Laman Webantu KM2A1: 5187 File Size: 4.7 Kb * |
Pembangkang Bagai Si Buta Berbini Cantik? By MSuri 9/8/2001 10:34 am Thu |
Urutan peristiwa mutakhir ini mencuit minda kita. Mahathir seperti menguji
reaksi rakyat secara berdikit dengan mematahkan sayap pemuda parti keADILan
terlebih dahulu pada April lalu dengan tuduhan luarbiasa ingin menumbangkan
kerajaan dengan bom dan grened. Kini sudah 4 bulan berlalu jangankan bom,
grened pun tidak ada dan tidak seorang pun didakwa. Ini menunjukkan
Mahathir dan polis mengada-ngada sesuatu yang tidak ada untuk mengaibkan
lawan. Sekarang musim mematahkan kepak parti PAS pula. Sekali lagi polis digunakan
untuk menyumbat lawan dengan tuduhan luarbiasa juga tanpa perlu mempamirkan
bukti dan tanpa dibicarakan. Jika kita mengikuti perkembangan isu nampak jelas
semua ini sudah dirancang terlebih dahulu agar PAS menjadi buntu dan
masyarakat Cina tidak menyokong parti itu:
1 - Isu Negara Islam kembali ditimbulkan
2 - Ceramah sudah tidak dibenarkan 3 - Penangkapan Nik Adli Nik Aziz Ada penulis melahirkan kebimbangan PAS mungkin akan diharamkan terus
kerana amat mengancam UMNO. Ini serba mungkin jika PAS tetap hidup
walaupun cuba disekat dan diaib dengan pelbagai cara.
1 - Hakim Dzaiddin sendiri sudi mendengar kes habeaus corpus tahanan ISA
dan mengizinkan peguam berkenaan membela. Sekaligus ini melebamkan polis,
Mahathir, Dollah Badawi dan Rais Yatim.
2 - Suhakam tampil dengan lapuran yang panjang lebar menyeru kerajaan
agar menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara kerana itu
dizinkan oleh Artikel 10 Perlembagaan. Professor Hamdan Adnan telah
menempelak kerajaan kerana menolak terus saranan Suhakam tanpa
membacanya terlebih dulu. 3 - Anwar akan mencabar kerajaan Malaysia kerana menafikan haknya
sebagai pesakit. Ini pastinya akan membuat senario politik negara
kembali bergegar. 4 - Ekonomi amat tidak memberangsangkan ketika ini kerana lapuran
terbaru IPI menunjukkan Malaysia merosot lebih teruk daripada
jangkaan. Sebarang kesilapan Mahathir dalam menangani kegetiran
ekonomi ini bakal mengundang kecaman dari akarumbi dan kroni UMNO
sendiri yang kini sedang tersepit wang. Mahathir tidak akan mampu
melayan semua yang meminta itu kerana sudah tiada dana untuk melancarkan
projek baru agar mereka kekenyangan. 5 - Tidak ada tanda Mahathir akan berhenti menuduh bukan-bukan dan
menindas pembangkang serta menangkap orang. Dia telah membelakangkan
keputusan hakim Hishamuddin dan saranan Suhakam. Dengan ceramah
tidak dibenarkan ini menunjukkan Mahathir sudah semakin lemah dan gagal
untuk menangkis hujah pembangkang. 6 - Negara kita semakin dibanjiri masalah sosial dan penyakit
masyarakat yang pelik-pelik yang akan menimbulkan kemarahan semua
pihak termasuk penyokong totok UMNO selama ini. Inilah akibatnya
bila ajaran sesat seperti Astora Jebat dan Kassim Ahmad diberi laluan
tanpa batasan tetapi pegawai pencegah maksiat dan mufti diikat tangan.
Apabila pelajar sudah rosak ramai ibu dan bapa akan merasa tertekan
dan membuak dengan kemarahan. 7 - Laman Detik Daily melapurkan kebangkitan sasterawan negara untuk
membela anak bangsa dengan penerbitan antologi karya yang amat tajam
isinya menyanggah kezaliman UMNO. Ini dijangka akan menjentik ramai
untuk bangun memperjuangkan maruah bangsa yang diperkosa oleh pemimpin
UMNO. 8 - Megawati telah mengarahkan agar Tommy Suharto ditangkap kerana
terbabit dalam jenayah membunuh hakim yang mengadili beliau. Polis
Indonesia telah menemui senjata dan peluru di dalam rumah rakan Tommy.
Jika Tommy dapat ditangkap dan dibicarakan semua rahsia dijangka akan
terbongkar termasuk rakan Tommy di dalam UMNO yang kini sedang meratah
wang dan projek di Malaysia. Kita pasti mereka akan menggeletar lutut
nanti kerana semua kepincangan akan terbogel satu persatu.
[KM2 4052 TAG MT 60: Hubungan Urusniaga Keluarga Suharto di Malaysia
- Michael Backman] Barangkali kerana itulah kerajaan agak bimbang perkembangan terbaru di
Indonesia sekarang. Ia akan terpercik ke Malaysia kerana kroni di sana
mempunyai jalinan yang intim dengan kroni di sini.
|