Laman Webantu KM2A1: 5145 File Size: 4.1 Kb * |
TJ PK FEER: Selamat Datang buat Wan Azizah di Amerika By Risik FEER 3/8/2001 5:06 am Fri |
Risikan FEER: Wan Azizah disambut Baik di Amerika
Pertadbiran Amerika nampaknya berbelah bahagi
bagaimana mahu berurus-cara dengan pihak pembangkang
Malaysia walaupun Washington kerap mengkritik Perdana
Menterinya, Mahathir Mohamad kerana layanan teruk
beliau terhadap para pengkritik kerajaan.
Menurut beberapa diplomat, dua minggu sebelum Wan Azizah Wan
Ismail, isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar
Ibrahim melawat Washington pada lewat Jun lepas, kedutaan
A.S. di Kuala Lumpur (dengan tidak semena-mena) telah
memaklumkan kepada kerajaan Malaysia akan lawatan itu.
Seorang pegawai atasan A.S. yang lebih tinggi merasa amat
terkejut dengan tindakkan kedutaan mereka yang ganjil itu bila
diberitahu oleh majalah REVIEW (FEER). Beliau berjanji akan
menyiasat serta menyelidik perkara itu.
Wan Azizah yang juga menyandang jawatan presiden Parti Keadilan
Nasional telah menemui Timbalan Setiausaha Keselamatan En Paul
Wolfowitz, Setiausaha Kehormat Negara Puan Paula Dobrianksy,
dan Presiden Bank Dunia, En James Wolfensohn serta bekas
Setiausaha Keselamatan Negara, En. William Cohen.
Henry Hyde, seorang ahli kongres dan juga merangkap pengerusi
Unit Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa (House International
Relations Committee - HIRC) berjanji akan menulis sepucuk surat
peribadi kepada Mahathir untuk memohon agar Anwar dibenarkan
pergi ke German untuk mendapat rawatan kritikal untuk sakit
belakangnya itu. Wan Azizah berkunjung ke A.S. untuk menghadiri perjumpaan
tahunan Persatuan Masyarakat Islam Amerika Utara atau ISNA
(Islamic Society of North America), yang pada tahun lepas
telah menolak jemputan kepada Mahathir sebagai membantah
layanan jijik beliau terhadap Anwar. Terjemahan: Pemburu Kata [Catatan Penterjemah: Rencana ini, antara lain, menunjukkan Mahathir sudah tidak
dihormati oleh dunia dan Amerika kerana tidak menghormati hak
asasi untuk seorang pesakit untuk mendapatkan rawatan luar.
Mahathir gagal mengaibkan Anwar - sebaliknya dia yang teraib pula.
Tindakkan pegawai kedutaan A.S. yang tidak semena-mena itu memang ganjil.
Dia seperti berkhidmat kepada kerajaan Malaysia - bukannya kepada negara A.S!
Patutlah terkejut pegawai seniornya.
] Asal: http://www.feer.com/2001/0108_09/p008intell.html
Azizah's American Welcome The United States administration appears divided on how to
deal with Malaysia's opposition, despite Washington's
frequent criticism of Prime Minister Mahathir Mohamad for
his harsh treatment of his critics. Two weeks before Wan
Azizah Wan Ismail, wife of jailed former Deputy Prime
Minister Anwar Ibrahim, visited Washington in late June,
the U.S. embassy in Kuala Lumpur informed the Malaysian
government of her pending trip, according to diplomats. A
senior U.S. official was shocked when told of the embassy's
alleged action by the REVIEW and vowed to check. Wan
Azizah, who heads Malaysia's opposition Parti Keadilan
Nasional, met Deputy Secretary of Defence Paul Wolfowitz,
Undersecretary of State Paula Dobrianksy, World Bank
President James Wolfensohn and former Secretary of
Defence William Cohen. Congressman Henry Hyde,
chairman of the House International Relations Committee,
promised to write a personal letter to Mahathir requesting
that Anwar be allowed to travel to Germany for treatment for
a back injury. Azizah Wan came to the U.S. to attend the
annual convention of the Islamic Society of North America,
which last year withdrew an invitation to Mahathir in protest
at his treatment of Anwar. |