Laman Webantu KM2A1: 5175 File Size: 15.7 Kb * |
TJ SP MGG: Mainan Politik UMNO Lagi By M.G.G. Pillai 7/8/2001 9:13 pm Tue |
[Apa yang berlaku sekarang menampakkan Umno asyik menyerang
sahaja dan pembangkang cuma bertahan walaupun ramai sudah terkeluar
gelanggang. Mahathir amat banyak menggertak dan melakukan percubaan
untuk menguji reaksi pembangkang yang nampaknya me'layu' sahaja
walaupun pengadil baru sudahpun tiba.
Ada banyak muslihat Mahathir menggunakan perkataan ajaib 'ancaman'
mujahiden atau fundamentalis islam kerana itu mungkin mampu menggoda
Bush agar menemuinya sehingga masyarakat Cina serta pelabur terpedaya.
Ekonomi yang tenat menyebabkan Mahathir perlu mencari kawan tetapi
imejnya sudah tercalar di mata dunia kerana isu lebam dan sakit Anwar.
Tetapi Bush yang baru menerajui negara amat berwaspada kerana Mahathir
baru berpeluk dengan Castro. Sebab itulah dia mengirim duta yang bukan
sebarangan orangnya untuk mengajar beberapa perkara. Sepatutnya Mahathir
menemui orang Bush itu dulu tapi dia terlalu besar kepala.
Penangkapan anak TG Nik Aziz amat tidak wajar kerana dia memerangi komunis
yang memang dimusuhi Malaysia. Malah kerajaan sendiri merestukannya dulu.
Jika mencegah lebih mustajab sepatutnya kerajaan tidak membenarkan dia
terlibat sejak dari mula - bukannya menangkap sekarang kerana itu langsung
tidak kena. Kalaulah begini cara kerajaan menangani orang yang pakar dan
terlatih lebih baik tidak dibuat MSC kerana itu akan menyebabkan munculnya
penyangak IT pula..... CHIAROSCURO 6 Ogos 2001 Oleh: M.G.G. Pillai Mainan Politik UMNO Lagi (A Political Football for UMNO) Pada sekitar 1990-an dulu segelintir pemuda Islam Malaysia, yang sebahagian
besarnya daripada PAS, telah menyahut seruan untuk menjadi pejuang sukarela
di Afghanistan memerangi kerajaan yang disokong oleh Soviet Union. Media
massa Malaysia telah mengalukan pembabitan mereka. Dalam kumpulan itu
terdapat juga ahli UMNO dan Abim. Kerajaan tidak menahan pemergian mereka
kerana ketika itu kerajaan juga yang mencadangkan bahawa adalah sebahagian
tugas warga Islam untuk berjihad dengan nama Islam (Allah sebenarnya -
penterjemah). Sebahagian daripada kumpulan itu telah berlepas ke
Afghanistan, dan pulang tanpa banyak hiruk-pikuk. Apa yang mereka laksanakan
di sana tidak ada siapapun yang ambil sibuk.
Namun, masih ada satu yang pasti telah terjadi: mereka telah menjalani
latihan ketenteraan, kerana seorang gerilla mesti tahu cara menangani
senjata, tidak kira ianya selaras raifel ataupun bazooka ataupun cara
melontar bom tangan. Kalau benar mereka sudah bertarung di Afghanistan,
sudah pasti mereka tahu menggunakan senjata api.
Sekarang, apakah mereka benar-benar terlibat dengan apa yang dituduh oleh
pihak polis? Kita tidak tahu-menahu. Tetapi, penangkapan dilakukan apabila
perdana menteri Mahathir Mohamad dan UMNO sedang dihimpit cabaran yang
bertali arus yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Jelas, penangkapan
terbaru itu dilihat sebagai satu mainan taktik politik sahaja dan bukannya
sebagai benar-benar berunsurkan 'keselamatan negara yang terancam'.
Timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri, Abdullah A. Badawi,
berkata bahawa kumpulan ini adalah satu ancaman. Jika tidak, kerajaan tidak
bertindak, dan tidak pula mengatakan apakah banyak tangkapan lagi.
Timbalan Paklah, Zainal Abidin Zin, menambah pula: pihak polis akan
bertindak terhadap sebarang kumpulan militan tidak kiralah siapa yang
terlibat. Sekurang-kurangnya empat ahli PAS telah ditangkap daripada 10
orang yang dituduh. Salah seorang daripada mereka itu ialah anak Menteri
Besar Kelantan. Anaknya itu berusia 34 tahun. Memang boleh dijangkakan,
ramai lagi akan ditangkap. Apabila Ketua Polis Negara, Norian Mai, menyebut secara bersahaja kumpulan
Mujahid Malaysia, dengan konotasi adanya fundamentalis Islam di negara yang
bersedia mencetuskan huru-hara, membabitkan pelbagai kes pembunuhan,
rompakan yang tidak dapat diselesaikan oleh anggota polis yang dipimpinnya,
perkara ini menjadi satu mainan politik dalam perjuangan UMNO untuk
menonjolkan kepimpinan yang dikira sah.
Deux et machina ('Deux et machina': penjelasan istilah drama purba: ialah satu peristiwa
yang tercetus ataupun sengaja dicetuskan sebagai peristiwa yang tidak boleh
ditangani dan diselesaikan dengan mudah, yang selalunya dibentangkan dalam
lakonan teater ataupun persembahan cerita novel - penterjemah)
Bilakah agaknya polis sedar bahawa kumpulan ini adalah satu kumpulan
berbahaya dan mudah mencetuskan kerja-kerja gila? Seperti juga kisah
Al-Maunah, di mana ramai lagi pemimpinnya yang sedang diadili, kumpulan
Mujahid Malaysia ini memberikan satu alasan 'deux et machina' untuk membantu
kerajaan dan juga UMNO membolosi kegawatan politik yang menghantui mereka
bersama. Dengan hal demikian, penahanan itu mencetuskan lebih banyak soalan daripada
jawapannya. PAS memang bijak menafikan pembabitannya dengan segala salahlaku
yang dipalitkan oleh polis terhadapnya. Kalaulah kumpulan ini dikatakan
bertindak ganas dan militan untuk menghuru-harakan negara, kerajaan
seharusnya berdepan dengan kenyataan rasminya. Abdullah, yang selalunya
tidak diberitahu dulu akan segala penangkapan di bawah ISA, seperti yang
selalu ditegaskannya sehinggalah semuanya terdedah untuknya, pada kali ini
mesti telah mengarahkan mereka ditahan bawah ISA dan tidak dibawa untuk
dibacakan tuduhan di mahkamah secara terbuka.
Apabila ISA digunakan secara mudah, seperti kehendak nafsu-nafsi Norian Mai,
seolah-olah terjadi pembunuhan, jenayah dan segala kebajingan yang
berat-berat, mereka yang ditangkap seharusnya dihadapkan ke mahkamah untuk
dibicarakan. Seandainya polis mempunyai bukti yang jelas dan muktamad,
seperti yang sepatutnya apabila mengemukakan segala tohmahan yang ada,
mereka mestilah diberikan taraf penjenayah biasa, tanpa berselindung di
sebalik ISA, yang pada dasarnya hanya mengikuti keluhuran undang-undang yang
memberi tafsiran mereka bertindak secara berahsia. Seperti yang berlaku
dalam Episod Anwar Ibrahim, kekerasan telah digunakan. Dalam episod itu,
Ketua Polis Negara sendiri yang terlibat tanpa ada sesiapa yang
dipertanggung-jawabkan dengan kerja musibat itu.
Ini bukan bermakna kumpulan demikian tidak wujud ataupun tidak adanya agenda
politik yang disebut oleh polis. Masa dan ketikanya ataupun 'temengnya' yang
diragukan. Tidak ramai yang sanggup mempercayai pihak polis kerana selama
ini mereka kerap bertindak buas memihak kepada agenda politik kerajaan dan
bukannya mengikut peraturan undang-undang negara. Kalaulah perkara ini
begitu serius, perkara ini sepatutnya didedahkan melalui saluran yang lebih
rasmi dan berwibawa seperti Parlimen untuk membuat pengumumannya, dan
bukannya sebagai satu acara tambahan kepada satu sidang akhbar yang tidak
relevan. Demikianlah yang sebenarnya terjadi kerana sidang akhbar itu
diadakan selepas selesainya satu majlis yang dihadiri oleh timbalan perdana
menteri yang ditemani oleh IGP Norian Mai.
Apabila pentadbiran dokongan Soviet dikalahkan di Afghanistan, dan
tertegaknya satu kerjaan Islam yang mengambil-alih kuasa di Kabul,
pertelagahan dalaman antara pelbagai fraksi pejuang Islam itu telah
mencetuskan peperangan saudara yang membawa kemenangan kepada Taliban. Apa
juga pihak yang terlibat pada awalan itu wujud beberapa mujahid daripada
pelbagai negara luar, terutama sekali daripada Timur Tengah. Apa jugapun
pembabitan mereka, tujuan utama ialah perjuangan yang suci berlapikkan
'Jihad'. Keresahan dan Pengangguran Akan tetapi, kemenangan pihak Taliban telah menggugat kerunsingan di
tanahair darimana para Mujahid itu mula-mula muncul. Negara Islam di Timur
Tengah tidak mengizinkan kepulangan para mujahid di kalangan rakyatnya yang
sah. Kewujudan satu kumpulan gerilla yang telah terlatih, tetapi menganggur
dan tidak selesa dengan keadaan mereka boleh mencemarkan keharmonian
masyarakatnya. Kerana itu mereka bertahan di wilayah itu dan India
mengisytiharkan pernah mambunuh ramai kumpulan itu di Khasmir. Di sana
memang ramai mujahid daripada negara luar yang terus bertahan meneruskan
perjuangan membebaskan negeri Islam itu.
Norian Mai memang tidak silap bila mengatakan mereka yang pergi menentang
pasukan Soviet dulu memang telah terlatih. Di Malaysia, bekas anggota
tentera terlibat dengan kerja-kerja merompak dan jenayah. Pada satu ketika
dalam 1970-an dulu, Parti Komunis Malaya telah menggaji bekas askar untuk
berjuang bagi pihak mereka menyebabkan kerajaan bertindak untuk memperbaiki
sistem pencen mereka. Dengan demikian, tuduhan kerajaan akan adanya Mujahid
Malaysia sudah tentu bukan satu perkara pembohongan.
Akan tetapi, adalah satu perkara yang ganjil apabila Abdullah bertegas mahu
bertindak hanya seandainya perkara ini serius. Selama ini saya beranggpan
bahawa dalam hal keselamatan negara, kerja-kerja pencegahan adalah lebih
utama daripada penyelesaiannya. Apakah kerajaan berfikir sedemikian?
Sepatutnya penangkapan itu disusuli dengan satu Kertas Putih Kerajaan
memberikan penjelasan betapa seriusnya perkara itu dengan segala alasan
seterusnya. Sebaliknya kita hanya disogokkan dengan cakap-cakap menteri
kanan termasuk timbalan perdana menteri merangkap menteri hal ehwal dalam
negeri, menyatakan segala niat baik kerajaan, bahawa kerajaan tidak
bertindak selagi perkara itu tidak serius dan penangkapan tidak dilakukan
tanpa sebarang bukti. Semua ini nampak cantik dan baik. Cuma, ia amat bercanggah dengan kedudukan
Malaysia di mata masyarakat antarabangsa. Parlimen Eropah bertegas mahukan
Malaysia menghentikan penahanan preventif, seperti di bawah ISA, terhadap
semua tahanan politik. Menteri luar Hamid Albar dan menteri kabinet yang
lain telah mencemuh pra-syarat presiden George W Bush sebelum beliau
bersetuju menemui Mahathir. Kemelut Anwar Adalah terlalu samar apakah mahathir mampu berbincang dengan Bush ketika
mereka berkumpul di Shanghai dalam kemuncak Apec pada akhir tahun ini. Dia
dikatakan akan berbincang dengan beberapa pemimpin Asian, tetapi daripada
Asia, hanya empat orang ketua kerajaan yang berkemungkinan bertemu Bush
sebagai ketua kerajaan mereka - daripada Thailand, Filipina, Indonesia,
Jepun dan China semestinya. Mahathir telah menafikan dia berniat berbincang
dengan Bush, sekaligus mengurangkan peluang adanya pertemuan itu.
Seorang kolumnis The Sun on Sunday (5 Ogos) telah mengutip laporan Far
Eastern Economic Review yang melaporkan keinginan Mahathir bertemu Bush di
Shanghai sebagai satu tohmahan. Sebenarnya Mahathir mahukan lebih dari itu,
seandainya jadual lawatannya itu menjadi selepas Persidangan PBB. Dia
mahukan pertemuan dengan Presiden Bush itu sebagai satu tangkal azimat
betapa dia sudah diterima kembali oleh Rumah Putih.
Tidak mungkin impian Mahathir akan kesampaian. Pentadbiran Bush memberi
penekanan terhadap Amerika Latin. Dasar Timur Tengah Amerika sengaja
dibiarkan bantat, pandangannya menyeluruhi Asia adalah lebih berkait kepada
China berbanding Jepun, dan kalaupun pandangan itu terpaling arah Asia
Tenggara, tentunya ia tertumpu kepada Singapura, proksi pertahanannya di
rantau ini dan Indonesia. Inilah yang menjadi satu teka-teki yang menarik. Apakah segala penahanan itu
mahu menunjuk-nunjuk kepada Amerika bahawa kerajaan memang tegas terhadap
'fundamentalist Islam' menonjolkan kepalanya di Malaysia? Ataupun itu hanya
satu helah untuk memberitahu dunia orang putih betapa kerajaan Mahathir
terpaksa menerima kemasukan orang-orang yang pekat fahaman keIslamannya
tetapi tidak sampai menerima kemasukan mereka yang dianggap terlalu ekstrim
dalam pendekatan mereka? Ataupun penahanan itu semua adalah satu lagak
sombong dan angkuh untuk memberitahu negara barat terutama sekali Amerika
Syarikat bahawa kerajaan Mahathir boleh lakukan apa juga bentuk pemerintahan
yang dia suka? Mengikut jadualnya, Perdana Menteri akan berada di Jerman, dan
berkemungkinan disoal kenapa beliau tidak membenarkan Anwar keluar negara
menerima rawatannya. Kenapa pula dia menangkap semua orang ini bawah Akta
ISA? Malahan, dia akan dihantui penentangnya setibanya di Eropah ataupun
Amerika Syarikat. Penentangan setempat kini sudah dikaitkan dengan hubungan luar negara.
Perkara ini sepatutnya tidak berlaku, tetapi Malaysia sengaja menggunakan
kisah luar negara sebagai pelencong untuk meredakan masalah dalam negeri.
Bukannya sebagai ubat mujarab kepada sebagai pencetus masalah. Serangan
Malaysia terhadap Amerika Syarikat memang tidak relevan. Perkara ini
sepatutnya tidak berbangkit kerana selama ini Amerika telah membantu
melindungi Malaysia ketika era Perang Dingin dulu lagi. Lagipun Amerika
merupakan rakan niaga yang terbesar kepada negara. Rakyat Malaysia sudah
menjadi terlalu taksub dengan keceluparan dan kata-kata menghina yang keluar
daripada mulut busuk Mahathir sehingga tidak sedar hakikatnya di bahagian
mana roti di tangan yang disapu menteganya (siapa kawan dan siapa lawan).
Hakikat inilah yang kini melantun dengan segala taik dendamannya. Segala
penahanan di bawah ISA itu adalah satu lagi muslihat mega untuk mencemuh
segala pengkritik luar negara bahawa Malaysia akan bertindak tegas terhadap
fundamentalis Islam. Sayangnya langkah haprak ini tidak akan berjaya,
mengikut suasana yang ada, memberi sebarang jempulan kepada Mahathir. Kini,
dia mesti membuat kepastian mana satu pilihannya, menghadiri Sidang PBB
ataupun menunjukkan muka kerepotnya di Kemuncak Apec di Shanghai. Kalaulah
dia tidak berjaya bertemu dengan Bush di kedua-dua majlis itu, terpaksalah
dia merencana satu skrip lagi untuk dijadikan alasan untuk menyelamatkan
airmuka. Inilah sebabnya sudah semakin besar kesangsian mengenai segala
tuduhan haprak terhadap Mujahid Malaysia - kerana rakyat tidak
mempercayainya. MGG Pillai Terjemahan SPAR 01 Catatan Penterjemah: Kini, hakikatnya di depan mata, ketahanan PAS dibogelkan dengan sengaja oleh
Raja Silapmata Dunia. Apakah tindakan PAS seterusnya? Ada orang kata PAS
sekarang ini amat berbeza dengan PAS dulu-dulu!!! Sengat perjuangannya yang
suci murni itu sudah turut terpalit tahi dan shit busuk mainan orang dalam
yang didalangi oleh UMNO. Betulkah begitu??
|