Laman Webantu KM2A1: 5130 File Size: 4.6 Kb * |
Jangan Persiakan Permata Reformasi By Dahlia 1/8/2001 9:27 pm Wed |
Jangan Persiakan Permata Reformasi
Siapakah penulis-penulis yang tak bernama di laman-laman reformasi
yang tak henti-henti dan jemu menulis untuk menyedarkan rakyat negara
ini tanpa inginpun dikenali. Ada pula yang sanggup memerah otak untuk
menterjemah rencana yang baik-baik untuk tatapan kita. Banyak antara
kita sekadar membaca untuk dilupa dan amat sedikit yang menyimpan untuk
diGUNAkan. Apakah setakat itu sahaja perjuangan kita? Kalau begini
sampai bila pun kita tidak akan berjaya.
Saya kira kalau hendak dikumpulkan sudah ada beribu-ribu rencana yang
baik-baik yang telah disumbangkan oleh penulis-penulis sukarela tanah air
tetapi semuanya telah diPERSIAKAN begitu sahaja. Ia beredar dikalangan
orang yang sama dan tidak sampai kepada mereka yang memerlukannya.
Sekarang ceramah sudahpun sukar diadakan dan akhbar Nanyang sudahpun
ditelan. Namun kita masih tidak berubah. Mengapa kita jadi begitu?
Apakah kerana kita melayu maka kita menjadi me'layu' sahaja walaupun
disiram selalu. Sepatutnya kita sudah berbunga dan berbuah. Negara luar
sudahpun dua kali bah!< Mungkin kerana itu sudah ada penulis-penulis kita
yang hebat itu menjadi tawar hati sehingga ada yang sudah tidak
muncul-muncul lagi. Reformasi memerlukan setiap antara kita memainkan peranan sendiri.
Bukan sekadar membaca sahaja kerana itu hanya berpusing dalam
diri kita sendiri. Ia tidak akan pergi kemana-mana.
Mengapa dan sampai bilakah kita harus begini? Mahathir terus kuat
dan mencengkam tetapi kita tidakpun semakin aktif memainkan peranan.
Saban hari kita melalui kehidupan harian seperti tidak ada apa
yang berlaku, sedang diri kita semakin terpenjara! Jiwa kita resah
dan sakit kerana sikap kita jua. Negara memerlukan sumbangan kita tetapi
apakah yang telah kita lakukan untuk menyelamatkan negara ini?
Apakah sekadar mengundi sahaja? Fikirkanlah sendiri.
"Ya Allah , beratnya ujian Mu ke atas kami. "
Budak Forest Gump itu cuma cacatnya di kaki,
tapi minda dan semangatnya cukup tinggi.
Saya ingin mengajak pembaca merenung sejenak satu pengajaran
dalam filem yang banyak memenang anugerah iaitu Forest Gump.
Tidak ramai yang cuba meneliti apa yang ingin disampaikan
oleh filem ini. Biasanya, orang cacat yang tak ada semangat akan terus cacat
hidupnya. Berlainan dengan Forest Gump yang cacat sebahagian
anggota, tetapi mampu membuang kecacatan diri kerana WILL
yang ada dalam dirinya. Dia menjadi seorang yang begitu berjaya
dalam hidup sehingga ribuan mengikut jejaknya. Bukankah ibunya
adalah pendorong kepada kejayaan beliau? Selain ibu, seorang wanita
yang dicintainya juga memberikannya ruang untuk lebih berjaya walaupun
akhirnya wanita itu tidak sanggup mengharungi hidup bersama
kecacatan beliau. Cacat di mata, cacat di hati, begitulah kalau
sudah benci. Tetapi siapa menduga si cacat mempunyai cinta
yang tulus dan tidak pura-pura, lalu sanggup mengambil kekasih
yang sudahpun lari jauh dari hidupnya. Cuba memberikan
kebahagiaan hasil dari kekayaan yang diperolehi, tetapi
kebahagiaan itu tidak lama. Tetapi lihatlah si cacat itu, cintanya
tidak pernah mati bersama kematian si isteri. Cintanya terus hidup
bersama sebuah kehidupan yang memberi semangat kepadanya,
didorong oleh kasih seorang cahayamata, penyambung zuriat
lambang cinta mereka. Tidakkah indah namanya? Apakah si cacat
terus menghina dirinya, atau menjauhkan diri dari kebahagiaan
setelah kematian isteri? Nope!
Forest Gump mungkin cacat diluar tetapi tidak cacatpun di dalam
hati. Tetapi mereka yang amat sempurna di luar itu begitu cacat
pula dalam menghadapi hidup ini. Saya ingin rakyat mengambil iktibar dari kisah filem ini.
Kasih kita kepada perjuangan biarlah berbuah dan berisi.
Negara luar jiran kita sudah dua kali berbuah tetapi kita
jangankan berbuah - berbunga pun tidak walaupun telah
banyak dihadiahkan dengan isu yang mahal-mahal sekali.
Padahal kita tidak cacatpun di kaki. Kita sebenarnya
cacat di hati dan masih belum menyelam apa itu reformasi.
Kita sebenarnya menyintai benda lain - bukannya reformasi.
Dahlia/KL |