Laman Webantu KM2A1: 5214 File Size: 33.5 Kb * |
TAG SP 247: B7 - Perjalanan Yang Panjang [Mandela] By Nelson Mandela 13/8/2001 10:08 pm Mon |
[Konflik sentiasa ada di mana-mana termasuk di pusat pengajian
tinggi yang hebat juga tetapi itu dibiarkan berlaku kerana ia berguna
dan akan mendidik pelajar juga. Negara Afrika Selatan berjaya melepasi
diri dari cengkaman apartheid kerana golongan cendiakawan mereka
(pelajar dan professor) aktif dan peka kepada isu semasa - tidak seperti
Malaysia. Bayangkan bekas pelajar inilah yang menjadi pemimpin terkenal
di Afrika sehingga seluruh dunia kagum dan menghormatinya walaupun
dia cuma seorang budak kampung. Sebaliknya pemimpin Malaysia begitu haprak
sehingga ditertawakan dunia sahaja....
- Editor] Bab 7 Sehingga tahun 1960, University College of Fort Hare, yang terletak di
Alice, sekitar dua puluh batu sebelah timur Healdtown, merupakan hanya satu
pusat penempatan anak-anak kulit putih untuk pendidikan tinggi di
keseluruhan Afrika Selatan. Fort Hare berperanan lebih hebat daripada itu,
kerana menjadi impian utama pelajar semua pelosok Afrika. Kepada pelajar
kulit hitam Afrika Selatan dan saya, ia adalah laksana Oxford dan Cambridge,
Harvard dan Yale yang disatukan. Tuanku (Regent) memang sudah lama mahukan saya belajar di Fort Haredan, dan
saya memang bersedia menerima arahan baginda. Sebelum bertolak baginda telah
membelikan saya sepasang 'suit' yang bercorak 'double-breasted' dan berwarna
kelabu. Pakaian itu membuatkan saya kelihatan matang dan sofistiket walaupun
usia ketika itu hanya baru dua puluh tahun. Dalam angan-angan ketika itu
apakah ada lelaki lain yang lebih tampan dari saya di Fort Hare.
Saya dapat rasakan betapa saya sengaja disediakan untuk menggapai kejayaan
dunia ini. Adalah sesuatu yang membanggakan apabila tuanku mempunyai salah
seorang ahli puaknya yang mampu memegang segulung ijazah universiti. Justice
masih lagi di Healdtown menyudahkan kajian 'junior certificate'. Dia lebih
seronok bermain daripada belajar sehingga menunjukkan sikap yang acuh tak
acuh sahaja. Fort Hare telah diasaskan pada tahun 1916 oleh pendakwah Kristian daripada
Scotland, menggunakan bekas tapak kubu peperangan terbesar pada abad ke-19
di Cape (Tanjung Harapan) dulu. Tapak bangunannya adalah kawasan tinggi yang
berbatu-batu dan diperteguhkan keselamatannya dengan lingkaran parit besar
di bahagian bawahnya yang dimudahkan oleh aliran berliku Sungai Tyume.
Itulah sebabnya Fort Hare menjadi satu kubu yang sungguh kukuh untuk
memerangi keberanian para pahlawan Xhosa yang dipimpin oleh Sandile. Beliau
merupakan Raja Rharhabe yang terakhir setelah British berjaya menumpaskan
bala tentera Xhosa pada 1800-an dulu. Jumlah pelajar di Fort Hare cuma 150 orang sahaja dan saya sudahpun
mengenali sekitar sedozen dua antara mereka itu yang pernah mengaji di
Clarkebury dan Healdtown. Antara mereka yang pertama kali saya temui di situ
ialah K.D. Matanzima. Kalau mengikut hiraki kaum kami, K.D. adalah berpangkat
anak saudara saya, tetapi dari segi umur, saya lebih muda dan jauh lebih
junior daripadanya. Badannya tinggi lampai dan orangnya memang mempunyai
keyakinan, K.D. merupakan pelajar tahun tiga dan diapun telah betindak
memimpin saya sehingga saya menghormati beliau seperti cara saya menghormati
Justice. Kami berdua mempunyai fahaman Methodist, dan saya telah dikhususkan menetap
di sebuah asrama yang sama dengannya. Asrama itu diberi nama Wesley House,
sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di bahagian anjung kampus. Dengan
pimpinannya, saya kerap pergi beribadat di Loveday yang terletak berhampiran
kampus, dan turut menyertai permainan bolasepak, kerana dia memang pandai
main bola dan berjaya mempengaruhi saya bermain sama. Tuanku tidak percaya
dengan mengirimkan wang-jajan kepada anak-anaknya yang belajar di sekolah
berasrama, kerana itu sayapun sentiasa tidak berwang. Mujurlah K.D. bermurah
hati mengongsi elaun yang diterimanya dengan saya. Seperti juga tuanku, K.D.
dapat membayangkan peranan saya sebagai ahli majlis penasihat kepada Sabata,
dan dia menggalakkan saya mengikuti jurusan undang-undang.
Seperti Clarkebury dan Healdtown, Fort Hare adalah sebuah maktab tajaan
pertubuhan pendakwah (mission). Kami diperingatkan untuk mematuhi ajaran
tuhan, menghormati penguatkuasa politik dan bersyukur kepada peluang
pendidikan yang diuruskan oleh Gereja dan Kerajaan. Sekolah dan institusi
pendidikan begini kerap dikritik kerana sikap dan amalannya. Namun, dengan
sikap yang ditunjukkan, faedah yang telah diraih adalah lebih besar daripada
segala unsur negatifnya. Pertubuhan pendakwah menguruskan sistem pendidikan
ketika kerajaan tidak berminat ataupun tidak mampu melaksanakannya. Suasana
pelajaran di sekolah mission ini walaupun bersifat terlalu tegas, adalah
jauh lebih terbuka daripada segala perinsip perkauman yang mendasari sekolah
kerajaan. Fort Hare menjadi kediaman dan juga tapak inkubator kepada beberapa pelajar
Afrikan yang terunggul yang pernah dikenali di benua ini. Professoan Z.K.
Matthews adalah model ulung kehebatan intelek Afrika. Sebagai anak kepada
seorang pekerja lombong, Z.K. telah diperngaruhi oleh autobiografi Booker
Washington yang bertajuk 'Up From Slavery' yang memberi penekanan terhadap
sikap berusaha, gigih dan bertolak ansur sebagai senjata utama untuk
mencapai kejayaan. Dia telah mengajar 'social anthropology' dan hukum-hakam
Afrika serta lantang bersuara terhadap dasar sosial kerajaan.
Fort Hare dan Professor D.D.T. Jabavu adalah dua nama yang sinonim. Jabavu
adalah kakitangan pertama ketika universiti mula dibuka pada 1916. Beliau
telah menerima ijazahnya dalam pengajian Bahasa Inggeris daripada University
of London. Ini merupakan satu anugerah yang sungguh menakjubkan. Professor
Jabavu mengajar Bahasa Xhosa, termasuk Latin, sejarah dan anthropologi. Dia
merupakan ensiklopedia bergerak dalam kajian susurgalur Xhosa, dan telah
menceritakan kisah ayah dan keluarga saya yang tidakpun saya tahu sebelum
itu. Beliau merupakan jurucakap yang berwibawa terhadap hak asasi Afrikana,
dan telah menjadi presiden pengasas kepada penubuhan All-African Convention
(AAC) pada tahun 1936, yang menentang pembentangan rang undang-undang di
Parlimen yang bertujuan menamatkan daftar pengundi biasa di Cape.
Saya teringat satu kisah ketika dalam perjalanan menaiki keretapi daripada
Fort Hare menuju Umatata, dan duduk di gerabak khas untuk Afrikan (kulit
hitam) sahaja. Seorang pemeriksa tiket yang berkulit putih datang memeriksa
tiket saya. Apabila melihat saya akan turun di Alice, dia bertanya "Kamu
daripada sekolah Jabavu?" Saya mengangguk tanda bersetuju. Dia tersenyum dan
mengetip tiket saya itu sambil mengomel sendirian dan menyebut dengan jelas
betapa Jabavu adalah seorang insan yang hebat.
Pada tahun pertama pengajian, saya telah mempelajari English, antropologi,
politik, pentadbiran pribumi dan undang-undang Roman Dutch. Pengajian
pentadbiran pribumi merangkumi undang-undang berkaitan pribumi Afrika dan
merupakan pengajian yang sesuai dipelajari oleh mereka yang berminat
berkhidmat dengan Native Affairs Department (NAD: Jabatan Hal Ehwal
Pribumi). Walaupun K.D. menasihati saya mengambil ijazah undang-undang, saya
telah berminat ketika itu menjadi seorang penterjemah atupun seorang kerani
di NAD. Ketika itu jawatan sebagai pegawai kerajaan adalah hadiah terunggul
kepada seorang anak pribumi, kerana itulah jawatan yang tertinggi yang boleh
diharapkannya. Di kawawan luarbandar, seorang penterjemah di mahkamah
majistret merupakan orang kedua pentingnya selepas majistret itu. Ketika
saya mengaji pada tahun kedua di Fort Hare dulu ada satu kursus baru dalam
bidang penterjemahan yang diperkenalkan. Pensyarahnya ialah seorang bekas
penterjemah terkenal bernama Tyamzashe, dan saya merupakan salah seorang
pelajar yang mula-mula mendaftarkan diri untuk kursus itu.
Fort Hare merupakan tempat golongan elitis, tentunya mempunyai pelbagai
masalah yang menyerupai hambatan yang dialami oleh pusat pengajian tinggi
yang lain. Pelajar yang lebih lama (senior) menganggap pelajar baru (junior)
dengan gelagat sombong dan bongkak. Ketika mula-mula sampai, saya ternampak
Gamaliel Vabaza di seberang laman terbuka. Dia merupakan seorang pelajar
yang lebih tua daripada saya dan kami memang pernah belajar di Clarkebury.
Saya bersalaman denganya dengan perasaan yang riang kerana lama tidak
berjumpa, tetapi dia memberikan sambutan yang sungguh dingin seolah-olah
membenci saya dan merendahkan saya kerana menginap di asrama yang dikhaskan
untuk orang baru. Vabaza memberitahu bahawa dia masih menjadi ahli
jawatankuasa domitori saya, walaupun sebagai seorang senior dia tidak lagi
mengongsi dormitori itu. Saya mendapati peraturan itu ganjil dan tidak
demokratik, walaupun ia dianggap amalan yang boleh diterima.
Pada satu malam tidak lama selepas itu, kami berkumpul dan berbincang kenapa
tidak ada seorangpun penghuni asrama kami ataupun pelajar baru yang dilantik
mewakili Jawatankuasa Asrama (House Committee). Kami membuat keputusan untuk
melaksanakan satu amalan baru mengenepikan tradisi lama dan menubuhkan satu
jawatankuasa daripada dua kumpulan ini. Kami berbincang dan berkempen kepada
semua penghuni dormitori, sehinggakan kami berjaya menubuhkan satu
jawatankuasa baru, dalam jangkamasa beberapa minggu, dan menyingkirkan
kumpulan senior itu. Sebagai salah seorang penaja, saya telah dilantik
menganggotai jawatankuasa yang baru. Kumpulan senior enggan mengalah dengan mudah. Mereka adakan mesyuarat di
mana salah seorang antara mereka yang pintar berbahasa Inggeris dan bernama
Rex Tatane telah berkata: "Kita tidak boleh biarkan gelagat kumpulan baru
ini. Macam manakah kita kumpulan senior boleh dihumbankan oleh orang kampung
seperti Mandela, seorang haprak yang tidakpun pandai bercakap Bahasa
Inggeris dengan betul?" Kemudian dia bercakap meniru gaya saya, yang
mengikutnya mempunyai ragam (telor) kedaerahan Gcaleka, sehinggakan
rakan-rakannya ketawa keriangan. Ucapan menyindir Tatane itu membuatkan kami
lebih bertegas. Oleh kerana kami sebagai pelajar tahun satu sudahpun
mempunyai kuasa ke atas Jawatankuasa 'House Committee' itu secara
perlembagaannya, kamipun mengaturkan tugas kepada kumpulan senior yang
membuatkan mereka terasa terhina.
Warden maktab, Reverand A.J.Cook telah diberitahu perkara ini dan memanggil
kami untuk membincangkannya. Kami yakin dengan hak kami dan enggan mengalah.
Tatane merayu agar Warden menyalahkan kami, dan di tengah-tengah ucapannya,
dia telah terhenti dan mengeluarkan airmata (aikkk........ Macam presiden
UMNO plakkk - penterjemah). Kami memberitahu Warden, kalau dia memveto hak
kami, kami bersedia meletakkan jawatan secara berkumpulan, menjadikan
jawatankuasa itu kehilangan martabatnya. (kalaulah MT MNO baca bahagian ini
dan tiru sikit... alangkah!!!.... penterjemah). Akhirnya Warden membuat
keputusan tidak mahu masuk campur. Kami telah bertegas dan kami menang.
Inilah peristiwa yang merupakan pengalaman saya yang pertama bertelagah
dengan pihak yang berkuasa. Saya dapat rasakan kemunculan kuasa daripada
usaha yang diperkasakan oleh kebenaran dan keadilan. Selepas itu nasib yang
baik tidak berulang lagi dalam pertelagahan saya dengan pihak yang berkuasa
di maktab itu. Di Fort Hare pendidikan yang saya terima adalah rangkuman pengajaran di
bilik darjah dengan pengalaman di luarnya. Saya melibatkan lebih masa dalam
kesukanan berbanding ketika saya berada di Heltdown. Ini adalah disebabkan
dua perkara: Badan saya menjadi lebih tinggi dan lebih bertenaga, yang lebih
pentingnya. Fort Hare adalah lebih kecil daripada Heltdown, bererti saya
mempunyai kurang saingan. Saya berjaya melibatkan diri dalam bola sepak dan
larian merentas desa. Saya menimba banyak pengalaman melalui larian. Dalam
pertandingan lari merentas desa, latihan adalah penting dan saya dapat
menggantikan kekurangan bakat semula jadi dengan ketahanan diri dan
disiplin. Saya telah perhatikan ramai anak muda yang berbakat tetapi
kekurangan jatidiri dan ketabahan untuk memperkasakan kebolehan semulajadi
mereka. Saya telah menjadi ahli persatuan drama dan berlakon dalam satu pementasan
mengenai Abraham Lincoln yang diarahkan oleh seorang rakan sedarjah bernama
Lincoln Mkentane. Mkentane berasal daripada satu keluarga Transkei yang
terkenal dan merupakan seorang rakan yang saya hormati. Lagipun badannya
lebih tinggi daripada saya berbanding pelajar yang lain di Fort Hare. Dalam
pementasan drama itu Mkatene telah melakonkan Lincoln dan saya mengambil
watak pembunuhnya, John Wilkes Booth. Lakonan Mkatene memang boleh dipuji
dan lakonannya memberikan ucapan yang begitu terkenal, 'Gettysburg Address'
sungguh mempersonakan sehingga para penonton berdiri memberikan tepukan
pujian kepadanya. Watak yang saya mainkan itu hanya kecil sahaja. Namun, ia
merupakan intipati moral drama itu di mana orang yang mengambil risiko yang
tinggi-tinggi selalunya diancam bahana yang besar-besar.
Saya juga telah menjadi ahli Persatuan Pelajar Kristian (Students Christian
Association) dan mengendalikan kelas pengajian Injil pada hari Ahad di
perkampungan yang berjiran dengan kami. Salah seorang kawan seperjuangan
saya dalam ekspedisi begini ialah seorang pelajar sains yang mula-mula
sekali saya kenali ketika kami bermain bola sepak. Dia berasal daripada
Pondoland di Transkei. Namanya ialah OLIVER TAMBO. Pada mula lagi saya telah
melihat kepintaran Oliver laksana mata berlian; dia pintar berdebat dan
tidak mudah dipuji seperti perangai kebanyakan kami. Oliver menginap di Beda
Hall, sebuah asrama Anglican, dan walaupun perhubungan kami tidak berapa
erat di Fort Hare, adalah amat jelas bahawa beliau akan menerima jalan yang
lebih besar dan hebat di masa depannya.
Pada setiap hari Ahad, kumpulan kami kerap juga berjalan kaki pergi ke
Alice, untuk menikmati hidangan makan restoran. Restoran itu diuruskan oleh
orang kulit putih dan pada waktu itu orang kulit hitam tidak dibenarkan
lalu di hadapan restoran semacam itu, apalagi untuk makan di dalam.
Sebaliknya, kami mengumpul wang yang ada dan pergi di pintu belakang
restoran untuk memesan makanan yang diperlukan.
Di Fort Hare seya telah mempelajari kajian fizik, dan termasuklah tarian
'ballroom dancing'. Kami menggunakan satu peti nyanyi untuk memainkan lagu
di dewan makan dan belajar menari rentak 'foxtrot' dan 'waltz'. Kami
menghabiskan masa yang panjang mempelajari tarian itu, sambil berganti-ganti
menarikan ragam pasangan perempuan. Idola kami ketika itu ialah Victor
Sylvester yang menjadi juara tarian 'ballroom' dunia. Guru tari kami pada
waktu itu ialah seorang pelajar, Smallie Simundla, yang merupakan semacam
kembar-siam Victor Sylvester. Di sebuah kampung berdekatan, ada sebuah dewan menari khas untuk orang
Afrika yang bernama Ntselamanzi. Itulah dewan tarian yang memberi khidmat
khas kepada golongan atasan masyarakat kulit hitam. Tempat ini merupakan
satu taman larangan kepada mahasiswa. Tetapi pada satu malam, kerana terlalu
terdesak untuk melakonkan rentak kaki yang dipelajari dengan teman menari
wanita yang sebenarnya, kami telah nekad memberanikan diri memasuki dewan
tari itu. Kamipun mengenakan pakaian terbaik untuk melaram, dan keluar
domitori secara haram, dan masuk berlagak di waktu malam. Memang tempat itu
hebat dan suasanapun cepat hangat. Nun di satu kerusi di tepi gelanggang
menari, saya terpandang seorang gadis yang cantik sekali. Saya beranikan
hati untuk mendekati dan mengajak dia menari bersama. Sejurus kemudian gadis
manis itu sudah berada dalam pelukan. Kami menari seirama dengan langkah kaki menari dengan penuh bergaya. Saya
dapat merasakan keseronokan seiras imaginasi sambil cuba melayari
keseluruhan ruang lantai menari. Saya pun bertanya siapa nama gadis pasangan
menari itu: "Nama saya Mrs. Bokwe," jawapnya dengan lembut dan manja. Terus
berderau darah muda saya mendengar nama itu. Hampir terlepas pegangan saya
pada pinggangnya yang ramping kerana saya mahu lari cepat berpusing. Sayapun
cuba melihat di seberang lantai menari dan ternampak tubuh suaminya Dr.
Roseberry Bokwe, salah seorang pemimpin Afrika yang paling dihormati yang
merupakan seorang pendidik disegani zaman itu, sedang berbual dengan adik
iparnya yang juga merupakan pensyarah saya; professor Z.K. Matthews. Saya
menuntut maaf kepada Mrs. Bokwe dan dengan hormatnya tertunduk-tunduk
menemaninya ke kerusi duduknya sambil diperhatikan secara tertanya-tanya
oleh Dr. Bokwe dan iparnya Proffessor Matthews. Kalau boleh saya mahu
menyorok bawah lantai tari itu kerana saya telah melanggar beberapa
peraturan ketat universiti. Bayangkanlah saya melanggar peraturan itu di
depan mata Professor Matthews yang merupakan guru disiplin kami di Fort
Hare. Namun dia tidak pernah mengungkit peristiwa itu. Beliau telah
membiarkannya kerana menganggap perkara itu dengan penilaian satu semangat
istimewa asalkan pengecualian yang dilakukan itu dapat kami balas dengan
kerja kuat dan keputusan yang hebat. Peristiwa di Ntelamanzi itu telah
meransang saya untuk lebih tekun dan tabah dalam pelajaran.
Fort Hare telah diwarnai satu tahap kecanggihan baik dari sudut
keintelektualan ataupun sosial yang ketara baru dan sedikit aneh kepada
saya. Mengikut piawaian Barat, apa yang terdapat di Fort Hare mungkin tidak
ada yang anehnya, tetapi kepada seorang budak kampung seperti saya ia
merupakan sesuatu yang serba-serbi baru. Di situlah saya mula-mula
mengenakan pakaian pijama, dan semakin selesa memakainya. Sebelum itu saya
tidak pernah menggunakan berus dan ubat gigi; di rumah kami menggunakan abu
dapur untuk memutihkan gigi dan kayu-penyungkil untuk membersihkannya.
Pancuran air tandas dan pancutan air hangat ketika mandi adalah satu perkara
baru untuk saya ketika itu. Di sana juga saya mula gunakan sabun mandi,
bukannya sabun-debu berwarna biru yang saya gunakan di kampung untuk
membersihkan kepala bertahun lamanya. Mungkin disebabkan keganjilan semua itu saya telah mengharapkan sedikit
peluang untuk mengimbau kembali keseronokan lama yang saya nikmati ketika
muda dan berada di kampung dulu. Rupanya saya tidak keseorangan dalam
perasaan begitu kerana ramai juga antara kami yang akhirnya berkumpul dalam
satu pasukan khas yang kerap membuat ekspedisi khas meredah ladang
universiti di petang hari. Di sana kami berkumpul dalam satu bulatan dan
membakar jagung dan menikmatinya sambil bercerita dongeng laksana kisah
penglipur lara. Kami berlagak dengan segala kejayaan dan membincangkan
habuan wang gaji yang akan diterima apabila sudah lulus dan mula bekerja.
Walaupun saya rasakan kemajuan diri sebagai seorang anak muda, saya masih
mempunyai hati seorang pemuda kampung yang rindukan kenikmatan suasana hidup
di desa. Sungguhpun Fort Hare jauh daripada arus hingar-bangar dunia, kami masih
berminat dengan pergolakan Perang Dunia Kedua. Seperti rakan sedarjah, saya
memang memihakkan sokongan kepada Great Britain. Saya menjadi seronok
apabila diberitahu sambutan upacara tamat pengajian tahun satu akan diwarnai
kehadiran seorang peguam terkenal di Afrika Selatan, bekas perdana menteri
Jan Smuts. Memang Fort Hare rasa dihormati apabila berjaya menarik minat
seorang negarawan berstatus dunia. Ketika itu Smuts memegang jawatan
timbalan perdana menteri dan sedang berkempen seluruh negara agar Afrika
Selatan mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Sebaliknya perdana menteri
J.B.Hertztog mahu sikap berkecuali. Saya mula menaruh minat untuk melihat J.
Smuts secara dekat. Tiga tahun sebelum itu Hertztog telah memimpin kempen memansuhkan nama
pengundi pribumi Afrika daripada daftar biasa pengundi di Cape. Saya
mendapati Smuts merupakan insan yang berbeza pula dengan perjuangan orang
kulit hitam. Ini diasaskan kepada maklumat betapa dia telah berusaha dengan
penubuhan League of Nations (diasaskan di Geneva dan dimansuhkan untuk
diganti dengan PBB: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kemudiannya -
penterjemah) dan mencadangkan agar dibenarkan kebebasan manusia sejagat,
sedangkan di negara sendiri wujud pelbagai tekanan terhadap penduduknya.
Smuts telah berucap mengenai pentingnya menyokong Great Britain melawan
Jerman dan pendirian Britain yang sama dengan nilai hidup Barat yang turut
dikongsi sama oleh kami rakyat Afrika Selatan. Saya masih ingat loghatnya
bertutur bahasa Inggeris adalah seteruk bunyi sebutan saya sendiri! Saya
telah mengikut gelagat rakan sedarjah menepuk tangan tanda bersetuju dengan
ucapannya, sambil menyetujui seruan Smuts menyokong peperangan untuk
kebebasan Eropah, tetapi lupa diri bahawa kebebasan yang dikatakan itu masih
belum nampak bayangnya lagi di negara sendiri.
Smuts berjaya dengan khutbahnya itu di Fort Hare. Setiap petang warden di
Wesley House kerap mengikuti kisah perang di Eropah, dan pada waktu tengah
malam kami selalu berkumpul berdekatan sebuah radio buruk mengikuti siaran
BBC dan mendengar ucapan Winston Churchill yang berapi-api. Walaupun kami
sokong lawatan Smuts, kata-katanya telah mencetuskan banyak perdebatan.
Dalam satu sessi perbincangan, seorang teman saya, Nyathi Khongisa, yang
merupakan seorang yang memang pintar telah mengutuk Smuts sebagai seorang
yang rasis. Dia berkata mungkin kami menganggap diri laksana orang kulit
hitam Inggeris (Black Englishman), namun orang Inggeris itulah yang telah
menekan kami, atas nama membawa tamaddun mereka. Katanya, betapa kuat dan
hebatpun antagonisma antara British dan Boer, dua kumpulan orang putih ini
masih mampu bersatu untuk menghenyak orang kulit hitam. Segala pendapat
Khongisa itu memeranjatkan kami kerana mengandungi unsur-unsur radikal di
dalamnya. Seorang kawan telah berbisik kepada saya bahawa Nyati adalah seorang ahli
African National Congress (ANC) sebuah pertubuhan yang saya dengar
samar-samar sahaja dan tidak amat mengetahui akan aktivitinya. Apabila
Afrika Selatan mengishtiharkan perang terhadap Jerman, Hertztog mengundurkan
diri dan Smuts menjadi perdana menteri.
Sewaktu saya berada di tahun dua di Fort Hare, saya telah mengajak seorang
kawan bernama Paul Mahabane menghabiskan cuti musim sejuk bersama saya di
Transkei. Paul berasal daripada Bloemfontein dan terkenal di kampus kerana
bapanya Reverand Zaccheus Mahabane telah dua kali dilantik menjadi
'president-general African Naional Congress'. Hubungannya dengan organisasi
yang tidakpun berapa saya fahami telah membuatkan perangainya berunsur mudah
memberontak. Satu hari ketika bercuti itu, kami pergi ke Umata, ibukota Transkei, yang
ketika itu hanya mempunyai beberapa jalan yang bertar dan beberapa bangunan
kerajaan. Kami sedang berdiri di hadapan pejabat pos apabila majistret
(berkulit putih) tempatan yang berumur sekitar enam puluhan, mendekati Paul.
Dia mahukan Paul masuk ke dalam membelikannya beberapa keping setem. Adalah
satu perkara biasa di zaman itu seseorang berkulit putih memanggil orang
kulit hitam membuat sesuatu tugasan untuknya. Majistret itu telah
menghulurkan sedikit wang, tetapi enggan diterima oleh Paul. Majistret itu
merasa terhina, "Apakah anda kenal siapa saya?" tanya majistret itu sambil
menunjukkan wajah yang marah dan merah. "Apa perlunya mengetahui siapa
anda?" kata Mahabane. "Aku tahu anda itu siapa." Majistret menanyakan apa
sebenarnya erti kenyataan Paul itu. "Saya tahu anda seorang penyamun."
(nasib baik dia tidak cakap macam apanamaaaa? - penterjemah) Majistret
melenting dan meninggikan suaranya, "Anda akan tahu satu hari nanti!" dan
terus melangkahkan kakinya. Saya merasa begitu tidak senang dengan sikap Paul. Walaupun saya memuji
keberaniannya, namun saya merasa tersentuh perasaan juga. Majistret itu
kenal siapa saya sebenarnya dan saya tahu kalaulah dia meminta saya dan
bukannya Paul untuk membeli setem itu, saya sudah pasti melaksanakan
permintaan itu dan melupakan peristiwa tersebut. Namun, saya mengkagumi
perbuatan Paul walaupun saya belum bersedia meniru gelagat itu. Saya mula
sedar selepas itu bahawa seorang berkulit hitam tidak perlu menerima segala
bentuk celaan yang diarahkan padanya setiap hari.
Selepas bercuti, saya pulang ke universti lebih awal pada tahun baru itu
dengan perasaan baru dan lebih menyegarkan. Saya tumpukan perhatian penuh
kepada pelajaran untuk menghadapi peperiksaan pada bulan Oktober. Saya telah
mula membayangkan, betapa dalam setahun lagi ijazah B.A akan berada dalam
genggaman, seperti Gertrude Ntlabathi. Saya percaya ketika itu, bahawa
ijazah universiti adalah satu pasport bukan sahaja untuk menjadi pemimpin
masyarakat bahkan untuk mencapai kejayaan dalam bidang kewangan. Kami pernah
diingatkan secara berulang-ulang oleh pengetua Dr. Alexander Kerr, dan
Professor Jajabavu dan Matthews bahawa sebagai mahasiswa Fort Hare kamilah
pelajar Afrika yang terbaik. Saya semakin percaya bahawa dunia ini akan
menjadi pentas saya. Dengan ijazah B.A. bolehlah saya kembalikan kekayaan dan penghormatan yang
lama menghilang daripada dakapan ibu saya selepas kematian ayah. Saya
bercadang membina sebuah rumah kediaman yang selesa untuknya di Qanu,
lengkap dengan taman bunga, berserta perabot dan segala kemudahan dalam
rumah. Saya mahu membantu ibu dan adik-adik perempuan yang lain dengan
membelikan apa jua yang selama itu telah dinafikan kepada mereka. Itulah
impian saya yang nampaknya boleh kesampaian.
Pada tahun itu saya telah dicalonkan untuk menganggotai Majlis Perwakilan
Pelajar (SRC: Student Representative Council) yang merupakan badan pelajar
yang tertinggi di Fort Hare. Saya tidak menjangkakan ketika itu bahawa
peristiwa pelantikan seorang pelajar di universiti boleh memainkan peranan
yang merobah halatuju dan menyulitkan hidup saya. Pemilihan SRC diadakan
pada penggal akhir tahun itu, ketika kami sibuk bersiap sedia untuk
menghadapi peperiksaan. Mengikut perlembagaan Fort Hare, keseluruhan badan
pelajar memilih enam pelajar untuk menganggotai SRC. Sebelum dibuat piihan,
satu mesyuarat dilangsungkan untuk membincangkan masalah dan membolehkan
sesiapa menyuarakan kemusykilan. Para pelajar bersetuju secara sebulat suara
bahawa menu hidangan makanan di Fort Hare perlu diperbaiki; dan kuasa SRC
perlu ditambah lagi supaya tidak menjadi tukang angguk kepada segala
keputusan pentadbiran. Saya bersetuju dengan dua cadangan itu. Apabila
majoriti pelajar mengundi memboikot pemilihan seandainya pihak pentadbiran
tidak setuju menerima tuntutan kami, saya pun turut bersetuju dengan mereka.
Tidak berapa lama selepas mesyuarat itu, proses mengundipun dilaksanakan
dengan majoriti pelajar memboikot pengundian. Tetapi seramai dua puluh lima
pelajar yang bersamaan dengan satu per enam badan pelajar telah hadir dan
memilih enam orang perwakilan yang termasuk saya. Pada hari yang sama, enam
pelajar yang telah dipilih secara 'in absentia' bertemu untuk membincangkan
perlantikan itu. Secara sebulat suara kami meletakkan jawatan daripada
perlantikan itu kerana berpendirian, kami menyokong pemboikotan itu dan
kerana tidak mendapat sokongan majoriti pelajar yang ada. Kamipun
menyediakan surat untuk diserahkan kepada Dr. Kerr.
Akan tetapi, Dr. Kerr adalah seorang manusia yang pintar. Dia telah menerima
perletakan jawatan kami dan mengumumkan pemilihan baru keesokan harinya di
waktu makan malam, di dewan makan. Dengan cara ini semua pelajar akan hadir
dan tidak ada sebab kenapa SRC tidak mendapat sokongan keseluruhan
masyarakat pelajar. Pada malam diadakan pemilihan mengikut syarat yang
ditetapkan oleh Dr. Kerr, hanya dua puluh lima pelajar yang sama telah
memberikan undi mereka memilih enam orang pelajar yang sama. Bererti,
masalah lama timbul semula. Pada kali itu, kami berenam telah bermesyuarat menilai keadaan terbaru
mengenai kedudukan kami. Lima orang kawan saya itu berpendapat bahawa secara
teknikalnya, walaupun hanya dua puluh lima pelajar yang hadir telah
memangkah kertas undi mereka memilih kami, seluruh masyarakat pelajar telah
hadir menyaksikannya dan dengan itu kami tidak ada asas mengatakan bahawa
kami tidak mendapat mandat mewakili keseluruhan pelajar. Lima orang kawan
saya beranggapan kami seharusnya menerima perlantikan itu. Tetapi saya
telah mengambil pendirian yang berbeza; walaupun semua pelajar hadir,
majoriti mereka tidakpun mengundi, kerana itu dari segi moral adalah tidak
tepat mengatakan kami mendapat restu keyakinan mereka. Oleh kerana sasaran
utama adalah memboikot pengundian itu, yang mendapat persetujuan majoriti
masyarakat pelajar, tugas kami ialah mematuhi resolusi pelajar itu dan tidak
terpesong kepada muslihat yang dirancang oleh pengetua maktab. Apabila gagal
meyakinkan kawan-kawan, sayapun meletakkan jawatan, dan itulah tindakan yang
tidak ada orang lain menirunya.
Pada keesokan harinya, saya diarahkan menemui pengetua. Dr. Kerr, adalah
lulusan Edinburg University yang merupakan pengasas Fort Hare dan seorang
yang amat dihormati. Dengan tenang dia mengkaji peristiwa yang berlaku
selama itu dan meminta saya memikirkan semula tindakan meletakkan jawatan.
Saya memberitahu beliau betapa saya enggan menarik balik tindakan itu. Dia
menyuruh saya memikirkan dulu perkara itu semalaman dan memberitahu
keputusannya keesokan hari. Namun dia ada memberikan amaran bahawa dia tidak
membenarkan pelajar bertindak sesuka hati mereka dan berkata kalau saya
berdegil untuk meletakkan jawatan itu, dia terpaksa membuang saya daripada
Fort Hare. Saya terkejut dengan kata-katanya,dan tidak dapat tidur semalaman. Belum
pernah saya berdepan dengan satu masalah sebesar itu. Pada petang itu saya
telah berunding dengan mentor (sifu) saya K.D. yang berpendapat, bahawa dari
segi prinsip saya tidak bersalah meletakkan jawatan dan seharusnya tidak
merobah pendirian untuk mengalah. Saya fikir ketika itu saya lebih takutkan
K.D daripada Dr. Kerr dan mengucapkan terimakasih kepadanya sebelum balik ke
kamar saya. Walaupun saya terfikir bahawa tindakan saya itu ada asas moralitinya, saya
masih lagi tidak yakin apakah itu satu keputusan yang baik. Apakah saya
mensabotaj kerjaya akademi saya gara-gara prinsip moral yang abstrak dan
samar yang tidakpun membawa banyak makna? Saya mendapati sukar menelan
tanggapan bahawa saya sanggup mengorbankan apa yang saya anggap satu
perjanjian kepada para pelajar disebabkan ketamakan peribadi. Saya telah
membuat satu pendirian yang tidak mahu diubah-ubah seolah-olah saya adalah
seorang hipokrit di mata pelajar yang ada. Pada waktu yang sama, saya tidak
mahu jahanamkan masa depan saya di Fort Hare.
Saya masih belum pasti dengan pendirian muktamad ketika melangkahkan kaki ke
bilik Dr. Kerr pada keesokan harinya. Hanya apabila dia menyoal akan
keputusan saya barulah saya membuat keputusan yang muktamat. Saya
memberitahu dia saya sudah bersedia dengan jawapannya; bahawa saya tidak
boleh melawan keputusan naluri untuk berkhidmat dengan baik di SRC. Dr. Kerr
semacam terkejut dengan jawapan saya itu. Dia termenung sebentar sebelum
bercakap semula. "Baiklah," katanya. "Itu adalah keputusan kamu sebenarnya,
Tetapi sayapun sudah memikirkan sedikit perkara itu dan mencadangkan perkara
ini: anda boleh kembali ke Fort Hare tahun depan dengan syarat anda
menganggotai jawatankuasa SRC. Anda mempunyai masa sepanjang cuti panas
untuk membuat keputusan itu, Mr. Mandela."
Sebenarnya saya pun terkejut juga dengan jawapan yang saya berikan kepada
Dr. Kerr. Saya sedar adalah sesuatu yang bodoh untuk saya meninggalkan Fort
Hare. Tetapi, pada waktu saya terpaksa berkompromi dengan keadaan sebenar,
saya masih tidak mampu melaksanakannya. Ada sesuatu dalam saya yang tidak
mahu bertolak ansur. Walaupun saya menghormati keputusan Dr. Kerr dan
kesediaan beliau memberikan saya satu peluang lagi, saya tidak merelakan
kuasa mutlaknya yang cuba menentukan takdir hidup saya. Sepatutnya saya
mempunyai hak yang mutlak untuk menarik diri daripada SRC mengikut kehendak
saya sendiri. Inilah keadilan yang pincang, dan pada waktu itu saya melihat
Dr. Kerr bukan lagi sebagai seorang dermawan, tetapi lebih sebagai seorang
diktator yang tidak berapa ganas. Ketika saya melangkahkan kaki melepasi
gerbang Fort Hare pada akhir tahun itu, perasaan hati saya mula merasakan
ketenteraman yang berbelah-bagi.
....bersambung.... |