Laman Webantu KM2A1: 5062 File Size: 14.0 Kb * |
TDPWN 13: B21 - B27 Banyak Kes Tipu Hingga Khalid Sendiri Tertipu By Khalid Jafri 24/7/2001 10:34 am Tue |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
[Buku oleh Khalid ini semakin lama semakin membosankan.
Dia lebih kelihatan melakukan kerja potong dan tampal sahaja.
Tidak ada sebarang analisa pun dilakukan oleh beliau. Patutlah
Daim tidak bimbang dengan kandungan buku ini kerana ia tidak
begitu terperinci. Sepatutnya Khalid menceduk dari laman free
malaysia kerana ia lebih tepat, lebih tajam dan mengandungi
banyak fakta dan analisis. Mengapa dia tidak berbuat begitu?
Khalid juga tidak menyebut pun kes Datuk Harun dalam bukunya
ini. Nampak sangat dia tidak habis atau sengaja tidak mahu
mengkaji kerana itu akan terpalit kepada perdana menteri.
Umumnya buku ini menggambarkan betapa sempitnya minda Khalid
Jafri. Jika kita membandingkan tulisannya dengan tulisan-tulisan
di laman free malaysia, nampak jelas Khalid Jafri tidak begitu
tahu apa yang ditulisnya kerana tidak mengupas semua isu.
Contohnya kenapa rasuah begitu menggila di zaman Mahathir
sedangkan Mahathirlah yang sekian lama menjaga polis-polis itu?
Dia tidakpun mengkaji kenapa meningkatnya jenayah oleh polis
sendiri di zaman Mahathir. Dia juga tidak menyebut hakim-hakim
yang telah disuap agar penyangak terlepas lari.
Penulis adalah seorang yang meneliti dan menghalusi, tekun mencari
dan berfikir serta rajin berwaras dan amat berhati-hati, jika tidak
dia sebenarnya masih belum menulis lagi.... Bau sahaja belum mencukupi
sebab itulah isu perlu dikupas agar dapat dirasa pahit dan manisnya
satu persatu. Jika tidak tulisan itu hanya akan melekat di buku dan
gagal mencapai maksudnya itu - untuk melekat di minda pembaca buku
sehingga mereka bangun dan pergi memburu.
- Editor] Mukasurat 157 - 163 BAB 21 Kerjasama Interpol dan Aseanapol (Artikel yang disauk daripada Bukit Aman).
Pada peringkat awal cawangan ini ditubuhkan hanya untuk memberi
pengkhususan terhadap kes-kes jenayah perdagangan. Ketika itu,
dua pegawai berpangkat Penguasa Polis (PP) dan Penolong Penguasa
Polis (PPP) dipinjamkan dari cawangan lain untuk menganggotainya
di Bukit Aman bagi mengawasi kes-kes jenayah yang masih disiasat
oleh pegawai-pegawai di peringkat daerah dan negeri.
Bagaimanapun berikutan peningkatan kadar jenayah ini dan dianggap
sebagai satu ancaman yang boleh menggugat sistem kewangan dan
ekonomi negara dan sukar dibendung, Kerajaan telah meluluskan
waran penjawatan 179/76 bagi mewujudkan Cawangan Siasatan Jenayah
Perdagangan di peringkat Ibu Pejabat dan Kontinjen.
Cawangan berkenaan ditubuhkan pada bulan Ogos 1962, apabila
ancaman jenayah perdagangan mula terserlah. Kemudiannya, Ketua
Polis Negara Tun Mohd. Hanif Omar telah mencadangkan perwujudan
Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan yang telah diluluskan pada
1 Januari 1976 melalui warang perjawatan 179/76.
Dekad 80-an kian memperlihatkan berbagai skandal jenayah perdagangan
yang boleh menggoncang sistem kewangan dan ekonomi negara. Antaranya
skandal BMF dan Pan-El. Pada Oktober 1986, keanggotaan cawangan CSJP
telah ditambah sebagai persediaan menghadapi ancaman yang lebih mencabar.
Keperluan kepada pembesaran cawangan ini ternyata semakin
mendesak berikutan timbulnya masalah Institusi Pengambilan
Deposit dan Koperasi. Kerajaan telah meluluskan pembesaran
Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan (CSJP) pada 1 januari 1989
melalui waran perjawatan 39/89 bagi menambahkan jumlah anggotanya
menjadi 117 orang termasuk pegawai, anggota pangkat rendah dan
kakitangan awam. Ekoran daripada itu, organisasi cawangan ini telah disusun semula
mengikut pengkhususan, iaitu Pasukan Pertama; Untuk kes-kes yang
melibatkan bank dan institusi kewangan. Pasukan Kedua; melibatkan
koperasi, Insittusi Pengambilan Deposit dan Insuran. Pasukan
Ketiga: bagi kes-kes syarikat dan korporat. Pasukan Keempat;
melibatkan pemalsuan, wang palsu, kad kredit, pasaran saham dan,
komoditi serta lain-lain. Di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, CSJP bertanggungjawab
menyiasat kes-kes jenayah perdagangan dirancang (Organised
Economic Crime) kes yang melibatkan kerugian lebih RM1 juta, kes
yang melibatkan beberapa buah negeri dan kes yang menarik
perhatian atau yang melibatkan orang kenamaan.
Memandangkan cawangan ini dikehendaki bertindak secara pro-aktif,
strukturnya telah dirombak semula pada 1 Februari 1992 mengikut
pengkhususan yang pasukan pentadbiran bertindak sebagai Unit
Pentadbir, Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Perakaunan
dan Pengesahan Aset, Unit Perundangan dan Pendakwaan, Unit
Risikan, Pencegahan, Soal-Siasat. Pasukan A: terlibat dalam penyiasatan kes kes bank, institusi
kewangan, pengambilan deposit, koperasi dan insuran. Pasukan B,
bertindak dalam penyiasatan kes-kes korporat dan syarikat.
Pasukan C: dalam penyiasatan kes-kes yang melibatkan kad kredit,
wang palsu, pemalsuan, komoditi dan pelbagai.
Menyentuh mengenai bidang kuasanya, PDRM secara umumnya telah
diamanahkan sebagai agensi utama bagi penguatkuasaan
undang-undang. Tanggungjawabnya adalah untuk mencegah dan
mengesan penjenayah seterusnya menangkap dan mendakwa pesalah.
Kes-kes jenayah perdagangan biasanya tertumpu kepada
kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta
kesalahan-kesalahan teknikal di bawah akta-akta lain dan
merupakan di bawah bidang kuasa CSJP.
Badan-badan lain yang terlibat membantu penyiasatan penyiasatan
kes ini ialah seperti Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri dan penglibatan mereka hanyalah sebagai
regulatory body yang menentukan segala peraturan dipatuhi.
Sementara BPR hanya bertanggungjawab terhadap kes-kes rasuah dan
penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan awam.
Sebagai langkah meningkatkan potensi cawangan ini dalam memerangi
jenayah perdagangan yang bergerak seiring dengan kecanggihan
professionalisme dan teknologi, CSJP sentiasa anggotanya prihatin
kepada had-had kuasa mereka. Perkembangan semasa juga telah memaksa CSJP menggunakan
pendekatan yang menitik-beratkan aspek pro-aktif, iaitu tindakan
yang boleh mencegah sebarang penyelewengan sebelum ia boleh
menggugat sistem dan iklim ekonomi negara di samping
tindakan-tindakan reaktif. Mukasurat 164 - 167 Lesapnya RM 1.149 Bilion Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan (CJSP) Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman telah mencatatkan sejumlah 37,570 kes membabitkan
kerugian sebanyak RM 1,149 bilion akibat kecurangan oleh individu
atau sindiket dalam jenayah kolar putih atau jenayah sekonomi
bagi tempoh tujuh tahun lepas. Cawangan tersebut tidak mencatatkan butiran terperinci mengenai
jumlah kesalahan yang dilakukan. Namun kebiasaanya, kesalahan
jenayah kolar putih yang tinggi jumlahnya ialah kes penipuan. Ini
diikuti dengan pecah amanah dan pemalsuan.
Walaupun perangkaan jenayah perdagangan bagi tahun 1985 hingga
1992 (lihat jadual memperlihatkan peningkatan yang agak mendatar
namun jumlah kes terbabit amat Berdasarkan kepada perangkaan tahun 1992 sahaja, pekerja syarikat
merupakan kelompok terbesar terbabit dalam jenayah perdagangan (512).
Diikuti peniaga (267), kakitangan awam (100), penganggur (39),
pengarah (31) dan peguam (14). Manakala lain-lain kes adalah sebanyak
1,430. Apa yang jelas, majoriti penjenayah perdagangan ini terdiri dari
individu yang berpendidikan, berjawatan tinggi serta berpengaruh.
Kes Tipu Angka Tertinggi: Kes-kes yang membabitkan penipuan telah mencatatkan angka paling
tinggi berbanding dengan lain-lain jenayah kolar putih di ibu
negara, sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Sumber dari Cawangan Jenayah Perdagangan Kuala Lumpur,
mencatatkan sebanyak 226 kes penipuan telah disiasat dan ini
merupakan 52.5 peratus daripada jumlah keseluruhan jenayah
berkenaan yang mengakibatkan kerugian lebih 4 juta. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 153 kes berjaya diselesaikan dan 50
orang ditangkap. Manakala jenayah yang mencatatkan jumlah kedua terbesar ialah
pecah amanah iaitu sebanyak 79 kes telah disiasat dan semuanya
berjaya diselesaikan (membabitkan RM2.3 juta).Jenayah pecah
amanah oleh korporat pula, mencatatakan empat kes yang melibatkan
kerugian lebih RM 2 juta. Keseluruhan jumlah jenayah kolar putih sepanjang tempoh berkenaan
ialah sebanyak 430 kes dan 337 kes daripadanya berjaya
diselesaikan yang membabitkan kerugian berjumlah RM8.9 juta.
Jenayah seumpama ini agak sukar untuk dibenteras dan adalah
menjaadi tanggungjawab seluruh pihak untuk mencegahnya.
Penjenayah terlibat adalah orang yang tidak diduga. Mereka
mungkin sahabat mahupun saudara terdekat. Oleh itu, kita harus
berwaspada ketika berurusan dengan sesiapa sahaja.
Bab 23 - 25: Bab 23: Perasuah Adalah Anjing Jijik (Muka Surat 169-185) Bab ini dimuatkan dengan rakaman wawancara Ketua Pengarah BPR
Datuk Ahmad Zaki Hussin (yang sudah bersara) dengan Mingguan
Malaysia yang disiarkan pada 1 Oktober 2000.
Bab 24: Tiba Di Perut Dikempiskan Tiba Di Mata Dipejamkan
(Muka Surat 186-197) Petikan daripada ucapan Rais Yatim, Menteri Pakar bakar Jambatan
yang disiarkan di majalah MASSA 30 November, 1996)
Bab 25: Melahirkan Masyarakat Bebas Rasuah
(Muka Surat 198-204) Bab ini disauk daripada Majalah MASSA 30 November 1996.
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara (Muka Surat 206 - 209) Rasuah Di Malaysia Berdasarkan markah yang diberikan oleh 'Transparency
International' (TI) kedudukan Malaysia kini berada di tangga
ke-26 daripada 54 negara. Bagaimanapun markah tersebut dikatakan
tidak mencerminkan keadaan rasuah sebenar di negara ini.
Ini memandangkan jumlah negara terbabit dalam penyenaraian
tersebut telah bertambat daripada 42 kepada 54 buah negara.
Mengikut indeks rasuah 1996, Malaysia diberi markah sebanyak 5.32
markah iaitu lebih baik berbanding 1995 dengan 5.28 markah.
Sepanjang tahun lalu seramai 97 penerima rasuah telah didakwa
mengikut Seksyen 4(a) Akta Pencegahan Rasuah 1961 berbanding
pemberi rasuah yang dituduh mengikut seksyen yang sama. Daripada
jumlah itu seramai 76 disabitkan kesalahan.
Begitu juga dari segi aduan atau maklumat yang diterima turut
menunjukkan peningkatan. Sejak awal tahun ini sehingga September
lalu, (hooohooo hooo!!!! apa punya kiraan masa ni Khalid Jafri????)
BPR telah menerima 6,475 maklumat berhubung amalan rasuah tetapi
2,540 daripada aduan itu dikategorikan sebagai surat layang kerana
tidak disertakan nama mereka yang membuat aduan.
Sehingga Ogos 1996 lalu, seramai 76 penerima didakwa mengikut
Seksyen 4(A) dan 42 lagi mengikut Seksyen (b). Daripada itu
seramai 70 orang disabitkan kesalahan.
Kes paling banyak membabitkan tangkapan pemberi rasuah
dicatatkan oleh polis trafik. Sehingga Ogos tahun ini, sebanyak
444 kes sudah dilaporkan Dalam tempoh yang sama juga seramai 120
orang awam dan 122 kakitangan kerajaan ditangkap berhubung amalan
rasuah. Peningkatan amalan rasuah di negara ini boleh dilihat berdasarkan
maklumat yang diterima oleh BPR. Di mana pada tahun 1976, BPR
menerima sebanyak 5,912 maklumat atau aduan berhubung kes rasuah
dan jumlah itu meningkat kepada 8,505 tahun lalu.
Sementara dari segi tangkapan yang dibuat pula turut menunjukkan
peningkatan. Antara 1976 dan 1986, sebanyak 1,913 tangkapan
dibuat manakala antara 1986 dan 1995, ia bertambah kepada 2,910
tangkapan. Ini bermakna siasatan BPR menunjukkan peningkatan
sebanyak 3.7 peratus setiap tahun sejak 20 tahun lalu.
Bagi tahun 1996 bermula Januari sehingga akhir Jun, BPR telah
menahan seramai 186 orang kerana pelbagai kesalahan rasuah di
seluruh negara dan 96 atau 51.6 peratus daripada jumlah itu
adalah orang awam, 89 orang (47.8 peratus) merupakan kakitangan
kerajaan dan seorang ahli politik. Kira-kira 5.4 peratus daripada
kakitangan kerajaan yang ditahan tersebut merupakan kakitangan
kumpulan pengurusan dan profesional dan bakinya merupakan
kumpulan sokongan. Sementara itu penangkapan BPR antara 1991 sehingga 1995 mendapati
seramai 855 pegawai awam ditangkap kerana terbabit dalam rasuah.
Jumlah tersebut adalah 55.4 peratus daripada jumlah keseluruhan
tangkapan sebanyak 1,543 orang. Daripada 855 pegawai awam
tersebut 75 peratus daripadanya adalah orang Islam.
Bebaskan Pasaran Dunia Muka surat 210 - 226 Artikel ini berupa sedutan ucapan Perdana Menteri kesayangan
Khalid Jafri ketika mesyuarat Agung ke-26 Meyuarat Ekonomi
Lingkungan Pasifik (PBEC) di Seoul pada 24 Mei 1993.
Demikian berakhirnya segala penulisan yang mengikut babnya. Ia
bermula dengan Bab Satu di mana ucapan Mahathir memulakan
hidangan Khalid dan diakhiri dengan satu ucapan Mahathir sebagai
penutupnya. Terdapat dua bahagian lagi dalam sajian haprak buku ini. Ia
mengandungi Bahagian 'Periskop' dan Gambar-gambar perempuan
bercoli. Mungkin kos mencetak buku ini ditaja oleh pembuat Coli
jenis Jeans. |