Laman Webantu KM2A1: 5063 File Size: 8.7 Kb * |
TDPWN 14: B1 - Periskop - Dalil Kenapa Zam Tidak Layak Menjadi Senator By Khalid Jafri 24/7/2001 10:15 am Tue |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
Periskop 1 [Sebagaimana yang kita terangkan, walaupun tajuk buku ialah
mengutuk Tun Daim, tujuan Khalid Jafri sebenarnya ialah
mencemuh orang-orang yang dimusuhinya seperti Zainuddin Maidin,
sedangkan dia sedar ZAM ialah kaki ampu Mahathir yang paling
besar. Khalid juga mengambil kesempatan menyampaikan amanat
khas Mahathir dengan mancaci beberapa orang tokoh PAS. Kita
akan siarkan bahagian periskop ini tanpa sebarang suntingan
untuk menunjukkan betapa besarnya peranan si bedebah ini
merosakkan pemikiran orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia
amnya. Beberapa tajuk 'periskop' itu kita ubah suai untuk
menyerlahkan maksud sebenar penulisan Khalid.
- Tupaimas.] Periskop 1: (Muka Surat 227-237) DALIL KENAPA ZAM TIDAK LAYAK MENJADI SENATOR
(Orang Yang Tidak Berjasa kepada UMNO Mendapat Tempat Dalam Kerajaan)
Menteri Pendidikan Musa Mohamad dan Setiausaha Parlimen
Kementerian Penerangan Zainuddin Maidin (ZAM) telah menimbulkan
pertanyaan di kalangan pendokong-pendokong UMNO atas
perlantikan mereka dalam kerajaan. Mereka berpendapat Musa dan Zam tidak ada jasa langsung dalam
parti UMNO bagi membolehkan mereka dilantik dalam kerajaan.
'Walaupun perlantikan itu atas kuasa Perdana Menteri, namun kami
tidak senang hati sedangkan ramai lagi orang-orang yang berjasa
pada UMNO boleh dilantik,' kata mereka.
Kecuali Musa, Zam langsung tidak ada kriteria akademik untuk
ditonjolkan. Beliau hanya lulus darjah enam sekolah Melayu.
Tanggungjawab yang diberi dalam Kementerian Penerangan ialah
mengawasi media asing sedangkan beliau sendiri bercakap bahasa
inggeris pelat Kedah. Tentu sukar nak beri 'press conference'
dalam bahasa Inggeris terutama di depan wartawan asing. Dalam
percakapan Melayu pun Zam masih menyebut 'beliu' bukan beliau,
'Shengapor' bukan Siingapore. Sorry Zam, hang dok di Utusan, depa tak peduli, hang baguh tak
baguh janji Utusan keluak. Hang main pasai isu bahasa hang kena
tendang. Cuma bila hang tak keja, hang tak jual rojak pakai
kain plekat depan panggung Royal, Alor Stak, kerana hang dah
banyak duit royalti tulis buku pasal Dr. Mahathir. Tapi hang
bikin buku Awang Selamat tak patut kebas royalti kerana tulis
Awang Selamat sebahagian dari kerja hang yang dibayar gaji oleh
Utusan. Hang pun ikut Daim jadi korup.
Utusan Publication & Distributors adalah penerbit buku Awang
Selamat. Hang jadi pengerusinya, hang sendiri arahkan terbit
dan hang sendiri luluskan pembayaran royalti. Begitu juga
dengan buku 'Mahathir Di Sebalik Tabir'. Utusan hantar hang ke
London selama dua tahun buat research nak tulis buku sejarah
hubungan Britain-Malaysia. Hang kebas gaji dan segala
perbelanjaan selama dua tahun, tapi buku yang hendak tulis tak
pernah terbit. Sebaliknya hang nak bodek Dr. Mahathir hang
balik dari London hang tulus pasal dia. Sepatutnya hang tidak
boleh ambil royalti atas buku Dr. Mahathir itu kerana diganti
dengan buku yang tak mampu hang tulis hubungan Britain-Malaysia
(terlampau tinggi akademiknya kot). Setelah Utusan keluarkan
wang yang banyak membelanjakan hang di Lonong.
Bodek punya bodek, hang dapat Timbalan Pengerusi Eksekutif
Utusan. Tapi bukan Dr. Mahathir yang lantik hang, hang bodek
Daim kerana Daim pegang Media gantikan tempat Anwar Ibrahim.
Hang jadi Timbalan Pengerusi Eksekutif pun, hang duduk buta.
Utusan nak lingkupkah, wang Utusan diselewengkah hang jadi
tunggul saja. Selama lima tahun, Azizi Meor Ngah jadi Pengarah Eksekutif
Utusan hampir-hampir memusnahkan syarikat kepunyaan UMNO itu.
Azizi yang hanya berkelulusan Planting Management Diploma
pernah menjadi Manager Estate Kumpulan Guthrie kemudian masuk
Utusan sebagai CEO. Azizi membelanjakan peruntukan RM20 juta dari Utusan kononnya
mahu terokai bidang-bidang baru bagi memajukan Utusan. Ini
termasuk melabur dalam beberapa buah syarikat di samping
menubuhkan banyak anak syarikat. Akhirnya, satu senpun tidak
menguntungkan. Dari banyak maklumat yang menggambarkan betapa bijaknya Azizi
apabila beliau membeli Syarikat Forum Exposition Sdn. Bhd. (FE)
berharga RM8.00 sesaham dengan penguasaan 70% bernilai RM4.00
sedangkan syarikat ini cuma ada aset kerusi dan meja sahaja.
Syarikat yang hendak bankrap itu telah diselamatkan oleh Utusan
dan Utusanlah membayar gaji pekerja-pekerja FE termasuk CEO
Jessi Leong. Setelah diambilalih oleh Utusan, FE terus
mengalami kerugian dan pengurusan baru (apabila Azizi keluar
dari Utusan) telah membeli baki 30% saham yang dipegang oleh
Jessie Leong dengan harga RM1.00 sesaham semata-mata untuk
menendang Jessie keluar. Seperkara yang amat ketara sekali apabila Azizi membeli mesin
cetak Web Heidelberg dengan harga RM 18 juta sedangkan dengan
model yang sama dibeli oleh Ultimate Print Sdn. Bhd cuma RM 12
juta sahaja. Enam juta ringgit masuk poket Azizi.
Agak-agak sudah cukup selesa, sebelum meninggalkan Utusan,
Azizi pun buat rancangan baru dengan menjual sebuah anak
syarikat Utusan On Line kepada Asia On Line sebanyak 49 peratus
dengan harga RM12 juta. Alih-alih sahaja Aziz menjadi CEO Asia On Line bila beliau
berhenti dari Utusan. Yang amat ketara sekali, bila Azizi berhenti dari Utusan beliau
telah membeli Mercedes SLK 280 dengan harga RM700,000 dan
membeli rumah di Bukit Damansara. Sekarang ini Azizi menjadi Pengerusi FAMA. Apa pula rancangan
baru yang boleh melibatkan peruntukan kewangan FAMA.
Tempat Azizi di Utusan telah diambilalih oleh Mohd. Nasir Ali,
Pengarah KL City Corp. yang merupakan nominee Naimah, isteri
ketiga Daim. Bagaimana pula kedudukan Pengerusi Ekskutif Utusan Tan Sri
Kamarul Ariffin? Tutup mata pekakkan telinga ke? Jagalah harta
benda UMNO tu sikit, jangan sampai beli coli 'triumph' di
London pun masuk dalam bil Utusan. Sudahlah segala tambang,
penginapan percutian keluur negeri dibayar oleh Utusan, datang
pejabat pun malas hanya 3 hari seminggu. Tidak risaukah Tan
Sri, 'turnover' Utusan tahun lalu sebanyak RM317 juta atapi
keuntungannya cuma RM2 juta. Itupun Utusan terpaksa jual
bangunannya sendiri yang sudah siap di Wangsa maju berharga
RM59 juta. Kalau tidak Utusan rugi RM 57 juta.
Kerana isteri Mat Salleh, Tan Sri ambil dua pakar orang putih
untuk jadi Pengarah Pemasaran dan Pengarah Teknikal di Utusan
Printcorp dengan bayaran gaji RM40,000 sebulan setiap seorang
tidak termasuk apartment, kereta pejabat dan elaun arak
(keraian). Fungsi Pengarah Pemasaran itu ialah mencari job
cetak dari luar negeri, tapi habuk pun tarak. Begitu juga
Pengarah Teknikal yang kepakarannya lebih rendah dari
juruteknik anak tempatan sendiri, bila mesin rosak si Mat juga
yang uruskan. Bagaimana pula hutang baru yang Utusan pinjam dari bank
sebanyak RM100 juta. Pinjaman dicadangkan nak buat bangunan
baru untuk menempatkan semua kakitangan di Bangi tetapi duit
tersebut telah digunakan untuk urusan lain.
Kasihan semua kakitangan Jabatan-Jabatan Pengarang, kilang
pentadbiran, iklan, pengedaran bertungkus-lumus bekerja siang
malam untuk menaikkan penjualan Utusan, sehingga Rosminah
terpaksa beli coli di pasar malam. Khalid Mohamad tak larat
lagi nak cukur janggut, kerana memikirkan apa pula berita untuk
besok. Munir dah habis ikhtiar kerana tak ada hantu lagi nak
buat cerita dalam Mastika. Sekarang ni banyak buku dari hantu.
Jadi Utusan kena cari Pengurusan yang cekap, dinamik yang boleh
membuat perancangan yang boleh memberi kemajuan dan menjamin
masa depan kakitangan, bukan nak godek wang Utusan masuk poket
sendiri. NUJ Utusan patut buat laporan polis supaya penyiasatan
dapat dilakukan demi menjaga periuk nasi mereka juga. Nanti
orang penggil NUJ, Nominee Union Journalist.
[Ada banyak sebab Mahathir memilih Zam walaupun dia telah banyak
merusakkan Utusan sebagaimana yang ditulis oleh Khalid. Khalid sepatutnya
menulis kenapa Mahathir memilih Zam walaupun Zam banyak melakukan
kerusakkan - barulah pecah terbongkar semua tembelang.
Zam memiliki sesuatu yang amat diperlukan oleh Mahathir di saat ini
kerana laman web begitu berbisa sekali. Perhatikan bagaimana Zam
menyerang Malaysiakini kerana di situ terserlah beberapa tujuan Zam
mendapat tempat di hati diktator 'baik' ini.
- Editor] |