Laman Webantu KM2A1: 5067 File Size: 9.0 Kb * |
TAG SP 223: Nakhoda Yang Ternoda [Recession] By Harun Rashid 24/7/2001 8:43 pm Tue |
[Mahathir seperti begitu takut untuk mengakui bahawa negara
sudahpun meleset buat kali yang kedua. Kerapkali dia memberi
angka yang lebih tinggi dan terlalu optimis sedangkan itu bukan
markah sebenar prestasi ekonomi negara. Patutlah banyak syarikat
kroni yang terkena. Dengan tidak mengakui kesalahan sendiri kita akan condong melakukan
kesalahan itu sekali lagi. Itulah yang berlaku sekarang ini. Renong
kini dihantui masalah hutang yang memeningkan sekali sehingga menggugat
ekonomi negara. Hutang itu tidak pulih pun ketika ribut dulu sudah reda
kerana wang boleh diambil lagi seikut suka tanpa membayarnya. Lagipun
lihatlah siapa yang memegang semua rekodnya... semalam Mahathir berkata
isu Renong tiada kaitan dengan kepincangan apa-apa!
Kesian rakyat Malaysia asyik tertipu sahaja.....
- Editor] (Captains Incapable) Oleh: Harun Rashid Secara keseluruhannya, pelantar geladak ekonomi sepatutnya tidak
terjungkang-jungkit mengikut ragam mainan ombak percaturan nasib, tetapi
seharusnya terus menghadapi gelombang yang lebih besar, yang turun dan naik
mengikut kuasa putaran purnama, angin perniagaan dan pasang surutnya.
Bukan mudah menjadi seorang jurumudi kerana seseorang nakhoda itu memerlukan
kepintaran mentafsirkan pergerakan awan dan angin sebagai pertanda
kemunculan bahaya yang datang bermain. Isyarat awal kalau dapat dikenali
segala tandanya mampu memberikan masa yang selesa untuk bersiap sedia.
Seandainya kelengkapan kapal tidak sempurna adalah masa menyelinapkan kapal
mencari perlindungan. Si nakhoda mesti berani mengakui kesilapan yang lalu
kerana kedegilannya boleh membahayakan awak-awak dan kapal itu. Seorang
nakhoda yang memelihara egonya akan menghadapi banyak bahaya. Tetapi lebih
bahaya lagi minatnya memasung sesiapa yang tidak disukainya kerana mereka
suka bertanya ataupun menentangnya. Itu sebabnya tidak ada kesan tapak kaki
mereka yang menyuap segala jerung selama ini.
Dalam bidang ekonomi, kedudukan suasana selalunya bergantung kepada wawasan
apa yang digunakan untuk dianalisa dan dicongakkan. Mereka yang mencongak
sentimen pembekal dan pengguna mempunyai rekod kepintaran meramalkan
perlakuan ekonomi di masa depan, sambil membayangi segala lakonan dan mainan
kelentongan para pemimpin politik yang gemar membuatkan penafian. Temu bual
setempat dikira lebih berkesan kerana memberikan gambaran yang lebih jelas
keadaan sebenar perniagaan. Di Malaysia, cuma ada seorang nakhoda yang juga seorang perdana menteri yang
mengendalikan segala sumber negara mengikut nafsu-nafsi. Dia mempunyai
seorang pembantu, yang sudah diketepikan, dan dulu diberi tugas menjalankan
kerja harian mengendali jabatan kewangan. Kini semua buku kira-kira
perbelanjaan negara dan juga parti sudahpun diserahkannya. Buku cek dan
penyata kira-kira itu tidakpun diaudit tetapi sudahpun diserahkan kepada
presiden parti yang juga menjadi perdana menteri. Memang tidak pernah
dilaksanakan sebarang audit kepada khazanah negara ataupun halehwal parti
politiknya. Perdana menteri memang terkenal oleh sejarah sebagai seorang peniaga yang
suka berniaga besar, dengan jumlah wang yang besar-besar sehingga terkenal
sebagai seorang kaki judi dengan modal yang besar. Kemenangannya tidak
seberapa berbanding kerugian terlalu besar yang bertaraf mega.
Tidak ada rakyat lain di Malaysia ini yang pernah kerugian lebih besar
daripada perdana menteri. Jumlah wang yang dihamburkannya untuk ketuanan
politiknya, pelbagai projek mega, apabila dicampurkan dengan segala
pelaburan yang tinggi-tinggi risikonya, memang menakjubkan pihak yang
menelitinya. Dia mempunyai alasan yang menakjubkan juga bagi setiap kerugian
yang dialaminya. Dia menuduh penyangak mata wang yang pelahap katanya,
sedangkan dosa sebenar mereka ialah bertaruh menentangnya. Dia juga menuduh
orang Melayu sebagai malas dan dungu sehingga menyebabkan kerugiannya itu.
Memang dia tidak menyukai mereka seperti juga mereka membencinya. Tetapi,
dia menganggap penduduk yang lain itu sama ada ahli keluarga, para kroninya,
kumpulan komunis ataupun pengganas yang bermazhab yang mahu
menggulingkannya. Inilah dia seorang gila yang memegang kemudi kapal. Inilah bajingan yang
tidak pernah jelas pandangannya akan daratan di depan. Dia lebih gemar
menyauk wang daripada peti khazanah untuk dihambur ke dasar laut, seolah-olah
itulah minyak ajaib yang mujarab, sambil memberi ingatan kepada awak-awak
kapal bahawa itulah caranya orang yang pandai menyelamatkan kapal dihentam
badai. Setiap kali mulutnya terbuka, dia akan berkata itulah kapal yang
memang perkasa yang dibikin dengan teknologi lama yang tidak berguna untuk
melawan serangan badai yang ada, sedangkan gelombang yang datang bukan main
tinggi dan kuat pukulannya. Dia tidak pernah mahu mengaku bahawa dialah
penyebab segala kegagalan dan kerugian, menafikan betapa sifatnya yang suka
berjudi besar membahayakan kapal kerana pelayaran yang jauh tersasar.
Dia tidak pernah membuat persiapan siapakah nanti yang akan muncul sebagai
pengganti. Dia tidak mahu melantik seseorang yang dianggap akan bangun
menentang. Itu sebabnya kapal tidak ada ketua pelapis, hanya dianggotai oleh
awak-awak yang berusia tua. Inilah kumpulan manusia yang makanpun tak habis,
teringatkan kapal-kapal lama yang banyak pecah berkecai kerana teknik
pelayaran yang usang dan terlalu hancai bila dihentam badai. Inilah dia
nakhoda sewel yang tidak ada kepintaran menyelamatkan kapal, tetapi
disebabkan kesombongan memikirkan dirinya kebal, mahukan kesetiaan yang
mutlak daripada awak-awak yang bebal dan ketakutan bila ditempelak.
Tetapi pada kali ini, pertaruhannya amat tinggi sekali. Pertanda di angkasa
sudahpun mengeluarkan isyaratnya. Apa yang dianggap tiupan bayu
berkemungkinan bertukar menjadi taufan yang menderu. Amaran cuaca mengatakan
keadaan lega sahaja, bererti kehilangan peluang yang ada, sedangkan itulah
punca segala taufan di mana ketenangan sementara akan menandakan taufan
besar yang kunjung melanda. Memang tidak mudah mentafsirkan ketenangan yang
kelihatan lega kerana bayu yang tidak menderu melekakan pandangan terhadap
pergerakan kecil yang senyap dan tidak menentu.
Demikianlah takdir bahtera itu, semakin kehilangan arah-tuju apabila angin
enggan berlalu. Biarkan nakhoda terjerit dan terlolong, biarkan dia
menyumpah-seranah atau berbohong, biarlah dia merayu kepada bayu untuk
datang menolong. Rantai besar yang semakin melilit lehernya tidak akan
melepaskan jerutannya. Dia memang sedar akan semua bahaya itu. Itu sebabnya seisi keluarga dan para
sahabat sudahpun dihantar ke daratan dengan menggunakan perahu penyelamat.
Namun, dia masih berani berdiri tegak di lantai geladak. Sambil menjerit ke
kiri dan kanan dengan panji-panji berkibaran di tangan dia melalak mahukan
semua saham awak-awak yang masih boleh dibeli dengan duit yang banyak.
Kebanyakan awak-awak itu akan pulang ke kampung halaman mereka. Apakah yang
akan jadi kepada nakhoda yang semakin keras kepala? Dia semakin bertegas
mahu tetap berada di atas bahtera. Dia akan berseorangan dalam kamar
nakhodanya sambil diawasi oleh beberapa khadam yang sudah lama dikasi anunya
untuk terus kekal setia kepadanya.
Tamat Sambungan penterjemah: (Mereka akan kekal menunggu, sampai bila tidak sesiapa yang tahu. Walaupun
si nakhoda mati kematu sendirian di situ. Tidak ada yang mendengarnya
terlebih dulu kerana riuh-pekuk bunyi bayu yang berlalu).
Terjemahan: SPAR-05-017 FeU Baru: https://members.tripod.com/e-umno/
Link Reference : Harun Rashid Worldview: Captains Incapable |