Laman Webantu KM2A1: 5083 File Size: 13.6 Kb * |
TAG SP 227: Time - Malaysia Di bawah Naungan Mahathir By Nick Papadopoulos 26/7/2001 8:40 pm Thu |
[Mahathir sudah semakin tidak popular kerana enggan mengakui
kesilapannya serta amat tidak bertolak ansur menundukkan
sesiapa yang mencabarnya. Akibatnya kebencian terhadapnya semakin
meluap-luap di dalam diam. Itu termasuk dikalangan ahli Umno sendiri
sebab itulah dia merungut agar ditaati walaupun membenci dalam
perhimpunan agung baru-baru ini. Majlis ulangtahun Mahathir itu menampakkan sesuatu yang
mengaibkan - dia sudah tidak diperduli oleh pengampunya
sendiri di negeri tradisi yang sukar ditembusi pembangkang.
Ini menunjukkan mereka datang bukan keranamu Mahathir tetapi
keranamu makanan dan paksaan. Malaysia Di bawah Naungan Mahathir
Oleh: Nick Papadopoulos Mahathir Mohamad, pemimpin Malaysia berusia 75 tahun yang
sering mencetuskan kontroversi, merayakan ulang tahun ke 20
beliau berkuasa pada hari Isnin lalu dengan satu majlis
sambutan yang sederhana - jika majlis makan malam untuk 25,000
orang boleh dipanggil sederhana. Editor TIME asia.com Nick
Papadopoulos bercakap kepada wartawan TIME Southeast Asia
Simon Elegant tentang Malaysia di bawah naungan Mahathir.
Petikan-petikan dari temu bual itu setelah disunting adalah
seperti berikut : Mahathir memotong sebiji kek di Parlimen dan pada sebelah
malamnya berada di Melaka - dan ini adalah sesuatu yang pelik
tetapi bersesuaian dengan Mahathir bagi memenuhi nafsu anihnya
untuk mencipta rekod, dan ia melambangkan semangat Malaysia
'boleh' - di mana beliau menjadi tuan rumah kepada jamuan
makan malam terbesar yang pernah diadakan di Malaysia. Tetamu
dari 'Guinness Book of Records' turut hadir; adalah
dianggarkan sebanyak 25,000 orang berada di jamuan tersebut.
Mereka terpaksa mengangkut orang-ramai dari semua
jabatan-jabatan kerajaan, gerombolan yang taat setia kepada
parti pemerintah. Mahathir tidak pula memberikan ucapan yang
panjang lebar, tetapi apa yang aneh dan paling menarik
perhatian berlaku pada malam itu adalah semasa ketibaan
beliau. Orang-ramai, walaupun mereka tidak menunjukkan
kebencian secara terbuka, kelihatan tidak peduli. Ianya
bukanlah kerana mereka tidak menyukainya, namun di sebalik
usaha beberapa orang yang cuba untuk memeriahkan suasana,
mereka tetap tidak peduli. Keadaan begitu menimbulkan satu
suasana yang mengerikan pula. Kekuatan Mahathir yang hebat adalah bagaimana beliau
menguruskan krisis ekonomi dan keputusannya untuk memilih cara
yang bertentangan dari kebiasaannya. Saya merasakan bahawa
cara tersebut telah berjalan dengan baik sekali dan ia dapat
menyelamatkan Malaysia. Orang-ramai berhak untuk menilai
pencapaiannya, tetapi ramai juga yang merasakan bahawa
kesungguhannya menggalakkan perkembangan ekonomi pengeksportan
selama 20 tahun yang lalu telah menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang kaya. Dari segi kelemahannya, walau
bagaimanapun, adalah kemunculan projek-projek mega. Seorang
pemimpin pembangkang berbangsa Cina memberitahu saya bahawa
Mahathir tidak langsung dapat mengakui kesilapan. Beliau
ternyata amat degil sekali. Contoh yang terbaik adalah projek
Empangan Bakun, yang cuba dibinanya sejak awal tahun 1980an.
Pembinaannya tidak akan mendatangkan kebaikan sama ada dari
segi komersial atau ekonomi. Mereka telah memindahkan puluhan
ribu penduduk, merosakkan kawasan hutan belantara yang
keluasannya menyamai saiz Singapura, ia akan memakan
perbelanjaan berbilion ringgit - bagaikan sebuah projek yang
bodoh. Dan ini sudah cukup mencerminkan pemerintahan Mahathir.
Benar sekali. Rakyat gembira menikmati corak kehidupan yang
sangat baik di sini, terutamanya apabila dibandingkan dengan
tempat seperti Thailand. Anda hanya perlu melihat Kuala
Lumpur dan infrastrukturnya (untuk memahaminya). Mahathir
telah menjadi seorang pembina bangunan; terdapat
bangunan-bangunan yang mungkin anda tidak sukai, seperti
Menara Petronas, bangunan tertinggi di dunia, dan
lebuh-raya-lebuh raya yang begitu banyak sekali, tetapi rakyat
Malaysia dapat hidup dengan agak baik.
Semata-mata kerana keazaman yang kuat. Satu daripada
kualiti-kualiti hebatnya adalah kesungguhannya dalam
mempertahankan kepercayaannya. Namun dari satu segi yang lain
pula adalah keyakinan diri yang terlalu tinggi; beliau tidak
pernah mengakui kesilapannya. Satu lagi aspek negatif adalah
sifat politiknya yang tidak langsung boleh bertolak-ansur,
kerana ia begitu yakin yang dirinya sentiasa betul. Itu
bermakna, beliau merasakan adalah sesuatu yang wajar buatnya
untuk melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Adalah sukar untuk menyatakan hal ini dengan jitu. Tiada
sebarang pengundian rasmi berkenaan perkara tersebut pernah
dijalankan di negara ini. Pihak polis merupakan satu-satunya
golongan yang pernah melalui pengundian seperti itu dan mereka
telah memberitahu Perdana Menteri bahawa dalam sesetengah
negeri di Semenanjung, sokongan Melayu kepada partinya telah
menurun kepada satu per tiga dari orang-orang Melayu. Rakyat
juga masih amat marah padanya berikutan peristiwa yang menimpa
Anwar Ibrahim. Mereka merasakan bahawa perkara itu terlalu
kejam dan sifat tidak berhati-perutnya itu begitu menyerlah
sekali. Prestasi Mahathir di dalam pilihan raya yang lepas
tidak begitu memberangsangkan. Dan saya rasa sekiranya beliau
tidak berhati-hati, partinya akan berhadapan dengan kekalahan
yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang. Itu akan
dijalankan pada awal tahun 2004, tetapi mungkin juga lebih
awal dari itu. Selepas perhimpunan UMNO lebih kurang sebulan yang lalu,
beliau telah menyangkal kemungkinan itu. Kini tiada sesiapa
pun yang percaya bahawa beliau mempunyai niat untuk meletakkan
jawatan, malahan ramai yang percaya bahawa beliau akan terus
memegang kuasa sehingga tahun 2007. Beliau menjelaskan
kedudukan dirinya dalam satu sidang media sebagai
'terperangkap'. 'Saya tidak boleh meletakkan jawatan, saya
telah terperangkap,' begitulah bunyi kata-katanya, saya rasa.
Ramai orang, termasuk diri saya, percaya yang beliau tidak
akan sekali-kali meletakkan jawatan. Saya rasa itulah yang membimbangkannya kini. Beliau lebih suka
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara makmur yang
dilengkapi dengan prasarana yang membanggakan dan orang-orang
Melayu dapat menikmati hak yang sepatutnya berbanding dengan
keadaan mereka sewaktu ditindas oleh golongan penjajah atau
menjadi warga kelas dua di negara mereka sendiri. Itulah
perkara yang telah mendorongnya sepanjang hidupnya. Namun
disebabkan oleh peristiwa Anwar, ramai orang yang menilai
dirinya sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati-perut dan
kejam yang telah menghina dan memusnahkan seorang individu
semata-mata untuk terus berkuasa. Jadi mereka inilah yang
merupakan dua kesan peninggalannya, dan itulah yang
menyebabkannya berada dalam situasi yang tragis sekarang ini.
Asal: Malaysia Under Mahathir Cell Phone from Kuala Lumpur: TIME's Simon Elegant on the 20-year rule of Prime Minister
Mahathir Mohamad BY NICK PAPADOPOULOS Wednesday, July 18, 2001 Mahathir Mohamad, the 75-year-old often-controversial
leader of Malaysia, marked his 20th anniversary in office on
Monday with a low-key party -- if you call a dinner for 25,000
people low-key. TIMEasia.com editor Nick Papadopoulos spoke
to TIME Southeast Asia correspondent Simon Elegant about
Malaysia under Mahathir. Edited excerpts:
How did Mahathir and Malays celebrate this impressive
achievement? Mahathir cut a cake in Parliament and then that evening in
Malacca -- and this is bizarre but appropriate for Mahathir
because of his strange lust for records, and it personifies this
Malaysian "can do" spirit -- he hosted Malaysia's biggest ever
sit-down dinner. People from the Guinness Book of Records
were in attendance; it's estimated 25,000 people were at this
dinner. They had to bus people in from all government
departments, the party faithful from the ruling coalition.
Mahathir didn't really make much of a speech, but the bizarre
and most interesting part of the evening was when he arrived.
The crowd, while they weren't hostile, appeared indifferent ...
It's not that they disliked him, but despite the efforts of some
people who tried to work the crowd, they just didn't pay much
attention. It was kind of eerie.
Has Mahathir been good for Malaysia?
Mahathir's great strength has been his managing of the
economic crisis and his decision to go against conventional
wisdom. My feeling is that that worked pretty well and it
protected Malaysia. The jury is still out for a lot of people, but
the feeling among many is that his driving of the export
economy over the last 20 years is what has brought Malaysia its
wealth. On the downside, however, there are these gigantic
white elephant projects. One Chinese opposition leader said to
me that Mahathir was absolutely incapable of admitting
mistakes. He's incredibly stubborn. The best example of this is
the Bakun dam, which he's been trying to build since the early
1980s. It just doesn't make sense commercially or economically.
They've moved tens of thousands of people, it's destroying an
area of forest the size of Singapore, it's going to cost billions
of dollars -- it just seems like an idiotic project. And it says a lot
about Mahathir's rule. Malaysia today is very different from the Malaysia of 20 years
ago, right? That's right. People enjoy a very good lifestyle here, particularly
compared to a place like Thailand. You just have to look at Kuala
Lumpur and its infrastructure (to know that). Mahathir has been
a builder; there are buildings that you may not like, like the
Petronas Towers, the tallest buildings in the world, and lots of
highways, but Malaysians live relatively well.
What has kept Mahathir in power for so long?
Sheer willpower. One of his great qualities is his passion for his
beliefs. But the flip side of that is his utter self-confidence; he
never admits that he's wrong. Another negative is his utter
political ruthlessness, because he always believes he is
completely right. So that means he feels justified doing
whatever is necessary to stay in power.
Does he enjoy any support from the people?
It's very difficult to tell exactly. There are no official polls in this
country. The Police are the only people who take polls and they
have told the Prime Minister that in some states in the Malay
Peninsula support for his ruling party is down to one-third of
the Malays. People are also still very angry with him over the
Anwar (Ibrahim) affair. They just felt that it was extremely cruel
that the ruthless element of his character came out too
strongly. Mahathir didn't do that well at the last election. And
my feeling is that if he doesn't watch out there will be
significant losses for his party at the next election. That has to
be held by early 2004, but it will probably be earlier than that.
Are there any signs of him relinquishing his power anytime
soon? He has hinted in the past of giving it all up. After the UNMO
assembly about a month ago, he rescinded that. Nobody now
believes that he has any intention of resigning, and in fact many
people believe he may continue until 2007. He described himself
in a recent press conference as "caught." "I can't resign, I'm
caught," were his exact words, I think. Many people, myself
included, believe he'll never resign.
What do you think will be his legacy?
I think that is what's worrying him now. He'd like it (his legacy)
to be a prosperous Malaysia that has wonderful infrastructure
and one in which Malays have taken their rightful place rather
than being oppressed by the white man or being in a secondary
position in their own country. That is the thing that has driven
him all his life. But because of the Anwar affair, many people will
judge him as a ruthless and cruel leader who humiliated and
destroyed a man for no other reason than to stay in power. So
they are his two legacies, and that is what's making him a
somewhat tragic figure now.
|