Laman Webantu KM2A1: 5065 File Size: 10.9 Kb * |
FeU: Negara Yang Bermaruah?? By Dr Nologareng 24/7/2001 7:30 pm Tue |
[Mahathir sebenarnya mencipta dan memajukan tipudaya sejak
berkuasa. Kemajuan yang dicernanya lebih berbentuk silapmata
untuk menonjolkan keunggulan sedangkan negara tidak memerlukan
itu semua kerana bukan itu yang menentu maju mundurnya bangsa.
Ia hanya memajukan kroni dan kebanjiran pendatang asing sahaja.
Martabat bangsa tidak naik dengan membina menara atau mengirim
seorang dua menjelajah dunia kerana bukan disitu terletaknya maruah
kita. Kita hanya menjadi satu bangsa haprak yang ditertawakan sahaja
kerana membina dan menongnkosi sesuatu yang besar dan tidak berguna
sedangkan pulangannya (viability) hampir tiada. Jika tidak Petronas
akan membina lagi berdozen menara. Mengapa tidak itu dilakukannya?
Bukankah Petronas sedang tercekik sebenarnya?
- Editor] FeU https://members.tripod.com/e-umno/feu_alahaimm_04.html
Oleh: Dr. Nologareng Ulasan: Memang lah lidah itu tidak bertulang. Apatah lagi jika ianya
bercabang. Tentu saja kata-kata bak menanam tebu di bibir saja -
TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!!. Manis tetapi hanya tingal kata-kata.
Maruah bagi mahathir adalah kemenangan peribadinya yang berterusan
ataupun tiada langsung penentangan samada dari rakyat maupun dari
ahli partinya sendiri. Apakah ukuran maruah mahathir tatkala
merancang kemusnahan keji ke atas DSAI dengan tuduhan yang sungguh
memalukan dan menjatuhkann martabat dan maruah negara. Bagaimana
pula dengan kerosakan peribadi DSAI atas tuduhan yang sedemikian?
Pedulikah mahathir? Mahathir adalah pakar dalam mengakrobatikkan lidahnya. Selama 20
tahun kemahiran itu digunakan dan telah berjaya mendoktrinkan
Melayu Pelupa dalam Umno. Segala kata dan hujahnya umpama SABDA
junjungan bagi mereka. Beliau menggunakan material sebagai umpan
dan juga alat menjerut temali kerandut mereka. Akhirnya jiwa dan
roh mereka tergadai kepadanya. Mereka menjadi abdi yang berlumba
mengambil hati dan menjilatnya demi emas sebahara.
Bagaimana boleh kita menerima dan menyanjung orang yang sentiasa
saja berbohong dan berdusta dalam kapasiti seorang Menteri
Perdana. Seorang Umarak sepertinya tidak boleh melakukan kesalahan
dan berbohong kepada rakyat sepertimana seorang raja kelentong.
Seorang yang bermarwah mesti berani bertanggungjawab atas segala
perlakuannya dan tidak meletakkannya ke atas bahu orang lain. Dr
Mahathir amat berlawanan dari apa yang diucapkannya.
IKUT APA YANG SAYA SURUH, JANGAN IKUT APA YANG SAYA BUAT!!!
Beliau sentiasa menyuruh rakyat terutamanya ahli Umno untuk
berkorban dan tidak menyalahkan orang lain. Pengorbanan diikuti
usaha yang bersungguh adalah kunci kebahagiaan. Itu katanya,
apakah beliau juga melakukan apa yang diarahnya?. TIDAK - Mahathir
hanya umpama SIKETAM yang menyuruh anaknya berjalan betul, sedang
ia sendiri mengesot ke tepian - membaham segala harta dan khazanah
milik rakyat. Golongan yang UNTUNG hanyalah kaum keluarga dan
kroni rapatnya!! Melalui kuasa yang ada pada Menteri Perdana,
beliau mencurangi AMANAH. Ironisnya Mahathir adalah seorang yang sangat suka menyalahkan
orang lain dalam sejarah 20 tahun pemerintahannya. Telunjuknya
akan segera menuding mencari kambing hitam. Memang dia suka orang
lain berkorban untuk dirinya. Pergolakan politik dan ekonomi yang
berlaku dalam negara semuanya disebabkan oleh orang lain. Kalau
masalah politik, ditudingnya pembangkang atau ahli parti yang
tidak sehaluan. Manakala kejatuhan ekonomi pula George Soros yang
menjadi petualangnya. Sebolehnya dia mahu rakyat jelata terus menerima apa saja alasan
yang diberikannya sepertimana ahli Perwakilan Umno mengangguk dan
menepuk gembira segala apa yang beliau dustakan, hatta menghina,
mencerca dan memalukan bangsa mereka sendiri. Sepatutnya sebagai
politikus yang di ambang senja, ia mesti mengambil tanggung jawab
mengaku kesilapan pentadbirannya sehingga negara ditimpa malang!-
bukan sepertimana yang diceramah oleh beliau di hadapan Perwakilan
gembalaannya itu. TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT!!!!
PETAKA EKONOMI MENYERLAHKAN KERAKUSAN MAHATHIR & KRONI
Selama 10 tahun terakhir pemerintahannya, kita diwar-warkan dan
disogok dengan berita dan projek kemajuan untuk rakyat dari
kerajaan yang perihatin-kununnya!. Dia juga menekankan peri
pentingnya kemajuan itu dicapai sehingga meletakkan ?deadline?
Was-was 2020. Lalu berkumandanglah lagu, sajak, iklan serta
cenderamata sebagainya yang menghebahkan minda dan iltizam tinggi
Menteri Perdana. Kita rakyat jelata, kata itu semua AUTA belaka!!!
Pembangunan apa pun mesti bermula dari prasarana yang cukup
lengkap dan tegap. Tetapi Menteri Perdana telah berauta sehingga
seluruh rakyat Umno menjadi tinggi cita-cita. Lalu dihantar
pelbagai rombongan dan ekspedisi untuk nampak rakyat selari dengan
wawasan yang hebat tak terperi!! Gunung Everest, Kutub Utara dan
pelayaran SOLO Azhar Mansur (khabarnya MURTAD di lautan) digunakan
sebagai hujah negara sudah bersedia berdiri sama tinggi dengan
negara maju!! Kemudian menganjur pula Sukan Komanwel dalam keadaan
EKONOMI SEWEL!! Sebenarnya Menteri Perdana hanya sebuah 'peti nyanyi' cuma!!
Rakyat Umno belum tahu cerita sebenarnya. Yakuza, Chinese Triad,
Mossad dan sebagai berdiri dibelakangnya - seraya memerah kerandut
'anu'nya! Lalu terhasillah pelbagai projek dan rencana. TIDAK
PERCAYA??? Kita sambung cerita?.. Kenapa dengan DAYA BUMI, MENARA KL, MENARA KEMBAR KLCC, LITAR F1,
PUTRAJAYA dan sebagainya? Apakah negara tidak cukup maju jika
tidak ada PROJEK GAJAH PUTIH itu? Rakyat malaysia tidak malu
sekiranya antena radio diletak atas bukit bukannya Menara KL.
Singapura tidak mundur walau tidak punya Litar lumba FI malah
meninggalkan kita jauh dari sudut ekonomi. Apakah kita ke belakang
jika tak punya KLCC?? Apakah syarikat minyak Exxon di Amerika
Syarikat tidak cemerlang kerana pejabatnya tidak mencakar langit??
Apalah hebatnya segala projek yang dibuat itu akhirnya menyebabkan
negara BERHUTANG dengan jumlah yang mengerikan itu!!??
Apakah pula keuntungan untuk rakyat yang memerah keringat
menyumbang kepada pendapatan negara? Nelayan, petani, buruh kasar
dan sebagainya adalah tenaga tulang empat kerat yang saban hari
berbakti mengumpul kekayaan negara. Apakah kerajaan menyediakan
biasiswa seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan? Apakah
kerajaan tidak boleh menyediakan perkhidmatan kesihatan dan
perubatan secara percuma?? Besar sangatkah nilai duit itu sehingga
membiarkan rakyat yang malang menjadi pariah dalam akhbar memohon
belas ehsan???? Kita bertanya SIAPA pula yang memperolehi
kebahagiaan dari projek-projek tersebut???
MAHATHIR TERJERUT KERANDUTNYA Bermodalkan buku Delima melayu yang asalnya berbahasa Inggeris dan
cerita-cerita kebajikan kliniknya serta peranan kitul-kitul
balacinya memberi laluan yang mudah dan senang untuk dia
bertakhta. Tidak pernah ia bertanding secara lelaki tulin.
Peristiwa pertembungan dengan KU LI menjadi hujahnya.
Namun dalam kelicikan yang sebegitu pun, Mahathir akhirnya
terjerat dengan permainan politik antarabangsa. Kunun dengan dasar
Pandang ke Timur akan menaikkan martabat ekonomi negara. Akhirnya
yang berlaku ialah kita terjerut dengan Samurai dan yakuza! Apa
pentingnya Menara KLCC, kalau bukan untuk memunggah khazanah untuk
Jepun dan Korea serta seorang dua PENGKHIANAT negara termasuk
dirinya. (Jangan lupa anaknya Mirzan mendapat kontrek perabut di
bangunan tersebut melalui syarikat Artwright!!) Apa berlakukah
pemindahan Teknologi seperti yang diwar-warkan?? Bukankah semua
pekerja itu adalah BURUH ASING dari Indonesia, Burma dan
Bangladesh!!!?? Banyak cerita yang menyedihkan berlaku kepada
pekerja Bumiputra di situ. Bukankah mengarut dan HAPRAK Menteri Perdana Malaysia??!!!
Dia sendiri yang mengarah ahli parti untuk tidak menyalahkan orang
lain! Bagaimana pula sikap dan tindak-tanduknya setelah pemecatan
DSAI? Sampai naik majai dibuatnya ketika menonton televisyen
nasional terutamanya rancangan berita. Asal ada saja Perhimpunan
Ahli Umno atau majlis anjuran KERAjaan yang mendapat liputan
media, habis dibantai dan diseranahnya Barisan Alternatif dan juga
Anwar Ibrahim. Dia meminta rakyat menghormati demokrasi, tetapi dia sendiri yang
mencela dan mencemuh rakyat Kelantan dan Terengganu apabila mereka
memilih Barisan Alternatif. Bagi Diktator keparat yang macam ini,
sistem demokrasi HANYA selagi kemenangan berada di pihak BN. Sebab
itulah dia sering melaungkan akan ketidakcekapan pehak Alternatif.
Dia sering mengatakan hanya BN yang layak memerintah dan huru-hara
akan berlaku jika BA menang. Jika sebaliknya berlaku iaitu barisan Alternatif menang, habis
punah segala peruntukan demokrasi akan dilanggari dan ditutup
salurannya. Pembatalan Royalti minyak, subsidi petani dan berbagai
lagi keonaran dibuat oleh Menteri Perdana bernama mahathir A/L
Mohamed Iscander Kutty. Dia tidak takut dan gentar walau melanggar
Perlembagaan kerana PDrM adalah balaci dan anjing tunggangannya -
Norian Mai adalah seekor Rotweiller yang telah diupah dengan lesen
stesen minyak dan sebagainya. Begitu juga Rahim Nor!! Apatah lagi
Hanif Omar yang kini menjawat Penghulu Besar casino di Genting
lantaran tidak berjumpa ayat AlQuran mengharamkan judi!!
Kemunduran Orang melayu yang terjadi sekarang adalah kerana dasar
pemerintahan Mahathir sendiri yang secara halus memastikan Melayu
lemah, sepertimana juga langkah yang dilakukan British dulu.
Dengan itu senanglah diumpan dan dipergunakan semaunya. 20 tahun
suatu tempoh yang amat lama dalam pemerintahan, namun dia masih
belum puas dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Apa
lagi yang dia mahu? Sebuah tugu ingatan sebagai Menteri Perdana
yang HAPRAK?? Hmmm??. Dr Nologareng |