan pindaan itu, Mahathir
bercadang untuk mempercepatkan usaha melaksanakan pindaan itu tanpa banyak
masalahnya. Tidak ada satu perkataanpun yang disebut mengenai isu yang lebih penting
lagi apakah dikira sah dan menepati keluhuran undang-undang usaha menolak
hak semakan semula secara perundangan terhadap kesahihan setiap daftar
pengundi, ataupun apakah wujudnya dalil yang memberikan kuasa kepada
Suruhanjaya Pilihanraya (SP) menerima pendaftaran pengundi itu sebagai satu
usaha yang begitu keramat sehingga membolehkannya mengatasi undang-undang
negara ini? Memang tidak dinafikan betapa para wartawan di negara ini mempunyai
kebijaksanaan yang berpada untuk mengenal-pasti beberapa unsur yang penting
dalam segala pindaan ini dan juga kepentingan besar yang menyumbang kepada
semangat perlembagaan itu dan prinsip demokrasi negara. Jika demikian,
kenapakah perkara ini sengaja dilaksanakan secara senyap-senyap dengan
menyelinap usaha itu dan cuba mengalihkan perhatian dengan tujuan untuk
mengelirukan masyarakat yang ada? Seandainya ini bukannya satu kolusi (sama
ada secara sukarela ataupun paksaan) di mana kuasa yang sedang memerintah
cuba mensabotaj demokrasi negara ini, apakah pula halnya? Ini adalah satu
contoh yang paling jelas betapa hinanya dunia kewartawanan masa kini,
setelah disuap selama berdekad lamanya oleh pemerintahan yang autokratik
sehinggakan akhbar-akhbar tempatan sudah menjadi tukang ulang yang taat
setia kepada tuannya, sehingga sanggup dihamba-abdikan.
Berbalik kepada isu di atas: Kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
diberikan kuasa yang sungguh mutlak, sehingga tidak perlu lagi dikaji semula
segala kerjanya? Jawapannya 'pasti tidak', waima dalam satu demokrasi yang
lebih maju, di mana Suruhanjaya Pilihanraya diberikan penuh kebebasan dan
martabatnya memang tidak dipertikaikan. Alasannya adalah jelas kerana ia
tidak dikira bersesuaian dengan konsep demokrasi yang mengamalkan kedaulatan
undang-undang. Tidak ada satu keputusan eksekutif yang boleh mengatasi
undang-undang, apatah lagi kalau ia menyangkuti hak utama yang termaktub
dalam perlembagaan akan hak demokrasi membuat pilihan terhadap penubuhan
sesebuah kerajaan. Di Malaysia, apabila kedaulatan undang-undang itu diragui, dan SPR kerap
diuliti pelbagai skandal, sebarang usaha untuk memperkasakan Suruhanjaya
Pilihanraya itu harus dilihat sebagai satu usaha yang tidak kena pada
tempatnya. Ia harus dilihat sebagai hanya satu usaha terdesak untuk
memudahkan usaha jijik menghalalkan segala pendaftaran puluhan ribu nama
pengundi hantu di Sabah, seperti yang dikesan dalam penghakiman mahkamah
yang bersifat sebahagian 'mercu gunung airbatu' yang masih tenggelam di
samudera kepalsuan. Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai satu rekod paling buruk kerana mudah
diperkotak-katikkan oleh parti yang memerintah. Apabila diambil-kira
kejijikan perangai parti yang memerintah dalam mengamalkan segala penipuan
dan putarbelit dalam pilihanraya, membuatkan kita menggeletar memikirkan apa
yang akan jadi seandainya kuasa mutlak diserahkan bulat-bulat kepada
Suruhanjaya Pilihanraya. Bagaimanakah rakyat Malaysia boleh berpuashati
dengan keraguannya apabila melihatkan betapa mudahnya SPR memutarbelitkan
daftar pengundi Sabah dengan pengundi hantu? Apakah maknanya proses
pilihanraya negara ini apabila pengundi hantu terbabit dan menjadi penentu
dalam sesuatu pilihanraya yang sengit tandingannya? Kita masih tidak lupa
akan proses pilihanraya yang sudah tercemar kerana parti yang memerintah
sengaja menyalahgunakan kuasa segala institusi dan sumber dan media massa
untuk memihak hanya kepadanya. Termasuklah penipuan yang memang bersahaja.
Mahathir telah menggunakan alasan yang terdapat dalam 'keraguan dan soalan'
mengenai daftar pengundi itu untuk mengemukakan cadangan pindaannya. Tetapi
alasan demikian memang tidak ada gunanya. Disebabkan ketiadaan mekanisma
semakan semula yang membuatkan wabak mendaftarkan pengundi hantu itu menjadi
begitu menular dalam daftar pengundi sehingga menyebabkan 'soalan dan
keraguan' seperti yang disebutkan oleh Mahathir. Dengan menolak hak semakan
semula mengikut undang-undang (yang merupakan semakan semula yang mutlak dan
terakhir) seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu, segala mekanisma
semakan semula SPR yang sememangnya lemah itu akan lebih tergugat lagi. Ia
boleh disamakan dengan perbuatan mencurahkan minyak kepada api yang marak
menyala. Masalah SPR ialah ia tidak bebas, tidak bermaruah dan tidak cekap. Ia
terlalu mudah mengampu parti yang berkuasa; UMNO, yang baru sahaja didapati
terlibat oleh penghakiman mahkamah memainkan peranan besar dalam kerja-kerja
jijik menggunakan pengundi hantu dalam pilihanraya di Sabah.
Dalam penghakiman yang terbaru yang memansuhkan keputusan pilihanraya Likas,
Hakim Muhammad Kamil telah memberikan bukti yang terperinci menunjukkan
senario yang amat menakutkan begaimana sebuah kerajaan yang ganas sanggup
menggunakan segala taktik kotor untuk menjejaskan kedaulatan negara
semata-mata kerana mahu terus berkuasa. Kempen besar-besaran telah
dilancarkan untuk mendaftarkan pendatang tanpa izin sebagai pengundi
semata-mata untuk memperteguhkan kekuatan undi parti yang memerintah. Dalam
proses melaksanakan kerja jijik ini, martabat institusi kerajaan seperti
Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Pendaftaran Negara, dan polis telah
tercemar, hanya kerana mahu menjayakan kerja-kerja haprak dan haram ini.
Bantahan rasmi kepada kewujudan puluhan ribu pengundi hantu ini telah
ditolak dan diperlekehkan dengan mudahnya, sedangkan semua kerja jijik itu
amat bertentangan dengan undang-undang pilihanraya. Dengan demikian, rakyat
Sabah sedang dihantui ancaman besar yang menggugat keselamatan dan hak
demokrasi mereka disebabkan adanya ramai pendatang tanpa izin yang kini
berlakon dan berlagak seperti rakyat dan pengundi yang sah. Semua ini adalah
gara-gara perbuatan UMNO yang tidak menghormati undang-undang dan sengaja
memperlekehkan kesejahteraan rakyat Sabah.
Apabila diambilkira semua keadaan ini, bukankah satu keaiban kepada
demokrasi kita seandainya kita biarkan pindaan sedemikian dilakukan kepada
Perlembagaan negara di mana kuasa Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak
terkawal itu menjadi begitu berbisa seiras kuasa polis yang tidak terhad dan
jijik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun ISA.
Kim Quek. Terjemahan: SPAR-08-007 Asal: 20.07.2001 There appears to be a sneak attempt by the Prime Minister, with collusion
from the press, to make a major amendment to the Constitution affecting
vital citizenship right without attracting public attention. Among other
implications, this amendment will place phantom voters beyond the reach of
law, many tens of thousands of them consisting of illegal Philippine and
Indonesian immigrants are now concentrated in Sabah.
Following the solitary revelation by the Sun yesterday (19th July) on
imminent amendment to the Federal Constitution (Article 119) to make a
gazetted electoral roll beyond judicial challenge, there is a black out of
news on the subject proper of this issue in the press today.
The few newspapers that touch on the subject of constitutional amendment to
voter registration today have completely omitted the mention of the most
important part of the amendment, which is that a electoral roll, once
gazetted, is beyond the jurisdiction of the court. Instead, they carry
misleading statements from Mahathir, which have the effect of hiding the
truth from the public. Mahathir was quoted as saying:
'The amendments are only routine and nothing radical. Currently, there are
too many questions and uncertainties. The amendments will make voter
registration more definitive.' Mahathir also stated that the main thrust of the amendments was to allow
voter registration to take place all year round.
And so, by focusing attention on the new rule of year round registration,
and with the complicity of the press to cover up the vital part of the
amendment, Mahathir hopes to ram through the amendment without much ado.
Not a word was mentioned on the all important issue of whether it is right
and constitutional to bar judicial review over the legality of an electoral
roll, or whether there is the slightest justification to make the authority
of the Election Commission in accepting voters so sacrosanct that it is
above the law of the country. There is no doubt that the journalists in this Country have sufficient
intelligence to recognize the most important element of these amendments and
the great significance it bears on the spirit of our Constitution and the
principles of democracy. Then why all the silence, or beating around the
bush to mislead and deceive the public? If this is not collusion (whether
voluntary or involuntary) with the ruling power to sabotage our Constitution
and democracy, then what is? This is a classic example of the degraded
state that the local press has found itself in, after decades of corrupt
autocratic rule, where the local newspapers are either voluntarily
sycophantic or browbeaten to play servile roles.
Back to the issue. Should the Election Commission be given such absolute
power, beyond judicial review? The answer would be a resounding no, even in
an advanced democracy, where the election commission is truly independent
and its integrity beyond reproach. This is because such an idea is simply
incompatible with the concept of democracy and the rule of law. No
executive decision should be above the law, least of all one concerning the
paramount constitutional right in a democracy - the right to choose a
government. Besides, there is no conceivable justification for it.
In the context of Malaysia, where the rule of law is dubious, and its
Election Commission riddled with scandals, the proposal to so empower the
Election Commission can only be construed in the poorest of light. It is
nothing less than a naked attempt, among other implications, to legalise the
tens of thousands of phantom voters in Sabah, found in a recent court
judgment to be 'only the tip of the iceberg'.
The Election Commission's miserable track record of complete subservience
to the wishes of the ruling party, combined with the ruling party's
notoriety in perpetuating election abuses and frauds, makes the prospect too
dreadful to contemplate, should the Election Commission (EC) be entrusted
with such absolute authority. Where can Malaysians look for redress when
the EC stuffs the electoral roll with phantoms like what it has so
successfully done in Sabah? Will there be any more meaning left in our
election process, when phantom voters often become the arbiters in tightly
fought elections, keeping in mind that our elections are already stripped of
their democratic meanings due to ruling party's heavy abuses of government
institutions and resources and mass media to work exclusively in its favour,
not to mention the habitual frauds?
Mahathir has used the excuse of current 'questions and uncertainties' in
the electoral roll to justify his proposed amendment. But such excuse is
self-defeatist. It is precisely due to the lack of an efficient review
mechanism that the phantom voter scourge has crept into the electoral roll,
thereby causing 'questions and uncertainties' referred to by Mahathir.
Hence, by removing judicial review (which is the ultimate review) as
proposed by Mahathir, EC's already weak review mechanism will be fatally
weakened. It is like pouring oil to extinguish a fire.
The problem with our EC is that it lacks independence, integrity and
efficiency. It is too eager to play fiddle to the ruling power UMNO, which
unfortunately was found in a recent court judgment to have played a
significant role in the massive phantom voter scam in Sabah.
In the recent Judgment nullifying the Likas election, Justice Muhammad Kamil
has given detailed evidence, outlining the frightening scenario of what a
ruthless government hell bent to gain political power can do to undermine
the country's own sovereignty. Massive campaigns have been carried out to
register illegal immigrants as voters for the sole purpose of bolstering the
ruling party's electoral strength. In the process of doing so, the
integrity of government institutions such as the Election Commission,
National Registration Department and the police are destroyed in order to
accommodate these illegal exercises. Official objections to tens of
thousands of phantom voters have been ruthlessly brushed aside with
impunity, in clear contravention of the election laws. Needless to say,
Sabahans are now facing looming threats to their security and democratic
rights from the formidable presence of these illegal immigrants, now posing
as citizens and voters, thanks to UMNO's lawlessness and callous disregard
to the people's welfare. In the light of these circumstances, is it not suicidal to our democracy by
allowing such an amendment to our Constitution whereby the unbridled
authority of the Election Commission becomes comparable to the unbridled
power of the police under the abominable Internal Security Act?
|