Laman Webantu   KM2A1: 5096 File Size: 14.9 Kb *



TAG SP 229: Likas - Tentera, Polis, Ketakutan dan Gangsterisme UMNOBN
By Spirit of Truth

28/7/2001 9:24 am Sat

[Adalah sukar untuk pembangkang menang di Likas khasnya dan Sabah umumnya kerana disanalah membiaknya gejala membeli undi dan orang sehingga penipu pun boleh menang. Malah kakitangan SPR dan JPN yang terbabit dalam penipuan dulu tidak pula dibawa ke muka pengadilan sedangkan mereka disebut dalam keputusan Hakim Md Kamil. Sebaliknya kerajaan melalui Rais Yatim mahu memberikan sepenuh keperkasaan (authority) kepada SPR dan JPN walaupun kedua-duanya telah dikutuk secara sindiran oleh Hakim Muhd Kamil.

BN bolehlah berlagak sakan kerana menang besar di Likas tetapi itupun kerana lambakan wang yang besar juga. Tetapi krisis ekonomi yang bakal tiba mungkin mencekik BN juga akhirnya kerana penyokongnya sendiri akan tersepit juga. Sebab itulah Mahathir mula menonjolkan sikap mesra pelabur luar dan kepingin ingin untuk menemui Bush kerana paras getir sudah semakin tiba.... Jepun pun sudah tidak mampu meolong kerana mereka pun sakit juga. Jika bom ekonomi meletup semua akan terkena.
- Editor
]

Terjemahan: SPAR-06-008

FeU


Likas - Tentera, Polis, Ketakutan dan Gangsterisme UMNOBN

Oleh Spirit of Truth

Pilihanraya kecil Likas telah merupakan satu bencana yang disungkupi penipuan dan salahlaku, di mana tentera, polis, suruhanjaya pilihanraya, jabatan pendaftaran, agensi kerajaan, wang, sogokan telah disalah-gunakan dan dilacurkan tanpa tepian, tanpa segan-silu semata-mata kerana mahu memenangi satu pilihanraya sebagai hadiah kepada seorang pemimpin politik yang telah melakukan jenayah besar bersiri sedangkan rakyat telah lama menolaknya dan terus membenci. Adalah sesuatu yang menyayat hati menyaksikan kereputan negara menjadi sebuah negara berstatus pariah, yang semakin berunsur totalitarian dan sungguh zalim, terperangkap secara paksa oleh UMNOBN dalam tipu muslihat salahguna kuasa. Belum pernah terjadi dalam sejarah negara sebelum ini, di mana setiap institusi kerajaan telah disalah-gunakan oleh seorang penzalim yang mempunyai hanya satu agenda untuk terus bernafas lega dalam dunia politiknya tidak kira apa cara jua. Negara ini serta rakyat jelata, pentadbiran yang baik-baik dan etika berpolitik yang molek, dan segala nilai murni yang cantik boleh pergi jahanam masuk neraka, asalkan si bedebah ini mampu terus bernyawa dan bebas daripada sebarang usaha menangkapnya kerana segala jenayah yang melambak banyaknya. Antara jenayah yang berat itu termasuklah salah-guna kuasa polis dan badan kehakiman negara ketika menangkap dan mengenakan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim yang tidak pun berdosa.

Pilihanraya Kecil Likas, satu lagi kegagalan UMNOBN

Pilihanraya kecil Likas yang baru berakhir, menunjukkan betapa UMNOBN sudah semakin kejam dan ganas. Usaha menakutkan para pengundi dengan kehadiran besar anggota tentera, polis dan samseng-samseng UMNOBN telah berjaya menakutkan para pengundi, sehinggakan hanya pengundi yang menyokong ataupun mudah disogok yang keluar mengundi. Daripada jumlah 26,000 pengundi berdaftar, hanya setengah yang datang mengundi sehingga membantutkan rencana UMNOBN untuk berlagak bahawa mereka sudah menang besar. Pengundi hantu yang merupakan setengah daripada pengundi BN yakni lebih-kurang 4000 ramainya, telah membantu BN menang secara menipu. Sebenarnya UMNOBN hanya mendapat 5000 undi, yang lain adalah pengundi hantu. 5000 undi daripada 26,000 adalah merupakan kurang dari 20% dan dengan peratusan yang kecil itu mereka berlagak sombong dalam media, membohong rakyat jelata yang mereka menang besar juga. Inilah contoh politik Mahathir yang semakin mereput, yang penuh penipuan, pembohongan dan kerap mengugut membuatkan orang takut. Inilah musibah yang melanda negara disebabkan wujudnya sebuah regim yang korup.

Mahathir menghancurkan negara dan menjadikannya negara pariah

Kini, satu generasi rakyat Malaysia sedang terkapai-kapai menyaksikan dengan perasaan yang kusut masai keruntuhan sebuah negara; baik dari segi moralnya, ekonominya ataupun politiknya. Kerajaan yang diterajui oleh Mahathir yang zalim ini telah menghamba-abdikan kedaulatan undang-undang menjadikan badan kehakiman sebagai khadam kepada penguasa. Para hakim yang mengeluarkan penghakiman telah diberi amaran, dan dipaksa mengikut arahannya sahaja. Pasukan polis yang mengikut perlembagaan diarahkan menjaga keselamatan negara dan menguat-kuasakan undang-undang secara profesional telah menjadi alat yang mudah kotak-katikkan oleh regim yang gila ini. Polis cawangan khas (SB) telah memainkan peranan sebagai pengganyang rakyat, 'spy' ataupun perisik yang mengekori marhaen, mencari-cari kalau ada unsur-unsur yang memusuhi Mahathir, mengugut sesiapa sahaja dengan deraan dan keazaban, menangkap mereka dengan tuduhan yang sengaja diada-ada, menuduh mereka sebagai anti-kerajaan. Begitulah teruknya keadaan negara, setelah dirasuk dengan teruknya oleh seorang penzalim yang korup dan tidak bermoral, yang telah menggunakan waima secebis kuasa yang masih ada untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap dan dipenjarakan kerana segala jenayah yang melambak kini. Pilihanraya yang penuh penipuan di Likas adalah satu lagi jenayah yang dilakukan oleh Mahahtir. Keengganan mengnyahkan pengundi hantu, kedegilan menyekat Yong daripada bertanding semula walaupun wujud penghakiman terhadap beliau, menggunakan tentera dan polis untuk menakutkan dan mengugugt rakyat jelata, menyogok dan membeli undi adalah segala jenayah yang dilakukannya.

Mahathir tidak boleh kalah melalui peti undi tetapi mesti dihumbankan

Penyalah-gunaan tentera, polis, sogokan, kesamsengan di Likas menunjukkan bahawa pilihanraya bukanlah satu cara yang berkesan untuk mengnyahkan diktator zalim yang semakin ketakutan ini. Dia mesti dihumbankan kalaulah kita mahu menyelamatkan Malaysia. Membiarkan negara mereput disebabkan kekejaman seorang diktator yang tahu memerintah hanya melalui budaya takut dan rasuah, akan mengundang musibah dan bencana sosial untuk negara. Mahathir tidak akan mengundurkan dirinya, dia akan terus bergayut kepada kuasa untuk terus hidup. Seperti juga para diktator lain dia akan tentukan kuasa akan terus ada di tangannya, untuk menyelamatkan diri dan suku-sakatnya sekali, termasuklah segala bahalol yang dikira para kroni. Penipuan pilihanraya kecil di Likas oleh UMNOBN sepatutnya menjadi satu iktibar kepada BA. Serang Mahathir dan tangkap dia, selagi dia berkuasa, segala proses pilihanraya adalah satu jenaka sahaja. Tidak ada pilihanraya yang demokratik yang dikira sah di bawah pentadbiran Mahathir. Dia sudah menjadi seekor harimau yang luka, ketakukan sentiasa dan memikirkan cara mana membaham musuhnya untuk terus bernyawa.

Rakyat Malaysia Mesti Berkeras Dengan Mahathir

Carilah cara dan upaya untuk berkeras dengan bedebah zalim ini. Kalau boleh henyaklah dia sekerap yang terdaya supaya dia akan naik takut dan cabut. Hentikanlah sikap berfoya-foya menari mengikut tandaknya, dia mahu rakyat menghormati demokrasi sedangkan dia mengamalkan sikap seorang diktator . Dia mahu kita mematuhi undang-undang sedangkan dia melanggari undang-undang. Dia mahu kita taat setia kepadanya sedangkan dia memusuhi kita. Kita mesti memeranginya di balapan yang setara. Lawan dia setara kekuatannya. Kalau dia cuba menakutkan kita, tibalah masanya kita manakutkan dia pula. Kalau dia putarbelitkan minda kita, kita putarbelitkan minda dia pula (itupun kalau masih ada otaknya - penterjemah). Kalau dia cuba 'menyedarkan' kita, kita sedarkan dia pula. Memang tidak ada satupun strategi yang demokratik yang mampu melawan seorang diktator yang zalim.

Mahathir adalah seorang penjenayah yang mesti ditangkap

Penipuan pilihanraya Likas sekali lagi membabitkan Mahathir. Dia telah melanggar undang-undang dengan menggunakan tentera untuk menakut-nakutkan para pengundi. Dia telah salah-urus suruhanjaya pilihanraya, dan menyalah-gunakan agensi kerajaan. Mengikut undang-undang, semua ini adalah jenayah berat yang membawa hukuman berat juga. Membiarkan beliau bebas bererti kita bersubahat dengan jenayahnya. Marilah sama-sama serang dia, tangkap dia secara mengejut dan bawa dia ke muka pengadilan. Hanya dengan cara ini Malaysia boleh diselamatkan daripada segala kezaliman yang jijik dan mengazabkan itu.

Semangat Kebenaran (SOT)

Terjemahan: SPAR-06-008




Asal:


FeU: http://e-umno.tripod.com/feu_a_sot_91.html


Likas - Army, Police, Fear and UMNOBN ugly immoral Gangsterism

The Likas bye election is a debacle, wrought with fraud and rigging, where the army, police, election commission, registration department, government agencies, money, bribery were abused and prostituted to the brim, shamelessly to win an election by a crime ridden leader who has been rejected by the people. UMNOBN has again proved that it has no intrinsic popular support, and had to secure its votes through fraudulent means, by abusing the instruments of the state and government.It is tragic to witness the degeneration of the nation into a pariah, almost ruthless totalitarian state, forcefully trapped in the UMNOBN yoke of abused power.Never in the history of Malaysia has every agency of the state been so grossly abused by a tyrant whose one single agenda is to politically survive by hook or crook. The nation, the people, good governance, political morality, virtue all can go to hell, as long as he can survive and escape from being caught for the innumerable crimes among which is the abuse of the police and judiciary in arresting and charging the innocent Anwar Ibrahim.

Likas bye election , another failure of UMNOBN

The recently concluded, highly controversial Likas bye election proved that UMNOBN is becoming more and more tyrannical and cruel. By frightening the electorate with massive presence of the army, police and UMNOBN immoral gangsters, they managed to intimidate the voters, ending up only those voters who supported or succumbed to bribes came to vote. Out of 26000 voters only half turned out to vote, foiling attempts by UMNOBN to claim a true popular victory. The phantom voters who formed almost half of BN voters ie 4000 or so, assisted the BN to win fraudulently. In the final analysis UMNOBN only got 5000 votes , the rest phantom . 5000 out of 26000 is less than 20% and with that small percentage of support it blows its trumpet in its media, lying to the people that it got a bigger win. This is the deplorable state of Mahathirian politics, rotten, false. treachery, and intimidating. It is definitely a sign of the spoilage of a nation by a corrupt regime.

Mahathir ruins Malaysia and makes it into a pariah state.

A helpless generation of Malaysians today watch with grief the collapse of a nation, morally economically and politically. The government under the despotic Mahathir has subverted the sanctity of the judiciary, rendering it a slave to the executive. Judges who write true judgments are reprimanded, forced to obey his orders. The police , constitutionally instituted to safeguard the people and enforce laws professionally have become subjugated tools of the mad regime. The special branch has taken the role of intimidators of the people, spies who watch over the people, looking for anti Mahathir elements, threaten the people with punishment and torture, arrest them with fraudulent charges, claiming they are anti government,. Such has been the `rotten nature of the nation, spoilt by a immoral corrupt tyrant, who has used every bit power to save himself from being tried and imprisoned for the innumerable crimes. Likas fraudulent election is another crime, which has been committed by Mahathir. The refusal to remove phantom voters, the refusal to stop Yong from contesting despite the courts judgment against him, the use of army, police to scare and intimidate the people , bribing and buying votes are all crimes of the tyrant.

Mahathir cannot be voted out but must be flushed out

The abuse of the army, police, bribery, gangsters in the Likas bye election proves that election is not going to be effective in eliminating a frightened highly corrupt despot like Mahathir. He has to be flushed out by hook or crook to save Malaysia. Leaving this nation to rot under a dictator who only knows how to rule with fear and bribery, will invite social catastrophe to the nation.Mahathir will never ever step down, he must cling to power for his very survival. Just like the corrupt dictators of the past, he will ensure he has executive power, to safeguard himself and his kith and kin, not forgetting his arse licking cronies. Likas bye election fraud by UMNOBN must teach the BA its lesson, go for Mahathir. haul him down, with him in power electoral process is one big joke!!. No democratic election can be held under Mahathir, he is now a wounded frightened tiger, only thinking how to attack its enemy and survive.

Malaysians must be physical with the evil Mahathir

Find ways and means to be physical with this tyrant, if possible hit him wherever possible so that he will become frightened and give up. There is no way of dancing to his tunes, he wants the people to play democracy while he plays dictatorship, he wants us to obey laws while he breaks laws. he wants us the obedient while he disobeys the people. We must find level grounds to eliminate him,fight fire with fire, if he frightens us , we frighten him, if he attacks us we attack him, if he brainwashes us we brainwash him, if he tries to "rehabilitate" us we rehabilitate him. There is no way a democratic strategy can outsmart a cruel dictatorship.

Mahathir is the criminal and he must be arrested.

The Likas election fraud has again incriminated Mahathir, he has broken the law by using army to intimidate and threaten the voters. he has abused the election commission, and abused the government agencies. These are serious crimes, which carries heavy punishment according to the law. Leaving him free means abetting his crime, let us go for him, attack him by surprise and bring to justice, only then Malaysia can be saved from his evil and cruel tyranny.


Spirit of Truth