Laman Webantu KM2A1: 5117 File Size: 12.9 Kb * |
TAG SP 232: HR: Pasaran Saham Yang Jadi Pekasam By Harun Rashid 30/7/2001 6:28 pm Mon |
[Apabila kerajaan sendiri turut bermain di pasaran saham
sudah tentu ia bisa menukar-nukar peraturan agar sentiasa
memberi keuntungan kepada kerajaan dan pengampu kerajaan -
khususnya mereka yang menyumbang wang untuk tabung politik
parti. Di Malaysia begitu banyak dana awam menyokong syarikat
yang dikuasai politik ini walaupun mereka berhutang sehingga
bank pun hancur bersekali. Malah KWSP bermurah hati memberi
wang pinjaman kepada kroni padahal bank pun sudah tidak berani
kerana itu hanya mengundang masalah yang tidak terperi.
Kebanyakkan wang itu tidak akan kembali sebab itulah bank pun
sudah sakit hati. Keranamu Mahathir bank terpaksa membuang
pekerja yang begitu berjasa sekian lama akibat kolateral saham
yang sudah tidak bernilai dan NPL yang semakin banyak tersadai.
Baru-baru ini Mahathir merayu bank agar memberi kelonggaran
pinjaman ... (agar dapat disentap olehnya sampai kekenyangan).
- Editor] Terjemahan: SPAR-06-009
(Worldview: Malaysia's Manipulated Market)
Oleh: Harun Rashid Kerajaan Malaysia sedang dalam proses mengengsot segala aset
dan kawalan pengurusan terhadap pasaran modalnya daripada
kelompok yang dulunya setia hanya kepada bekas menteri
kewangan kepada satu kelompok baru yang dikuasai hanya oleh
perdana menteri. Segala sumber awam digunakan tanpa segan
dan silu untuk merencana segala itu. Jumlah nilaian yang
dilibatkan oleh sebuah negara yang dihuni oleh hanya 23 juta
insan adalah terlalu besar. Apa juga yang pernah miliki oleh
Malaysia sebagai sebuah negara yang berpotensi dalam bidang
teknologi tinggi sudah terurai dan terburai. Dana yang
hamburkan terhadap segala projek haprak kini sudah membebani
generasi yang akan muncul, sedangkan pertambahan
projek-projek baru yang kini dirancang akan menghenyak
negara ini menjadi penghutang berkarat sepanjang hayat.
UMNOBN adalah parti politik yang menguasai seluruhnya media
cetak dan televisyen, sama ada secara terus ataupun melalui
penetapan mengenakan keperluan mendapatkan lesen tahunan
untuk beroperasi. Kaedah pengawalan lesen ini kini
dipanjangkan kepada semua bentuk perniagaan di negara ini.
Pencabulan kebebasan ini sudah pasti mencetuskan perasaan
mual kepada pelancaran perniagaan baru dan inilah yang
memberikan dalil yang berkesan kepada syarikat yang sudah
lama bertahan untuk bertindak berpindah ke negara lain yang
lebih nyaman. Kaedah memerlukan pembaharuan lesen tahunan adalah satu
cara menggugat kebebasan berniaga di semua tahap perniagaan.
Ini juga merupakan kaedah lain yang memudahkan pencabulan
untuk menentukan ketuanan politik dalam dunia pasaran.
Apabila diterjemahkan dengan tepatnya, ia membawa erti akan
pupusnya sistem pasaran bebas di Malaysia. Setiap pemilik
perniagaan ataupun pengurus mesti menguruskan perusahaannya
mengikut rentak dan ragam nafsu-nafsi seorang perdana
menteri. Lantas, ia mengecutkan nilai intrinsik dan
'goodwill' setiap perusahaan yang ada menjadi 'zero' ataupun
sifar. Tidak akan ada lagi pergerakan niaga yang akan
berkembang selagai perdana menteri mempunyai kuasa
menentukan apakah sesuatu lesen itu boleh diberbaharui untuk
tahun yang mendatang. Hanya mereka yang bebal yang akan
berani untuk berniaga dengan aturcara yang mendera.
Malaysia mempunyai satu pasaran saham yang luarbiasa
ragamnya. Ia mudah disebut sebagai satu contoh pasaran bebas
di Asia Tenggara mengikut skala takrifan barat di hujung
yang paling minima. Tetapi sesiapa yang pernah berpengalaman
berdagang di pasaran itu akan tahu betapa terdapatnya salah
tanggapan dalam penilaian itu. Jurang untung ruginya adalah
lebih lebar daripada pintu stor penyimpan pesawat udara,
sedangkan segala butiran dalam laporan auditnya sentiasa
tidak dapat ditemui. Kepincangan ini bukannya disebabkan
kecuaian para auditor, kerana mereka seharusnya tidak
dibebankan dengan tuduhan. Kesilapan itu terletak kepada
anggapan bahawa para pelabur adalah golongan dungu, kerana
inilah yang perdana menteri mahu walaupun amat bertentangan
dengan kenyataan itu. Kerajaan mempunyai saham dalam setiap bentuk industri yang
besar-besar. Kerana itu kerajaan mempunyai kecenderungan
menentukan siapa yang seharusnya menerajui syarikat itu agar
terus setia memelihara sasaran tuan politiknya. Syarikat
yang besar-besar adalah di bawah penguasaan pemimpin
politik, dan hampir semuanya sedang tercungap-cungap di
samudera hutang yang besar dan dalam. Saham syarikat itu
masih mampu terapung kerana kerajaan terus menggunakan wang
dan dana untuk membantunya. Walaupun Suruhanjaya Sekuriti
masih meneruskan usaha penyeliaannya, jumlah pergerakan yang
banyak menyimpang memang sukar untuk dibayangkan. Tindakan
menguat-kuasakan kawalan memang ketandusan usaha yang
berkesan. Pasaran saham kelihatan rancak pergerakannya kerana kegiatan
penyusunan aset. Jumlah saham yang diniagakan sengaja
dilonjakkan ke tahap yang tinggi tetapi tidak munasabah
sekali. Kesannya, indeks komposit BSKL telah melonjak naik
daripada tahap 550 kepada 650 mata. Tidak ada sesuatu yang
ketara untuk menjelaskan suasana yang optimis ini. Semua
aset saham dinilai mengikut pelbagai faktor seperti
pulangan, dividen dan nilai hartanya yang ada. Sebenarnya,
semua ini sedang merudum nilaiannya.
Semakin menyerlah usaha kerajaan dan perdana menteri sedang
gian mencuba menaikkan semula martabatnya. Usaha ini
membabitkan segala simpanan wang simpanan rakyatnya. Dana
pencen negara sedang semakin kontang disebabkan usaha
haloba, seperti juga beberapa tabung lain yang turut menjadi
mangsa. Simpanan wang rakyat sengaja dibiarkan lesap dan
terhakis ditelan syarikat yang sudah muflis, dan hutang yang
baru pula mula ditulis sedangkan itupun tidak mungkin dapat
dibayar balik sampai beres. Setiap kali pemilikan saham syarikat melepasi peratusan yang
ditentukan, ada peraturan khas yang memestikan tawaran umum
dibuat untuk mendapatkan saham yang berbaki. Tetapi,
peraturan ini mudah diketepikan sahaja apabila kerajaan
bertindak enggan mematuhinya. Begitu juga apabila pembelian
dilakukan oleh sebuah dana menghampiri had yang ditetapkan.
Pembelian itu dihentikan untuk diambilalih pula oleh dana
yang lain. Ini bererti kerajaan yang melanggar peraturan
tanpa menyentuh penentuan membeli saham lain yang masih
berbaki. Adalah sesuatu yang menyulitkan apabila kita
mengamati gelagat kerajan sekarang ini, selain daripada satu
petanda betapa perdana menteri sudah menjadi begitu terdesak
kerana diperlekehkan; gara-gara membiarkan segala harta dan
aset UMNO sengaja dibalun dengan mudahnya di bawah
pengawasannya. Walaupun banyak petanda ekonomi semakin gawat, harga saham
semakin mencanak, seolah-olah menidakkan pelbagai anggaran
bahawa akan menurunya pendapatan syarikat itu. Apabila kita
saksikan perkara ini setiap hari tentu akan tiba masanya
apabila penentuan sebenar akan menjelma. Memang tidak
mungkin wujudnya pendapatan yang bertambah berdasarkan
nisbah harga berasaskan pendapatan separa 20:1, berbanding
nisbah 40:1 yang masih biasa itu. Siapakah nanti yang
sanggup memegang sekeping saham yang tidak akan naik
nilainya selepas memegangnya selama 40 tahun dengan penuh
kesabaran? Apatah lagi dengan adanya banyak petanda bahawa
pendapatan syarikat itu akan semakin menurun? Ini
menyebabkan tempoh bayaran dipanjangkan sehingga hari
kiamat. Sekaligus tekanan menjual saham dalam simpanan akan
terus meninggi, menyebabkan nilainya menurun tanpa sebarang
petanda akan adanya kemampuan menyokongnya lagi secara
menipu. Apabila ubahsuaian ini tidakpun terjadi, ia memberikan
andaian bahawa adanya usaha membedek pergerakan saham dengan
melaksanakan pergerakan yang memanipulasi aktivitinya.
Inilah tindakan untuk menarik minat pengurus dana asing yang
mudah terpedaya. Kesangsian ini diperkuatkan lagi oleh
keengganan perdana menteri membenarkan tindakan siasatan
kepada pelbagai hal yang melibatkan kerajaan. Laporan
siasatan berkaitan kematian dan rusuhan kaum di Kuala Lumpur
(Kampung Medan) kini ditafsirkan sebagai satu laporan
rahsia. Pendakwaan betapa adanya penglibatan dan provokasi
kerajaan menggunakan anggota tentera dan samseng upahan kini
tidak akan dapat diperbetulkan.
Satu usaha mendapatkan lima bilion dollar Amerika di pasaran
London dengan menggunakan bon kerajaan Malaysia yang
dipalsukan, sudahpun diketahui ramai, tetapi kerajaan masih
enggan mendakwa kumpulan yang melakukannya. Rencana itu
dikatakan berpunca daripada tahap atasan. Ketua agensi yang
terlibat dalam penipuan itu telahpun dinaikkan pangkatnya
oleh perdana menteri. Inilah peristiwa yang menghitamkan
nama baik pasaran bon di Malaysia. Oleh kerana kerajaan
adalah penyokong pengagihan bon terbitan Malaysia,
membuatkan skandal itu menjadi satu perkara yang serius dan
memudaratkan martabat Malaysia di pasaran bon seantero
dunia. Apabila pasaran naik mencanak untuk mencecah satu tahap
tertentu, dengan pembabitan kerancakan jual beli yang
tinggi, ia menandakan kemunculan minat pihak pelabur ataupun
cuma setakat gerakan manipulsi sahaja. Buat masa ini, indeks
pasaran terus naik meninggi daripada kebiasaannya sedangkan
tidak ada pula kenaikan 'volume' nya. Proses harian ini yang
disebut di negara barat sebagai 'churning' bolehlah
ditakrifkan dengan istilah tempatan sebagai 'menggoreng'.
Apabila fenomena ini berlaku ia menandakan pindahan saham
daripada punca yang kuat bertenaga kepada penyambut yang
kurang upaya, sebagai satu persediaan penarikan sokongan
yang akan menjahanamkan pasaran itu.
Gerak geri turun naik laksana mainan pam itu, memberikan
ruang kepada pembeli yang sudah lama menempah harga
beliannya menjadi pelabur yang akan rugi kerana tidak mampu
meraih keuntungan. Kelentongan ini mengena pihak yang tidak
berwaspada, yang mudah ghairah melihatkan pergerakan 'rally'
yang mendadak. Mereka membeli ketika harga mencanak di
bahagian atas dan memegangnya sambil mengharapkan harga akan
naik lagi. Sedangkan yang berlaku ia penggelonsoran harga
itu yang buatkan mereka terpaku dan menjadi kaku. Akhirnya
kerana telah dirasuk ketakutan, merekapun lepaskan pegangan
ketika saham berada di tahap bawahan.
Kalau manipulasi itu dapat diteruskan, berjayalah nanti
perdana menteri mengembalikan sedikit harta UMNO yang sudah
lama menghilang. Daripada siapakah keuntungan itu akan
diperah? Yang pasti, tentulah orang awam, rakyat, para
pekerja, para pengguna yang menyumbang secara sukarela
ataupun secara paksa kepada tabung simpanan dan dana pencen
yang ada. Tetapi, kumpulan inipun sudah semakin cerdik
kebelakangan ini. Semakin mereka menyedari keadaan sebenar,
semakin mereka nekad mahukan segala gelagat membalun harta
rakyat dihentikan untuk secara muktamad.
UMNOBN memang sedar akan kekuatan yang terpendam di sebalik
kesatuan sekerja. Kerana itu mereka sengaja memberikan
sedikit penghormatan dan penelitian yang rapi. Tetapi bukan
begini keadaannya dengan kumpulan 'NGO ataupun 'ornop'
(organisasi non-pemerintah) pelbagai suruhanjaya, Majlis
Peguam, persatuan-persatuan Cina, persatuan pelajar, dan
pari-parti pembangkang. Semua kumpulan yang disebut ini
tidak mudah diampu ataupun diugut. Akan tetapi di sebalik
kegiatan kesatuan sekerja itu, kerja-kerja membalun wang
simpanan rakyat masih juga berterusan. Rancangan anuiti KWSP
belum lagi dihentikan dan wang yang sudah dikeluarkan belum
lagi dipulangkan. Ahli-ahli kesatuan pekerja bank sudahpun
diarahkan membayar balik kerugian kegiatan pengurus dana
pasaran saham mereka dengan memotong 10 peratus gaji
bulanan. Ini akan memakan masa setahun ataupun mungkin dua
tahun, kerana anggaran kerugian per ahli adalah sekitar
RM25,000. Ahli-ahli kesatuan pekerja bank itu tidak pernah
diundang untuk turut serta dalam operasi jual beli saham
dulu. Mereka tidakpun mengetahuinya sehinggalah terlalu
lambat masanya.
Link Reference : Harun Rashid Worldview: Malaysia's Manipulated Market |