Laman Webantu KM2A1: 5068 File Size: 14.8 Kb * |
TAG SP 224: Pindaan Daftar Pengundi Bakal Menghakis Hak Demokrasi By Mavis Puthucheary 24/7/2001 10:03 pm Tue |
[Apa yang menarik SPR dilapurkan telah membersih lebih setengah
juta pengundi hantu pada bulan November lalu. Mengapa itu tidak
dilakukan sebelum pilihanraya umum dulu? Apakah SPR terlalu sibuk
sehingga ia tidak mampu membuang pengundi hantu? Kes ini sudah
lama tetapi dibiarkan sahaja kerana tiada hakim berani mencabarnya
sehinggalah Likas menjelma. Dengan meminda perlembagaan kerajaan akan memberikan imuniti kepada
SPR sedangkan rekod khidmat SPR begitu diragui. Malah sikap SPR di
Likas baru-baru ini masih mencurigai. Langkah ini akan menghakis
demokrasi kerana SPR tidak boleh dipertikaikan lagi walaupun memang
ujud pengundi hantu nanti. Sepatutnya kerajaan memberi kuasa yang
lebih kepada mahkamah bukannya kepada pihak yang ditegur mahkamah.
Nampak sangat BN begitu terdesak dan termalu oleh kes Likas sehingga
ia mahu mengunci terus mahkmamah agar tidak dapat menempelaknya lagi.
- Editor] Terjemahan: SPAR-09-022
(Amendment to electoral roll will erode democratic rights)
Oleh: Mavis Puthucheary Seandainya pindaan tersebut diluluskan, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) yang berhak untuk menentukan siapa yang mengundi dan siapa yang
tidak boleh mengundi. Sesiapa sahaja dari kita yang layak mengundi dan
mendapati nama masing-masing hilang dari daftar pengundi, tidak akan
dapat mencari penyelesaian di mahkamah undang-undang. Sebaliknya,
daftar tersebut mungkin mengandungi nama-nama mereka yang tidak layak
mengundi. Kejanggalan di dalam daftar pengundi telah dikenalpasti bukan sahaja
oleh parti-parti pembangkang malah di dalam kerajaan dan SPR sendiri.
Pada 1 Febuari 1995, Perdana Menteri sendiri menyatakan dalam laporan
The New Strait Times bahawa prosedur menyelaraskan pendaftaran
nama-nama pengundi perlu dikaji semula bagi memastikan keadilan. Pada
masa itu, sejumlah 4500 nama-nama tambahan yang ditemui telah
dimasukkan ke dalam daftar pengundi negeri Kelantan. Didapati bahawa
'perilaku yang tidak bertanggung jawab itu dilakukan oleh seorang
individu, tetapi tiada tindakan boleh dikenakan kerana nama yang
tercatat di borang-borang adalah palsu'. Pada masa yang sama, nama-nama
yang didapati hilang dari daftar pengundi itu didakwa sebagai nama
ahli-ahli UMNO. Menjawab satu soalan yang diajukan kepada beliau, Dr. Mahathir Mohamad
tidak menafikan kemungkinan terdapat orang dalam yang terlibat
memandangkan sesetengah kakitangan mungkin mempunyai fahaman politik
mereka sendiri. Kewujudan pengundi-pengundi hantu iaitu mereka yang
mengundi menggunakan kad pengenalan orang yang telah meninggal dunia
atau menggunakan kad pengenalan palsu, telah menjadi satu masalah yang
diketahui ramai dan berbagai usaha telah dibuat bagi membendung
bilangan pengundi-pengundi hantu yang berleluasa.
Dalam bulan November tahun lalu, pengerusi SPR yang akan tamat tempoh
jawatannya melaporkan bahawa beliau telah membersihkan daftar pengundi
dari 570,000 nama, di mana 224,000 darinya terdiri dari
pengundi-pengundi hantu yang telah meninggal dunia (NST, 12 Nov.2000).
Di Sabah sahaja pihak SPR telah membuang lebih dari 81,000 pengundi
hantu dari daftar pengundi selepas ia menggunakan talian terus (online)
untuk berhubung secara langsung dengan Jabatan Pendaftaran Negara (NST,
10 Nov. 2000). Hanya selepas desakan yang kuat dari umum berkaitan dengan
pengundi-pengundi hantu yang berleluasa barulah SPR bersedia untuk
mengkaji masalah tersebut. Tanpa tekanan ini, tidak ada jaminan bahawa
SPR akan menjalankan usaha untuk membersihkan daftar pengundi terutama
sekali apabila perkara tersebut berada di luar bidang kuasa mahkamah
nanti. Hujah-hujah seterusnya dari Datuk Rais Yatim, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri bagi menghalalkan pindaan tersebut adalah ia perlu
dilakukan untuk mengekalkan imej dan kewibawaan SPR sebagai satu badan
yang bebas dan berkecuali. Hakikatnya adalah di sebaliknya. Pada masa-masa lalu walaupun kebebasan
SPR telah terhakis, kewibawaannya sebagai badan berkecuali tidak
terjejas ke tahap yang serius. Sekalipun masalah-masalah berkaitan
dengan nama-nama pengundi yang hilang dan pengundi-pengundi hantu telah
berlaku dari masa ke semasa, kewujudan mahkamah rayuan sebagai jalan
terakhir untuk digunakan oleh mereka yang berpendapat pilihanraya tidak
berjalan dengan adil, telah menyumbang kepada keyakinan masyarakat umum
terhadap pilihanraya. Kecacatan dalam daftar pengundi telah diterima dengan fikiran terbuka
sebagai kesilapan manusia yang tidak dapat dielakkan manakala keputusan
pilihan raya telah dapat diterima oleh kebanyakan rakyat, dan ini
bukanlah satu sumbangan yang kecil terhadap kestabilan politik yang
dapat dinikmati oleh negara ini. Apabila pindaan itu diluluskan, walau bagaimanapun, sudah pasti
kewibawaan SPR sebagai satu badan berkecuali akan terjejas dengan teruk
dan menimbulkan kesan yang serius terhadap sistem demokrasi kita yang
sudah lemah itu. Mungkin inilah masanya untuk menilai semula sistem pilihanraya sebagai
satu kaedah untuk megesahkan kuasa pemerintahan. Walaupun Perlembagaan
Persekutuan telah memperuntukkan seorang pengerusi bebas bagi SPR yang
menikmati jaminan keselamatan sepanjang tempoh jawatan tersebut
disandang dan beberapa perlindungan dari manipulasi politik, setelah
beberapa tahun pindaan-pindaan dibuat terhadap Perlembagaan telah
mengurangkan kuasa dan kebebasan pengerusi tersebut.
Pesuruhjaya-pesuruhjaya yang sebelum ini memegang jawatan tersebut
sehingga mencapai umur 65 tahun kini terpaksa menunggu kelulusan badan
perundangan terhadap perlantikan mereka di mana, dalam sistem
berparlimen kerajaan, ia bermakna kerajaan yang memerintah sekarang.
Oleh kerana tidak berlaku sebarang pertukaran kerajaan pada peringkat
pusat, ini bermakna bahawa perlantikan pengerusi SPR dibuat oleh
pemimpin-pemimpin parti yang berkuasa.
Setelah beberapa tahun parti yang memerintah berjaya memperolehi
majoriti dua pertiga bagi membolehkannya meminda Perlembagaan, maka
adalah tidak mustahil juga buat parti yang memerintah untuk meminda
Perlembagaan bagi mengurangkan lagi kuasa-kuasa SPR. Kini bukan SPR
yang menentukan bilangan kerusi-kerusi di dalam setiap negeri
berdasarkan populasi atau bagaimana persempadanan pilihanraya perlu
dibuat, tetapi parlimen. Sehingga kini, walau bagaimanapun, pertikaian berkenaan dengan kejituan
dan kesahihan daftar-daftar pengundi dan cara pilihan raya dilaksanakan
telah diserahkan kepada budibicara mahkamah. Dengan pindaan ini, kuasa
mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian seperti ini akan dilenyapkan.
Di dalam konteks ini ia boleh dilihat sebagai satu lagi usaha untuk
membunuh sistem demokrasi kita.
Di atas semua alasan-alasan ini kita perlu mengambil apa juga langkah
bagi menghalang pindaan ini dari diluluskan. Ini bukan hanya melibatkan
perkara politik atau prosedur. Ianya amat penting kepada keseluruhan
sistem demokrasi kita dan kestabilan politik yang kita telah kecapi.
Sekiranya tidak ada keyakinan terhadap cara demokrasi kita untuk
memilih pemimpin-pemimpin, adalah membimbangkan seandainya mereka yang
terkilan menggunakan cara yang tidak berpelembagaan untuk menyuarakan
bantahan mereka. Terdapat banyak contoh di sekeliling kita yang
memperlihatkan bahawa apabila keyakinan rakyat terhadap sistem politik
telah terhakis, keganasan dan berbagai bentuk sikap politik yang tidak
diingini akan tercetus. Asal: Malaysiakini Saturday July 21 Amendment to electoral roll will erode democratic rights
By: Mavis Puthucheary Petaling Jaya 5:33pm, Sat: According to The Sun newspaper on Thursday, the
government plans to amend the Federal Constitution to make it
illegal for anyone to challenge the accuracy of the electoral roll in
the future. Not only will it not be possible for the electoral roll for the Likas
by-election to be challenged in a court of law, but we will not be
able to challenge all future registers of voters.
If such an amendment is passed, it will be left to the Elections
Commission to decide who can vote and who cannot. Those of
us who are qualified to vote may find our names missing from the
register and will not have any recourse in a court of law. In
contrast, the register may contain names of persons who are not
qualified to vote. Irregularities in the registration of voters have been recognised
not only by the opposition parties but even within the
government and the Elections Commission.
On Feb 1, 1995, the Prime Minister himself stated in a New
Straits Times report that procedures governing the registration
of voters needed to be reviewed to ensure fairness. At that time,
it was discovered that 4,500 extra names had been added to the
Kelantan state register. It was discovered that "the irresponsible
act was the work of one person, but no action could be taken as
the name in the forms was false". At the same time it was claimed
that names of Umno members were missing from the electoral
rolls. To a question put to him, Dr Mahathir Mohamad "did not deny
the possibility of an inside job since some officers may have their
own political inclinations". The existence of phantom voters, that
is, persons voting using identity cards of dead persons or using
fake identity cards, has been a problem that is well known and
various efforts have been made to reduce the extent of phantom
votes. In November last year, the outgoing chairperson of the Elections
Commission reported that he had cleansed the electoral rolls of
570,000 names, of which 224,000 consisted of deceased voters
(NST, Nov 12, 2000). In Sabah alone the Commission had struck
off from the electoral rolls the names of more than 81,000
phantom voters after it went online with the National
Registration Department (NST Nov 10, 2000).
It was only after considerable public concern was raised over the
extent of phantom voters that the Elections Commission was
forced to look into the problem. Without this pressure, there is
no guarantee that the Elections Commission will make the effort
to clean up the electoral rolls especially as the matter will now be
outside the jurisdiction of the courts.
The argument advanced by Datuk Rais Yatim, minister in the
Prime Minister's Department for the amendment was that it was
necessary in order to preserve the image and credibility of the
Elections Commission as an independent and neutral body.
In fact, the reverse is true. In the past although there has been
some erosion in the independence of the Elections Commission,
its credibility as a neutral body has not been seriously
undermined. Although problems with regard to missing voters
and phantom voters have occurred from time to time, the fact
that the courts have provided a final court of appeal for those
who have felt that the elections have not been fair has
contributed to public confidence in the elections.
Glitches in the electoral roll have been accepted in good faith as
genuine human errors and the outcome of the elections has been
accepted by the majority of people, contributing in no small way
to the political stability that the country has enjoyed.
Once the amendment is passed, however, there is a real danger
that the credibility of the Elections Commission as a neutral body
will be seriously undermined with serious consequences to our
already frail democratic system. Perhaps this may be the time to take stock of our electoral
system as a means for legitimating power. Although the Federal
Constitution provided for an independent chairperson of the
Elections Commission who enjoyed security of tenure and some
protection against political manipulation, over the years
amendments to the Constitution have reduced the chairperson?s
powers and independence. Commissioners who previously held office until they reached the
age of 65 years now have their appointment subject to the
approval of the legislature which, in a parliamentary system of
government, means the government of the day. As there has not
been any change in government at the federal level, this has
meant that the appointment of the chairperson of the Elections
Commission is made by the leaders of the party in power.
Over the years with the success of the ruling party in gaining the
two-thirds majority necessary to amend the Constitution, it has
been possible for the ruling party to amend the Constitution to
reduce further the powers of the Elections Commission. Now it
is not the Elections Commission which decides the number of
seats in each state according to the population or how
constituency boundaries are to be drawn, but Parliament.
Until now, however, disputes with regard to the accuracy and
genuineness of the electoral rolls and the conduct of the
elections have been left to the courts. With this amendment the
powers of the courts to settle disputes of this nature will be
taken away. In this context it can be viewed as yet another nail in
the coffin of our democratic system. For these reasons we need to take whatever action to resist the
passing of this amendment. This is not purely a political or
procedural matter. It is fundamental to our whole democratic
system and the political stability that we have enjoyed.
If there is no trust in the democratic way we choose our leaders,
there is a real danger that those who feel aggrieved will resort to
non-constitutional means to register their protest. We have
enough examples around us of how the erosion of public
confidence in the political system can bring about violence and
other forms of undesirable political behaviour.
|