Laman Webantu KM2A1: 5042 File Size: 16.0 Kb * |
TAG SP 219: Mahathir Dan Keaiban Politiknya Yang Terbesar By Spirit of Truth 22/7/2001 8:49 am Sun |
[Mahathir sebenarnya sengaja mencipta kegagalan orang Melayu agar dia
terus dapat menjajah dan menipu. Orang melayu yang maju mindanya akan
menghumban Mahathir. Sebab itulah media dicengkamnya dulu selepas memecat
Anwar. Bila itu gagal dia menguburkan Detik dan menghadkan Harakah. Kini
Nanyang, pelajar dan laman web pula menjadi sasaran kerana di sinilah
berputiknya ilmu dan kuasa maklumat yang akan menewaskan tipudayanya.
Orang melayu hanya akan maju jika mindanya maju. Tentunya Mahathir tidak
akan inginkan itu berlaku kerana mereka akan tahu Mahathir adalah penipu.
Bayangkan sasaran serangan Mahathir kini begitu tertumpu kepada golongan
cerdik pandai melayu - dan kini di kalangan masyarakat Cina pula.
- Editor] Terjemahan: SPAR-06-007
FeU http://e-umno.tripod.com/feu_a_sot_90.html
(Mahathir and Colossal Political Failure)
Mahathir Menghampakan Harapan Melayu
Kalau disemak semula segala lakonan Mahathir kita akan didedahkan
kepada segala sikap beliau memperlekehkan orang Melayu. Bertahun
lamanya kepimpinannya itu sarat dengan krisis kepimpinan
sehinggakan dia hanya mampu melaksanakan benda-benda yang
memberikan beliau satu perasaan berada di mercu pencapaian yang
palsu. Inilah pencapaian yang memberikan dia kemegahan yang kini
menjadi satu igauan ngeri, kerana ia adalah hasil bahana kemelut
Anwar Ibrahim yang diciptanya sendiri. Pada hari ini diktator yang
zalim ini sedang mengerang kerana kesakitan yang bukan kepalang,
walaupun secara luaran dia bermuka-muka seolah-olah dia adalah
seorang pemimpin yang berani dan mempunyai keyakinan diri. Tetapi,
semua orang sudah tidak lagi merasa pelik lakonan yang penuh
keyakinan yang dihiasi senyuman plastik. Rakyat tahu bahawa di
sebalik semua itu terpendam seribu ketakutan dan perasaan yang pilu.
Melalui ciptaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) orang Melayu telah
diberikan harapan palsu dan disuapkan dengan bersudu, tanpa
ditunjukkan mengharungi dunia kehidupan dengan semangat yang
padu, sehinggakan mereka menjadi satu bangsa yang serba tidak tahu.
Inilah kesannya apabila kepimpinan yang ada di tangan Mahathir
sengaja dibiarkan begitu sahaja, membiarkannya mencengkam kuasa
mengikut seleranya, sehinggakan Melayu sudah menjadi satu bangsa
yang tidak bermaya, otaknya diputar belit hanya mengharapkan
subsidi untuk hidup tanpa sebarang jati diri. Kesan jangka panjang
telah melekat berkarat kepada bangsa Melayu itu disebabkan seorang
pemimpin yang sungguh haprak dan angkuh sehinggakan kelemahan
bangsa Melayu itu sudah nampak amat menyeluruh. Banyak buktinya
kini betapa Mahathir sudah menghancurkan harapan bangsa Melayu,
sambil beliau terus menghina kebijaksanaan yang ada, meruntuhkan
kepercayaan mereka dan melencongkan arah tuju kemajuan bangsa.
Mahathir Memporak-perandakan Negara
Hanya kerana mahu terus bernafas lega dengan nafsu politiknya, dia
telah memporakperandakan susunan ketatanegaraan (polarity) Malaysia.
Bukan sahaja dia telah menaburkan racun yang berbisa malahan telah
menghancurkan perjalanan budaya, sehinggakan segala porak-peranda
itu memerlukan satu usaha yang besar dan unik untuk dibaik pulih.
Segala dosa Mahathir kini mula terdedah sedikit demi sedikit,
menyerlahkan kehaprakan berpolitik dan kesilapannya yang
besar-besar. Cara berpolitik beliau yang menyalahi hukum dan
kesusilaan, dan kesewelannya telah menjadikannya seorang pemimpin
yang berhati syaitan, dikutuk dan disumpah-seranah oleh rakyat
secara berpanjangan. Ramai orang Melayu yang menganggap beliau
sudah murtad. Malahan Persatuan Islam Amerika Utara sudah pun
mengenali beliau sebagai musuh agama Islam. Segala dosa politiknya,
kesilapannya menerajui ekonomi negara, sikapnya yang celupar
terhadap ajaran agama, kekejamannya dan segala fitnahnya sudah
memporak-perandakan negara, sehingga berkemungkinan besar
terpelanting menjadi sebuah negara pariah, untuk dicemuh, dan
dipersendakan oleh masyarakat sejagat. Malaysia sedang menanggung
aib yang besar, kekecewaan dan kehinaan disebabkan ketamakan dan
kehaprakan seorang pemimpin yang sudah lama gila yang
mementingkan dirinya jauh lebih utama daripada kepentingan
negaranya. Malaysia Boleh Diselamatkan Hanya Dengan Menangkap Mahathir
Krisis yang melanda Malaysia akan terus berpanjangan disebabkan
Anwar dikenakan hukuman penjara secara tidak adil dan kepimpinan
Mahahtir sebagai seorang penjenayah. Masalah ini tidak akan reda
selagi si penjenayah tidak ditangkap dan yang dimangsakan tidak
dibebaskan. Selagi ini tidak terlaksana, tidak ada yang dapat
menyelamatkan negara. Setiap rakyat faham bahawa Mahathir
sebenarnya penjenayah itu yang mesti ditangkap dan dipenjarakan. Di
waktu yang sama rakyat pun faham bahawa Anwar tidak berdosa dan
hanya Anwar mampu memperbaiki keadaan sebelum bencana terus
berpanjangan. Masalahnya sekarang, Mahathir sudah ketakutan dan
enggan menerima kebenaran. Dia masih mengharapkan masa dan
kepintarannya untuk memutarbelit rakyat jelata untuk terus menipu
mereka. Malangnya (untuk Mahahtir) kebenaran itu mempunyai lebih
kekuatan daripada seribu pembohongan, sehinggakan si pembohong
kini sudah terkepung, tidak bermaya dan keliru untuk berfikir mantap
selalu sehinggakan perangainya bertukar-tukar, sekejap marah sekejap
gusar, mengutuk dan mencerca semua insan yang ada melainkan
dirinya juga. Tetapi, seluruh dunia sedar kini dialah sebesar-besar
penyangak, kaki temberang yang paling gadang dan yang lebih
penting lagi dialah penjenayah yang paling besar kerenah.
Mahathir Akur Kepada Ideologi Anwar
Setelah gagal dengan politik yang berunsur perkauman, dan
kecundang dengan usaha melunturkan falsafah Anwar ke arah politik
multikaum, pemimpin kejam yang semakin terdesak itu sudah mula
memainkan rencana menukarkan BN menjadi sebuah parti yang
berunsur multikaum juga. Dia akan kecundang juga kerana BN sudah
lama pekat dengan amalan korupsi yang sudah lama berkarat.
Sebarang usaha mengikis amalan itu akan menemui jalan buntu.
Memang tidak ada antidot kepada virus ala 'AIDS' yang menular
seluruh UMNO/BN yang dapat menahan perjalanannya ke lembah
kemusnahan. Racun yang berbisa sudah masuk menyerap darah
daging UMNO dan BN menyebabkannya lumpuh dan longlai, hanya
mampu kelihatan bermaya kerana adanya kekuatan eksekutif yang
masih dicengkam kuasa. Anwar sedang menghidu udara kemenangan
disebabkan partinya berjaya meraih sokongan padu generasi muda
rakyat Malaysia yang sudah lama membisikkan sayonara kepada
UMNO/BN. Mahathir Dan UMNO Dalam Lembaran Sejarah
Rakyat Malaysia yang masih muda sudah lama menganggap
UMNO/BN sebagai ketinggalan zaman. Tidak ada cabaran lagi dan
semangat juang yang disaluti keberanian dan keperwiraan dalam
UMNO/BN sudah lama turut menghilang. Semua pemimpinnya sudah
lama mabuk kuasa yang tidak ada kekuatan rohaninya. Masa depan
gagasan UMNO/BN sudah tidak menjanjikan apa-apa. Sudah hilang
segala keperwiraannya, harapannya dan semangat perjuangannya.
Yang masih boleh dijanjikan oleh UMNO/BN ialah politik
menakut-nakutkan, budaya membenci dan menyogok serta korupsi,
penderaan dan propaganda. Setiap unsur politik yang jijik ini adalah
pasport untuk mempercepatkan langkah UMNO/BN menghala kubur
tanpa pusara. UMNO/BN sudah menjadi penyangak bajingan sekarang
sedangkan BA sudah dianggap sebagai pahlawan dan pejuang negara.
Mahathir boleh menangis, meraung dan menjerit lagi, membohong dan
memperlekehkan rakyat marhaen dengan segala penipuannya.
Apabila diambil kira semua keadaan ini, hanya ada satu peluang sahaja
untuk rakyat negara ini melaksanakannya. Tangkap Mahathir, dera dia
dan bawa dia ke muka pengadilan. Bebaskan Anwar kerana hanya dia
yang jelas mampu menyelamatkan keadaan dan membersihkan segala
kejijikan yang dihimpunkan Mahathir yang sudah pun menjadi gunung
kejijikan yang setiap hari mengeluarkan bau yang mencemar udara.
Semangat kebenaran Terjemahan: SPAR-06-007 Asal: Mahathir a Collosal Political Failure
After 20 years of tyrannical rule, the self styled vicar of
Malay Community, Mahathir has admitted that he has failed to
develop the Malays. This portentous confession of a 76-year old
ailing dictator who has a criminal talent for survival at the
expense of genuine statesmanship, has now shown signs of
"surrender". At one time, immediately after the Anwar expulsion
and persecution episode, Mahathir seemed to be very positive
that he can wrangle his way out of the crisis which he himself
created for two reasons: one to get rid of Anwar by slander and
imprisonment, the other is to distract the people from the
economic catastrophe which he created and to buy time hoping he
can redress it. But alas, both failed miserably, after almost
three years Mahathir seemed to be failing to do even a little to
help redress the situation, on the contrary most Malaysians have
rejected him as a liar and an immoral political pariah who
traded valuable political virtues just to get rid of opponents
to remain in power. Mahathir has let the Malays down
A cursory review of Mahathir's doings will reveal his negligence
of the Malays, over the years of his crisis laden leadership, he
only did things that that earned him a false sense of transient
glory, a glory that was to become his very nightmare, the
product of the aftermath of the Anwar Ibrahim upheaval. Today
the old tyrant, is lamenting and writhing is pain, though
outwardly he struggles to put up a brave and confident front,
but everyone knows that his shrewd confident smile is all
plastic, behind which is hidden a thousand fears and sorrows.
The Malays via the NEP, having been spoon fed, without tested by
the realities of a challenging world, have taken life and
prosperity for granted, a direct outcome of a misguided
leadership which took power for granted and made the Malays a
weak race, conditioned just to receive aids and help like a
crippled kid. The long term damage that was afflicted on to the
Malay race by an ignorant but arrogant leader has born its
disastrous fruit, the weakening of a race of people. There now
ample proof that Mahathir has let the Malays down, insulted
their intelligence, betrayed their trust and waylaid their
progress. Mahathir has messed up the nation
In trying to survive politically, he has dealt a devastating
blow to the polity of Malaysia, not only poisoning it, but
virtually destroying its good culture, ending up in a mess which
requires a herculean effort to resolve. His sins are slowly but
surely being exposed, confirming his political stupidity and
blunder. Politics of perversion and insanity has made him a
satanic leader, condemned by the people for eternity. Malays
have already branded him an apostate of Islam, even the world
famous Islamic Society of North America has recognised him as
the enemy of Islam. His political sins, economic blunders,
religious persecution, cruelty and slander has messed the
nation, leading it ino a rogue pariah state, to be mocked,
scorned and laughed at by the international community. Malaysia
is in a state of shame, misery and pity, all because of the
greed and stupidity of mad leader who preferred himself above
the nation. Malaysia can only be saved by arresting Mahathir and releasing
Anwar Ibrahim Malaysia perpetuated crisis is the result of Anwar's unjust
imprisonment and the leadership of criminal Mahathir. This
problem cannot be solved until the criminal is caught and the
innocent released. Until then nothing can save the nation. Every
citizen knows Mahathir is the criminal and must be arrested and
jailed, at the same time they also know Anwar is innocent and
only Anwar can save the situation.But a frightened Mahathir
refuses to accept the truth, hoping to hoodwink and brainwash a
defying population. Unfortunately truth is more powerful then
lies, so the liar finallly is cornered, helpless and rejected he
goes into a frustrated angry mode, condeming everyone except
himself. But the world knows he is the biggest crook, he is the
supreme liar and most of all he is the criminal.
Mahathir succumbs to Anwar's multiethnic ideology
Having failed in his racist politics, unable to outsmart Anwar's
multiethnic philosophy, the desperate tyrant comes with ideas of
making the BN into a multiethnic party, but of no avail because
BN is wrought with insurmountable corruption which has poisoned
the coalition beyond repair. There is no antidote for the "AIDS"
stricken UMNOBN , it has to follow the course to final
destruction. The poison has seeped into the very heart and soul
of UMNO and BN rendering it into a comatose, surving because of
the artificail life given by the executive power. Anwar triumphs
as his party captures the imagination of the teeming young
Malaysians who have said sayonara to UMNOBN.
For the young Malaysians Mahathir and UMNO is history.
For the young Malaysians UMNOBN is outdated, there is no
challenge, bravery and heroism in UMNOBN. The leaders are all
boosted by executive power without any intrinsic strength, There
is no future in the UMNOBN coalition, there are no heroes and
there is no struggle or cause. All UMNOBN can offer is fear,
threats, bribery, intimidation and propaganda, each of this will
make UMNO its own death . UMNOBN is the bad guys and BA are the
good guys so Mahathir can only yell and scream, trying to bluff
the people with his pack of lies. Under such circumstances the only option left with the people is
to dump the hopeless Mahathir, push for his arrest and trial,
and release Anwar who seems to be the only saviour who can clean
the country from the twenty years of Mahathirian mountain of
filth which stinks to the heavens.
|