Laman Webantu KM2A1: 5082 File Size: 16.4 Kb * |
TAG SP 226: KQ - Pengambil-alihan UEM Yang Penuh Ilusi By Kim Quek 26/7/2001 7:13 pm Thu |
[Pengambil-alihan UEM nampak sahaja baik tetapi ia
ia sebenarnya terselit maksud untuk menyelamatkan Halim
Saad dari tercekik oleh hutangnya itu. Sebab itulah
Sheriff sengaja tidak menjawab soalan itu. Ini menunjukkan
tiada ketelusan kerana ada muslihat yang terancang.
Kes ini menunjukkan penswastaan ciptaan dan wawasan Mahathir
telah memudaratkan negara. Syarikat gagal diurus sebaiknya
kerana tiada tekanan jika tersesak di mana-mana kerana kerajaan
akan datang membantunya jua. Sepatutnya kepincangan seperti
pemberian tender dan wang pinjaman itu dikaji agar ia tidak
berulang kembali. Tetapi Mahathir takkan ke situ kerana dia
pun tumpang sekaki. Jika tidak dia takkan bersahabat sebegitu
lama dengan Daim dan cuma berpisah bila kebisingan itu sudah
tidak dapat dibendung lagi... (Illusions From UEM Takeover) Oleh: Kim Quek [Catatan Penterjemah: Inilah yang disebut oleh Qalam Kencana
sebagai projek Tikus Mahathir membaiki labu.....!!!!]
Kerajaan telah sengaja memacu pergerakan pasaran saham
dengan kiasan bahawa usaha pengambil-alihan UEM-Renong
adalah usaha pemulihan segala penyakit yang menghenyak Bursa
Saham Kuala Lumpur, selama ini. Dengan memomokkan Halim Saad dan menggembar-gemburkan
kepincangan Kumpulan Renong sebagai lambang kronisma
Malaysia, Mahathir merencana untuk menarik kembali minat
para pelabur agar yakin bahawa keadaan sudah semakin pulih,
sebaik sahaja Halim dipengapkan dan UEM-Renong dikekang di
bawah penguasaannya. Pelbagai isyarat sudahpun dikeluarkan
bahawa segala gelagat memanjakan segelintir taikun dan
hartawan sudah sampai ke zaman penamatnya. Ini adalah satu
isyarat betapa kerajaan sedang mencuba mengamalkan ketelusan
agar para pelabur merasa lega untuk melabur dengan selesa.
Sebenarnya Halim hanya merupakan seorang proksi kepada pihak
yang lebih berkuasa di atasnya dan sudah tentu tidak
merupakan kunci rahsia untuk menyelesaikan masalah yang ada.
Lagipun kronisma tidak mudah berlalu begitu sahaja melainkan
wujud perubahan yang besar dalam dasar kerajaan menguruskan
aset dan sumber yang ada di negara.
Sebagai awalan, amalan memberikan kontrak kerajaan yang
lumayan dan projek penswastaan yang beribu juta harganya
tanpa tender yang sempurna seharusnya digantikan dengan
tender terbuka yang disaluti peraturan tertentu; dan Badan
Pencegah Rasuah mestilah dipindahkan daripada dikuasai oleh
Perdana Menteri kepada sebuah institusi kerajaan yang
benar-benar bebas, yang dilengkapi dengan kuasa perundangan
yang mencukupi dan bertanggungjawab hanya kepada Parlimen.
Tanpa beberapa perubahan di atas, segala tindakan memomokkan
Halim dan penstrukturan UEM-Renong akan hanya dilihat
sebagai satu bentuk PR ataupun usaha seranta untuk
mendapatkan sokongan untuk menggiatkan pasaran saham.
Keadaan adalah lebih dahsyat daripada itu. Ini adalah satu
usaha menyelindungi niat sebenar untuk menyelamatkan Halim
sekali lagi. Kali ini, bom asap dilontar untuk menyamar
usaha menyelamatkan beliau daripada membelanjakan berbilion
ringgit secara begitu sahaja (selama ini kita jangan lupa
bahawa dia hanya merupakan khadam suruhan yang memegang
proksi sahaja). Mengikut satu perjanjian pada awal 1998 dulu
Halim dikehendaki melunaskan perjanjian 'put option' yang
dipersetujuinya untuk membeli 32% saham Renong daripada UEM
pada harga yang dipersetujui ketika itu secara tunai
bernilai 3,200 juta ringgit (3.2 bilion ringgit, TUNAI).
Perjanjian ini adalah satu bencana besar kepada Halim kerana
harga pasaran 32% saham Renong sekarang hanya bernilai 600
juta ringgit berasaskan harga penutup pada RM 0.80 sesaham.
Ini bererti Halim akan kerugian sebanyak 2.6 billion
ringgit. Kini, muncul pula jentera pelaburan kerajaan Khazanah
Nasional yang membuat tawaran untuk mengambil-alih UEM
dengan syarat penerimaan tawarannya itu tidak kurang
daripada 90%. Tawaran ini bertujuan memudahkan pengunduran
UEM daripada penyenaraian, sekaligus memudahkannya lenyap
daripada radar penelitian orang awam.
Senanglah kerja-kerja UEM memberikan kemudahan kepada Halim
untuk dikecualikan daripada menepati perjanjiannya itu, dan
dengan demikian menyelamatkan beliau daripada melunaskan
berbilion wang tunai dan menanggung kerugiannya.
Apabila dikemukan soalan penting apakah kemungkinan Halim
akhirnya diminta juga melunaskan put-option seandainya
pengambilalihan Khazanah itu berjaya, Sheriff Kassim,
Pengarah Urusan Khazanah telah bertindak memberikan
jawapannya yang merewang-rewang. Dia cuma mampu memberikan
jawapan bahawa perkara itu akan ditangani pada satu hari
nanti. Mahathir ternyata lebih berterus terang dalam isu
ini. Dia telah dilaporkan oleh akhbar yang mencetuskan
soalan sama ada Halim akan bertanggungjawab melunaskan
perjanjian put-option yang merupakan bebanan hutang itu.
Mahathir telah menjawab: 'kalau kita ambil-alih, saya fikir
kita ambil-alih hutang itu sama. Takkan kita ambil-alih aset
dan tidak ambil-alih hutangnya.' (Straits Times 24th Mei).
Ini bererti Mahathir sudahpun memberikan penentuan betapa
Halim tidak perlu memenuhi janjinya dengan UEM.
Kalaulah niat sebenar bukannya menyelamatkan Halim seperti
yang dinafikan oleh pihak yang berkuasa, kenapakah Khazanah
bertegas agar UEM ditarik daripada penyenaraian di BSKL?
Alasan rasmi bahawa cadangan itu bertujuan memudahkan
kerja-kerja penstrukturan adalah alasan haprak yang tidak
boleh diterima-pakai. Lagipun, setiap kerja yang mematuhi
peraturan bursa saham dan hukum-hakamnya akan hanya
memanjangkan tempoh penstrukturan itu dan tidak menyekatnya.
Sebaliknya banyak perkara yang menyeronokkan akan dinikmati
apabila pengambilalihan itu dihadkan kepada kuasa menguasai
syarikat sambil memeram status penyenaraiannya. Selain
menjimatkan beribu juta wang rakyat marhaen (kini
dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion) proses penstrukturan yang
menyeluruh boleh dijadikan contoh pemulihan keyakinan
melalui urusniaga yang telus dan pembabitan awam yang
maksima. Adalah jelas, seandainya kerajaan betul-betul
mahukan kebangkitan keyakinan pelabur dalam pasaran,
kerajaan seharusnya memilih opsyen yang baru disebut itu dan
bukannya opsyen pilihannya yang sebenarnya bertujuan
menyelamatkan Halim Saad sekali lagi.
Secara kebiasaannya, sebuah pasaran saham merupakan satu
gambaran kasar akan keadaan kesihatan ekonomi dan suasana
politik sesebuah negara. Masalah yang menghantui Malaysia
sekarang ini menjurus kepada kepimpinan politik yang haprak.
Kegagalan pucuk kepimpinan menyedari dan menyelesaikan
masalah struktur yang amat lemah itu telah menyumbang kepada
krisis kewangan dan ekonomi yang menjahanamkan rantau ini.
Malaysia belum lagi pulih daripada musibah itu. Malahan,
Malaysia telah dihenyak oleh kereputan yang terus menular
dengan pantas di semua bidang kehidupan selama beberapa
tahun kebelakangan ini. Kerana itu, kedudukan Malaysia dalam
beberapa indeks sejagat telah menggelonsor dengan aibnya,
sama ada dalam pentadbiran badan kehakiman negara, hak asasi
manusia, persaingan ekonominya ataupun pendidikan.
Adalah sesuatu yang amat malang kepada Malaysia, apabila
Perdana menteri mempunyai hanya satu jenis jawapan kepada
setiap bantahan terhadap cara pentabdirannya, dan jawapan
itu berbentuk: peningkatan tekanan dengan menggunakan segala
hukum-hakam yang disauk daripada sekumpulan senjata
undang-undang dan perundangan yang telah diperkasakannya
sejak dua dekad mencengkam kuasa. Inilah yang kita lihat selama ini melalui cara undang-undang
yang mendera dan menghina itu dikuatkuasakan untuk menangkap
dan mengganyang serta menyiksa dan memenjarakan para
pembangkangnnya. Senario politik tanahair yang semakin gawat
ini telah menjadi lebih buruk lagi apabila Perdana Menteri
masih menunjuk-nunjuk sikap kepala batu beliau menyerang
orang asing dengan menuduh mereka sebagai penyangak
matawang, penjajah dan secara terbaru pula menyerang segala
unsur kewujudan pasaran terbuka dan globalisasi. Semua
gelagat beliau ini, terus melunturkan keyakinan para
pelabur, sama ada mereka itu pelabur asing ataupun tempatan,
dan sama ada pelaburan itu merupakan aktiviti terus ataupun
pelaburan portfolio. Apabila kita analisa pengamatan ini, tindakan terkini untuk
mengambil-alih UEM bolehlah dianggap sebagai satu lagi
proses mega menyelamatkan para kroni, dan segala kesan
menyemarakkan keyakinan itu hanyalah satu fatamorgana yang
berbentuk khayalan dan ilusi sahaja.
Kim Quek. Terjemahan: SPAR-08-008 Asal: 24.07.2001 The Government has been orchestrating a market hype that its current move to
re-structure UEM-Renong is the ultimate remedy to the malaise that has
plagued the Kuala Lumpur Stock Exchange.
By building up Halim Saad as the bogeyman, and by capitalizing on his Renong
Group's notoriety as symbol of Malaysia's cronyism, Mahathir hopes to
convince investors that all will be well, once Halim is put away and
UEM-Renong is reined in under his control. The message is out that the days
of dubious government favouritism towards selected tycoons are over, and
transparent governance is in, and investors should feel at ease to invest.
But the truth is Halim is but a proxy for the powers that be and therefore
not a key to the solution, and cronyism will not go away unless there is a
fundamental change in government policy in managing the assets and resources
of this Country. For a start, the present practice of awarding billions of ringgit of
government contracts and privatized projects without proper tenders must be
replaced by transparent tenders with clear-cut parameters; and the
Anti-Corruption Agency must be transformed from a mere arm of the Prime
Minister to a truly independent body, packed with adequate legislative
muscles and answerable only to Parliament.
Without introducing the above changes, the present exercise of Halim bashing
and UEM-Renong restructuring can only be viewed as a PR effort to drum up
support for the stock market. In fact, it is worse than that. It is a camouflage to the real intent,
which is to bail out Halim again, this time, to save him from having to dump
billions of ringgit down the drain (all the time not forgetting his role as
proxy to the powers that be). Halim is obligated under a put option
committed in early 1998 to buy 32% of Renong from UEM at the agreed amount
of 3,200 million ringgit cash. This commitment is a financial disaster for
Halim, because the market value of 32% of Renong is now only 600 million
ringgit at the last closing price of RM 0.80 per share, thus requiring Halim
to loose the whopping amount of 2,600 million ringgit.
In comes government investment arm Khazana Nasional which offers to take
over UEM on condition that acceptance to its offer is not less than 90%.
This is to facilitate UEM's delisting, allowing it to disappear from the
radar screen of the public. And UEM will then be at better ease to exempt
Halim from honouring his put option, saving him billions of cash and losses.
To the vital question of whether UEM will eventually ask Halim to pay up his
due under the put option if the take over is successful, Sheriff Kassim,
Managing Director of Khazana was evasive in his answer, merely saying that
the issue will be dealt with later, while Khazana was concentrating on the
immediate task of taking over and de-listing. On the same issue, Mahathir
appears to be more forthright. He was quoted by the press to have raised
the question of 'whether Halim could be made liable for the put option
which is considered a debt.' Mahathir further said: 'If we take over, I
think we take over the debts as well. We can't take over the assets and
not take over the debts'. (Straits Times 24th July). Mahathir has
therefore implied that there is no need for Halim to meet his obligation to
UEM. Mahathir's statement is of course incorrect, for he has confused Halim's
personal liability to UEM as UEM's own liability. Halim's liability to
UEM will not disappear automatically upon Khazana's take over of UEM,
though UEM may decide to rescind its earlier decision to accept the put
option given by Halim, thereby freeing Halim of this liability.
Mahathir's error aside, his muddled headed answer nevertheless has
inadvertently allowed an insight into the truth behind this take over -
freeing Halim from billions of ringgit of liabilities and losses.
If the intention is not to bail out Halim as the authorities would want us
to believe, then why must Khazana insist on de-listing UEM? The official
justification of gaining a freer hand to carry out the re-structuring is
unacceptable, as compliance with stock exchange rules and regulations may
only lengthen the re-structuring time somewhat but cannot obstruct it. On
the hand, advantages galore if the take over is limited to securing only a
controlling interest while keeping UEM's listed status. Apart from saving
billions of ringgit of cash for the people's coffers (present cost is RM
3.8 billions), the entire restructuring process can be turned into a
confidence-building showpiece through transparent dealings and maximum
public participation. Through this process, the market can even be
rejuvenated in a limited sense. It is therefore obvious that the latter
option is the automatic choice, if the intention is to instill and regain
public confidence in the stock market, and not to bail out Halim.
The stock market is to a large extent a reflection of the political and
economic health of a country. The problem with Malaysia is its
deteriorating political leadership. Due to the leadership's failure to
recognize and address the structural weaknesses that have in the first place
caused the recent financial and economic crisis that has ravaged this
region, Malaysia has not recovered from it. In fact, Malaysia has suffered
rapid deteriorations in all fronts in the past few years, causing its
ranking in various international indices to slip very badly, whether it is
in the administration of justice, human rights, economic competitiveness or
education. To the misfortune of Malaysia, Prime Minister Mahathir seems to have only
one answer to dissenting voices to his rule, and that is: increased
repression by using laws from the formidable arsenal of repressive
legislations that he has built up in his 2 decades of rule, as shown
recently by the trigger happy manner in which these repressive laws are
increasingly abused to punish and imprison his opponents. Compounding the
worsening political scenario locally, is the PM's recalcitrance in
attacking foreigners as anything from rogue traders to colonizers, and more
lately, extending these attacks to embrace market liberalization and
globalisation. These developments have of course further eroded investors'
confidence in this Country, both foreign and local, direct and portfolio
investments. Looking from this perspective, the present exercise to take over UEM can
only be viewed as another massive bail out of cronies, and its supposed
confidence boosting effect is but a mirage.
|