Laman Webantu KM2A1: 5064 File Size: 2.2 Kb * |
TDPWN 15: B2 - Periskop - MB Selangor Macam Kaduk Naik Junjung? By Khalid Jafri 24/7/2001 11:34 am Tue |
Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara
[Ramai yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba Khir Toyo pun
menjadi sasaran Khalid Jafri. Ada yang berpendapat tulisan ini
bukan cetusan Khalid Jafri tetapi seseorang yang mengupah Khalid
Jafri.... kerana perjuangannya belum selesai lagi.
- Editor] (Muka surat 239-240) Tidak sampai setahun jagung jadi Menteri Besar Selangor, Datuk
Seri Dr. Mohamed Khir Toyo dikatakan sudah naik tocang, macam
kaduk naik junjung. 'Kalau tak percaya telefonlah buat temujanji sudah pasti
jawapannya mengecewakan,' kata kawan yang membawa seorang
pelabur dari Peranchis kerana hendak menanam modal di Selangor.
Beliau telah cuba beberapa kali tak dapat.
Penulispun menelefon kepada setiausaha MB Selangor bernama
Selamat Dollah. Selepas memperkenalkan diri beliau bertanaya
kasar, 'apa hal nak jumpa MB.' Saya jawab, biarlah saya bincang
dengan MB. Selamatpun terus meletakkan telefon, sehingga lebih
sebulan saya tunggu tidak ada jawapan. Bila telefon beberapa
kali tidak diangkat. Barulah saya faham. Bukan MB yang sombong, pegawai-pegawainya
yang berlagak lebih daripada MB kerana itu kita lihat ramai
pemimpin tidak popular kerana si bahalul sebenarnya macam kaduk
naik junjung. Tapi macam mana nak jumpa MB kalau tidak hubungi
balacinya? Kawan saya beritahu pelabur dari Paris itu telah
ditawarkan oleh Kerajaan Singapura membuka kilang buat peluru
dengan modal lebih 1 bilion ringgit. Menteri Besar itu dan rombongannya telah pergi ke Jerman mencari pelaburan dalam produk herba dan farmasi. Bukankah ini satu pembaziran wang rakyat? Beberapa banyak nilai pelaburan yang boleh dibawa balik di bidang ini? Saya sedang siapkan buku pembabitan korupsi dalam Negeri Selangor melibatkan ramai pegawai-pegawai kerajaan dan anggota exconya. |