Laman Webantu KM2A1: 5045 File Size: 8.5 Kb * |
TAG SP 221: Aliran - Mengimbau Gelora Silam MCA By Dr. Francis Loh 22/7/2001 11:46 am Sun |
[Sejarah MCA menunjukkkan parti itu asyik bergelora sahaja.
Pelbagai muslihat digunakan untuk mencengkam suara sehingga
asyik berpecah sahaja. Kini seolah-olah hanya Ling yang berkuasa
sepenuhnya menentukan segala-galanya. Demokrasi dalam MCA sudahpun
berkubur sebenarnya. Dalam kes Nanyang, dia melangkah dulu baru
bertanya. Itu bermakna dia tidak menghargai pandangan ahli MCA
yang telah memberi mandat kepadanya. Akibatnya MCA berpecah lagi
dan kali ini amat parah kerana sayap pemuda dan wanitanya sudah
menggeleng kepala. Kalau ya pun tanyalah dulu mereka kerana MCA
itu bukan miliknya seorang sahaja. Tanpa mereka Ling tidak akan
kekal berkuasa. Mereka mengkritik kerana mereka tidak mahu MCA
dilihat sebagai musuh masyarakat Cina. Walaupun tulisan Nanyang
itu pedas ia membina agar MCA tidak teralpa. Dengan menelan Nanyang
MCA sudah menghiris perasaan masyarakat Cina. Itu buruk padahnya.
Baru sahaja sebulan Nanyang sudah tidak selaku dulunya. Itu petanda
sesuatu yang lebih dahsyat di masa depan bakal menimpa.....
- Editor] Mengimbau Gelora Silam MCA (MCA's Fractious Past) oleh: Dr. Francis Loh Pada awal 1950-an, sekumpulan pemimpin pelapis yang diketuai oleh
Dr. Lim Choen Eu, Too Joon Hing, Yong Pung How, Tan Suan Kok
dan Ng Eng Teong telah bersekongkol dengan H.S. Lee untuk
mencabar tonggak parti yang merupakan Ong Yok Lin, Tan Siew Sin
dan beberapa tauke ternama yang bersatu menyokong Tun Tan Cheng
Lock yang sedang mengharungi usia tuanya. Pada 1959, MCA telah
berpecah belah dan perbalahan itu hanya reda apabila Lim dan
sekutunya keluar daripada parti itu untuk menubuhkan United
Democratic Party. Kemudiannya, dengan sokongan beberapa
temannya beliau menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
Pada pertengahan 1960-an, salah seorang pengasas pergerakan
pemuda yang merupakan ketua Persatuan Guru-guru Sekolah Cina,
telah memimpin satu kumpulan ahli yang dianggap radikal untuk keluar
daripada MCA. Pada 1971-1973, satu kumpulan lagi yang dipimpin oleh Lim Keng
Yaik, Alex Lee, Paul Leong, Tan Tiong Hong dan T.C. Choong yang
juga dianggap kumpulan pendesak telah menganjurkan satu usaha
melaksanakan reformasi dalam parti yang mahukan amalan demokrasi.
Mereka telah dikalahkan oleh muslihat kumpulan yang lebih
berpengalaman pimpinan oleh Tan Siew Sin, Lee Siok Yew, Kam
Woon Wah, dan Lee San Choon yang menguasai jentera parti dan
mempunyai hubungan rapat dengan UMNO. Kumpulan pendesak itu
akhirnya keluar daripada parti untuk menganggotai Gerakan.
Salah seorang daripada mereka Michael Chen yang kekal dalam MCA
akhirnya mencabar Lee San Choon untuk jawatan presiden MCA pada
1979, Michael Chen tewas dan membawa perkara itu ke mahkamah.
Akhirnya beliau pun tinggalkan MCA untuk menganggotai Gerakan.
Antara 1983-85, selepas Lee melepaskan jawatan presiden parti,
berlaku pula satu perlawanan antara pemangku presiden Neo Yee Pan
dan ketua MCA Wilayah Persekutuan, Tan Koon Swan sehingga
membuatkan parti itu berpecah dua. Neo bertindak dengan memecat
dan menggantung ahli dan juga cawangan dan bahagian parti. Tan
bertindak mengemukakan saman dan injungsi mahkamah. Muncullah
dakwaan dan tuduhan pengundi hantu dan ahli hantu oleh kedua-dua
pihak sehingga mendesak persidangan mesyuarat luar biasa parti pada
1984 yang memberikan kemenangan kepada kumpulan Tan. Tan tidak
dapat bertahan lama kerana dia telah terlibat dengan skandal Pan-El
yang berakhir dengan beliau dipenjarakan. Dalam kemelut ini, Ling
Liong Sik dan Lee Kim Sai telah bersekongkol dengan Tan Koon
Swan. Mereka muncul kemudiannya sebagai Presiden dan timbalan
presiden pada 1986. Pada 1990, Lee Kim Sai cuba menjatuhkan Ling. Satu pertandingan
terbuka dijangkakan ketika itu tanpa sebarang silu dan malu lagi.
Tetapi, kemelut itu terpaksa dibatalkan pada saat terakhir. Pada 1996,
Lee tewas dan disingkirkan dan digantikan oleh Lim Ah Lek sebagai
timbalan presiden yang baru. Pelbagai siri konflik dalaman parti yang bersambung-sambung dan
berakhir dengan pemecatan ataupun perletakan jawatan menunjukkan
betapa rapuhnya amalan demokrasi dalam parti. Namun, presiden parti
mampu merangkul kuasanya. Seperti juga presiden UMNO, presiden
MCA juga diberikan kuasa yang luas untuk melantik pemimpin parti
menjawat tertinggi. Ini termasuk jawatan setiausaha agung, bendahari
agung, dan banyak jawatan tinggi yang lain lagi. Yang menariknya,
presiden hanya perlu merujuk kepada majlis penasihat presiden dan
tidak perlu mendapatkan pandangan majlis jawatankuasa pusat
ataupun dewan perwakilan untuk membuat keputusan yang
penting-penting. Begitulah yang terjadi kepada projek pembelian
Nanyang Press Holdings Bhd. yang melibatkan RM230 juta.
Tamat. Terjemahan: SPAR-??-?? Asal: Aliran Monthly http://www.malaysia.net/monthly/2001/5d.html
MCA's Fractious Past by Dr Francis Loh In the late 1950s, a group of Young Turks led by Dr Lim Chong Eu,
Too Joon Hing, Yong Pung How, Tan Suan Kok and Ng Ek Teong allied
themselves with H.S. Lee and challenged the party stalwarts
comprising Ong Yoke Lin, Tan Siew Sin and the towkay leaders
gathered around Tun Tan Cheng Lock, who was in his waning years.
By 1959 the party was badly divided and the conflict was only
overcome when Lim and his allies departed from the party (to form
the United Democratic Party, and subsequently with others, the
Parti Gerakan Rakyat Malaysia). In the mid-1960s, one of the founders of the Youth wing, Sim Mou
Yew, also head of the Chinese Schools Teachers Association, led a
group of radicals out of the party. >From 1971-73, yet another group led by Lim Keng Yaik, Alex Lee,
Paul Leong, Tan Tiong Hong and T.C. Choong, branded also as the
Young Turks for calling for reforms and democratisation of the
party were outwitted by the old guard led by Tan Siew Sin, Lee
Siok Yew, Kam Woon Wah and Lee San Choon, who controlled the
party machinery and maintained close ties with UMNO. These Young
Turks then left the party to join Gerakan.
One of them, Michael Chen, who remained behind in the MCA later
challenged Lee San Choon for the presidency in 1979. Chen lost
but took the matter to Court. Chen too left the party and joined
Gerakan. Between 1983-1985, after Lee had resigned as president, a
protracted struggle between acting president Neo Yee Pan and FT
chief Tan Koon Swan split the party right down the centre. Neo
resorted to expulsions and suspensions of members and even entire
branches. Tan filed legal suits and court injunctions. There were
allegations of phantom members and phantom voters by both sides
and an extraordinary general meeting was called in 1984 wherein
Tan's faction emerged victorious. But Tan did not last long as he
was prosecuted and jailed over the Pan-El affair. In the wake of
this crisis, Ling Liong Sik and Lee Kim Sai, who had allied with
Tan, emerged as the new president and deputy president
respectively in 1986. In 1990 Lee mounted a challenge against Ling. A no holds barred
contest was in the offing when it was averted in the eleventh
hour. In 1996, Lee was eased out and replaced by Lim Ah Lek as
MCA's new deputy president. This unending series of internal party conflicts, often resulting
in expulsions or resignations suggest that there is a lack of
democracy in the party. Through the years, the party president
has been able to concentrate power. Like the UMNO president, the
MCA president is also vested with the power to appoint other
party leaders to top posts. This includes the secretary-general,
treasurer-general, national organising secretary and his deputy,
five other central committee members, the heads of the
national-level bureau, and the chairpersons of the 13 state
liaison committees. Increasingly, the president only consults the
presidential council rather than the central committee or the
general assembly even when making very important decisions, as in
this case involving the RM230 million takeover of Nanyang Press
Holdings Bhd. |