Laman Webantu KM2A1: 5112 File Size: 11.1 Kb * |
TAG SP 230: HR: Ahli Politik dan Dunia Ekonomi [Mesti Baca] By Harun Rashid 30/7/2001 5:44 am Mon |
[Apabila ahli politik turut bermain dalam dunia ekonomi
ia akan mencemarkan dunia itu kerana kepentingan politik akan
mengatasi segala-galanya. Kesannya tindakkan diambil lebih
menguntungkan politik daripada peniaga. Yang jijiknya dana awam
dan instrumen kerajaan digunakan untuk menyauk harta ke dalam
cengkaman mereka. Patutlah Morgan Stanley mengubah skima ukur
MSCI kerana tiada jaminan pasaran itu bebas sebebasnya dari
mainan pihak penguasa. Menurut setengah analis Umno akan semakin muflis kerana hartanya
semakin tiada dan Qarun gagal menambahnya melalui operasi diam-diamnya.
Oleh itu si Firaun kini mengambil semua tugasnya - termasuk sebagai
bendahari Umno. Oleh kerana si Diam itu ligat orangnya semua
anak-didiknya sudah tidak boleh dipercaya lagi sebab itulah buku
Khalid Jafri menjelma. Lagipun semua tuduhan dapat dipesongkan kepada
si Diam itu agar Firaun terlepas darinya. Lihatlah sebegitu banyak
proses tukar-menukar orang berlaku sekarang.
Krisis ekonomi telah membogelkan Umno. Tanpa wang dan si Diam
Umno mungkin takkan mampu bernyawa kerana minyak keretanya tiada
dan kereta itu sendiri sudah rusak-serusaknya. Sekarang kereta
itu di'baiki' dan kilang minyak itu ditelannya pula.... dengan
harapan pelabur akan datang untuk disentap wang mereka untuk Umno.
- Editor] (The politician in the economy) Oleh: Harun Rashid Sekumpulan manusia yang berkumpul di bahagian luar membuat
bising yang hingar-bingar, adalah bukannya politikus ataupun
para eksekutif. Mereka merupakan wakil generasi muda-mudi
yang mempunyai idealisme tersendiri. Mereka inilah yang
mempunyai pertelagahan dengan pemimpin politik yang sedang
bersidang. Demikianlah lagaknya betapa wujudnya konfrontasi antara
golongan muda yang punyai iealisme dan pemimpin politik di
seluruh dunia. Memang demikianlah kerana golongan muda-mudi
yang mudah ke sana ke mari, lebih tersusun pergerakan mereka
dan lebih lantang suaranya. Kajian sains politik memberikan pengajaran bagaimana sesebuah
kerajaan itu mula bertapak dalam sesebuah negara. Pendidikan
ekonomi mengajar hukum pembekalan dan keperluan, di samping
sebuah teori membangunkan dan menguruskan usahasama komersial
yang bersar-besar. Apa jugapun pendidikan yang disebarkan
itu, pengajarannya tidak mencukupi untuk menyediakan
pengetahuan secukupnya untuk menangani dunia yang dikuasai
oleh masyarakat politikus. Aktiviti ekonomi selalunya
bergerak dalam suasana poitik yang dinaungi oleh satu petua
utama politik. Lantas diwujudkan satu bidang pengajian yang
disebut Ekonomi Politik. Petua kencana dunia politik mengajar kita supaya mempercayai
orang lain sepertimana kita mahu dipercayai oleh mereka.
Kumpulan yang sinis mengubah-suaikan petua ini dengan
berkata: 'Sesiapa yang menguasai emas berbungkal, dialah yang
menentukan peraturan dan tangkal'. Pada hakikatnya, 'Mereka
yang menentukan hukum dan hakam membalun emas
bermayam-mayam.' Apabila orang politik memegang kuasa
merekalah yang menentukan 'segala hukum-hakamnya'.
Seorang penguasa yang mempunyai kuasa berlebihan, apabila
tidak diawasi oleh rangkaian penelitian untuk menentukan
imbangan kuasanya, berupaya menentukan apa juga peraturan dan
hukum-hakam yang memudahkannya membalun emas bermayam-mayam.
Tindakan seperti itu membuatkannya kurang popular. Kerana itu
dia mesti meyorokkan nafsu-nafsinya, sambil mengawasi
kemungkinan munculnya pihak yang mencabar. Segarang-garang
singa yang menghadapi habuannya, terpaksa undur menyorokkan
ekor apabila sekumpulan serigala berpakat menyondolnya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, ahli-ahli politik mengumpulkan
beberapa sekutu dengan menjanjikan habuan hasil rompakannya.
Habuan rompakan itu memang menyelerakan kerana itulah
bahagian yang jempolan semuanya. Itu sebabnya ramai manusia
yang sanggup berhabis-habisan dan bermati-matian untuk sampai
ke puncak kuasa, sama ada sebagai pelakon yang jelas
peranannya itu ataupun cuma sebagai pelaku sebalik tabir
untuk mendalangi sesuatu. Jawatan politik memang menjentik nilai wang yang lumayan,
memang berbaloi apabila berjaya mencapainya. Itu sebabnya
ramai yang sanggup membelanjakan lima juta ringgit
semata-mata mengimpikan jawatan yang menjanjikan gaji cuma
sepuluh ribu ringgit setiap bulan. Sebaik sahaja mencapai
impian itu mulalah usaha mendapatkan kembali perbelanjaan
yang dikeluarkan, tidak kira apa caranya.
Dalam banyak hal bidang pemerintahan dan niaga mempunyai
kepentingan yang berbeza. Sistem perusahaan terbuka, yang
merupakan asas kapitalisme, lebih cenderung beroperasi dalam
satu ragam yang tidak tersusun dan bebas kerana mahukan semua
keuntungan untuk dikebas. Inilah yang menjurus kepada gelagat
salahguna. Seperti yang pernah disebut oleh Karl Max, segala
keuntungan mungkin tidak perlu diagihkan kepada pemegang
saham ataupun pemiliknya seperti yang dipersetujui, tetapi
disimpan dan dihimpunkan oleh para pengurus untuk membeli
perusahaan lain yang menguntungkan. Justeru itu, segala
pemusatan keuntungan ditumpukan dan dikuasai oleh segelintir
tuanpunya sahaja, yang mungkin menyisihkan segala bentuk
tandingan dengan cara bersekutu dan berpakat ataupun
pertandingan yang tidak sihat. Modal dan juga kuasa ekonomi
yang tercetus itu menjadi terkumpul sebagai bahananya.
Dengan mengenakan cukai dan biaya perlesenan, kerajaan
berlagak sebagai rakan tidur, selalunya menyauk setengah
ataupun lebih lagi keuntungan yang tersembul tanpa memiliki
sebarang saham ataupun menyediakan secebis kepakaran dalam
pengurusannya. Gelagat kerajaan begini menyebabkan para
peniaga yang merasa terhina, menggaji akauntan dengan gaji
yang lumayan untuk mengecutkan bahagian yang boleh disauk
oleh kerajaan. Tercetuslah mainan tarik-tali antara dunia
niaga dan kerajaan, di mana suasana selesa disediakan oleh
kerajaan. Sebagai balasan masyarakat niaga membayar sebahagian
keuntungan yang muncul daripada perniagaan mereka. Inilah
perhubungan simbiotik di mana kedua pihak saling memerlukan,
sedangkan rakyat, masyarakat pekerja dan pelanggan ataupun
pengguna hanya memain peranan yang paling kecil sahaja.
Di Malaysia hubungan antara kerajaan dan dunia perniagaan
memang tidak jelas sempadannya. Kepentingan perniagaan
sengaja bercampur aduk dengan kerajaan, pemimpin politik yang
berkuasa, para sahabat dan suku-sakat, dan juga parti politik
mereka. Kesetiaan bercampur baur juga, dan rakyat, masyarakat
pekerja, dan pengguna jarang sangat turut serta dalam
menentukan peraturannya, yang bertukar menjadi hukum-hakam,
yang sepatutnya menjadi amalan demokrasi yang memberi
kepentingan bersama. Sikap menyisihkan ini sengaja diwujudkan
walaupun selalunya simpanan para pekerja yang digunakan untuk
menentukan kuasa yang mempengaruhi perniagaan itu.
Para peniaga yang sepatutnya menumpukan sepenuh tenaga kepada
kelicinan operasi dan pengurusan perniagaan mereka
menghabiskan sebahagian besar waktu berjaga untuk
mempertahankan kepentingan persendirian pemimpin politik yang
tamak dan haloba. Di Malaysia, wang ringgit merupakan minyak
pelincir yang melancarkan putaran roda birokrasi.
Malaysia mempunyai bursa saham yang penuh kepalsuan
pergerakannya. Di situlah sebahagaian besar saham kepunyaan
kerajaan, pemimpin politik, dan UMNOBN didagangkan. Kerana
itu minat besar ditentukan agar harga saham tertentu sengaja
dilonjakkan tinggi dengan segala usaha dilakukan untuk
menarik pelabur asing untuk membantu usaha ini. Minat
kerajaan dalam usaha ini bererti pembabitan secara terus
untuk terlibat sama dalam aktiviti pasaran.
Keseluruhan struktur perniagaan terbuka itu terpaksa disusun
untuk menyesuaikan selera pembabitan ahli politik UMNOBN yang
terlibat dalam perniagaan di negara ini. Mereka telah gunakan
dana awam untuk menguasai saham yang terpengaruh dalam
syarikat-syarikat mega, sambil menentukan barisan pengurusan
yang sepatutnya setia dan berdedikasi tetapi mudah dijentik
dan melatah oleh deringan telefon jabatan perdana menteri.
Perdana Menteri kerap mengugut untuk campurtangan secara
terus dan mengambil-alih setiap industri ataupun syarikat
yang dia tidak senangi. Semua korporat utama adalah di bawah
kawalan dan taklukan perdana menteri. Setiap perniagaan
memang sengaja dipantau agar mudah dikacau oleh perdana
menteri. Tidak ada satupun insititusi perbankan, ataupun dana ataupun
apa juga sumber kewangan yang mampu bergerak secara bebas.
Malahan korporat asing perlu membuat taksiran suasana politik
selalu untuk mengelakkan kelecehan birokrasi dan sebarang
gangguan terhadap operasi perniagaan mereka.
Usaha penyelamatan terkini dengan menggunakan dana awam telah
menyebabkan penyingkiran menteri kewangan. Perdana menteri
telah mengambil-alih jawatan itu. Parti politik pimpinannya
telah memberikan dia enam bulan untuk mendapatkan balik wang
yang hilang termasuklah segala harta yang telah dipesongkan
kepada tangan orang lain. Inilah tekanan yang menghenyak
perdana menteri untuk memulihkan keadan, kerana tidak ada
cara lain lagi wang yang sebesar jumlahnya ini dapat
dirembat dalam waktu yang terhad. Kaedah beliau ialah menyangga pasaran tempatan secara bertubi
untuk menarik minat pelabur asing yang mungkin buta ataupun
tuli. Pada waktu yang sama dia cuba menyorokkan segala gunung
hutang yang tinggi itu daripada pengamatan pihak yang ingin
tahu; menjadikan gunung hutang itu lesap disorok kaedah
perabun asap. Fikir beliau, kalau boleh disungkup gunung
hutang itu, tentulah tidak siapa yang akan tahu. Usahanya tidak akan ke mana. Hutang itu akan kekal di situ,
terus mengeras laksana batu. Titisan darah disebabkan
tuntutan bayaran bunga dan faedah tidak mampu mengizinkan
luka hutang itu betah. Usaha perdana menteri itu hanya
sia-sia sahaja, walaupun dia mempunyai lima bulan lagi untuk
berjaya. Malangnya, inilah musibah yang belum menari bogel di
depan matanya. Terjemahan: SPAR-06-008 Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Politician in the Economy |