Laman Webantu KM2A1: 5162 File Size: 13.0 Kb * |
TAG SP 237: Strategi Perang Saraf By Harun Rashid 6/8/2001 11:38 pm Mon |
[Kerajaan nampaknya mahu mencengkam apa saja yang mengancam
dengan harapan akan patahlah semua bangkangan melalui tuduhan
pelik-pelik yang tidak perlupun dibuktikan. Tetapi ini tidak akan
berjaya kerana isu Anwar lebam sahaja masih belum padam-padam sehingga
sekarang. Siapakah yang melempar tuduhan yang tidak masuk aqal itu jika
tidak pemimpin No. 1 BN sekarang. Kini Mahathir menuduh dan menangkap
lagi sesiapa sahaja sehingga anak pemimpin pembangkang pun ditahan.
Tetapi ini semua tidak akan berjaya kerana perang itu ada dua medan
sebenarnya. Cubalah Mahathir menekanya kerana yang satu lagi akan
menghumbankannya..... (Psy-War Strategy) Oleh: Harun Rashid ISA Parti yang berkuasa memang mudah menggunakan kuasa polis dan tentera untuk
menyekat aktiviti parti pembangkang. Selalunya tindakan begini memulakan
proses peminggiran, baik di tahap nasional ataupun sejagat. Seandainya pihak
pembangkang menggunakan kaedah yang tidak dianggap sah, ataupun dikira
mencetuskan ancaman yang ketara kepada keharmonian negara, kerajaanpun
menggunakan strategi pengekangan yang luar biasa ataupun lebih berbentuk
mencengkam hukum-hakam yang dianggapnya berpatutan.
Akan tetapi, ancaman itu mestilah jelas dan ketara, dan segala dalilnya
mestilah diterima akal. Jika tidak segala aktiviti itu dilihat sebagai
penyalahgunaan kuasa polis, dan dianggap sebagai satu usaha menyangga kuasa
politik yang bertentangan dengan rakyat yang terus ditekan secara
terus-terang. Sesungguhnya, penentangan terbuka itu ditentang dengan
menggunakan media dan ucapan rasmi di khalayak ramai untuk mencetuskan satu
aura wujudnya keyakinan, kestabilan dan ketahanan dalam saat yang kritikal.
Namun, semua ucapan ini dicemari unsur-unsur pembohongan. Para pendengar
dapat merasakan kekosongan dalam setiap keinginan untuk mendedah ataupun
menghukum pelaku jenayah. Rakyat marhaen menjadi mual dengan ucapan harian
mengenai ketelusan oleh bajingan yang tidak pernah telus dalam hidup
hariannya. Menteri-menteri UMNO/BN bersekongkolan dalam kempen yang berterusan untuk
memperakukan penangkapan beberapa tokoh pembangkang dalam usaha melengahkan
kuasa politik pembangkang yang semakin berkembang. Pada mulanya, pemimpin
Keadilan yang berjaya menahan beberapa bas yang penuh dengan pengundi hantu
telah ditangkap tanpa sebarang tuduhan dan pengadilan. Kini, pegawai PAS,
yang telah mencabar peraturan himpunan aman rakyat, telah ditangkap, dengan
menggunakan undang-undang purba yang sama. Memanglah banyak tuduhan mengenai
pengaruh asing, mengenai amalan ajaran sesat, namun rakyat tidak mungkin
mudah diperbodohkan. ISA ialah satu undang-undang yang tidak adil dan tidak sah, kerana ia
bergantung kepada wujudnya keadaan darurat di negara ini untuk dianggap
berkesan. Tidak ada sebarang darurat di Malaysia kini, kecuali yang akan
muncul menghantui kesatuan komponen UMNO/BN. Hukum-hakam ISA dicetuskan
daripada keadaan darurat yang wujud beberapa dekad dulu, tetapi sengaja
dibiarkan terus melengkar dalam buku perundangan. Kini, menteri yang
berkuasa menegaskan wujudnya sebuah negara yang sedang sengsara, sehinggakan
keselamatan negara sedang terancam. Semua orang sedar semua ini adalah
pembohongan besar, dijadikan alasan untuk menendas dengan kejam dan zalim,
untuk membolehkan para menteri terus mencengkam secara terdesak memegang
kuasa yang semakin diasak untuk mengelakkan diri mereka ditangkap dan
digasak. Perhimpunan Aman Penangkapan ahli-ahli PAS menunjukkan kerajaan semakin takut kepada ceramah,
memperlekehkannya sebagai satu usaha haram untuk meneruskan tempoh
berkempen, melebihi peraturan berkempen hanya untuk sepuluh hari sebelum
hari mengundi. Penangkapan itu adalah menyekat sebarang campurtangan dalam
proses pengundi hantu, dan juga menyekat penyebaran maklumat yang
mencemarkan dalam setiap ceramah. Salah satu unsur budaya Melayu ialah majlis kenduri-kendara, yang mungkin
mencecah sampai sedozen setiap minggu di setiap kampung, tidak kiralah yang
di hilir ataupun di hulu. Para menteri mahukan majlis seperti ini dikenakan
kawalan mendapat permit dulu kerana inilah majlis di mana semua orang akan
berada di situ. Bukannya senang mahu kuatkuasakan keinginan haprak itu
kerana majis kenduri adalah darah daging budaya Melayu. Kalau dilaksanakan
juga, alamat hanyutlah setiap baja yang masih melekat dalam rumpunan akar
umbi parti itu. Majlis ceramah memang berbeza sedikit daripada majlis kenduri kendara. Pada
lazimnya ia menonjolkan seorang tokoh yang popular sementara jamuan makan
memang selalu diketepikan. Namun majlis itu semuanya menjadi acara pertemuan
sambil minum kopi sambil bertukar maklumat dan penerangan Sekaligus majlis
serupa itu menggantikan akhbar dan TV yang digunakan sebagai saluran
strategi perang saraf UMNO dan kerajaan.
Internet Baru-baru ini kerjaan mengancam mahu 'mengbom' laman web pihak pembangkang
dalam usaha untuk menyekat kemaraan bahaya internet. Secara praktiknya ini
bererti mengirimkan emel suntikan kepada penulis pilihan dengan harapan
kotak emel mereka menjadi melimpah-ruah dan tidak mampu beroperasi dengan
gagah. Emel suntikan itu adalah bahan kiriman yang mengandungi virus yang
melumpuhkan. Kerja haprak begini adalah satu kerja bangang dan bertindak melemahkan pihak
pembangkang. Tidak ada caranya pihak yang diserang oleh kerajaan itu dapat
mengetahui pengirim sebenar ataupun siapakah nanti yang terkena palitan
virus yang tersalah sasar. Lantas, kerajaan Malaysia kini menjadi tuduhan
utama sebagai pengedar virus di saentero dunia. Kerja haprak ini adalah amat
bertentangan dengan sumpah awal kerajaan Malaysia dari dulu-dulu sehingga
sekarang yang mahu memajukan internet dan menggalakkan teknologi komunikasi
supaya terus berkembang. Tidak adapun sebarang usaha mendedahkan serta
menghukum pengirim virus itu ataupun pengakuan bahawa kempen itu memang
dibiayai secara rasmi oleh kerajaan yang juga bertindak sebagai sutradara
bajingan. Apakah semua ini boleh menidakkan marhaen daripada terus mual
kepada sikap hipokrasi kerajaan? Persekolahan Sesuatu sistem pendidikan menjadi satu aspirasi negara yang dihormati. Usaha
yang bersungguh-sungguh dilaksanakan agar dipilih untuk dilatih guru-guru
untuk menjadi bijaksana dan memberikan kemudahan yang secukupnya segala
peralatan pendidikan agara mereka belajar dengan selesa. Seharusnya semua
ini merupakan objektif utama kepimpinan yang berwibawa. Sebaliknya guru-guru
Malaysia sentiasa diancam, diugut, diberikan nama jolokan yang mencerca,
serta dinafikan segala kemudahan dan suasana yang gagal menajamkan kemahiran
berfikir secara kritikal. Pelajar mudah diserkap untuk ditangkap, diugut dan digugat, dituduh secara
palsu pembabitan mereka dengan pergerakan songsang dan samseng, serta
diawasi dan diekori sentiasa untuk menghalang sebarang langkah kecil
menunjukkan keidak-puasan terhadap kerajaan dan segala dasarnya. Tujuannya
diwarwarkan sebagai usaha 'memperbaiki moral dan tatasusila' sedangkan yang
sebenarnya ialah menunjukkan betapa institusi yang tidak bermoral sudah lama
memerintah laksana institusi bermaharajagila. Segala amalan pemerintah yang
pada awalnya merupakan tarikan kepada pengundi yang berdarah muda kini
bertukar wajah menjadi gelombang pendidikan yang jijik dan mendera.
Pasaran Modal Dalam usahanya menarik minat pelabur asing yang kurang teliti memerhatikan
perangkap dalam pasaran bon, serta spekulator muda yang ghairah dalam
pasaran Asia Tenggara yang diwarnai segala mistik dan mitosnya, carta
pasaran BSKL sengaja dicantikkan dengan warna dan lakaran lantunan teknikal
yang mengghairahkan. Dua jejakan garisan terbawah dilakar sudah. Laksana
tayangan wayang gambar, semua itu adalah satu lakonan laksana mainan silap
mata yang membuat hati berdebar, dan menyerongkan pandangan serta selera
pelaburan. Saham syarikat yang tersenarai di bursa yang kebanyakannya sudah muflis dari
segi teknikalnya; telah dibeli oleh broker yang bertaraf nomini ataupun
proksi dengan menggunakan dana pencen rakyat ataupun peruntukan perjalanan
pegawai kerajaan. Segala aset, dan hak menggantikan barisan pengurusan yang
ada, serta segala bebanan-hutang yang menggunung tingginya telah
diambil-alih oleh kementerian kewangan atas nama rakyat Malaysia. Namun,
kementerian kewangan tidak mampu menyediakan seorang peneraju pengurusan
yang cekap dan berwibawa menerajui syarikat yang tercungap. Bagaimana pula
mungkinnya kerajaan menyediakan seorang peneraju berbakat untuk menjadi
adijagat sebagai penyelamat syarikat yang sudah merempat?
Satu ketika dulu, sistem perbankan disarankan oleh kerajaan memberikan
pinjaman tanpa kolateral dan harta gadaian ataupun jaminan kepada sesiapa
sahaja. Kini, semua bank sudah diberitahu agar merana sendirian dengan
hutang yang tidak dilunaskan kerana bank seharusnya 'mengambil risiko
pinjaman yang tidak mampu dibayar balik hutangnya.' Segala berita kurang
baik sengaja dilecehkan ataupun disembunyikan. Perangkaan menunjukkan betapa
Singapura sedang dihantui kegawatan sejak dua suku tahun lalu. Perangkaan
suku tahun kedua Singapura itu telahpun disiarkan dalam masa dua minggu
selepas tersiarnya perangkaan suku-tahun yang pertama. Berita buruk semacam
itu masih belum disiarkan di Malaysia. Kita boleh jangkakan perangkaan
suku-tahun kedua Malaysia akan ditunda lagi sehingga September, kerana
kerajaan tidak mahu mendedahkan adanya kegawatan dalam negara. Kelewatan itu
akan diperjelaskan dengan menyalahkan komputer, yang seperti juga para
banduan tidak berupaya mempertahankan tuduhan haprak pihak kerajaan.
Seorang menteri Jepun pernah membuat lawatan untuk membawa utusan yang tidak
menyelerakan. Pasaran Amerika sedang menjunam tanpa halangan. Namun Malaysia
masih memaparkan wajah seolah-olah tidak ada yang perlu dirunsingkan.
Seolah-olah pintar mengelak ataupun menepis kemunculan masalah yang semakin
galak. Berita ekonomi selalu diulang-ulang: 'selesai sudah eknomi yang
merudum, langkah membeli mula menguntum.' Oleh kerana mudahnya menggunakan
perangkaan pengeksportan yang berterusan, serta simpanan yang memang pada
warisannya boleh dianggap stabil; kelemahan kepimpinan, hutang yang
bertimbun, dan kegagalan Pensyarikatan Malaysia mudah dilenturkan bisanya.
Apatah lagi apabila memang sengaja tidak diusahakan cerakinan segala
kegagalan kerajaan. Lagipun BPR sengaja dibekukan dalam peti, dan sebagai
satu dasar pemerintah, memang tidak ada istilah 'akauntabiliti'.
Rumusan Suasana (mood) di Malaysia sekarang adalah di tahap 'melancholia' -
kelemahan mental disebabkan tekanan jiwa yang diransangkan berita yang
mencelaru hingga mencetuskan pemikiran haru-biru. Segala kehaprakan yang
terjadi dianggap sebagai biasa sambil marhaen menunggu balasan Allah Yang
Maha Kuasa; yang dinanti dengan mulut melopong sahaja. Konsep Malaysia Boleh
sudah tidak ada lagi. Malaysia memang boleh menikmati segalanya, cuma tidak
berupaya. Kini, semua kenikmatan itu dinafikan. Sidang ceramah akan
berterusan, lebih beriltizam daripada usaha yang dulu-dulu. Segala
penangkapan hanya menaikkan kemarahan sahaja. Ceramah akan ditambah, lebih
banyak lagi daripada yang termampu dipantau oleh polis dan tentera.
Keberanian dan kesabaran adalah darah daging yang dijiwai oleh Bangsa
Melayu. Ramai yang yakin bahawa kebenaran dan keadilan akan menjelma juga.
Walaupun secara luarannya ada tanda-tanda keluhan yang berirama kekesalan,
namun di bahagian pelapiknya memang tersedia lapisan yang tegap dan mantap
menunggukan penjelmaan munculnya, tidak kiralah betapa lembabnya; sinar
mentari di sebalik garisan fajar yang menyinsing. Inilah strateginya yang
InsyaAllah membawa kemenangan yang muncul secara berdesing.
Harun Rashid Terjemahan: SPAR-05-018 Link Reference : Asal: Harun Rashid Worldview: Psy-War Strategy |