Laman Webantu KM2A1: 5151 File Size: 10.7 Kb * |
TAG SP 236: Pemikiran Yang Dibenarkan - Suatu Teladan? - Kuch Kuch Hota-hai By Aliran 4/8/2001 10:44 pm Sat |
[BN semakin maju bercakaran sesama sendiri sehingga terdapat
adegan bertumbuk, membaling kerusi, dan kini menggunakan mahkamah
dan instrumen kerajaan pula. Inilah teladan keharmonian hubungan
rencah mereka - asyik bergaduh sepanjang masa beradu kuasa.
Tradisi 'ikut telunjuk atau binasa' sudah lama menular sehingga
bekas ketua hakim dan bekas ketua polis pun mengamalkannya. Malah
hanya klon sahaja layak mengganti barulah si ketua boleh bersara.
Budaya 'ikut caraku' itu perlu diwarisi sampai bila-bila sehingga
soal rumahtangga dan hendak beranak-pinak pun perlu mengikut kata
menteri juga. Patutlah ada banyak kes bunuh membunuh dalam keluarga
sendiri sekarang agaknya? Oleh: Aliran "Pada ketika rakyat di negara majmuk lain masih bercakaran antara
satu sama lain, rakyat Malaysia sudah jauh maju ke depan" kata Dr
Mahathir. "Kepelbagaian kaum dalam Malaysia memberikan kelebihan kepada
negara berbanding negara lain dalam era globalisasi", kata Ling
Liong Sik. "ISA, bukan sahaja tidak mengurangkan usaha-usaha menguatkan
perpaduan kebangsaan malah menyumbang pula kepada Malaysia seperti
yang ada hari ini", tambah Pak Lah. Peristiwa tersebut berlaku di sebuah persidangan yang diadakan
pada pertengahan Mei untuk menunjukkan Malaysia sebagai teladan
kepada hubungan antara kaum. Ramai orang akan pertikaikan
kewajaran Pak Lah akan keperluan ISA dalam negara. Tetapi
kenyataan Dr Mahathir dan Ling memang betul. Keharmonian kaum
memang wujud dalam Malaysia. Dan keadaaan pelbagai kaum yang
saling berbaik dalam negara memang memberikan kita kelebihan.
Bagaimana dengan ikatan antara sesama kaum sendiri?
Memang terdapat kemajuan juga dalam hal ini. Kelompok dalam MIC
tidak lagi memilih beradu penumbuk dan membaling kerusi antara
satu sama lain. Tetapi pertelagahan antara Ling dan 'kumpulan 8'
serta bantahan yang menyeluruh tentang pengambilan Nanyang oleh
MCA menunjukkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kebaikan
parti itu. Bagaimana pula dengan perbincangan tentang Perpaduan
Melayu antara Umno dan PAS yang sering tenggelam timbul itu?
Betullah, apa yang boleh ditakrifkan tentang komen Dr
Mahathir - 'kami bukannya sedang bergaduh antara satu sama lain'-
apabila ditanya tentang hubungan beliau dengan Daim selepas
pengunduran beliau dari kabinet?
Kuch Kuch Hota-hai Bagi yang tidak bercakap Hindi, ianya bermaksud 'sesuatu sedang
terjadi'. Ya, sesuatu memang sedang berlaku dalam PPP. Pernah
dikatakan orang bahawa PPP, salah sebuah parti terkecil dalam BN
mendapat liputan media yang lebih berbanding rakan-rakannya yang
lebih besar dalam BN. Tetapi bukanlah publisiti seperti itu yang
menjadikan Malaysia sebagai teladan dalam hubungan antara kaum
lain mahupun antara kaum sendiri. Akhirnya pembantaian kerusi
telah berpindah dari MIC kepada PPP. Seterusnya pemimpin parti
menjadi matang: mereka mula membawa pertikaian dalam parti ke
mahkamah!. Kemudian muncul Kayveas. Beliau memperkenalkan pendekatan baru
dalam menempatkan PPP dalam berita. Menurut kata orang beliau
lebih handal untuk bermuka-muka dibandingkan dengan presiden MIC
itu. Belum sempat anda berkata kuch kuch hota-hai Kayveas telah pun
dilantik sebagai senator dan kemudiannya Timbalan Menteri. Perdana
Menteri mesti telah mengenalpasti potensinya.
Kini PPP telah mendapat sebidang di Bandar Universiti yang sedang
dalam perancangan, di Seri Iskandar (berdekatan Tronoh), dan mengumumkan
rancangan untuk melancarkan universitinya sendiri. Ini bukan lawak
Bollywood. Kenapa, Kayveas memberi kenyataan itu, mungkin
ditujukan kepada musuhnya dalam BN, bahawa ia bertujuan meminta 8
kerusi Parlimen dan 18 kerusi negeri dalam pilihanraya depan.
Samada PPP membayangkan ia sebagai teladan, atau, ini adalah
pendekatan terkini yang dibayangkan Kayveas dalam soal bagaimana
mempertahankan liputan media untuk dirinya.
Satu Latihan Akademik : Bayangkan, 'terdapat sebanyak RM40 juta nilai buku-buku tidak
terjual yang ditulis oleh ahli-ahli akademik tempatan kini berdebu
di dalam simpanan DBP'. Itulah yang diucapkan oleh Pak Lah.
Timbalan Perdana Menteri itu mengulas kata-kata Menteri Pendidikan
Musa Mohamad mengenai ahli-ahli akademik Malaysia yang menerbitkan
terlalu sedikit buku berbanding dengan rakan sejawatan mereka di
negara asing. 'Sekiranya tiada pasaran untuk buku-buku mereka,
bagaimana boleh anda harapkan untuk mereka terus menulis?'
Kebebasan Di bawah Kuasa Eksekutif di Malaysia, yang ditulis oleh
Rais Yatim bukanlah satu dari buku-buku DBP itu. Badan Eksekutif
telah dikecam keras dalam kritikannya dan DBP tidak mungkin
sanggup untuk menerbitkannya. Lim Kit Siang telah menggambarkan
buku Rais sebagai 'pengecaman terhadap ISA yang paling hebat
sekal'?. Apabila ditanya untuk memberikan komen, Rais berkata : 'Saya tidak
berpegang kepada apa yang dikaji secara akademik'. Buku tersebut
'hanyalah satu latihan akademik'.
Seandainya semua penulis bersikap seperti Rais, tidak hairanlah
mengapa rakyat Malaysia tidak berminat untuk membaca, apalagi
untuk membeli buku-buku akademik. Sebaliknya, sekiranya Rais tidak
berpegang kepada bukunya yang telah dihabiskan masa selama
bertahun-tahun untuk menyelidik dan menulis, apakah pendiriannya
yang sebenar? Kita mungkin terfikir bagaimana orang yang
dilahirkan semula sebagai pemimpin UMNO ini, yang merupakan
timbalan pemimpin Semangat 46 yang mengutuk Dr. Mahathir tanpa
henti-hentinya itu, kini boleh menjadi bertambah yakin terhadap
orang yang sama? Barangkali Rais hanya menyatakan yang ia telah
diwatakkan sedemikian rupa. Bawa masuk klon-klon itu : 'Ikut telunjuk ketua' bukanlah seperti kanak-kanak bermain. Di
dalam politik ia boleh menjadi satu permainan yang meletihkan
sekiranya anda bukan pemimpin. Bahkan jika ketua adalah 'nombor 1'
dan anda adalah 'nombor 2', permainan mungkin menjadi sengit.
Peraturan boleh bertukar di tengah-tengah permainan dan
menyebabkan anda terpaksa membawa nasib sendiri. Pemain-pemain
boleh ditukar sebelum habis permainan anda akan terpaksa berundur.
Sekali ditabalkan, anda mungkin dikecewakan dua kali, atau lebih
teruk dari itu. Jika anda tidak mengikut segala kehendak ketua,
nasib buruk akan menimpa diri. Jika anda mengikut secara
keterlaluan pula?? Mari kita perhatikan sekarang. Apabila no.1 ditanya, 'Orang yang
bagaimana paling layak ditabalkan sebagai pengganti anda', ia,
tanpa diduga, menjawab, 'Seseorang seperti saya'. Semenjak dari
itu para wartawan, ahli-ahli parti, pelabur-pelabur dan sesiapa
sahaja sering memikirkan masalah bakal pengganti. Oleh kerana
ramai rakyat Malaysia akan merasa terhina jika pada anggapan
mereka dunia tidak memberikan perhatian kepada masalah-masalah
mereka, boleh dikatakan seluruh dunia telah pun menyoal, 'Adakah
sesiapa yang menyerupai dirinya?'
Usah lagi merasa gusar. Hentikan pencarian kamu. Ikut telunjukku:
Apabila bekas no.2 dipukul di dalam penjara, no.1 tidak merasa
apa-apa dengan penampilan 'mata lebam' yang hangat diperkatakan
itu. Tetapi 'mungkin ianya akibat perbuatan sendiri', no.1
menyindir. Malang sekali, kenyataan bersejarahnya itu terpaksa
dipadamkan kerana terdapat seseorang yang secara kebetulan si no.
1 dalam pasukan polis yang telah menjayakan perbuatan itu.(si kaki
pukul yang telah didapati bersalah itu kini, walaubagaimanapaun,
telahpun dibebaskan kerana berkelakuan baik, satu alasan yang
menarik bagi melayakkan ia menjalani hukuman penjara yang begitu
singkat berbanding dengan tahanan-tahanan ISA yang tidak pun
melakukan apa-apa terhadap sesiapapun?? kecuali mungkin satu
peristiwa kekalahan di sebuah pekan kecil yang bernama Lunas).
Kemudian tiba giliran no.2. Seorang hakim mahkamah tinggi
mengumumkan bahawa seorang 'pemanggil misteri' telah menalipon
mengarahkannya untuk menolak petisyen pilihanraya yang
dikemukakan. Petisyen pilihanraya yang melibatkan
pengundi-pengundi hantu itu bakal mendedahkan skandal yang
dahsyat. Rumah-rumah mungkin secara anihnya dihuni oleh
mereka-mereka yang bukan merupakan penduduk-penduduk tetap.
Bas-bas dari luar yang penuh muatannya mungkin tiba tepat pada
masanya. Kali ini, no.1 mendiamkan diri. Ia telahpun belajar untuk
tidak sama menyanyi lagu 'Panggilan itu terdial dengan sendiri'.
Lebih selamat untuk terus setia dengan lagu kegemaran lamanya, 'My
Way' (Caraku). Namun no.2 baru sahaja belajar menyanyi. Jadi ia pun menyanyi
lagu, 'Itu adalah panggilan palsu'. Nasib tidak baik. Ternyata
memang wujud si pemanggil dan ia bukanlah orang sebarangan. Ia
adalah orang no. 1 dalam badan kehakiman.
Soalan : Mengapa pula 'Ikut Telunjuk Ketua' sering berakhir dengan
lawak jenaka? Jawapan : Kerana semua orang mahu menjadi ketua sendiri, setiap
ketua mahu orang-orangnya sendiri, dan setiap orang pula mahukan
klon-klon seperti dirinya? - jadi setiap klon akan menjadi badut.
Melahirkan anak di bawah konsep yang salah :
Guru-guru wanita di Malaysia telah diberi peringatan baru-baru ini
oleh Kementerian Pendidikan untuk merancang kehamilan mereka agar
jangka masa mereka melahirkan anak yang amat berharga itu akan
jatuh pada musim cuti sekolah. Ini adalah, hujah kementerian itu,
untuk mengelakkan gangguan kepada jadual pengajaran di sekolah
yang berkenaan. Sementara pihak kementerian mungkin boleh dipuji
di atas langkahnya untuk menghadapi masalah tersebut, kita sudah
tentu kehairanan memikirkan bagaimana arahan seperti itu boleh
diterima-pakai sedangkan perkara itu melibatkan proses kejadian
manusia, perasaan, tindak balas biologi, dan lebih dari itu,
perasaan cinta. Sedangkan bersenggama secara 'coitus interruptus'
pun boleh tersasar menghasilkan benih.
Asal: Thinking Allowed - An Exemplar? - Kuch Kuch Hota-hai
Aliran atau
|