Laman Webantu KM2A1: 5216 File Size: 13.9 Kb * |
TAG SP 251: HR: Prinsip, Polisi, Politik By Harun Rashid 13/8/2001 11:15 pm Mon |
[Pemerintahan Mahathir penuh dengan polisi yang asyik berubah-ubah
baik dalam Umno mahupun dalam kerajaan yang lebih memihak kepada dirinya
dan penyokongnya sahaja. Padahal seseorang itu menjadi perdana menteri
untuk semua rakyat - bukan sebahagian sahaja. Sesudah 20 tahun berkuasa
baru Mahathir mahu menjaja meritokrasi sedangkan baru tahun lepas dia
menghentam Suqiu sebagai ekstrim. Ini menunjukkan beliau tiada prinsip
dan pendirian atau dengan kata lain - tidak berwawasan. Tindak tanduk
kerajaan BN sebenarnya lebih untuk menggapai sokongan.
- Editor] (Principles, Policies, Politics) Oleh: Harun Rashid Manusia patuh kepada prinsip kerana banyak sebabnya. Selalunya prinsip yang
asas itu memaut kepada kebenaran dan keadilan, bukan untuk mereka dan
keluarga, tetapi untuk semua. Malahan, wujud juga desakan naluri memaut
prinsip hidup yang ditentukan oleh kesyumulan agama. Adakalanya prinsip
seseorang itu dipaut oleh kerakusan diri, seperti mahu terus berkuasa dengan
jawatan politiknya, (sampai mati - penterjemah).
Parti politik adalah mengandungi manusia yang mempercayai prinsip kepartian
yang dipersetujui bersama. Parti politik yang berunsur demokratik
mengasaskan prinsip idealisma yang memperjuangkan kebebasan rakyat ke arah
pencapaian nikmat hidup mereka. Sebaliknya ia boleh dilihat sebagai prinsip
yang menentukan keceriaan dan nikmat hidup itu disalurkan hanya kepada
mereka yang berkuasa di pucuk pimpinan parti.
Secara teorinya, sesuatu demokrasi itu memberikan peluang kepada rakyat
melalui pilihanraya bebas, untuk membuat pilihan apakah prinsip yang mereka
utamakan. Kerana tu parti politik yang mengumumkan beberapa prinsip yang
popular diberikan peluang untuk mengekalkan prinsip ini, menentukan dasar
kerajaan yang dirangka untuk menguatkuasakan prinsip itu sebagai amalannya.
Ada satu prinsip demokrasi yang mengatakan: bahawa seseorang rakyat itu
dianggap tidak bersalah melainkan kesalahannya dibuktikan di mahkamah. Yang
lagi satu menyebut, rakyat boleh berhimpun secara aman untuk apa juga
tujuannya baik untuk bermesraan, mendengarkan ucapan pemidato pilihan, atau
untuk bertukar fikiran dan maklumat harian. Dalam setiap demokrasi, semua
prinsip ini memang termaktub dalam Perlembagaan negara, yang memberikan
jaminan bahawa prinsip adalah hak assasi manusia. Semua parti politik negara
itu, sebagai menghormati satu kontrak sosial yang tidak bertulis, diharuskan
menghormati Perlembagaan sebagai undang-undang terluhur dalam negara.
Sesiapa yang diberikan amanah memegang jawatan awam terpaksa memberikan
sumpah setianya menghormati undang-undang perlembagaan itu. Malangnya ada
antara mereka ini yang tidak ikhlas hatinya.
Apabila sesuatu perlembagaan itu telah menetapkan beberapa prinsipnya,
setiap parti yang diberikan amanah memegang kuasa mempunyai tanggungjawab
mempertahankan hak asasi rakyatnya, dan tidak mengecewakan mereka dalam apa
cara jua. Melumpuhkan harapan rakyat bererti menafikan hak rakyat untuk
menikmati demokrasi yang sungguh luhur itu. Apabila politikus yang masih
berkuasa gagal memartabatkan prinsip yang menjadi asas penubuhan negara,
betapapun alasan mereka, bererti mereka sudah mengkhianati amanah rakyat
yang pada tahap awalanya mereka sanggupi.
Sejarah telah merakamkan banyak contoh pengkhianatan ini. Di Jerman, Parti
Sosialis Nasional yang dipimpin oleh seorang warga Austria yang memakai nama
Hitler, telah merampas hak asasi rakyat Jerman dengan nama keunggulan ras
dan ketulenan etnik. Bayi yang dilahirkan dengan rambut perang (blonde) dan
bermata kebiru-biruan menjadi keutamaan kebangsaan. Anehnya pemimpin yang
taksub dengan prinsip baru negaranya itu adalah seorang insan yang bermata
gelap dan berambut hitam. Perbezaan ini tidakpun diambil kisah pada waktu
itu. Segala berita ditapis dulu untuk menentukan kesannya. Dia muncul setiap
hari di khalayak ramai, bercakap berjela-jela di hadapan mereka dan
menaikkan semangat mereka untuk menyokong impiannya, sehingga mereka menjadi
kabur untuk terus akur kepada segala prinsip kehidupan yang telah
diselewengkan dan kemudiannya dijadikan dasar negara. Inilah yang
berkesudahan dengan tercetusnya peperangan dunia kedua yang mengorbankan
lebih 50 juta nayawa di seluruh dunia. Beliau membunuh diri akhirnya di
tengah runtuhan kubu pertahanannya.
Di Russia, parti komunis pimpinan Lenin merangkul kuasa hasil revolusi
rakyat terhadap kerajaan feudal yang aristokratik. Dengan kematian Lenin,
parti dan prinsip egalitarian (sama rata sama rasa) mereput dan bertukar
kepada satu kerajaan zalim di bawah pemerintahan Stalin. Stalin telah
merobah Parti Komunis Russia menjadi satu regim diktator yang elitis dengan
cara menguasai badan kehakiman negara dan polis. Dia telah membunuh dan
memenjarakan penentangnya dalam jumlah yang beribu secara membuka
perbicaraan dengan keputusan mahkamah yang didalanginya itu. Dia menggunakan
sistem perundangan negara untuk melaksanakan pembunuhan secara undang-undang
dan pemenjaraan berunsur hukuman yang panjang. Dia telah menguasai semua
bentuk komunikasi menapis sebarang berita yang tidak menyenangkan hatinya
ataupun penentangannya. Sistem komunis telah menghasilkan satu kelas samseng yang mempunyai kuasa
berlebihan yang membesar terlatih untuk melindungi kedudukan istimewa mereka
melalui salahguna kuasa politik. Prinsip idealisma kerap ditukar-tukar
maknanya untuk melindungi kelunturan hak asasi manusia yang berlarutan.
Generasi lapisan pemuda telah mempelajari bahawa kecurangan dan ugutan yang
menakutkan adalah kelakuan yang diterima untuk menyusuri lorong kejayaan. Di
Russia tiga generasi manusia yang rakuskan peluang, kini merupakan satu
ancaman kepada kelahiran sistem demokrasi yang normal. Parti komunis tidak
lagi berkuasa, tetapi segala gelagat manusia yang tidak berprinsip terus
berkekalan, sehinggakan tahap moral yang rendah menjadi satu hambatan untuk
mereka maju. Di bawah komunisme tidak ada Mafia di Russia. Kerajaan itulah
Mafia. Beberapa banyak lagi contoh daripada lembaran sejarah menunjukkan betapa
rapuhnya amalan demokrasi itu. Ia mudah dihancurkan apabila manusia yang
lebih ambisi (bercita-cita tinggi) dan terlalu rakus terus mahu berkuasa
melalui penipuan dan muslihat. Terpulanglah kepada para pejuang rakyat untuk
mempertahankan keluhuran hak asasi manusia. Apabila hilang, hanya satu
perjuangan yang bersungguh-sungguh yang mampu menjamin keluhuran
Perlembagaan. Beberapa laporan akhbar Amerika menyebut betapa bakal duta Amerika ke
Malaysia pernah membuat satu kenyataan kepada Senator Kerry ketika beliau
ditemuramah oleh majlis perakuan jawatannya. 'Lagipun Senator, Malaysia
ialah sebuah demokrasi.' Amerika Syarikat telah mempunyai perwakilannya di
Malaysia, berdekad lamanya, untuk melaporkan kepada US Department setiap
pergolakan tempatan. Apabila kenyataan beliau tidak diperbetulkan
menunjukkan wujudnya satu kesilapan besar di Amerika dalam cara penilaian
bagaimana Perlembagaan negara ini sudah lama tercemar. Malaysia bukan lagi
sebuah negara demokrasi. Semua prinsip demokrasi sudah lama menghilang. Tidak satupun parti komponen
BN yang sanggup memperakui hakikatnya: betapa seseorang itu tidak bersalah
melainkan sudah dibuktikan di mahkamah. Tidak ada satu parti yang
membangkang cara polis mengadakan perbicaraan yang direka-reka. Tidak ada
yang membangkang apabila para menteri menyokong keganasan polis dengan
menyatakan dakwaan adanya pembabitan persekutuan yang tidak masuk akal. BN
dan parti komponennya sudah tersasar jauh daripada prinsip demokrasi, dan
itulah sebabnya dasar mereka amat bertentangan dengan hak asasi rakyat.
Kebebasan akhbar sudah tidak ada lagi. Media dimiliki dan dikuasai oleh
parti BN dan tidak ada sebarang tentangan yang diizinkan, terutama sekali
yang menyentuh kisah pengundi hantu. Media telah kehilangan martabatnya
sehinggakan tidak ada akhbar dan stesen TV yang mampu beroperasi dengan
keuntungan. Kerana dahagakan kebenaran, rakyat sudahpun memajukan diri
mereka menyerap teknologi yang terbaru untuk mendapatkan berita dan
telekomunikasi. Komputer dan internet semakin diutamakan. Menyedari trenda
ini, wujudlah dasar rasmi untuk mengacau di mana mungkin, dengan
penghantaran virus kepada penulis pembangkang dan kumpulan perbincangan
pembangkang. Ramai yang bertugas dalam cawangan khas dikerahkan untuk bertindak sebagai
agen propaganda, mencetuskan keresahan dan menyebarkan pembohongan. Mereka
mengirimkan emel bertali arus untuk melimpahkan kotak utusan. Mereka
sumbatkan senarai perbincangan dengan pesanan yang mengandungi virus yang
sedia membaham. Mereka menjadi musibat yang jahanam, dan komputer kerajaan
keseluruhannya sudah lumpuh oleh longgokan virus jahanam ini. Pegawai
kerajaan sudah jeran membuka emel yang ada 'attachement' tidak kiralah kalau
kiriman sampingan itu datang daripada sahabat karib.
Kebanyakan 'government servers' sudahpun lumpuh selumpuhnya. Polisi anti-IT
kini sudah menjadi satu kenyataaan hasil rentetan pengurusan yang tidak
berprinsip. Satu cara pihak pembangkang menyebarkan berita dan ceramah oleh personaliti
yang popular ialah dengan menggunakan CD yang mudah diedarkan ke seluruh
negara. Kini, parti yang berkuasa, menggunakan helah memerangi cetak rompak
sedang merencana satu polisi mengharamkan penjualan CD oleh peniaga jalanan.
Prinsip kebebasan bersuara dan akhbar sekali lagi dicemari, sepertimana
polisi itu diputar-belitkan. Tidak ada satupun parti komponen BN yang
menyuarakan bantahan dan berkata bahawa dasar ini adalah menyanggah
prinsipnya. Dalam setiap demokrasi selalunya ada beberapa prinsip yang menjadi panduan
kepada polisi harian manusia. Tanpa segala prinsip itu, beberapa polisi akan
hilang arah sehingga wujudlah kelentongan perlunya mengekalkan seseorang
untuk terus berkuasa sehingga dia tidak bernyawa. Di Malaysia, parti politik
yang berkuasa tidakpun berperinsip, dan kekurangan ini memang jelas
terserlah dalam setiap polisi yang direkanya. Kepincangan ini semakin
terserlah apabila setiap parti di pihak pembangkang mengemukakan satu set
prinsip perjuangan mereka. BN hanya mampu bertindak dengan mengubahsuai
beberapa polisinya untuk sementara sebagai satu helah sahaja. Cara mudahnya
perkara ini dilakukan, seperti menentukan satu sistem meritokrasi sebagai
syarat kemasukan universiti menunjukkan Malaysia dipimpin oleh satu koalisi
yang tidak ada prinsipnya. Putar belit dasar pentadbiran inilah yang
membuatkan ramai menteri yang tersilap langkah sehinggakan mereka bergerak
janggal untuk terus menonjolkan keyakinan mereka.
Apabila tercabar untuk menyatakan prinsip mereka, seperti yang ditunjukkan
oleh ramai penulis, menteri BN hanya mampu diam membisu. Memang mereka tidak
ada prinsip sebagai pegangan. Namun mereka angkuh menyatakan mereka
mempunyai sokongan yang kukuh. Mereka tonjolkan calon untuk penelitian awam,
tetapi calon ini memang ketiadaan prinsip yang mereka faham. Segala polisi
mereka adalah tertakluk kepada pindaan mengikut selera orang atas. Para
pemimpin parti tidak boleh mendakwa mereka mewakili kepentingan rakyat
ataupun diri mereka, kerana yang lebih dipentingkan ialah kepentingan rakus
seorang perdana menteri, yang mempunyai polisi peribadi yang dicengkamnya
untuk dibawa mati. Setiap wakil rakyat BN telah mengangkat sumpah untuk
menyanjungi Perlembagaan. Kemudian dia diberikan panduan untuk menjadi
tukang angguk dan menjaga polisi parti dalam Parlimen. Segala prinsip yang
termaktub dalam Perlembagaan itu boleh hilang terbenam di dasar pasir padang
golf. Walaupun keributan nampak sudah reda, namun ada kemungkinan keadaan demikian
tidak akan berkekalan. Kerusi yang berterbangan pada persidangan MCA yang
terbaru hanyalah bibit-bibit betapa ada lagi yang lebih kuat terbangnya dan
lebih hebat bisanya. Golongan muda sudah bangkit laksana alunan air pasang
yang menyapu apa sahaja yang melintang. Orang-orangan di ladang sudah tidak
berkesan lagi. Di era millenium ini burung hanya akan takut kepada prinsip
yang tidak ada dasarnya. Walaupun baju dan songkok bersuterakan yang baru, kepala yang akan
disungkupnya sudah tua dan wajahnyapun sudah terlalu curiga.
Apabila polis muncul di malam hari untuk membuat penangkapan, tidak ada
suara yang akan bersorak. Inilah gelagat ajaran lama, tanpa prinsipnya dan
tiada minatnya. Voltair pernah berkata "sejarah adalah hentakan sepatu
tentera yang menaiki tangga dan selipar baldu yang menyusul menuruninya."
Apabila dipermodenkan: Itulah bunyi kasut jogging meniti tangga dan kasut
indah menuruninya. Oleh kerana dia tidak dapat mempertahankan dasar kerakusannya, yang disaluti
prinsip yang haprak, perdana menteri tidak berani memandang semua ketua
kerajaan negara Komanwel dalam persidangan di Brisbane. Abdullah dan Hamid
akan mengantikannya, terpulanglah kepada kepintaran mereka untuk tersenyum
riang sambil menutup keaiban secara yang termampu.
Terjemahan: SPAR-05-019 Link Reference : Harun Rashid Worldview: Principles, Policies, Politics |