Laman Webantu KM2A1: 5210 File Size: 20.9 Kb * |
TAG SP 247: The Age - Malaysia Negara Kepolisian [Mesti Baca] By Mark Baker 13/8/2001 1:06 am Mon |
[Tindakkan terkini Mahathir itu menggambarkan seolah-olah tidak
menyokong kerajaan pun dianggap bersalah sehingga majlis makan
pun diserbu dan berhimpun di dalam rumah pun salah. Malah keputusan
terbaru dua hakim pun mahu disanggah dan saranan Suhakam tidak
diendah. Kini diharamkan pula ceramah padahal selama ini tidak
ada sebarang keganasan pun dalam program pembangkang - sebaliknya
mesyuarat bahagian parti Umno dan pemuda MCA asyik kecoh sehingga
bertumbuk sesama sendiri. Pembangkang tidak perlu mencetus huru-hara di negara ini kerana
tindak-tanduk Mahathir itu sendiri akan mencekik dirinya. Dia kerap
menghadiahkan isu percuma yang menikam BN juga akhirnya. Bukankah
Umno semakin dihempap masalah akibat tindak-tanduknya? Sudah 3 tahun
Anwar cuba diaibkan tetapi Mahathirlah yang sebenarnya sakit dan teraib
pula kerana semua tuduhan itu kepalsuan semata - jika tidak takkan ISA
datang menjelma. Jumaat, 10 Ogos, 2001 Malaysia Negara Kepolisian (Malaysia: The Polis State) Oleh: Mark Baker Jamuan makan malam itu merupakan pertemuan biasa di sebuah
restoran terbuka dipinggir Kuala Lumpur. Para isteri dan anak-anak
kepada enam orang aktivis pihak pembangkang yang sudahpun
merengkok empat bulan lamanya tanpa bicara bawah ISA telah
dikunjungi oleh beberapa dozen teman yang mahu mengongsi
penderitaan mereka dan menyerlahkan semangat setiakawan.
Ketika para tamu masih lagi melangkahkan kaki menyertai majlis,
mereka telah disambut oleh satu kumpulan tukang kacau. Lebih 80
orang anggota polis yang bersenjata daripada pasukan pencegah
rusuhan yang lengkap dengan perisai, belantan, pelantar gas
pemedih mata telah mengepung bangunan dengan dua trak air yang
diletakkan di pintu masuk restoren. Pegawai tinggi polis bersedia
mengarahkan kerja-kerja sekatan jalan dan berhubungan menggunakan
radio dua hala. Anggota polis cawangan khas, berkeliaran antara
peserta jamuan sibuk dengan kamera mengambil gambar mereka.
Nagapan Gobalakrishnan seorang ahli majlis tertinggi Keadilan dan
bekas tahanan ISA berdiri memberikan ucapan aluannya sambil para
tetamu baru sahaja selesai menikmati hidangan pertama yang berupa
nasi dan kari. Ketika itu anggota polis telah bertindak merampas
sistem seranta bergerak. Ada pegawai polis yang mengugut
melepaskan tembakan air pancutan dan menangkap sesiapa sahaja
dalam kumpulan itu yang enggan bersurai. Selepas beberapa ketika
kumpulan yang ditindas polis itu pun bersurai.
Lewat malam itu satu kumpulan polis gerak gempur menyerbu sebuah
rumah kediaman seorang pemimpin pembangkang yang sedang
memberikan sedikit penerangan kepada sekumpulan tetamu di
halaman rumahnya. Pada kali itu, pancutan air telah dilepaskan,
tangkapan dilakukan dan manusia yang berkumpul di jalanraya telah
dibelasah dan dikejar untuk dikerjakan. Inilah sinario yang kini
berulang-ulang di merata negara sejak beberapa minggu yang lalu.
Selamat datang kepada dunia baru Malaysia yang berani, di mana
perjumpaan politik secara aman diharamkan. Di sinilah mereka yang
berani mencabar pihak yang berkuasa boleh dihumban tanpa
sebarang perbicaraan dan dikurung bersendirian untuk dua tahun
lamanya bergantung kepada selera yang berkuasa. Sesiapa yang tidak
menyokong parti yang memerintah boleh dikutuk sebagai anasir dan
penderhaka. Di negara inilah boleh didapati perbuatan menjamu
selera boleh dianggap satu jenayah. Selamat datang kepada negara
kepolisian terbaru di Asia. Mungkin disebabkan beliau dhantui cabaran yang paling getir sejak
pemerintahannya yang baru melepasi 20 tahun, Mahathir Mohammad
telah bertindak dengan melanyak semua pembangkang politik yang
masih mencuba sempadan kedemokrasian Malaysia. Sejak beberapa
bulan yang lalu, ISA yang digubal oleh pentadbiran penjajah British
dulu terhadap pengganas komunis telah disalahgunakan untuk
menangkap dan memenjarakan kumpulan mereka yang cerdik dan
paling lantang bersuara di kalangan pemimpin pembangkang yang
muda. Pengekangan media yang sungguh keras telah dilaksanakan
dan beberapa pelajar yang aktif di kampus telah ditangkap dan
disingkir. Bulan lalu kerajaan telah mengharamkan semua perhimpunan aman
parti politik pembangkang, temasuk ceramah dalam rumah dan di
kawasan persendirian. Tindakan polis secara menyeluruh telah
menyebabkan beberapa penangkapan dan ramai lagi dikatakan akan
diberkas. Di Melaka satu perjumpaan di hujung minggu yang dihadiri
Tuan Guru Awang Hadi telah dibubarkan ketika beliau baru sahaja
berucap selama 20 minit. Minggu lalu, 10 orang yang ada kaitannya dengan parti
pembangkang terbesar, yang dikenali sebagai parti Islam yang
moderet (PAS) termasuk anak lelaki kepada Meneri Besar kelantan,
NikAziz Nik Mat telah ditangkap di bawan ISA dan dituduh
merancang untuk menggulingkan kerajaan setelah mereka menerima
latihan ketenteraan di Afghanistan daripada militia Taliban.
Ketika mengulas bantahan pihak pembangkang bahwa penangkapan
itu tidak berasas dan mempunyai unsur politik, Mahathir telah
memberi amaran dengan tegasnya bahawa dia boleh mengarahkan
penangkapan para pemimpin parti pembangkang. 'Mereka boleh
cakap apa mereka suka. Kalau kita diransang motivasi politik kita
boleh tangkap pemimpin yang sebenar seperti Nik Aziz, Hadi Awang
dan Lim Kit Siang, tetapi kami tidak buat begitu.'
Politik Malaysia semakin mereput sejak tiga tahun dulu, dengan
pemecatan Anwar Ibarahim. Beliau dihukum penjara selama 15 tahun
ats tuduhan korupsi dan kelakuan sumbang yang dipertikaikan oleh
para pemerhati guaman sejagat dan Kerajaan Amerika Syarikat.
Jenayah Anwar yang sebenar ialah mencabar kepimpinan Mahathir
yang semakin otokratik dan gejala korupsi yang merebak luas dalam
UMNO. Penyiksaan yang dikenakan kepada Anwwar telah mencetuskan
protes jalanan dan satu libasan yang menggugat kewibaan UMNO
dengan teruknhya. Pada pemilu yang diadakan dua tahun lalu, berlaku
peralihan sokongan daripada UMNO kepada PAS dan parti
pembangkang yang lain. Inilah trenda yang berulang dalam
pilihanraya kecil yang muncul selepas itu.
Kini kerajaan menghadapi cabaran badan kehakiman yang serius
melibatkan cara kerajaan menyalahgunakan pasukan polis dan
infrastruktur keselamatan negara dalam usaha yang semakin terdesak
untuk memerangi kebangkitan marhaen. Para analis meramalkan
pengengsotan sokongan akar umbi akan menghumbankan UMNO
daripada mercu kedewaanya untuk pertama kali sejak tercapainya
kemerdekaan. Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah paling berkuasa
di negara ini telah bersidang minggu lalu mendengar rayuan enam
orang aktivis pembangkang yang masih merengkok di bawah ISA
sejak April. Perbicaraan ini akan merupakan satu ujian bermakna
dalam penggunaan akta itu dan kebebasan badan kehakiman negara
yang selama ini telah dihamba-abdikan oleh kelentongan politik.
Menyedari salahguna ISA itu yang menggugat martabat badan
kehakiman negara, Hakim Mahkamah Tinggi Hishamuddin Mohammad
telah membebaskan dua orang tahanan pada April lalu, sambil
mencela polis kerana gaagal memberikan bukti yang jelas bahawa
mereka berdua adalah sebahagian pasukan yang berura-ura
menumpaskan kerajaan. 'Pegawai polis yang bertanggungjawab
menahan pemohon ini mesti bangun dari tidur mereka dan menyedari
bahawa keunggulan hukum-hakam negara ini adalah perlembagaan
negara dan bukannya ISA.' Hakim itu turut memberi amaran,
'menafikan hak tahanan dan keluarga mereka bertemu muka dan
mendapatkan bantuan perkhidmatan peguam mereka untuk satu
tempoh yang lama adalah zalim, tidak berperi-kemanusiaan dan
kejam.' Kini, sudah ada desas-desus betapa Ketua Hakim Negara Mohamad
Dzaiddin Abdulah, yang menghadapi masalah kerana perlantikannya
ditentang oleh Mahathir akan mengeluarkan penghakiman yang akan
menyekat penggunaan ISA dan menentukan perlindungan yang lebih
luas terhadap tahanan. Tindakan ini pasti mencetuskan satu
pertelingkahan. Sebelum menangguhkan kes itu kepada awal bulan depan, mahkamah
telah memperlekehkan kerajaan deagan menerima pakai affidavit yang
dikemukakan oleh enam tahanan itu. Ini bererti satu jendela sudah
terbuka untuk menyingkap segala kaedah ganas dan mengaibkan
yang digunakan oleh pasukan polis Malaysia terhadap tahanan politik.
Semua enam tahanan itu telah menceritakan keazaban yang mereka
terpaksa tanggungi semasa dikurung sendirian. Semuanya membuat
pengakuan betapa mereka telah disoal siasat tanpa henti mengenai
aktibiti politik dan pembabitan mereka, sambil dimaki dan diugut
kerana gagal menyokong kerajaan Mahathir. Semuanya membuat
pengakuan betapa mereka tidak pernah disoal akan pembabitan
merka dalam rancangan ganas terhadap kerajaan seperti yang
diberikan sebagai alasannya oleh Ketua Polis Negara Norian Mai dan
yang diulang-ulang oleh Mahathir kepada media.
Saari bin Sungib yang telah ditangkap setelah diheret keluar daripada
keretanya di hadapan isteri dan anak-anak yang ketakutan, telah
didera dengan dissoalsiasat selama beberapa minggu berkata: 'Saya
telah disoalsiasat secara berterusan selama 38 jam tanpa dibenarkan
tidur. Polis telah menggunakan lima hingga enam penyiasat sambil
bergilir-gilir menyoal saya dan tidak pun membenarkan saya berehat,
ataupun meletakkan kepala atas meja ataupun berdiri merehatkan
badan dan kepada di dinding.' Sikap menyalahgunakan akta keselamatan negara telah mengejutkan
Pesuruhjaya Mehrun Siraj bekas dekan fakulti undang-undang di
universiti Kebangsaan, Malaysia. 'Kerajaan menggunakan ISA
terhadap satu sektor masyarakat yang menunjukkan potensi
menentang kerajaan dan dalam semua tangkapan itu polis tidak
menunjukan sebarang bukti yang orang tahanan ini sebenarnya
merupakan ancaman kepada keselamatan negara,' kata beliau. 'Kalau
mereka ada buktinya mereka boleh mendakwa semua tahanan ini di
mahkamah terbuka.' Presiden Majlis Peguam Negara, Mah Wang Kwai bersetuju dengan
pendapat itu dan berkata: 'Perkara ini amat menakutkan. Kekerapan
ISA digunakan adalah tidak menyelerakan. Ini adalah satu cebisan
perundangan yang zalim dan seharusnya dimansuhkan secepat
mungkin.' Minggu lalu, SUHAKAM yang dilantik oleh kerajaan, telah
mengeluarkan satu laporan memberi amaran betapa seriusnya
kereputan kebebasan awam, sambil menuduh polis sengaja
menggunakan taktik yang terlalu keras dan berlebihan terhadap
rakyat yang berhimpun secara aman. 'Sejak tiga tahun yang lalu,
masyarakat Malaysia telah semakin matang dan tuntutan mereka
mahukan kebebasan sudah semakin lantang,' kata lapuran itu. 'Ini
bererti tindakan kerajaan yang mencemar hak asasi rakyat ini tidak
lagi akan dibiarkan tanpa dicabar. Ada baiknya kalau kerajaan
bertindak menyambut perubahan kepada suasana politik dan
perubahan kepada harapan masyarakat majmuk Malaysia.'
Akan tetapi, inilah amaran yang nampaknya tidak akan didengar oleh
Mahathir Mohammad. Asal: Malaysia, the police state By MARK BAKER It was a simple occasion, a casual dinner on a balmy Sunday evening at
an open-air restaurant in the suburbs of Kuala Lumpur. The wives and
children of six opposition activists who had spent four months imprisoned
without trial under Malaysia's Internal Security Act were joined by a few
dozen friends keen to share their anguish and show solidarity.
But as the guests arrived they were met by a legion of gatecrashers. More
than 80 riot police armed with shields, batons and tear gas guns encircled
the building as two water cannon trucks were moved into position opposite
the entrance. While senior officers stood by directing road blocks and
talking on two-way radios, plainclothes special branch officers moved
among the arriving diners taking photographs.
As Nagapan Gobalakrishnan, a senior member of the opposition Keadilan
Party and a former security act detainee, rose to welcome guests after the
first dishes of curry and rice were served, the helmeted riot police moved in
and seized the portable public address system. Officers threatened to fire
water cannon and arrest everyone if the group refused to disperse. After a
tense standoff, the party broke up.
Later that night the riot squads moved on to the home of another opposition
official who was addressing a small group in his front garden. This time
water cannon were fired, arrests made and people milling in the street
beaten and chased away. The scene has been repeated daily in suburbs,
towns and villages across Malaysia over recent weeks.
Welcome to the brave new world of Malaysia, where even peaceful
political meetings are now banned, where those who dare challenge the
ruling order can be sent without trial to solitary confinement for two years on
an administrative whim, where anyone who does not support the ruling
party can be branded a subversive and where even eating can be a crime.
Welcome to Asia's new police state.
Facing perhaps the greatest threat to his 20-year rule, Dr Mahathir
Mohamad has responded with a fierce crackdown on his political
opponents that is testing the boundaries of Malaysia's democracy. Over the
past few months, the Internal Security Act a law enacted by the colonial
British administration to fight communist insurgents has been dusted down to
lock up the brightest and most outspoken young opposition leaders, tougher
media restrictions have been imposed and a purge of campus activism has
seen students arrested and expelled.
Last month the government arbitrarily banned all political gatherings,
including those held indoors and on private property, launching police on
nationwide raids that have seen dozens of people detained and hundreds
more harassed and threatened. In Malacca, a meeting last weekend
attended by Hadi Awang, chief minister of the opposition-ruled state of
Terengganu, was broken up 20 minutes into his speech.
Last week 10 people associated with the biggest opposition party, the
moderate Islamic-based Parti Islam Semalaysia (Pas) including the son of
the chief minister of the Pas government in Kelantan state, Nik Aziz Nik Mat
were rounded up under the security act and accused of plotting the violent
overthrow of the government after receiving terrorist training from
Afghanistan's Taliban militia. In response to an opposition outcry that the arrests were baseless and
politically motivated, Dr Mahathir warned ominously that he could also
have ordered the arrest of the leaders of the opposition parties: "They can
say what they like. If we are politically motivated we will arrest the real
leaders such as Nik Aziz, Hadi Awang and (Democratic Action Party
leader) Lim Kit Siang, but we did not."
Malaysia's worsening political crisis began with the sacking almost three
years ago of Dr Mahathir's deputy and annointed successor, Anwar
Ibrahim. Later jailed for 15 years on charges of corruption and s###my
charges discredited by international legal observers and the United States
Government Anwar's real crime was to challenge the increasingly
autocractic leadership of Dr Mahathir and endemic corruption within the
ruling United Malays National Organisation.
The harsh treatment of the popular Anwar triggered street protests and an
electoral backlash that has severely eroded UMNO's once monolithic
support in the Malay community. The last general election, two years ago,
saw big swings away from UMNO to Pas and other opposition parties, a
trend underscored in subsequent byelections.
Now the government is facing a serious judicial challenge to its use of the
police and public security apparatus in an increasingly desperate attempt to
fight the political groundswell a shift that some analysts believe could
unseat UMNO for the first time since independence at the next elections.
A full bench of the Federal Court, Malaysia's highest court, this week
began hearing an appeal by the six opposition activists still held since the
Internal Security Act arrests in April, a case shaping as a landmark test of
both the use of the act and the independence of the Malaysian legal
system, which has long been subjected to intense political pressure.
In a sign of growing alarm within the judiciary at abuses under the act, High
Court judge Hishamudin Mohamad freed two detainees in April, denouncing
police for failing to substantiate claims that they were part of a plot to topple
the government. "Those police officers responsible for the detention of the
applicants must wake up to the fact that the supreme law of this country is
the constitution and not the ISA," the judge warned. "To deny the detainees
and their families access to one another and to their lawyers for such a
long period is cruel, inhuman and oppressive."
There is now speculation that the new reformist Chief Justice, Mohamad
Dzaiddin Abdullah whose appointment last year was opposed by Dr
Mahathir will deliver a judgment that will severely curtail use of the security
act and ensure greater protection of detainees an outcome that could
provoke a showdown. Before adjourning the hearing to early next month, the court dealt an initial
blow to the government by admitting affidavits by the six detainees. In doing
so, a rare window was opened on the often brutal and degrading methods
employed by Malaysia's police and security forces against political
prisoners. All of the six detailed physical and psychological torture in solitary
confinement, where they were refused contact with their families and legal
counsel. All said they were interrogated intensively about their political
activities and connections, and abused and threatened for failing to support
the Mahathir Government. All insist they were never asked about their
supposed involvement in a violent plot against the government the reason
both Police Chief Norian Mai and Dr Mahathir gave publicly for their
arrests. Saari bin Sungib, who was arrested after being dragged from a car in front
of his distraught wife and children, was subjected to daily interrogation over
many weeks: "I was questioned continuously for 38 hours without sleep.
The police used five to six investigating officers taking turns among
themselves to interrogate me and did not allow me to lie down, or put my
head on the table or stand resting on my back and head to the wall."
The abuse of the security act alarms Human Rights Commissioner Mehrun
Siraj, former dean of the law school at the National University of Malaysia.
"They are using it against any sector of society that looks like it is going to
oppose the government and in none of these arrests have the police shown
that these people were a threat to national security," she says. "If they have
evidence, they can charge these people under the penal code."
Bar Council president Mah Weng Kwai agrees: "There is real cause for
concern at what is happening. The frequency of the use of the ISA is
getting too close for comfort. This is an oppressive piece of legislation and it
should be repealed as soon as possible."
Late last week, the government-appointed Human Rights Commission,
known as Suhakam, published a report warning of a serious erosion of civil
liberties, accusing police of using high-handed and violent tactics against
protesters. "In the past three years, Malaysian civil society has
strengthened and the demand for civil and political rights has become
louder," the report said. "This has meant that government action that
infringes the fundamental rights of its citizens no longer remains
unchallenged. It is imperative for the government to respond to the
changing political climate and the changing aspirations of Malaysian civil
society." But it is a warning Dr Mahathir Mohamad appears to have no intention of
heeding.
|