Laman Webantu KM2A1: 5213 File Size: 30.5 Kb * |
TAG SP 248: Asiaweek - Ladang Impian [MSC/E-village] By William Mellor 13/8/2001 6:23 am Mon |
[Kalau projek sudah besar rugipun besar juga. Sebenarnya
yang perlu dibesarkan dulu bukannya pembangunan infrastruktur
tetapi pembangunan kepintaran terlebih dahulu. Tanpa otak
yang cair, pasir yang tidak begitu bernilai itu tidak akan
menjadi 'emas' yang amat berharga. Bill Gates lebih berminat dengan India kerana disana ada otak
yang bergeliga yang mengancam dunia IT - bukannya kerana ada
projek raksaksa yang memecahkan rekod berbelanja. Yang menjadi
daya penarik pelaburan IT bukannya infrastruktur tetapi kepintaran
sebenarnya. Dan kepintaran itu selalunya tidak berputik di MSC
tetapi di universiti serta garaj sendiri kerana usahawan dapat
bergerak bebas tanpa sesiapa mengacau atau memerhati. Kerajaan
perlu memahami unsur 'sendiri' dalam usahawan IT - jika tidak MSC
akan menjadi impian yang sukar dikecapi. Bukankah semua tokoh IT
Silicon Valley itu jenis 'sendiri' kebanyakkannya?
- Editor] Ladang Impian (Field of Dreams) Oleh: William Mellor Ibrahim Abdul Ghaffar bukan merupakan insan yang terbaik sebagai
bahan pengiklanan untuk mempromosikan dunia baru Lebuhraya
Multimedia (MSC). Itulah dia satu rencana berani PM Mahathir
Mohammad untuk meniru kecanggihan Silicon Valley dan kemasyhuran
Hollywood dan merangkumkan dua konsep itu untuk ditanam di
sebuah hutan di bahagian selatan Kuala Lumpur. Pemaju hartanah
yang gempal itu terkenal dengan minatnya berkaraoke, kereta
Jaguar, dan pengawal peribadi yang besar-besar badannya.
Pada akhir tahun lalu beliau telah diberikan salah satu projek
terunggul MSC bernilai USD 790juta (sekitar RM3.2 bilion).
Projek bernilai begitu adalah untuk membikin studio berunsur
hi-tech, dan 'Theme Park' berunsur Disneyland. Apabila dirangkum
dua projek ini ia menjadi satu kompleks yang digembar-gemburkan
sebagai E-Village. Hanya pada Septembr lalu, Ibrahim seolah-olah berada dimercu
kayangan. Untuk menyambut Fasa Pertama bikinan E-Village itu,
yang juga merupakan satu daripada lapan pentas-bunyi yang
tercanggih komponenannya, dia telah mengadakan satu majlis yang
berbentuk 'gala-extravaganza' (beerti menghabiskan duit raykat
marhaen - itu sahaja!) melibatkan Jackie Chan. Tetapi apabila muncul
bulan Mei, kerja-kerja pembangunan pada projek yang diwar-warkan
sungguh mega itu telah terbantut (bererti sebahagian besar pekerja
sudahpun cabut - penterjemah). Tercetuslah tandatanya apakah
Ibrahim dan rakan niaganya benar-benar mempunyai kepintaran dan
kewangan secukupnya untuk menyiapkan projek impian itu. Berkata
Don Groves, editor serantau majalah berpengaruh 'Variety':
Memang tidak menjadi satu rahsia lagi, betapa E-Village adalah satu
projek gajah putih. Orang yang tidak layak telah dikurniakan projek itu
(bererti Mahathir telah menyerahkan bunga emas kepada beruknya -
penterjemah) Lebuhraya Multimedia itu adalah satu lagi contoh betapa pincangnya
strategi pembangunan Mahathir: memberikan para kroni, yang tidak
mempunyai pengalaman seperti Ibrahim satu francais untuk membina
dan menguruskan satu projek mega yang bertujuan menaikkan nama
baik Malaysia meniti status negara maju. Selalu sangat rencaan mega
seperti itu terbantut. Mujur kepada rakyat Malaysia yang gundah, satu
kisah akan terdedah di sebalik segala kehaprakan projek MSC
bedebah. Sekumpulan kecil tekno-usahawan telah menunjukkan
betapa Malaysia mampu membangun satu perkampung IT ala Lembah
Silikon. Ada yang sudah mampu bersaingdi arena sejagat sebagai
pengurus sistem pengurusan lapangan terbang. Malahan, Universiti
Multimedia berjaya mengembangkan pasarannya ke Eropah. Berkata
seorang diplomat kanan Asian di Kuala Lumpur: 'MSC telah
memberikan gambaran apa yang terbaik dan terburuk dalam sinario
perniagaan Malaysia.' Kemelut E-Village (Perkampungan Hiburan) sudah tentu akan
dirakam sebagai yang paling teruk dan paling memalukan. Pada tahap
asalnya, pembangunan E-Village dianugerahkan kepada Datuk
Keramat Holdings (DKH) sebuah sayrikat tersenarai di mana Ibrahim
merupakan timbalan pengerusi syarikat. Kumpulan DKH memilikki
Levesden Studios di London. Di sanalah, perfileman Sar Wars
Episode 1 - the Phantom Menace telah dilaksanakan. Tetapi,
rentetan satu rebutan kuasa dalaman telah menyingkirkan Ibrahim
daripada lembaga DKH. Mulimedia Development Corporation (MDC)
badan kerajaan yang mengawasi MSC telah menarik keluar E-Village
daripada DKH dan menganugerahkannya kepada Ibrahim sahaja.
Sedangkan Ibrahim sudah tidak lagi mempunyai laluan kepada
Levesden Studios. Syarikat peribadi Ibrahim lantas menghadapi kekurangan dana untuk
meneruskan lakonannya dan memaksa MSC mengeluarkan pinjaman
bersamaan USD 7 juta dalam bentuk 'loan stocks'. Kini, pihak
pengurusan sedang mencari pelabur baru yang dan menyuntik modal
menyambung semula projek yang dikecilkan skalanya. Dua pelabur
sudah disebut: Lim Goh Tong, taikun kumpulan judi Genting dan Syed
Mokhtar al-Bukhary seorang anakmas Mahathir yang terkini,
seorang hartawan Melayu yang amat gemar bersembunyi. Namun,
mereka pun akan tertekan menceriakan Mahathir untuk menyudahkan
ladang impian. Episod kegagalan E-Village itu sudah mencetuskan beberapa
cadangan agar kerajaan merobah halatuju MSC. Lima tahun
sudah pun berlalu sejak pelancarannya dan kini projek itu akan
menghampiri suasana mesyuarat tahunan di mana beberapa ikon
sejagat menjadi panel penasihat antarabangsanya. Apa yang
dianggap satu ketika dulu projek hi-tech SILLICLONE Asia kini
semakin menjadi bahan gurauan para penyelidiknya. Pendedahan
berleluasanya proses pembaziran utnuk menyenangkan para kroni,
pak-pacak, dan suku-sakat telah menaikkan marah rakyat
Malaysia. Saingan hebat daripada wilayah hi-tech di negara lain
telah mencetuskan kekurangan minat pelabur dan menambahkan kesulitan
meyediakan pekerja mahir dalam bidang IT. Walaupun Bill Gates
daripada Microsoft pernah menggambarkan MSC sebagai
'mengkagumkan' dia dan juga beberapa gergasi hi-tech Amerika
belum lagi membuat pelaburan yang besar di sini.
Satu lapuran pihak perunding yang dibocorkan kepada media massa
rantau ini telah menggambarkan MDC sebagai telalu taksub dengan
birokrasi dan menjelaskan betapa projek itu belum menyumbang
apa-apa kepada ekonomi negara. Malahan akhbar tempatan yang
terlalu taksub memuji kerajaan telah berpusing kerana runsing.
'MSC itu telah kehilangan daya-saingnya sebagai yang terulung di
pasarannya,' kata seorang kolumnis A. Shukor Rahman (NST)
baru-baru ini.. (Berani dia, cuba tolong periksa dia bekerja
lagi ke! - penterjemah) Mahathir sudahpun mengaku bahawa MSC yang membelanjakan
USD 4,000 milion setakat ini tidak mencapai taraf yang
diidamkannya. Kini MSC sedang merencana sesuatu yang lebih
terperinci. Para pegawai telah mencadangkan penubuhan beberapa
syarikat global seandainya MSC berminat menjadi lebih berwibawa
daripada hanya satu taman hi-tech semata-mata. Berkata pula
timbalan ketua MDC Mohamed Arif Nun: 'Lima tahun yang akan
datang akan lebih mencabar. Kami terpaksa menonjolkan wirawan,
dan bukannya menonjolkan mereka seperti Spice Girls.'
Setakat ini, MDC hanya berjaya menyudahkan satu bidang
infrastruktur yang luarbiasa besarnya. 50 kilometer panjangnya
infrstruktur itu bermula daripada menara kembar tertinggi di dunia,
(KLCC Petronas) menurun ke arah selatan menuju lapangan terbang
antarabangsa KLIA . Kerja masih diteruskan, di mana dunia esok hari
ditonjolkan dalam kawasan perladangan yang semula jadi yang
mempunyai keluasan 10 kali ganda luasnya daripada keseluruhan
kepulauan Hong Kong. Menjengah kepesatan tumbuhan pepohon kelapa sawit dan getah akn
terlihat kubah ala bawang berwana hijau, dan bumbung genting
berwarna biru dan merah yang mewarnai bangunan di Putrajaya -
merupakan ibukota persekutuan yang terbaru dan Cyberjaya yang
dirancang menjadi pusat urusan IT dan pangkalan Universiti
Multimedia. Dua bandar terbaru ini dihubungkan dengan Kuala Lumpurdan KLIA
oleh lebuhraya yang banyak lorongnya. Tersorok di tepi lebuhraya itu
adalah kabel gentian digital yang ratusan kilometer panjangnya. Inilah
dia sebahagian kabel yang memberikan saluran maklumat pantas
berbentuk internet yang menghubungi keseluruhan lebuhraya yang
luasnya sekitar 15 km itu. Pembanguan masih berjalan, cuma
diperlahankan disebabkan krisis ekonomi. Perdana menteri dan
jabatannya telah pun berpindah ke Putrajaya. Kementerian dalam
negeri dan luarnegeri akan menyusul kemudian.
Walaupun semakin lantang tandatanya akan masadepan MSC, 8000
manusia sudahpun bekerja di Cyberjaya. Enam bulan dulu tempat itu
dipanggil 'Siberia' Kini, para pemaju sedang ketawa lagi. Ada satu
blok apatment yang menarik minat bakal pembeli yang diberi nama
'Cyberia - ria bererti senang-hati. Satu tren laju dijangka memulakan
khidmat di situ akhir tahun ini (salah! April tahun depan, itupun janji
kerajaan). Orang masih tertanya-tanya apakah Cyberjaya mampu menarik
250,000 manusia menghuni di situ pada 2020 seperti yang diramalkan.
Namun, universiti di situ sudah menarik minat pelajar yang sedar
keperluan tenaga pekerja yang terdidik. Pengambilan tahun ini
mencecah 6,000 pelajar. Kerajaan terus memberikan pelbagai insentif
untuk menarik pembabitan syarikat tempatan dan luar negara -
kelepasan cukai selama 10 tahun, kebebasan menggunakan tenga
kerja asing, pengecualian daripada kawalan modal dan had milik asing.
Termasuk juga peluang mendapat modal 'venture capital' MDC.
Setakat ini sebanyak 541 syarikat yang mempunyai 20,000 pekerja
sudahpun mendapat status MSC. Selain pelepasan cukai itu, insentif yang diberikan hanya merupakan
satu usaha kecil kerajaan menentukan jenis perniagaan yang
sepatutnya wujud seluruh negara. Sebagai balasannya warga MSC
terpaksa membuka kedai di sana sebagai menyahut harapan kerajaan
membuka satu versi baru Lembah Silikon. Penggalak MSC masih degil
dengan konsep mereka, bertegas bahawa unsur pengkhususan secara
berzon adalah perlu untuk menarik syarikat yang terbaik di negara ini
dan juga pada luar negara. Seperti kata Arif: 'kalau anda mahu
memikat gadis yang terbaik di temasya dansa, tentu sekali anda perlu
memakai tuksedo yang terbaik' (Ha.ha.ha. haprak punya otak...
orang IT terbaik di dunia ada yang tidak menyimpan tuxedo !!)
Berbeza dengan peniaga Malaysia generasi lama, kumpulan
tekno-usahawan generasi baru tidak mudah disogok dengan segala
insentif itu. Memanglah mereka akan rugi kalau menolak insentif yang
diberikan. Tetapi kebanyakan mereka mahu beroperasi dengan syarat
yang serupa untuk yakin menyaingi saingan global. 'Kami tidak
menerima sebarang bantuan daripaa MSC, itu sebabnya kami sudah
maju sekarang ini' kata Suhaimee Abu Hassan. Syarikatnya XYBASE
Technologies baru-baru ini berjaya mengalahkan saingan di Amerika
Syarikat untuk mendapatkan kontrak bernilai US 4 million untuk
urusan maklumat penrbanganan dan sistem pengurusan di lapangan
terbang Logan di Boston. Mark Chang, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengambilan pekerja
secara onlain, Jobstreet.com. merasa curiga MSC boleh
merugikannya. Chang menubuhkan syarikatnya di Penang pada 1995,
dan merasa tergugat kehilangan pegawai kanan syarikatnya kalau dia
berpindah. Dia hairan dengan logik untuk berpindah. 'Perpindahan
seharusnya tidak menjadi faktor utama,' katanya. 'Bukankah itu
gunanya internet?' Daripada menubuhkan hanya satu MSC, kata
Chang, kenapa tidak dibina yang kecil-kecil di seluruh negara?'
Suhaimee daripada XYBASE mempunyai jawapan kepada soalan tadi.
'Itu adalah satu projek pembangunan hartanah, sebenarnya,' kata
beliau. Suhaimee lebih senang hati meneruskan urusan pejabatnya di
kawasan Tropicana Golf Resort, walaupun sudah diberikan status
MSC, memang mempunyai jawapan yang separuh betul. Pemaju utama
dalam MSC merupakan konsortium pemaju utama di Malaysia. Harga
sewa boleh melambung dua kali ganda berbanding harga di bandar
lain. Tetapi MSC membalas balik dengan mengatakan harga sewa
adalah jauh lebih murah daripada kadar di Singapura. Tetapi pendapat
itu tidak menarik minat N.Gunanathan, daripada e-enabler Smart
Transact, 'Kita bukannya di Singapura, kita di Malaysia dan mengikut
kadar piawaian kita harga sewa terlalu tinggi,' kata beliau.
Gunanathan tidak berapa ghairah dengan insentif yang ditawarkan
oleh MSC. Dia bersetuju tanpa Status MSC dia tidak boleh berniaga
disebabkan kawalan modal dan tukaran matawang yng dikenakan
terhadap syarikat yang tidak adda kaitan dengan MSC. Tetapi dia
menambah: 'Di banyak negara lain tidakpun ada kawalan seperti itu.'
Namun dia tidak menyesal menjadi penyewa pertama di Century
Square, yang merupakan tempat utama di Cyberjaya, walaupun dia
terpaksa menyediakan dormitori untuk para pekerjanya disebabkan
kos pengangkutan yang tinggi. Ada juga orang yang mahu memihak kepada MSC. Alex Kong
daripada Asia TravelMart, dan Wai Chun Beng daripada
RED Tone Technologies. Mereka menyatakan MSC telah menyumbang
kepada kejayaan mereka. Mereka berdua mengisytiharkan mahu
menjadi syarikat sejagat seperti yang mahu digalakkan oleh MSC.
Cakap seperti itu memang menceriakan Mahathir. Beliau percaya
MSC adalah penting kepada Malaysia dalam usahanya mengatasi
usaha bergantung kepada industri pembuatan yang semakin galak
berpindah kepada kawasan yang lebih rendah kosnya seperti di
China. Tetapi harapannya itu tidak akan terlunas kalau dilihat
cara orang yang berpengaruh mencetuskan igauan kepada impiannya.
Ketika Mahathir melancarkan MSC pada 1996 dulu, dia mendapatkan
khidmat dua orang teknokrat dan seorang akauntan separuh masa,
daripada Lembaga Penyelidikan Getah. Dengan persiapan awal itu
dia telah mengimpikan mampu menarik syarikat terulung dunia
dalam bidang hi-tech dan perfileman. Dengan wawasan sebesar itu, dia telah pergi ke Los Angeles dan
menginap di Beverly Hills Hotel, kerana selalunya ramai bintang filem
yang berkampung di situ. Tetapi rombongan Mahathir itu telah merasa
hampa kerana bintang yang ternampak berada di situ hanyalah Ali
McGraw. Tetapi PM dapat nasib yang lebih baik berjumpa beberapa
hartawan di sana. Dia seolah-olah berjaya menyauk cepumas apabila
semua nama terunggul dalam dunia hi-tech daripda Bill Gates ke
bawah telah muncul mendengar kelentongnya.
Kebanyakan gergasi tekno ini adalah bermusuh ketat, namun mereka
menujukkan keghairahan melibatkan diri dalam MSC. Sekitar 40
teknokrat ini termasuk Gates dan Lerry Ellison daripda Oracle telah
bersetuju untuk berkhidmat dalam satu majlis penasihat antarabangsa.
Ada satu laporan menyebut betapa Singapura merasa tidak senang
mendengarkan rancana Gates menjadikan Malaysia sebagai ibupejabatnya
di rantau ini. Secara tiba-tiba krisis kewangan menghenyak Asia. Malaysia
teruskan juga projek Cyberjaya dan syarikat telekom Jepun NTT telah
datang membuka pejabatnya. Walaupun ada juga syarikat besar
Amerika yang membuka pejabat mereka, kehadiran adalah bertahap
satu simbol kewujudan sahaja. Microsoft cuma mempunyai sembilan
pekerja dalam MSC membabitkan anggaran belanja sebanyak $2.5juta
untuk lima tahun berbanding pelaburannya sebanyak $50 million di
India. Kewujudan E-Village tidak mungkin dapat menarik Hollywood - buat
pada masa ini, sekurang-kurangnya. Ketika Asiaweek membuat
lawatan ke situ, hanya pengawal keselamatan yang kelihatan
mengawal bekas tapak lombong bijih itu. Ibrahim tidak pun membalas
telefon kami. Genting sudah menafikan pembabitan mereka dalam
MSC, namun satu rencana penyelamatan akan dilakukan juga. Syed
Mokhtar Al-Bukhary sudahpun menjadi satu pelakun utama di MSC,
setelah menerima kontrak e-procurement untuk Putrajaya untuk salah
sebuah syarikatnya, Commerce Dotcom. Tetapi dia tidak membuat
sebarang komen. Walaupun satu usaha penyelamatan dapat diatur, impian Mahathir
membina satu campuran unsur Dunia-Fantasi dengan Dunia-Esokhari
akan terpaksa diperkecilkan skalanya. Di sebalik semua itu, Multimedia
Super Corridor (Koridor Raya Multimedia) telah mencetuskan satu
generasi tekno-usahawan yang berazam maju dengan mengejar
impian mereka sendiri dan bukannya impian kerajaan. Mesej mereka
amat jelas sekali: warga niaga Malaysia mampu mencabar dunia,
kalaulah kerajaan sanggup memberi laluan dan tidak menyebuk sahaja.
Tamat Asal: http://www.asiaweek.com/asiaweek/ AUGUST 17, 2001 Field of Dreams Mahathir Mohamad envisioned a merger of Silicon Valley with
Hollywood in rural Malaysia. What he got was great infrastructure, a
real estate development and a movie soundstage. But some
entrepreneurs are building success on their own terms
By WILLIAM MELLOR Just last September, Ibrahim seemed on top of the world. To celebrate
completion of the initial phase of the E-village, the first of eight
state-of-the-art soundstages, he hosted a gala extravaganza
featuring Jackie Chan. But by May, development of the massive
project had ground to a halt, raising questions about whether Ibrahim
and his partners ever had sufficient expertise or financing to carry it
off. Says Don Groves, regional editor of the influential entertainment
industry bible Variety: "There's no secret that the Entertainment
Village is a white elephant. The wrong people were given the job."
The Multimedia Super Corridor seems like yet another example of
Mahathir's checkered development strategy: give well-connected, if
inexperienced, local players like Ibrahim a franchise to build and
operate a major project meant to boost the country to developed
nation status. All too often those grand schemes come up short. But
fortunately for Malaysia, another story is unfolding amid the MSC
mess. A small number of young, self-made technopreneurs are
proving Malaysia can develop Silicon Valley-style start-ups. Some are
competing globally in such highly competitive sectors as airport
management systems. Even the new Multimedia University is
successfully selling content to Europe. Says a senior Asian diplomat in
Kuala Lumpur: "The MSC represents the best and worst of business in
Malaysia." The E-village debacle certainly qualifies as among the messiest.
Originally, development of the village was awarded to Datuk Keramat
Holdings (DKH), a public company of which Ibrahim was vice
chairman. The DKH group owns London's Leavesden studios, where
Star Wars: Episode 1-the Phantom Menace had just been made. The
plan was to transfer Leavesden's expertise to the E-village. But
following a power struggle that led to Ibrahim being removed from the
DKH board, the Multimedia Development Corp., the government
body that runs the MSC, took the E-village away from DKH and
gave it to Ibrahim alone. This despite the fact that Ibrahim no longer
had access to Leavesden's know-how.
Ibrahim's private company quickly ran short of cash and the MDC
issued $7 million in loan stocks. Now the government agency is
attempting to find new investors with the funds to restart
development on a more modest scale. Two mentioned, Lim Goh Tong
of the Genting gaming group and reclusive Syed Mokhtar Al-Bukhary,
a Mahathir favorite, are among Malaysia's richest men. But even they
would be hard-pressed to resurrect Mahathir's dream.
The silver lining is that the travails of the E-village add weight to calls
for a change of direction at the MSC. Five years after its inception
and on the eve of the annual meeting of its high-powered
international advisory panel, Asia's most ambitious high-tech
"siliclone" is under scrutiny as never before. Claims of cyber cronyism
and overspending have angered many Malaysians. Competition from
other high-tech zones, both for investors and increasingly scarce
knowledge workers, is intense. Although Microsoft's Bill Gates has
described the MSC as "awesome," neither he nor any other U.S. tech
titan has made a major investment there.
A consultants' report leaked to a regional newspaper describes the
MDC as too bureaucratic and says the corridor has made no
significant impact on the economy. Even the normally sycophantic
local press are upset. "The MSC has lost its competitive edge of being
first to market," declared New Straits Times columnist A. Shukor
Rahman recently. Mahathir himself has acknowledged that the MSC, which has so far
cost $4 billion, has not met expectations. Now the MDC is promising
a more focused plan. Officials speak of the need to create global
companies if the MSC is to be more than just another tech park. Says
MDC deputy chief Mohamed Arif Nun: "The next five years are going
to be very challenging. We have got to build heroes, not manufacture
them like the Spice Girls." So far, what the MDC has built is an extraordinary piece of
infrastructure. Stretching 50 kilometers south from the world's tallest
buildings, the Petronas twin towers in Kuala Lumpur, to the new
international airport, the MSC is a fantastic work in progress - a
bizarre mix of futureworld and untouched rural Malaysia spread over
an area 10 times the size of Hong Kong Island.
Peeping between rolling hills swathed with rubber trees and oil palms
are the green onion domes and blue and red tile roofs of two new
cities - Putrajaya, Malaysia's purpose-built and architecturally
stunning federal capital, and Cyberjaya, the hub of tech business and
home to the Multimedia University. Linking these new cities with Kuala Lumpur and the airport is a
network of multilane highways. Just as important are the hundreds of
kilometers of digital fiber-optic cable laid beneath the roadside. The
cables form an information superhighway giving high-speed Internet
connections throughout the 15-km-wide corridor. And still the
construction goes on. The economic crisis only slowed it down. The
Prime Minister and his department have already moved into Putrajaya.
The home and foreign ministries will follow soon.
Despite the skepticism about the MSC's future, 8,000 people are
already working in Cyberjaya, which six months ago was a ghost town
that had won the nickname Siberia. Now developers are having the
last laugh. A fast-selling apartment block is called Cyberia - ria in
Malay means happy. A rapid train service will arrive later this year.
The jury is still out on whether Cyberjaya will reach the 250,000
population projected by 2020, but the university is filling up as
students recognize the opportunity created by a chronic shortage of
knowledge workers - this year's class has 6,000. And the
government has plenty of incentives to dangle before local and
foreign companies - 10-year tax holidays, freedom to hire foreigners,
exemption from capital controls and foreign ownership limits, and
possible access to the MDC's own venture capital funds. Thus far 541
companies employing 20,000 have received MSC status.
But aside from the tax holidays, the incentives amount to little more
than an effort by the government to create in the corridor the sort of
business environment that should exist nationwide. And in return
MSC members eventually will have to set up shop there as the
government tries to create a highly artificial local version of Silicon
Valley. The MSC's creators are unrepentant, insisting the zone is
essential to attract the best international and local companies. Says
technocrat Arif: "If you want to get the best girl at the ball, you have
to wear a good tuxedo." Unlike previous generations of Malaysian businessmen, the country's
best technopreneurs are not so easily wooed. They would be foolish
not to accept the incentives on offer, but most simply want to
operate on a level playing field to prepare them for taking on global
competitors. "We have had nothing from the MSC - that's why we
have come so far today," quips Suhaimee Abu Hassan, whose
XYBASE Technologies recently saw off U.S. rivals to win a $4-million
contract for flight information and gate management systems at
Boston's Logan airport. Mark Chang, CEO of online recruiter JobStreet.com, fears a move to
the MSC could be disastrous. Chang set up his company in Penang in
1995 and worries he will lose key staff if he has to uproot. He is
puzzled by the logic of the demand to relocate. "Location should not
be a factor," he says. "Isn't that what the Internet's all about?"
Instead of one big MSC, Chang asks, why weren't smaller ones set up
around the country? XYBASE's Suhaimee believes he knows the answer to that. "It's a real
estate development," he declares. Suhaimee, who prefers to keep his
office at the Tropicana golf resort in suburban Kuala Lumpur even
though he has MSC status, may be partly right. The major developer
inside the MSC is a consortium of Malaysia's biggest builders. Rents
can be double those in town. The MDC retorts that the price is much
less than Singapore. But that does not impress N. Gunananthan, of
e-enabler Smart Transact. "We're not in Singapore, we're in Malaysia
and by our standards rents are high," he says.
Similarly, Gunananthan is not rapturous about the incentives the MSC
offers. He agrees he would not be able to do business without MSC
status because of exchange and capital controls imposed on
non-MSC businesses, but adds: "In some other countries you
wouldn't have those controls on you anyhow." Still, he has no regrets
about becoming the first tenant in Century Square, the commercial
heart of Cyberjaya, even though he has to provide dormitories for
employees because the public transportation is still inadequate.
The MSC has other defenders too. Alex Kong, of Asia TravelMART,
and Wei Chuan Beng, of REDtone Technologies, insist the MSC has
been crucial to their success. And both declare they aspire to become
the global companies the MDC seeks to produce.
Such talk would hearten Mahathir, who believes the MSC is essential
for Malaysia to transcend its dependence on manufacturing that is
increasingly moving to cheaper centers such as China. But it won't
begin to make up for the way the big players have slighted his dream.
When Mahathir set up the MSC in 1996 with two technocrats and
half an accountant borrowed from the Rubber Research Board, he
believed he could attract the world's top tech and film companies.
That vision took him to Los Angeles, where he checked into the movie
stars' favorite home-from-home, the stately pink Beverly Hills Hotel.
Mahathir's entourage was disappointed the only "star" they saw was
Ali McGraw. But the prime minister had better luck in meeting
Tinseltown's moneymen. And he appeared to have hit the jackpot
when all the biggest names in the world of high tech from Bill Gates
down turned up to listen to him. Many of these techno titans are sworn enemies, but they were united
in their gushing enthusiasm for the MSC. Some 40 of them, including
Gates and Oracle's Larry Ellison, agreed to serve on an international
advisory panel and it was reported, to Singapore's dismay, that
Microsoft would make Malaysia its regional headquarters.
Then the Asian financial crisis hit. Malaysia kept building and Japanese
telecom giant NTT moved into Cyberjaya. But while most of the big
U.S. tech players eventually opened offices, few had more than a
token presence. Microsoft has just nine employees in the MSC. Its
investment: a puny $2.5 million over five years compared with $50
million in India. The Entertainment Village isn't likely to tempt Hollywood either - at
least for the time being. When Asiaweek visited it, only security staff
could be seen at the desolate site, a former tin mine. Ibrahim did not
return calls. Although Genting has denied involvement, a rescue deal
appears imminent. The other reported savior, Syed Mokhtar
Al-Bukhary, is already a prominent player in the MSC, having secured
the e-procurement contract for Putrajaya for one of his companies,
Commerce Dotcom. He is not commenting.
Even if a rescue can be arranged, Mahathir's dream of building an
Asian cross between Fantasyland and Tomorrowland will likely be
drastically scaled back. But almost in spite of itself the Multimedia
Super Corridor has spawned a new breed of technopreneurs who
succeed by following their own dreams, not the government's. The
message is clear: Malaysia's talented businesspeople can take on the
world, if only the government will get out of the way.
|