Laman Webantu KM2A1: 5047 File Size: 5.0 Kb * |
TAG SP 222: FEER - Mahathir Impikan Jemputan Rumah Putih By FEER 22/7/2001 12:28 pm Sun |
[Mesti ada sebabnya Mahathir begitu kepingin untuk
menemui Bush. Dan mesti juga ada sebabnya Bush menjual
mahal dengan tidak melayan Mahathir. Sebagai Presiden
yang baru Bush perlu memikirkan implikasinya. Bukankah
Mahathir baru sahaja menemui Castro? Bush hanya akan mengundang kemarahan rakyatnya kerana
Mahathir baru sahaja bertemu Castro dan menangkap pelajar
dengan ISA. Mahathir tidak berguna di sisi Bush kerana
hanya mencemarkan imejnya sahaja. Malangnya Mahathir masih
tebal muka ingin bertemu juga. Dulu Mahathir, Dollah Badawi dan Hamid Albar begitu kuat
mengutuk Fadhil Nor menemui Downer tetapi cuba lihat sekarang
bagaimana terdesaknya Mahathir ingin menemui Bush sampai
meminta-minta bertemu secara berahsia. Nampak sangat Mahathir
sudah tercekik sekarang sehingga merayu-rayu meminta. Sakit
ekonomi agaknya kerana rezab tak naik-naik juga setelah dicuba
segala macam cara... Mahathir Impikan Jemputan Rumah Putih
(Mahathir Eyes the White House) Perdana Menteri Mahathir Mohammad sudah semakin terdesak
mengimpikan satu jemputan daripada White House untuk membuat
lawatan ke Washington. Sejak beberapa bulan yang lalu, dia telah
mengirimkan tiga pucuk perutusan kepada Presiden George W. Bush,
termasuk satu pucuk di mana dia memberikan tahniah kepada presiden
itu kerana caranya menyelesaikan kemelut pesawat pengintip Amerika
dengan China pada April lalu. Demikian cerita yang dibocorkan oleh
para diplomat Asian yang berpengkalan di Washington. Sebaik sahaja
meletusnya perkara itu, Mahathir telah menunjukkan simpati terhadap
China dengan berkata: 'tidak ada satu negara pun yang suka diintip.'
Sebelum itu perhubungan diplomatik ternyata dingin selepas Mahathir
mengaibkan dan menangkap mantan timbalannya Anwar Ibrahim pada
1998, hingga mencetuskan kritikan pedas daripada timbalan presiden
Amerika, Al Gore. Selepas bertemu Pascoe, Mahathir memberitahu
para wartawan bahawa dia telah memberitahu duta Amerika itu
bahawa: 'kami rasa kami mampu memperbaiki hubungan dengan
pentadbiran baru dan melupakan segala perselisihan yang sudah lalu.'
Tamat. Terjemahan: SPAR-??-?? Asal: KM2 5018 http://www.feer.com/0107_26/p010intell.html
INTELLIGENCE Issue cover-dated July 26, 2001 Malaysian Prime Minister Mahathir Mohammad is getting almost frantic in his efforts to wrangle an invitation to visit the White House. In recent months, he has sent three letters to President George W. Bush, including one in which he congratulated the new president on his handling of the surveillance aircraft incident with China in April, according to Asian diplomats in Washington. Right after the incident, Mahathir had seemed to sympathize with China, telling the press that "no country likes to be spied on." Mahathir has also sent three envoys to Washington--former UN Ambassador Razali Ismail, Finance Minister Daim Zainuddin (prior to his recent retirement) and Foreign Minister Syed Hamid Albar--to meet Bush's foreign-policy team, check whether the new administration was interested in improving relations and take a sounding on whether a visit might be possible. Back in Kuala Lumpur, the prime minister has taken unprecedented steps to improve relations with the U.S. by meeting with U.S. Asia-Pacific Commander Adm. Dennis Blair and Ambassador Lynn Pascoe. Relations soured after Mahathir fired and arrested his deputy Anwar Ibrahim in 1998, prompting criticism from U.S. Vice-President Al Gore. After his meeting with Pascoe, Mahathir told journalists that he told the American envoy that "we feel we could probably improve our relationship with the new administration and do away with whatever differences we have had." |