Laman Webantu KM2A1: 5044 File Size: 9.8 Kb * |
TAG SP 220: FEER - Satu Wajah Di Media [Nanyang / NST] By Lorien Holland 22/7/2001 11:52 am Sun |
[NST sekarang sudah semakin bermasalah sebab itulah
khabar angin mula menelah. Ini menunjukkan kebencian rakyat
sudah sampai ke tahap yang memudaratkan mereka kerana
bersekongkol dengan kerajaan. Sepatutnya Nanyang mengambil
iktibar dari kekerutan di NST. Rakyat sudah semakin bijak
untuk menilai berita dan mengajar akhbar. Apakah itu kerana
kesan memoir Said Zahari yang penuh dengan nostalgia?
Kami di KM2 ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Said
Zahari kerana buku itu banyak mengajar mereka yang kurang
ajar. Tidak sia-sia penjara itu dilalui dan buku itu ditulis
kerana ramai seperti sudah dapat menyelaminya. Soalnya bilakah
wartawan NST akan mengikuti jejaknya? Lebih baik terjun
sebelum kapal itu karam di lautan yang penuh dengan jerungnya.
Sila baca catatan penterjemah di penghujung rencana siapa yang turut
bersekongkol menyangga NST sekian lama dan bagaimana agaknya wajah
sekarang setelah NST jatuh dengan teruknya?
- Editor] Issue cover dated 26 July, 2001. Satu Wajah Di Media (A Portrait in Mixed Media) Oleh: Lorien Holland Surat khabar Malaysia menjadi bahan berita pula kali ini. Pada bulan
Mei, akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau menyebabkan kehangatan
apabila sebuah parti politik utama Cina membeli bahagian saham yang
membolehkan parti itu menguasai Nanyang Press Holdings. Kini, ada
sumber desas-desus mengatakan bahawa saham New Straits Times Press
akan dijual untuk dikuasai oleh Telekom Malaysia. Dua-dua kaunter
itu memang patut diamati akan kemajuannya, walaupun demikian para
pengamat menasihatkan agar berwaspada.
'Kami sengaja jauhkan saham-saham media,' kata Edmund Cheah ketua
pengarah KL Mutual Funds, salah satu kumpulan amanah saham swasta
yang terbesar di Malaysia. 'Fundamental sesebuah syarikat itu
bukannya senang untuk dinilai, apatah lagi dengan pembabitan politik
yang lebih menyulitkan.' Walaupun demikian, pengamat lain berkata kedua-dua urusan niaga itu
berkemungkinan besar menaikkan garisan pendapatan kedua-dua
akhbar yang terlibat. Nanyang yang boleh berbangga dengan purata
pulangan sekitar 14.2% selama lima tahun, penjualannya akan
membawa penyatuannya dengan The Star Publications yang dikuasai
oleh MCA. Pengurusan baru di New Straits Times Press dijangka memberi fokus
pada urusan penerbitan kumpulan itu dan membantu menyekat
menurunnya edaran akhbar dan juga pendapatan daripada
pengiklanan. Harga saham NSTP sudah mula melonjak sebanyak 22%
sejak satu minggu yang lalu berasaskan jangkaan ia dijual. Sahamnya
sekarang dipasarkan pada sekitar 3.04 ringgit (0.89). Namun masih
ada kerunsingan mengenai masalah politik di masa hadapan. (Catatan:
Saham NST pernah bertakhta pada kadar RM19.00 - penterjemah)
Pada Mei 31, pembelian Nanyang oleh MCA telah mencetuskan
kemarahan masyarakat Cina sehinggakan parti itu kini mahu
menjualnya semua keseluruhan pembelian mereka. Perundingan dengan
bakal pembeli masih menghadapi jalan buntu, sedangkan MCA melalui
bahagian pelaburannya terpaksa membuat tawaran mandatori untuk
membeli saham pegangan yang ada di tangan pelabur eceran sebelum
berakhirnya Julai ini. Peraturan ini perlu dipatuhi kerana MCA telah
membeli lebih daripada tiga puluh peratus saham syarikat itu. Harga
saham syarikat ini sedang bertahan pada tahap 5.20 ringgit.
Penjualan saham NSTP memerlukan keizinan Kementerian Kewangan
dan Telekom Malaysia menafikan adanya sebarang rundingan
mengenai pembelian itu. Lagipun, NSTP memerlukan seorang pembeli
untuk CAHB, Commerce Assset Holding, dalam usahanya untuk
mengurangkan bebanan hutangnya. Bayaran faedah terhadap hutang
ini adalah sekitar 80 juta ringgit ($21 million US dollar) setiap tahun.
Inilah yang menyebabkan keuntungan operasi NSTP selalu ditulis
dengan dakwat merah. Kedua-dua penerbitan menghadapi zaman yang tidak menentu: harga
kertas yang semakin meninggi dan pendapatan daripada iklan yang
semakin meluntur disebabkan kegawatan ekonomi. 'Pada keseluruhannya
keadaan industri tidak juga berubah walaupun ada kemungkinan ia akan
mula pulih enam bulan dari sekarang seandainya ada pemulihan ekonomi
negara pada bahagian akhir suku tahun ini,' kata Jeffrey Tan seorang
pengamat media untuk KAF-Seagrott Research di Kuala Lumpur.
Seandainya keadaan industri pulih, NSTP berkemungkinan turut pulih
juga dan berkemungkinan besar akan muncul seorang bakal pembeli
CAHB tidak lama lagi. Demikian catatan kertas penyelidikan Merril
Lynch. Namun demikian, penjualan CAHB tidakkan mampu merobah
nasib kumpulan itu, walaupun nanti adanya satu pengurusan yang baru
yang diterajui oleh Telekom Malaysia, ia tidak juga memberikan
keghairahan kepada para pengamat seperti yang diselidiki oleh 'The
REVIEW'. 'The REVIEW' berpendapat New Straits Times, pada langkah
awalannya haruslah mengenepikan persepsi awam bahawa ia terlalu
rapat dengan kerajaan. Harga sahamnya pun dikira mahal oleh banyak
pihak apabila dibandingkan dengan harga pasaran calon utama
pasaran, The Star Publications.
Tamat. Catatan Penterjemah: Berapa banyakkah saham NST yang dibeli dulu pada kadar RM19.00 sesaham
dan masih lagi dalam simpanan Tabung Haji, KWSP, KWAP, Tabung Angkatan
Tentera dan sebagainya???? - penterjemah.
Asal: KM2 5025 http://www.feer.com/0107_26/p053money.html
The Far Eastern Economic Review A Portrait in Mixed Media Malaysian newspapers have recently been at the heart of political
squabbles--which are in turn tied up with big business deals and a
potential shakeout in the industry
By Lorien Holland Malaysian newspapers have been making the headlines themselves
recently. In May, the Chinese-language Nanyang Siang Pau got
temperatures rising when the main Chinese political party bought a
majority stake in Nanyang Press Holdings. Now, industry sources are
saying that a controlling stake in the English-language New Straits
Times Press may be sold to Telekom Malaysia. Both counters are worth
watching for future movement, but analysts advise caution.
"We tend to shy away from media stocks," says Edmund Cheah, executive
director of KL Mutual Funds, one of Malaysia's largest privately owned
unit trusts. "The fundamentals of a company are difficult enough to
read, and with politics involved, it is even harder."
Nonetheless, other analysts say that both deals could eventually
bolster the bottom line of the newspapers concerned. For Nanyang,
which already boasts an average return of 14.2% over the past five
years, the sale could lead to closer affiliation with the
English-language The Star--Star Publications is also controlled by the
Malaysian Chinese Association, or MCA.
For the New Straits Times Press, new management could refocus the
group's publications and help stem losses on circulation and
advertising revenue. In fact, NSTP has seen its share price rise by
22% in the past week on expectations of the sale. Its shares are
currently at around 3.40 ringgit ($0.89). But there remain significant
political uncertainties ahead. In Nanyang's case, the May 31 purchase met such strong resistance in
the Chinese community that the MCA that bought it has offered to sell
its entire stake. As negotiations with potential buyers have not made
much progress, the MCA's investment arm will still have to make a
mandatory general offer to all minority shareholders before the end of
July, because it bought more than one-third of the company. That
prospect has kept the share price stable at around 5.20 ringgit.
As for NSTP, its sale has yet to get the seal of approval from the
Ministry of Finance, and Telekom Malaysia denies that negotiations are
currently under way. In addition, NSTP will need to find a buyer for
its stake in financial-services company Commerce Asset Holding, or
CAHB, in order to reduce its heavy debts. Interest payments on those
debts currently run at around 80 million ringgit ($21 million) a year,
and recently pushed even the operational profit of NSTP into the red.
To add to short-term uncertainties, both publications are facing
industry-wide difficulties: high newsprint costs and falling
advertisement revenues as a result of the economic downturn.
"Industry-wide, the situation is not improving, but the upside could
be six months down the line if there is an economic recovery in the
fourth quarter," says Jeffrey Tan, media analyst for KAF-Seagroatt
Research in Kuala Lumpur. If that upside does emerge, then NSTP could see its situation
improved, as a potential buyer for its CAHB stake is rumoured to be on
the horizon, according to research papers from Merrill Lynch. However,
the sale of CAHB itself will not be enough to turn the group around,
and even the prospect of a new management team under Telekom Malaysia
failed to excite analysts polled by the REVIEW, who said the New
Straits Times must first overcome a perception that it is too closely
linked with the government. Its share price is also seen by some as
expensive compared with that of the market leader, Star Publications.
|